boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, July 11, 2013

Alahai bang polis,,, penjenayah boleh terlepas lagi....

Baru lagi,,, enam bulan yang lepas,,, bagaimana 9 orang tahanan polis melarikan bersama kenderaan polis di Butterwoth,,, 

Semalam kejadian lebih kurang sama berlaku lagi,, tapi lokasi kejadian,,, berhampiran dengan kampung aku sendiri...





MPV POLIS HILANG DI KAMUNTING, DITEMUI DI BUKIT MINYAK

Bukit Mertajam, 10 Julai - Polis mempergiatkan usaha memburu
seorang suspek kes curi yang melarikan kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian di Perak hari ini, susulan penemuan MPV itu di Bukit Minyak di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan penemuan MPV itu yang dilapor dilarikan oleh suspek dalam kejadian di Kampung Dollah, Kamunting, Perak pada pukul 7.40 pagi tadi.

Polis kini menumpukan usaha mengesan suspek di kawasan berdekatan MPV itu yang ditemui pada pukul 9.30 malam tadi, katanya menambah suspek berasal dari Tasek Gelugor dekat sini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohd Yusof dilapor berkata dalam kejadian pagi tadi, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam beberapa kecurian di Taiping Perak.

Suspek ditahan hasil maklumat orang ramai, bagaimanapun ketika dia hendak dibawa masuk ke dalam MPV, suspek bertindak menolak seorang daripada dua anggota polis yang bertugas sebelum memandu kereta berkenaan dan melarikan diri.- BERNAMA..


kenapa ya, kejadian yang lepas tak nak dijadikan iktibar,, atau pun polis yang berkaitan tu berpuasa agaknya.... malas nak komen, berbaik sangka ajalah...

4 comments:

  1. polis tu puasa tentu lah letih dan lembik....janganla marah....kesian kat PDRM...asyik kena kutuk......dia pun orang juga ada lembik dan letih..kihkihkih

    ReplyDelete
  2. ada satu hari tu...saja nak pinjam kon...tgk2 satu balai membuta di tgh hari...makan gaji buta je memanjang...kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Yang malas tu.mmg malas. Makan gaji buta. Manusia. Cepat lupa daratan.

    ReplyDelete
  4. ye la tu polis memang lembik... yg gagah perkasa tu navy je kot..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari