boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 5, 2013

Apakah berita ini 13 tahun yang lalu berulang kembali...

Kejadian dan situasi yang hampir sama,,, dimana Kerajaan BN memerlukan kemenangan kerusi tersebut untuk mendapat majoriti 2/3.., suasana PRKnya pun dalam bulan puasa...


MUKA HADAPAN

ARKIB : 30/11/2000
Keadilan menang pilihan raya kecil Lunas
KULIM 29 Nov. - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) memperoleh kerusi tunggal di Dewan Undangan Negeri Kedah apabila calonnya menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas hari ini.
Calon Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, 37, memperoleh 10,511 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), S. Anthonysamy, 59, mendapat 9,981 undi.
Calon bebas, N.Letchumanan, 46, yang meraih hanya 50 undi, sekali lagi menerima nasib seperti pilihan raya umum lepas apabila hilang wang pertaruhan.
Ini bermakna majoriti yang diperoleh Saifuddin Nasution sebanyak 530 undi. Sebanyak 204 undi rosak.
Kejayaan Saifuddin Nasution itu bermakna pembangkang kini mempunyai 13 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah, berbanding BN, 23 kerusi. Pas menguasai 12 daripada kerusi pembangkang.
Ini bererti BN kekurangan satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Kedah.
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan berkenaan, Osman Salleh di Dewan Serbaguna Kelang Lama, Lunas pada pukul 9 malam.
Pilihan raya berkenaan diadakan ekoran pembunuhan wakil rakyat BN, Dr. Joe Fernandez pada 4 November lalu.
Pada pilihan raya umum genap setahun lalu, Dr. Joe menang dengan majoriti 4,700 undi, mengalahkan tiga pencabarnya iaitu M.Kathiravelo (DAP) dan dua calon bebas termasuk Letchumanan yang mendapat 87 undi.
Peratusan keluar mengundi kali ini ialah sebanyak 77.58 peratus daripada 26,746 keseluruhan pengundi berdaftar di kawasan itu, yang terletak dalam kawasan Parlimen Padang Serai. Peratusan itu adalah rekod peratusan tertinggi dalam pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum 1999. Jumlah pengundi itu berdasarkan daftar pemilih 2000.
Sebanyak 12,102 pengundi (45.25 peratus) daripada jumlah keseluruhan pengundi adalah Melayu, 9,212 orang (34.44 peratus) adalah Cina, 5,413 orang (20.24 peratus) adalah India manakala 19 orang lagi (0.07 peratus) terdiri daripada kaum-kaum lain. Kawasan ini terdapat 29 pengundi pos.
Pada pilihan raya lalu, jumlah yang keluar mengundi ialah 72.56 peratus, berdasarkan jumlah pemilih sebanyak 26,717 orang.
Oleh: OTHMAN MOHAMAD

 


Kini berlaku pula di Kuala Besut, suasana sama dalam bulan Puasa Juga,, BN sangat-sangat memerlukan kemenangan ini, untuk mengelak majoriti 16-16....

Apakah kemengan akan berpihak kepada PAS... aku kata Ya,, Insya Allah, Pas akan menang..., bila sama-sama dalam keadaan berpuasa,,, yang haq akan kehadapan,, melainkan Umno jika mereka tak berpuasa,, atau sekadar menahan makan dan minum sahaja,, itu lain cerita...




18 comments:

  1. Untuk PAS memenangi DUN Kuala Besut adalah amat sukar atas FAKTOR calon yang akan dipilih nanti. Kebanyakkan mereka adalah terdiri dari PEJUANG yang telah pun mempunyai barisan KRONI yang bakal MERATAH habuan! Siapa tidak tahu Nik ZAWAWI dengan mercedes PAS 9 nya,Wan Azhar adalah hanya TERKENAL dikalangan orang PAS...yang mengundi nanti bukan orang PAS sahaja. Bendahari PAS Besut....lagilah tak pernah tahu siapa dia ni? Meletakkan Nik Zawawi....PAS akan TERKENA pukulan MAUT BN!Memindakan orang KUALA Besut dengan soal perjuangan bukanlah satu tugas yang mudah,meraka ini mengalami KESEMPITAN hidup yang memerlukan kebendaan dan WANG bagi menghadapi perubahan sosio ekonomi terkini. Mereka tidak menolak ketepi soal ISLAm tetapi telah menjadi kebiasaan kepada PAS disini....bila MENANG.....sepi...sesepinya dalam menaikkan taraf hidup penduduk disini. Yb Pas sibuk dengan KRONI dalam soal pasir,dalam soal PARKING kereta ke Pulau Perhentian dan soal yang remeh temeh. Kroni TERBINA seolah ISLAM diletakkan ketempat yang .....tak payah sebut la.....orang luar mengkaji atas kertas...anak besut bercakap soal realiti setempat...PAS kena berubah....Kopiah dan Jubah yang panjang meleret bukanlah jaminan sebagai seorang pemain politik yang baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jngan sombong.. apa2 bole jadi dlm politik.. situasi 16-16 jarang trjadi.. manalah tahu kalo org Tganu nk test buat eksperimen.. nk tahu benda baru.. bole jadi undi rakyat swing kpd calon Pas.. kwn saya org Umno pn cakap kalo dia jadi pengundi kt situ dia akan undi Pas.. bukan sbab sokong Pas, tapi nk tahu apa akan jadi kalo 16-16..?

      Delete
    2. aku dah menyampah dgn chai umno ni...cakap kroni la kaya la merc la...kalo betul dah lama dah sprm bertindak...fitnah 24 jam je kerjanya...

      perlu ke melayu survive dgn cara menipu, fitnah dan rasuah? bukan ke tu semua cara2 org yg lemah...

      Delete
    3. Tidak timbul isu sombong disini...apa yang diutarakan adalah kebenaran hakiki.Tidak sesekali bermakna UMNO akan MENANG MUDAH dan tidak bermatlamaatkan untuk UMNO Menang. Pandangan yang dilontarkan adalah berdasarkan apa yang TERNYATA pada ketika ini. Jika ada usaha dan strategi yang teratur...tiada yang MUSTAHIL.....Seorang kawan anda belum tentu memanangkan calon PAS...Kita bercakap dalam soal majoriti tidak minoriti. Tidak semua PEDULI soal 16-16,soal yang majoriti pengundi DISINI fikirkan adalah apa yang mereka dapat dan apa yang terbaik buat mereka.Kuala Besut tidak memerlukan pimpinan yang alim......tetapi Kuala Besut memerlukan seorang pemimipin yang mampu membawa keluar KEMISKINAN rakyat dari KEDANA kepada selesa. Anak muda perlukan PEKERJAAN dan tidak hanya soal MATI dan hukum hakam sahaja!

      Delete
    4. Adalah satu kesilapan yang terbesar apabila mengangap PAS adalah MAHASUCI dari sebarang kesilapanatau kekurangan.Pasti ada salahlaku yang perlu diperbetulkan agar lebih MANTAP dalam berinstitusi dengan RAKYAt. Membiarkan PAS SILAP selamanya kesannya bukanlah PAS sebagai organisasi tetapi juga kepada pengikut. Amalan ADIL dalam semua hal adalah perlu kerana ALLAH itu adalah ADIL. Untuk ADIL,terimalah kritikkan sebagai kekurangan yang perlu diperbaiki tidak menyokong secara OTORDOK!!

      Delete
  2. Menang atau kalah semuanya kehendak TUHAN. Namun kita kena berusaha. Salah satu usahanya ialah pemimpin PR bersedia mencari kawan dan kenali lawan sebenar. Bukan kawan yang suka membodek atau menghabiskan duit rakyat. Wujudkan pasukan perisik yang ikhlas bekerja untuk ISLAM dan negara.
    Jika ditakdirkan PR menang, mungkin PR akan jatuh kembali akibat kerja sabotaj/hasutan puak syaitan yang masih berada dalam mana2 jabatan kerajaan seperti di Mesir dan Kedah.

    ReplyDelete
  3. Saya sangat setuju dgn.komen penonton teater. Dan saya rasa keikhlasan beliau adalah sebenarnya manifestasi rasa kecewa dgn. Setengah pemimpin pas. Teguran kekadang harus dgn. Cara negatif.
    Ini berlaku juga di kelantan.
    Adav yg. Digugur dari jawatan penting.mula mengerakan jentera untok memperlekehkan mb dan tmb klantan.
    Yang sekular kata ulamak tak pandai memerintah dan sebagainya.
    Ini lah perangai yg. Buat pas kalah. Bukan pengundi tak suka pas.tapi adun pas yg. Khianati pas.

    ReplyDelete
  4. Siapa menang siapa kalah tak tahu, tetapi buata masa ini aku tak percaya dengan sistem pilihanraya. Buatlah analisa dengan hujah2 yang bernas,SPR tetap menipu

    ReplyDelete
  5. ni lah masanya rakyat ganu balas budi janji kereta murah 20% yg dijanjikan mukris...kononnya lepas menang nak kurangkan cukai eksis...lepas menang terus x jadi turunn rege kereta...

    ReplyDelete
  6. compom pas kalah....

    ReplyDelete
  7. Memindakan PENDUDUK dan komuniti Kuala Besut untuk lari dari tuntutan kebendaan adalah suatu yang amat sukar!. Mereka ini TERPAKSA berdepan dengan apa yang diOFFER dalam bentuk kebendaan kerana taraf HIDUP mereka memerlukan semua itu. 65% penduduk Kuala besut tidak BERTANAH dan 54% menyewa RUMAH. Dengan pendapatan sekitar 500.00RM kebawah,mereka memerlukan WANG dan WANg untuk hidup. Soal ISLAM dan AGAMA,mereka tidak menolak ketepi tetapi mereka perlukan wang,perlukan tempat tinggal dan perlukan pekerjaan!

    ReplyDelete
  8. Perubahan akhlak dan kata-kata perlu berubah agar lebih menampakkan satu "tarikan". bila sahaja tidak sependapat dan berbeza pendapat....terus dilabelkan sebagai chai UMNO. Jangan ingat CHAI PAS sempurna segalanya. Adalah satu pemikiran yang dangkal apabila mempertahankan soal kroni dengan TINDAKAN undang-undang. Yang melaksanakan KRONI adalah kerana mengelakkan diri disiasat sebab itu adanya kroni. Kroni ini adalah PROKSI yang secara undang-undangnya jelas tiada kesalahan yang boleh disabitkan kerana penganugerahan sebarang bentuk projek adalah berlandaskan procedure yang dibenarkan tetapi PENGARUH yang digunakan adalah ISU ini yang dipersoalkan walaupun penglibatan yang BERKUASA itu adalah hanya secara tidak lansung.Lebih baik DIAM dari berkata-kata kalau pengetahuan setakat CAP AYAM! Jika pun PEMIMPIN PAS itu kaya,apa kelebihan menonjolkan diri dengan kekayaan? sebagai seorang ahli UGAMA,tidak adakah kesedaran tentang hukum-hakam tentak riak dan BESAR DIRI? Jika kita lahir dan hidup dimasyarakat sekeliling yang kaya-raya...is ok.....tetapi KEKAYAAN yang ditonjolkan disaat masyarakat sekeliling daif dengan kemiskinan,adakah bijak tindakan sebegini? Bila UMNO yang buat......RIBUT satu dunia mengutuk dan menegur...kenapa bila PAS yang buat....tidak boleh ditegur? Apakah ISLAM ini hanya untuk PAS? Jahil melaksanakan kesilapan boleh dimaafkan kerana DIA tidak tahu dan dia boleh belajar untuk tahu tetapi jika YANG tahu berakhlak seperti sijahil tidakkah pelik? Janganlah sokong membawa rebah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU13 baru saja berlalu dan kini PRK yang pertama untuk sesi terawal akan bermula...pada pandangan saya, pemimpin sebelum yang telah memenangi kerusi DUN tersebut telah gagal membawa pembangunan ke kawasan tersebut. Kalau tidak begitu masakan begitu tinggi paras kemiskinan di situ. Kita semua tahu, Trengganu merupakan negeri paling kaya berbanding dengan jirannya Kelantan. Trengganu mempunyai sumber petroleom yang tak dimiliki Kelantan yang tak sepatutnya meletak Besut seteruk itu. Mana usaha pemimpin yang berjanji membawa berbagai peluang kepada penduduk. Tambah pula pemimpin sebelum dari parti pemerintah, apa tindakan beliau dan MB untuk ke arah itu. Dari hasil petroleoum yang diperolehi, tidak bolehkah diperuntukkan untuk membina perumahan rakyat yang mampu dibayar tanpa faedah untuk rakyat? Tidak bolehkah diwujudkan peluang pekerjaan setimpal dgn kelulusan dan kebolehan penduduk setempat dgn pengurusan dan penyeliaan rapi dari pegawai2 yang agensi kerajaan. Saya menyarankan kepada kerajaan negeri terutamanya MB, selalu2 lah berkunjung ke Besut dan tinjau apa yang boleh dilakukan untuk membangunkan tahap kehidupan dan ekonomi penduduk. Janganlah bila hanya nak PRU atau PRK semua turun berkampung untuk menabur sebanyak janji tapi apa pun tak ada...yang jadi mangsa adalah rakyat yang terus tersisih dan merintih..Saya kesal dengan fenomena sekarang, semua pemimpin asyik menyalahkan masing2 dan masing2 mahu mengatakan bahawa dialah yang terhebat...hebat hanya di pentas penuh dgn janji bagi melenakan rakyat hanyut dgn mimpi yang tak pasti..Tumpuan harus diberikan oleh MB kerana beliau yang mempunyai kuasa penuh berbanding pemimpin setempat untuk membuat keputusan terbaik untuk negeri...

      Delete
  9. Terima kasih BN kerna bjaya membebaskan org kuala besut dr kemiskinan.teruskan BRIM kpd melayu kuala besut hingga kiamat.i/allah semua org kuala besut akan mampu beli tanah n rumah sendiri.tahniah BN...org kuala besut tetap undi BN hingga kiamat..kehkehekehhhh..kami ndak pitih BrIM,natangggggg!!!!lalalala...I luv BN I luv brim

    ReplyDelete
  10. 65% tak bertanah?ini fitnah terbesar ni...ini kubu BN la...jgn tuduh sebarangan...YB BN pembela rakyat dan beri tanah pd rakyat laa

    ReplyDelete
  11. Panjang betol penonton teater punya ulasan..kempen prk kuala besut terengganu..letih nak bace, ulas pendek2 sudah..hehe..

    ReplyDelete
  12. Lagak Penonton Teater yakin sungguh kemenangan bn di prk kuala besut, terengganu..Janji ditepati...hehe..

    ReplyDelete
  13. Bagusla Penonton Teater..
    Sokong Kerajaan B'tranformasi..
    Rakyat dahulu, Janji Ditepati?...Bagus2..
    hehe..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari