boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, July 15, 2013

SAH - Polis gunakan kekerasan keterlaluan... Hebat Malaysia

Pecah berita... Polis Malaysia telah melakukan kekerasan terhadap peserta Bersih 03 ... Berita yang tak ada disiarkan oleh semua akhbar perdana dalam negara..




'Panel sahkan polis guna kekerasan keterlaluan'

KUALA LUMPUR: Sebuah panel kerajaan mengesahkan polis Malaysia menggunakan kekerasan keterlaluan terhadap penyokong perhimpunan aman Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 di Kuala Lumpur tahun lalu, yang kemudiannya bertukar menjadi huru-hara.
Sumber-sumber panel yang diketuai oleh bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar, itu juga menyalahkan Dewan Bandaran Kuala Lumpur (DBKL) kerana memberi alasan yang lemah dalam menegah pihak penganjur perhimpunan itu daripada menggunakan Dataran Merdeka bagi perhimpunan itu.
Ia juga dikatakan menyalahkan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPN) kerana menghentikan perkhidmatan bas dan kereta api di bandar itu pada hari perhimpunan tersebut, menurut laporan sebuah portal berita tempatan, semalam.
Panel itu telah dibentuk oleh kerajaan Malaysia bagi menyiasat dakwaan berlakunya kekasaran polis terhadap para pembantah dan wartawan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lalu.
Ia telah menyerahkan laporan setebal 500 muka suratnya untuk ditimbangkan oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Rabu lalu.
Semasa bercakap kepada portal berita The Malaysian Insider (TMI), atas syarat namanya tidak didedahkan, seorang sumber berkata bahawa panel itu telah mengkritik pihak polis kerana mengamalkan kekerasan dalam menangani peserta perhimpunan itu, selepas mereka memecahkan kepungan di Dataran Merdeka.
Laporan itu juga membutirkan kejadian-kejadian sebelum, semasa dan sesudah perhimpunan berkenaan, yang diadakan bagi menuntut satu pilihan raya umum yang adil dan bersih di negara itu.
Siasatan panel itu juga menyimpulkan bahawa polis menggunakan kekerasan apabila menghadapi provokasi.
"Sebelum tiga petang, pihak polis berkelakuan secara profesional... Tetapi, selepas tiga petang, apabila beberapa pembantah memecahkan kepungan di Dataran Merdeka, keadaan huru-hara berlaku," kata sumber itu, sambil menekankan bahawa sumber maklumat tersebut didapati daripada 70 rakaman video yang telah diserahkan pihak polis kepada panel.
DBKL juga dipersalahkan kerana gagal menangani persiapan menjelang acara itu dengan baik apabila mereka memberi alasan lemah tentang mengapa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan, kata sumber itu lagi.
Laporan media baru-baru ini berkata kabinet Malaysia akan memutuskan sama ada mahu mendedahkan laporan itu kepada awam.
Sumber berita Klik sini

Agak-agaknya bila Menteri Zahid Hamidi nak komen isu polis ni,,,, Timbalannya Junaidi awai-awai lahi tak mau debat isu polis IPCMC dengan YB Gobind Singh kat Parlimen...


7 comments:

  1. kebenaran tetap akan bersinar akhirnya walau pun sampai kiamat manusia suka berlagak kuat tapi hakikatnya penakut.Allahuakbar.

    ReplyDelete
  2. Ingatlah, janfan biarkan manusia bertopengkan haiwan jadikan negara jadi huru hara seperti di Mesir, Turki dan Syiria.

    Api adalah kawan semasda keci dan jadi lawan bila dah besar.

    Saya sokong tindakan polis demi untuk mejamin ketenteraman negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong 100% kalau kena kat hang atau kaum kerabat masa tu baru hang tau.

      Delete
  3. Kadang2 tu MM...aku rasa punca pulis bunuh hindu ni sebab2 mcm kes gaduh di klang tu laa...

    cuba mm kasi komen sikit...

    yg tv umno pon satu...patutnya kene la tunjuk profile penjenayah yg mampos di lokap...tapi ye la kan...kalo dah umno yg control...hari2 kene tipu...berita betul pon rakyat dah susah nak percaya dah...

    tolong!!! tolong!!! ada serigala di sini!!!

    ReplyDelete
  4. nii adalah teknik yg diajar oleh mozak,anjing2 ni tidak diberi makan dari pagi dan kemudian dilepaskan pukul 3ptg. utk menggigit siapa yg ada depan mereka...

    ReplyDelete
  5. Yng duk sokong polis tu mesti die suke kalau satu hari nanti abang atau adik die kene sepak terajang dgn polis sebab berdemo..jaga keselamatan la katakan..

    ReplyDelete
  6. nak komen hape nya... kes dia pun tak selesai2 lagi... macam mana pula kaki bedal org nak menjadi adil dlm kes penguasa bedal rakyat

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari