boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, July 28, 2013

Anwar Ibrahin dah pun kecam .... Najib Tun Razak bila ?

Kedua-dua mereka memang dah diketahui melayu dan beragama Islam,, sepatutnya kedua-dua mereka masing-masing ada perasaan bila musibah menimpa sama saudara seislam...



Anwar kecam kekejaman ke atas penyokong Mursi







Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas lebih 100 penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi dan semua jemaah Masjid Rabaah Al-Adawiyah, Kaherah semalam.

Anwar juga menyifatkan kekejaman itu sebagai tanda hari gelap di Mesir sejak peristiwa "Arab Spring" pada 18 Disember 2010.

"Saya mengutuk pertumpahan darah ini yang dilakukan oleh tentera dan pasukan keselamatan.

"Tentera komander Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bersama pemimpin-pemimpin kerajaan haram di Mesir sekarang melakukan pertumpahan darah itu dan keadilan mesti dituntut bela," katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, lewat malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap tindakan polis Mesir yang menembak mati penyokong Mursi manakala beratus lagi cedera dalam tunjuk perasaan memasuki hari ke-15 di Masjid Rabaah al-Adawiyah di timur Kaherah, semalam.

Dalam kejadian itu, pemimpin Ikhwanul Muslimin, Murad Mohammed Ali mendakwa tembakan itu dilepaskan ke arah lebih 10,000 penyokong Mursi.

Anwar turut menyeru semua pihak dan negara Islam lain supaya mengutuk tindakan kejam itu dan mendesak ia dihentikan serta-merta...


Dimana suara Najib dan pemimpin umno yang lain yang merasakan mereka orang Islam.... apa yang berlaku rampasan kuasa diMesir umno bersetuju..

Rasa-rasanya tentu bersetuju,, sebab kajadian Rampasan Negeri Perak tahun 2009 pun lebih kurang juga senarionya.... 
Jadi nak kecam macam mana....? Sama sejenis dengan apa yang berlaku di Mesir tu.... 

5 comments:

  1. blackout505 mcm arab spring jugak...tapi dia yg buat...memang ejen yahudi..sudah terang lagi bersuluh..inilah manusia munafik tahap tertinggi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. blackout 505 ko kata ejen yahudi tapi perak spring tu ko x cakap ejen yahudi pulak yee? kahkahkah

      kenapa tuduhan tu berpilih?

      rusuhan yg x sampai 1000 org anti mursi tentera sanggup gulling mursi...tapi rapat umum berjuta juta pro mursi tentera buat nehen je yee...talibarut yahudi betul...kahkahkah

      Delete
  2. Mana mungkin Najib dan UMNO nak kutuk kalau mereka juga bersifat begitu apabila hendak mempertahankan kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kesian nya aku kt nko...

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari