boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, July 12, 2013

Woii.. Pendatang baru ! Ganti Hasan Ali & Zulkifli Nordin..

Dimanakah Hasan Ali Jalur Tiga dan Zulkifli Nordin selepas sahaja selesai PRU 13 ! Dah tak kedengaraan lagi suara lunak merdu mereka membela Islam ala-ala Melayu lai sekarang ni,,,
Maka akhirnya...



NGO Islam-Melayu desak usir Duta Vatican

FMT Staff
 | July 12, 2013
Tindakan ini perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.
-



 

 PETALING JAYA: Gabungan NGO Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Archbishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini. -  

Ketua Sekretariat Publisiti, NGO Melayu-Islam, Dzulkarnain Taib berkata, tindakan ini perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara. 

“Tindakan biadap dan kurang ajar Duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.  

Menurut Dzulkarnain, seharusnya Duta yang dilantik membantu menjalinkan hubungan yang baik di antara negara tetapi perbuatan Marino sudah tentu melampaui batas bidang tugasnya sebagai Duta dan berniat jahat. -  

“Kami bimbang jika perbuatan di luar batasan diplomatik ini tidak ditangani dengan segera dan tegas oleh Kementerian Luar maka ini akan menjurus kepada campur tangan yang lebih serius termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini. -  

“Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus Francis dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam,” ujarnya. - 

Sehubungan dengan itu katanya, perbuatan biadap mencampuri urusan negara ini yang dilihat begitu sensitif yang boleh merosakkan perhubungan kaum di negara ini harus ditangani dengan tegas tanpa sebarang kompromi sebelum nasi menjadi bubur. -  

“Kami juga khuatir apa yang dilakukan sudah tentu akan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini yang tidak mustahil akan mengambil tindakan undang-undang sendiri yang boleh menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin serta kemakmuran negara ini dengan berbangkitnya isu-isu keagamaan seperti ini. 

“Sehubungan itu kami, mendesak Kementerian Luar mengecam kenyataan Marino tersebut bagi menandakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu ini. 

“Gabungan NGO Islam-Melayu akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis mengenai tingkah laku dan
 kenyataan biadap duta beliau,” katanya.

Apakah Najib nak ambik kisah dengan isu ni,,,, he he he .... membazir air lior ajalaaa... 


5 comments:

  1. Tak pa...buatlah apa pun..asalkan melayu UMNO memerintah,,kata2 balaci UMNO!!

    ReplyDelete
  2. Tengok muka pun tak meyakinkan

    ReplyDelete
  3. hai manjung mari...kan PAS Sokong Kalimah allah digunakan oleh kristian. kenapa nak marah kat UMNO Pula. Dari Azmi manjung.

    ReplyDelete
  4. ha..ha..buat apa cakap isu ini pada UMNO...pemimpin UMNO tengah kira untong selepas PRU 13....lain kali la...ckp pada UMNO

    ReplyDelete
  5. zul kulum dah meroyan kalah dgn khalid samad...kahkahkah

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari