Nasional
SPR timbang denda, penjara untuk wakil rakyat seperti Lee
pada 23-02-2014 02:02 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan ia sedang menimbang mengenakan hukuman denda dan penjara terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa alasan munasabah, sebagai yang berlaku di Kajang.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof berkata pihaknya akan membuat perakuan kepada kerajaan untuk meminda Akta Pilihan Raya bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap wakil rakyat sedemikian.
Beliau berkata hukuman sedia ada yang melarang wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati daripada bertanding untuk lima tahun tidak memadai dan dimanipulasi oleh sesetengah pihak.
"Isu yang berlaku di Kajang ini telah membuka mata banyak pihak dan SPR sendiri telah menerima berbagai-bagai cadangan untuk mengatasi perkara itu.
"Kita sedang mengkaji untuk meningkatkan denda yang berbentuk wang jika meletak jawatan tanpa sebab, hukuman lain mungkin penjara, atau dipanjangkan tempoh tidak boleh bertanding.
"SPR sedang mengkaji semua itu dengan teliti. Kalau misalnya keadaan seperti ini berlarutan maknanya selepas Lee Chin Cheh ada lagi selepas ini, nampaknya penyakit ini sudah berjangkit (dan) saya rasa itu perlu untuk kita mengambil tindakan segera,” kata Aziz kepada Antarapos ketika ditemubual secara eksklusif.
Lee meletak jawatan sebagai ADUN Kajang untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding di situ bagi membolehkan beliau dicalonkan sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Aziz berkata tindakan Lee itu membazirkan dana rakyat di samping memaksa SPR menunda kerja-kerja penting semata-mata untuk mengendalikan pilihan raya kecil Kajang.
"Peletakan jawatan yang tidak sepatutnya berlaku ini menyebabkan SPR berbelanja lebih kurang RM1.6 juta. Kemudian kita terpaksa menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Kecil Kajang daripada menumpukan perhatian kepada persempadanan semula,” kata beliau.
“Bagi Lee, tindakannya itu tidak ada masalah, beliau masih muda, tetapi implikasi tindakan itu kepada wang rakyat dan sistem demokrasi itu sendiri adalah tidak baik,” jelas Aziz.
Janganlah sebab tak menguntungkan umno, maka nak timbang hukuman denda siap dengan penjara,,, aku setuju cadangan ni,, tetapi satu lagi aku minta,, sekalikan dengan lompat parti,, tak kira dari pembangkang kepada bebas pro bn atau sebaliknya...,
Sebab kalau nak kira geng manusia adun lompat parti lagi celaka haram jadah dari jenis letak jawatan...
Boleh ker..
begitu ler usaha spr sebagai salah satu komponen be end.yg lompat parti tu tak bersalah dan berdosa.bagi yg lompat parti tu jika beragama "Islam" tentu nya tiada amanah bila diberi amanah oleh pimpinan parti dan rakyat yg memilih.MUNAFIK oo spr oi.awat ler hangpa dari spr nie dungu lagi bebal.apamacam.buat tawaran penampor kut utk aziz sekor nie.
ReplyDeleteAnjing belaan ni bukannya boleh diharap sangat, siapa yg beri makan lebih itulah tuannya.
ReplyDelete