Namun satu berita yang mengecewakan...
Solat hajat minta hujan: Mana pemimpin?
Hebat sangatkah syarikat, kedudukan, mesyuarat kamu tu sampai tidak ada masa bermunajat memohon kepada Allah?
SHAH ALAM: Pemimpin negara dan kerajaan negeri beragama Islam ditegur kerana tidak sembahyang bersama-sama rakyat Selangor memohon supaya diturunkan hujan ekoran musim panas dan kering berpanjangan di negeri itu.
“Hanya budak-budak yang datang. Mana pemimpin?
“Walaupun rakyat Selangor ramai tapi saya rasa sedih amat-amat. Dalam keadaan begini teruk pun kita masih rasa sombong dengan Allah.
“Hebat sangatkah syarikat, kedudukan, mesyuarat kamu tu sampai tidak ada masa bermunajat memohon kepada Allah?
“Semoga Allah menjauhkan kita daripada bencana,” kata pendakwah bebas Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Karim dalam khutbahnya selepas upacara solat hajat minta hujan (Istisqa’) di sini hari ini.
Kira-kira 500 penganut Islam termasuk kakitangan kerajaan turut sama memenuhi Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini dalam solat yang dianjurkan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).
Nazim dalam khutbahnya turut berkata, musim panas berpanjangan ini bukanlah satu fenomena biasa tetapi satu ujian kerana dosa dan kezaliman yang sering dilakukan umat manusia.
Katanya, fenomena empangan kering sehingga menyebabkan ketiadaan air di beberapa kawasan tertentu juga merupakan satu peringatan supaya umat Islam mengambil berat terhadap kesusahan saudara yang lain.
“Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan didiamkan kalau lihat jiran kita susah, bahkan kesusahan umat Islam di Syria, Myanmar juga jangan kita diamkan sahaja,” katanya.
Beliau berkata, hanya ada dua jalan untuk mengubati fenomena ini iaitu umat Islam digalakkan bertaubat kepada Allah dan banyakkan berzikir.
Ha ha ha,, dengan menteri besar sekali absent,,, dia hanya jadi pemberi maklumat sahaja kah,,, bila MB tak hadir,, tok mufti pun sibuk,,, pemimpin Pas Selangor pun tak dengar cerita juga, apakah semua sibuk dengan PRK kajang..
Alangkah baiknya kalau Ketua Agama mencemar duli turun sekali,, baru Mb pun turun,, baru mufti pun turun,,,
Mungkin penduduk marhean sahaja yangbermasaalah dengan air,, pemimpin tak ada masaalah, malah satu ketika dulu ketua agama dia hari-hari minum air zam-zam...
Apa pun, harapan aku, moga-moga Allah S.W.T mengabulkan permohonan hamba-hambanya itu... Amin..
Semua tengah bersiap untuk solat hajat selamatkan Haji Hadi...
ReplyDeletekahkahkah
Deletesolat hajat supaya dapat bayar saman 2 juta...kalo x...terpaksa buat kutipan derma kilat mcm mintak derma nak buat highway kelantan...kahkahkah
hang mai juga ka.atau dok asyik komen saja.
ReplyDeleteNGO islan tak dapat duit dari UMNO/BN mana depa nak pi solat hajat. Solat fardhu pun tak cukup 5 waktu sehari semalam.
ReplyDelete