boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, April 23, 2014

Ha ha ha,, ambik ko Anwar ! Apa masaalahnya ....

Beberapa hari yang lepas ketua pembangkang dengan bangganya menceritakan bagaimana kisah seorang bekas pemimpin umno yang kaya raya ..............


Aku duk ingat kut, tentulah pemimpin umno tu akan buat penafian, kerana itulah selalunya situasi nya bila tuduhan dibuat oleh pembangkang,, namun meleset...

12:50PM - 23 Apr 2014

'Memang saya ada bank di Tanzania, apa masalah?'



Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin mengakui bahawa beliau memiliki sebuah bank di Tanzania namun ia tidak melibatkan sebarang penyelewengan.

Daim dalam satu laporan Utusan Malaysia berkata demikian bagi menjawab dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang antara lainnya membangkitkan mengenai wangnya yang disimpan di Tanzania.

"Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

"Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini kaki goreng," kata Daim seperti dipetik dalam laporan Utusan.

Menurut Daim lagi, Anwar pernah menjalankan siasatan ke atasnya ketika ketua pembangkang itu berada dalam Kabinet semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri pada waktu itu.

Apa Anwar buat?

"Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

"Masa tu dia (Anwar) menteri kewangan dan juga pengerusi tentang rasuah. Kenapa tak ambil tindakan? Lepas kena buang daripada parti Umno, semua dia kata tak betul," kata Daim lagi dalam laporan tersebut.

Anwar dalam laporan Keadilan Daily pada hari Isnin lalu berkata beliau mengesyaki bahawa Daim melakukan salah guna kuasa melalui penubuhan bank tersebut.

Anwar juga mendakwa mengetahui mengenai penubuhan bank di Tanzania itu melalui seorang gabenor bank negara tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan.

“Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.

“Gabenor kata Tun Daim punya bank ada sini (Tanzania). (Gabenor) kata Daim simpan di International Bank of Malaysia.

“Saya tanya (Daim) buat apa. Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.

Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.

“Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini,” kata Anwar menceritakan kandungan  pertemuannya,” lapor Keadilan Daily, memetik kenyataan Anwar.

Anwar seterusnya membangkitkan mengenai penahanan seorang individu, didakwa terlibat dengan ban tersebut, dalam satu kejadian didakwa di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Sekarang Daim dah mengaku dengan ikhlas,, apa tindakan sepatutnya,, siapa yang nak ambik tindakan!...SPRM nak ambik tindakan!......*&^%$#@)(.... &*...

Kalau Nik Aziz semasa 22 tahun jadi MB kelantan. dan jika mengaku sedemikian, aku rasa tak sempat pukol 8 pagi,, SPRM dah tunggu depan pintu rumahnya nak siasat.. 







20 comments:

  1. Nak kata bodoh kat hang pun serba salah manjongmari ooi. Cuba kaji dulu undang2 dan dapatkan fakta sebelum meloncat macam kera dapat buah dimusim kemarau. Typical malay bila lihat other malays become rich and richer. Sebab tu yang dok kena santau, sihir semuanya melayu, lu pikiaq la sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan soal dengki sesama melayu. Soalnya mengapa orang politiik dari UMNO je yang tiba-tiba menjadi kaya. Dikeliling kita ramai kita tengok ketua-ketua bahagian tiba-tiba menjadi kaya. Ramai tiba-tiba menjadi kontraktor dan menjadi kaya dengan projek-projek kerajaan walaupun baru menjadi kontraktor. Sedang begitu ramai kontraktor lain yang lebih lama dan berpegalaman sejak 20 tahun mutakhir ni terkial-kial mencari projek.

      Yang peliknya mereka ini asyik dok dapat projek kerajaan je. Mungkin mereka ni walau baru tetapi seperti orang lama. Kita benar mengapa mereka tak buat dan bersaing untuk dapat projek swasta.

      Bagi yang terlibat dalam industri pembinaan, mereka faham dan tahu apa yang sedang berlaku. Tu pasai laporan ketua audit negara dok sebut masaalah yang sama je setiap tahun.

      Delete
    2. hang tau x yg suka main bomoh2.. cantas mncantas ni kebanyakannya melayu chap keris?? hang sedaq ka??

      Delete
    3. Siapa kata orang pkr tak?
      Tengok je ketua wanuta pkr. Tiba tiba boleh pakai kereta lebih dari 3 biji. Padahal sebelum tu hanya jual buah.
      Tian chua pun sama. Sebelum ni sebok kata dia miskin. Hanya pakai kereta tiara. Tiba tiba boleh pakai merc.
      Mana dapat duit?.

      Delete
    4. Eh.hang tanya orang pulak.bukan kah kau yang hadiahkan pada mereka.dah lupa ke.memang Melayuuuu mudah lupa.kah.kah.kah

      Delete
  2. Ha.tau pun kau MM .siapa dan pihak mana yang berani siasat dan amik tindkan?.Daim sudah tahu tiada siapa yang berani mengmbil tindjkan terhadapnya.Dia kata anwar goreng .aoakah dia sendiri yang tidak goreng pemimpin Malaysia ni.Kita ni seolah-olah masih hidup dalam zaman fuedal lagi.

    ReplyDelete
  3. klau nik aziz hari report semlm spErm dtg nak tangkap..biasala sepecis otak burung unta

    ReplyDelete
  4. Ada sesiapa boleh tolong terjemah *&^%$#@)(.... &* tu, tak faham la.

    ReplyDelete
  5. Patutlah mereka bersekongkol menjatuhkan Anwar dulu, sebabnya Anwar telah membawa undang2 pencegahan rasuah dan diluluskan di Parlimen dgn hukuman menggerunkan iaitu:
    Jika disabitkan kesalahan, pesalah dihukum denda RM10k atau 5 kali nilai suapan, tertakluk kpd yg mana lebih tinggi.
    Jika nilai rasuah RM0.01-RM2k dendanya RM10k
    Jika nilai rasuah RM200k dendanya RM1j
    Jika nilai rasuah RM1j dendanya RM5j dan seterusnya
    Berusaha sakan diorang menelingkupkan imej dan kerjaya politik Anwar. Belum sempat selesai siasatan, Anwar wajib diusir/dibunuh. Ini melayu tidak mudah lupa, bukan spesis Mahathir. Perlu diingat bahawa undang2 pencegahan rasuah diperkenalkan oleh Anwar sendiri itu diluluskan beberapa bulan sebelum Anwar dipecat menggunakan senjata fitnah yg amat terkenal kejinya itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar pun sama 2x5 gak..x payah la nak backup kaki kelentong ni..

      Delete
    2. Bengong. Daim mencuri tu semasa menjadi menteri kewangan selepas Anwar dipecat, ada faham???

      Delete
  6. Daim tak sehebat anwar. Nabi saw cuma berdiri semasa mayat yahudi diusung. Tapi nuar kata nabi saw berdiri dan tunduk.
    Tapi tak pulak ulama oas menegur. Diam membisu.
    Nampaknya nuar punya goreng lebih hebat. Dan tiada ulama pas yang berani tegur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat sabu pun tunduk hormat gak ape cite..

      Delete
    2. silap anwar hanya libatkan diri sendiri...silap daim??????

      Delete
    3. Depa satu kapal

      Delete
  7. MM... kata hari tu sakit?...mcm mana blood test?...OK ke?...ni meracau ni.kot Ada hat tak betul plk...

    ReplyDelete
  8. ada juga yang lebih teruk, dulu ada yang buat begitu "berdiri dan tunduk" di tugu negera. renung2kanlah..

    ReplyDelete
  9. Semua yang komen tidak guna nama sebaliknya guna ''ánonynous'', wajar tanya diri sendiri, kenapa lah jadi macai bodoh bengong puak2 UMNO yang kaya raya sedangkan awak itu entah dapat 50.00 sekali apabila jumpa dengan pemimpin jenis itu dan dapat minum percuma bila lalu orang kaya itu didepan mata kau. Sedar lah wahai kaum ku, jangan terus menerus ditipu puak puak ini yang kunun jadi wira orang melayu sebenarnya adalah wira kocek mereka dulu.
    Sedar lah wahai pengampu bodoh bengong, lagu yang sedah didengar berkait dengan GST yang sering dimainkan dalam media arus perdana adalah perangkap kepada semua termasuk kamu yang bodoh bengong. Beli tiket bas memang lah xdak GST tapi makan KFC tetap GST dan disamping GST CUKAI PENDAPATAN, CUKAI DUTI SETEM DAL SEMUA JENIS CUKAI TETAP ADA WEI. Keluar dari dunia anonymous dan sertai JOM BANGKIT BANTAH GST.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa kita semua nak jadi lagu tu.tunggu duit br1m je.kan kita semua sokong Umnu,kita tak nak sedar diri.nanti hidup kita susah,sekarang kerajaan bagi br1m kita bolih belanja sampai bila-bila.kalau tak percaya tanya pada MM

      Delete
  10. Hebat PM kita..... bagi duit BRIM boleh belanja hingga setahun.....
    Ya la klau bagi 50 sen pun klau tak dibelanja memang tahan setahun....
    Bodoh sungguh... habis kena kelentong dng PM....

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari