boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Anjing. Show all posts
Showing posts with label Anjing. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Gambar Rosmah jadi anjing - ada perasaan pula mereka...

Salam Sejahtera,


Secara peribadi walaupun aku begitu meluat dengan seorang wanita melayu bernama Rosmah binti Mansur, namun aku tak tergamak nak menggambarkan sedemikian seperti gambar di atas... sebab bagi aku anjing tu kekadang lebih mulia jika nak dibandingkan dengan manusia..

Namun bila dah terjadi begitu ada pula blogger pencacai terasa hati, minta SKMM mengambil tindakan kepada pelakunya

Inilah akibatnya jika masing-masing diantara kedua belah pihak saling ingin melepaskan geram,,, berapa banyak gambar Nik Aziz pimpinan PAS diperlakukan lebih teruk daripada itu,,, apa tindakan SKMM..

Aku dan rakyat Malaysia yang menyokong PAS pun ada perasaan bila gambar pimpinan kami diperlakukan dengan perlbagai wajah yang tak sanggup nak lihat,,, apa tindakan SKMM, malah semakin maharaja lela blogger UMNO melakukannya,,,

Bila dah terjadi sebegini kepada Rosmah isteri Presiden parti mereka tahulah pulak marah,,, oiii check balik perbuatan hangpa sebelum ini.... khawwh pthuiih...






Friday, March 19, 2010

Kisah Anjing Lagi...


Salam Sejahtera..

Dah jadi satu trend kat Malaysia ni, kalau satu-satu isu berkisar, nanti ia akan bersangkut paut, sebagai contoh kes ular sawa, maka berita kisah ular sawa sesaja lepas tu..

Begitu juga dengan kisah anjing, bermula dengan 4 ekor AP yang melompat dari PKR digelar anjing semalam, maka hari ini timbul berita bab anjing lagi..

Tetapi kali bukan bab anjing jadi-jadian atau anjing upahan, tetapi ada manusia glamour berbangsa Melayu Arab kut... sebab nama melayunya dari keturunan baik-baik terlibat dengan anjing...

Kisah selanjutnya Di SINI


Kalau hangpa tanya, bagaimana bab ni, bagi aku.. nama pun dia ni artis, apa dia kira semua ni, OK lah... pada dok tengok muka. anjing jadian bersongkok ternganga tu lebih sakit hati..

Perbuatan simangkok ni pun kalau nak kira antara dia dengan Allah S.W.T, lagi satu kalau ikut hukum fiqh, bersentuhan anjing yang kering bulunya tiada apa-apa masaalah, cuma kalau basah terpaksalah disamak...,

Tetapi perkara yang dilakukan oleh 4 ekor anjing jadian upahan ni, kira berat, kalau tidak tak kan pengundi Bagan Serai nak sembahyang hajat 7 hari 7 malam.


Thursday, March 18, 2010

Aku Setuju , Sokong 100%


Salam Sejahtera...

Aku memang setuju sungguh, sokong sungguh kenyataan YB Ahli Parlimen Machang yang menyifatkan 4 ekor AP PKR nya yang melompat parti sebagai .. baca di SINI

...isshh tak tergamak pulak aku nak menyebutnya..., namun walau macam mana pun aku setuju dengan gelaran tersebut...







Moga-moga binatang najis mugalazah ini akan menghina balik BN dan UMNO.... AMIN...

















Yang ini seorang lagi... dapat gelaran sama sewaktu PRK Bukit Gantang yang lalu... Ini pun geraksaraf UMNO punya kerja... last-last sekarang apa cerita....






Monday, May 18, 2009

FIRASAT MELAYU TENTANG - ANJING

Dalam hikayat dan sejarah Melayu, anjing diberi penghormatan oleh raja-raja Melayu

Oleh
Noor Hasnah Adam

ANJING merupakan binatang yang sering dijadikan perumpamaan yang negatif oleh orang Melayu.

Banyak peribahasa Melayu yang merujuk anjing sebagai binatang yang tidak tahu membalas budi dan mempunyai kerendahan akhlak kerana mementingkan hawa nafsu dunia.

Lihat contoh peribahasa berikut:

  •  Bagai anjing menyalak di ekor gajah bermaksud orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.

  •  Anjing diberi makan nasi bilakan kenyang membawa makna sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat.

  •  Anjing ditepuk menjungkit ekor bermaksud orang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong.

  •  Anjing itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yang banyak tulang ertinya orang yang tamak dan tidak malu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman).

  •  Anjing itu meski dirantai dengan rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis bermaksud orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya.

  •  Anjing mengulangi bangkai bermaksud lelaki yang mengulangi perbuatan yang tidak senonoh (perempuan jahat).

  •  Anjing tiada bercawat ekor bermaksud sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang.

  •  Bagai anjing beranak enam merupakan sindiran kepada perempuan yang kurus sekali kerana melahirkan anak.

  •  Bagai anjing melintang denai bermaksud seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya.

  •  Bagai anjing menyalak di ekor (di pantat) gajah bermaksud orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.

  •  Bagai anjing tersepit di pagar bermaksud seseorang yang dalam kesusahan serba salah halnya.

  •  Bangsa anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga bermaksud orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yang jahat.

  •  Bagai disalak anjing bertuah bermaksud tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (berkenaan anak-anak yang tidak dapat ditolak kehendaknya).

  •  Melepaskan anjing tersepit (sesudah lepas dia menggigit) bermaksud menolong orang yang tidak tahu membalas budi.

  •  Anjing hitam bermaksud orang jahat yang sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kepada umum.

  •  Bagai anjing menyalak bukit bermaksud walau bagaimana pun orang jahat mengata-ngata orang yang baik, tidak akan berkesan.

    TANGKAS, SETIA, BERANI

    Namun, dalam hikayat-hikayat Melayu, anjing yang menyalak bukit juga mempunyai sejarah yang berbeza maksudnya daripada peribahasa tadi.

    Dalam hikayat dan sejarah Melayu, anjing diberikan penghormatan oleh raja-raja Melayu. Anjing memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya sesebuah negeri.

    Dalam Hikayat Raja Pasai, anjing buruan Merah Silu yang menyalak bukit telah mendapat perhatian Merah Silu.

    Setelah diperiksa, di atas bukit itu terdapat semut yang besar-besar. Merah Silu memakan semut besar itu dan kemudian menyatakan tempat itu sesuai dibuat negeri lalu dinamakan 'Samudera', yang bermaksud 'Semut Besar'.

    Penemuan negeri Pasai juga dikaitkan dengan anjing perburuan Merah Silu (sesudah memeluk Islam, bergelar Sultan Malikul Salleh). Anjing perburuan itu menyalak sebuah tanah tinggi tanpa henti. Sultan Malikul Salleh kemudian berasakan bahawa tempat itu sesuai dibuat negeri lalu menamakan tempat itu Pasai, sempena nama anjing perburuan tadi.

    Dalam sejarah Melayu, penemuan negeri Melaka juga mempunyai kaitan dengan anjing Raja Iskandar Syah. Setelah menemui sebuah tempat di Sungai Bertam dan berehat di bawah sebatang pokok yang rendang, Sultan Iskandar Syah memerintahkan orang-orangnya berburu binatang untuk dijadikan makanan.

    Anjing digunakan untuk berburu binatang di hutan.

    Pada ketika itulah, raja terpegun apabila melihat anjing buruannya dihambat pelanduk sehingga jatuh ke dalam sungai.

    Mengikut firasat raja, tempat itu baik dibuat negeri kerana pelanduk (binatang kecil) dapat mengalahkan anjing yang jauh lebih besar dan gagah daripadanya.

    Negeri itu diberi nama 'Melaka' sempena nama pokok rendang tempat baginda berteduh.

    Melalui kisah-kisah tersebut, nyatalah bahawa anjing digunakan sebagai binatang untuk berburu oleh raja-raja Melayu. Anjing dianggap binatang yang tangkas, setia, berjasa dan gagah berani.

    WAKTU DAN MAKNA LOLONGAN ANJING

    Orang Melayu juga mempunyai firasat tertentu tentang bunyi lolongan atau salakan anjing. Sekiranya anjing melolong di sekitar kediaman mereka pada waktu-waktu tertentu, ia dapat memberi suatu alamat:

  •  6 hingga 8 siang: akan beroleh keuntungan daripada perdagangan.

  •  8 hingga 10 siang: akan terima surat dan khabar dari jauh.

  •  10 hingga 12 siang: akan bersama-sama makan dengan sanak saudara.

  •  12 hingga 2 siang: akan kehilangan harta dan terpisah daripada anak bini.

  •  2 hingga 4 siang: di dalam rumah akan timbul perkara besar.

  •  6 hingga 8 malam: akan berbantah atau bertengkar.

  •  8 hingga 10 malam: perbualan di dalam rumah akan menjadi suatu permasalahan.

  •  10 hingga 12 malam: orang perempuan menyebabkan timbulnya pertengkaran.

  •  12 hingga 2 malam - akan menerima suatu perkara yang menyebabkan susah hati.

  •  2 hingga 4 malam: dagangan membawa keuntungan.

  •  4 hingga 6 malam: akan mencari keuntungan.

    (Konsep masa orang Melayu terbahagi kepada masa 12 jam siang dan 12 jam malam.)

    Walaupun anjing dianggap binatang yang hina, ia tetap makhluk Tuhan dan tidak boleh dianiaya.

    Kisah seorang pelacur dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi air kepada anjing jalanan menjadi bukti bahawa manusia perlu punya rasa belas dan kasih terhadap makhluk Tuhan, biar apapun darjatnya.

    Source : (LINK)

  • Komen : Kat Malaysia ni pun Ustaz aku mengumpamakan Badan yang menjaga keselamatan awam umpama Anjing yang tak mengenali yang mana tuannya dan yang mana pekerja tuannya yang tugasnya memberi makan si anjing, malangnya si anjing hanya mengenali dan menyangkakan sipemberi makan itulah tuannya..................

    Kazim belasah Manjongmari..

    Iklan Manjungmari