boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Awang Selamat. Show all posts
Showing posts with label Awang Selamat. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Ha ha ha,,Bekas Menteri Umno dah mula nak terberak,, terkencing...

Ha ha ha,, ambik ko,,, rasanya kali ini baru nak serik kut,,, sebelum ini,, macam-macam yang dia tulis, malah satu ketika pernah kena saman dengan Presiden Pas, apabila ditulisnya Nabi Abdul Hadi dalam kolum pojok Awang Selamat..

Hari ini,, baru ada akai....


Wednesday, May 29, 2013

Umno dah mula serang Najib - Mantan Menteri Umno kata Najib "imitator"

Satu gerakan terancang,, tidak perlu gopoh-gopoh,, namun mereka dah mula menyerang Najib, Mula-mula  Daim Zainuddin keluar komen,,, 

Rupanya lepas Daim ada lagi,, yang bestnya semuanya datang dari Kedah ... Namanya pun macam nama bapa Daim..


Thursday, May 9, 2013

Pasca PRU 13 - Pemimpin UMNO yang juga penulis racist dah gila meroyan....

Siapa yang tak kenal penulis pojok di akhbar Utusan Melayu iaitu yang sinonim dengan nama Awang Selamat...Semaklah balik tulisan-tulisan lama mangkok ni,,,, 
Namun sekarang dia dah menjilat balik segala kahak dan muntahnya sebelum ini....


Thursday, July 19, 2012

Bekas Menteri UMNO hina artis sebagai tukang cuci..

Dimana hak rakyat dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi... .



Kalau artis juga yang komen sebegini aku tak hairan,, ini awak tu seorang bekas menteri penerangan,, kenapa jadi terlampau bingung.... atau pun dah menggelabah puyuh...suasana politik sekarang yang PAS akan ganti UMNO?.. 





Sunday, February 6, 2011

Serangan Gerak Saraf dari Awang Selamat..

Salam Sejahtera..

He he banyak agenda yang terusra dan tersirat..UMNO semakin hari semakin tersepit dari kacamata penilaian orang-orang muda Melayu,

Sebelum PAS menjadi sasaran Awang Selamat dan akhbar Utusan Melayu, namun bila ada agenda perpaduan Melayu, nampaknya serangan terhadap PAS semakin kurang, melainkan pada waktu-waktu PRK seperti di DUN Tenang, selesai PRK untuk sementara waktu, cuba-cuba pulak tulis nak bodek Presiden PAS, dalam pada nak bodek atau nak jolok, harapannya PAS akan bertelagah dengan PKR,, bijak-bijak Awang Selamat... baca apa yang dia tulis pada ahkbar MM hari ini...

Anwar dan Hadi

Awng Selamat

Selain kelemahan tertentu dalam Pas, antara faktor signifikan kepada kekalahan pembangkang di PRK Tenang ialah isu Anwar Ibrahim.

Pembangkang melangkah ke PRK Tenang dengan PKR pimpinan Anwar, sudah semakin tenat dan hampir terburai. Isu semakin ramai pemimpin dan ahli pelbagai kaum meninggalkan PKR, ternyata memberi kesan kepada keseluruhan pakatan pembangkang. Isu pergolakan dalaman PKR, pemilihan parti yang berserabut dan dikritik hebat serta kegagalan memberikan penjelasan menyakinkan terhadap banyak isu, menjadikan parti itu tidak lagi dihormati. Anwar sendiri berdepan dengan isu moral yang serius ekoran kes perbicaraan liwat. Banyak lagi persoalan mengenai kaitannya dengan beberapa individu masih belum terjawab.

Di Tenang, ceramah Anwar kurang mendapat sambutan. Cubaan beliau untuk bermain sentimen liar juga tidak berjaya. Malah Awang difahamkan, di sebuah kawasan Felda, seorang pemuda yang hadir bangkit merampas mikrofon kerana membantah ketua pembangkang itu memburuk-burukkan Felda. Khabarnya, Anwar yang sedang berceramah ketika itu terpaksa menghentikan ucapannya kerana ternyata hadirin tidak memihak kepada beliau. Awang percaya, era Anwar sudah berlalu. Selagi beliau menjadi sandaran, selagi itulah, potensi pembangkang amat terhad untuk meraih lebih banyak sokongan terutama majoriti Melayu. Pakatan pembangkang perlu memikirkan pemimpin yang lebih bersih untuk menggantikan Anwar. Awang nampak pada peringkat ini, Presiden Pas, Hadi Awang calon paling sesuai. Mungkin sebahagian daripada kalangan pemimpin pakatan pembangkang

termasuk Pas sendiri tidak bersetuju. Tetapi Awang ada keyakinan kepada Hadi dengan syarat Pas perlu menjadi dominan. Pakatan pembangkang tidak akan ke mana jika tidak dapat memenangi hati majoriti Melayu. Itu realiti politik Malaysia..

Mengapa Awang Selamat tak letak nama TG Nik Aziz,, kenapa TGHH jadi pilihannya... he he... masih dok menaruh harapan lagi lah tu...

Presiden PAS tak seburuk kelaku macam pemimpin UMNO, sesama sendiri pun sangggup berebut kedudukan jawatan dalam parti, tindas menindas,,, PAS bersama dengan Pakatan masih boleh bekerjasama, saling bantu membantu,, sasaran utama UMNO BN mesti dijatuhkan dahulu,,

Ya UMNO mesti turunkan.., di kuburkan....,
..

Sunday, August 8, 2010

Awang Selamat - Sila periksa juboq anda dulu...

Awang Selamat - Nama gantian buat penulis pojok Utusan Melayu yang sentiasa menghentam gerakan Islam dan kumpulan dakwah, Kalau penulis blog yang mengadu domba digelar oleh TGNA Penulis Celaka, maka bolehlah aku katakan yang Awang Selamat ni spesis anak haram kelahiran UMNO..

Jawatan Awang Selamat sebelum ini dipegang oleh Zainuddin Maidin (ZAM),seingat aku dengan tempoh yang cukup lama, biasa sekali tu kena bayar saman dimahkamah kerana menulis membuat tuduhan TGHH sebagai Nabi, ZAM ni paling dia anti dengan kumpulan Arqam sewaktu ia menjadi Ketua Penulis Utusan, apabila ia bergiat penuh dalam politik UMNO tempatnya di ambil oleh Johan Jaafar dikenali dengan panggilan Wak Cantut, atas kebijaksanaan Johan Jaafar pandai menulis, menjadi pengacara debat perdana, kini ia mendapat habuan menjadi Pengerusi Eksekutif Media Prima..

Jadi siapakan Awang Selamat era 1Malaysia yang gila perpaduan melayu..., wahai awang selamat, sila buka seluar dalam anda.., check balik ada ke tidak anu..., sebab anda hanya berani berselindung di sebalik nama Awang Selamat... ada sesiapa staf dari Utusan, boleh tolong bagi tahu siapa awang selamat tu...


Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus




Tuesday, May 19, 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

TIADA siapa seharusnya mengatasi undang-undang. Ini termasuklah peguam yang sepatutnya menjadi contoh terbaik menegakkan undang-undang.

Anehnya, Majlis Peguam bertindak sebaliknya dengan memfailkan saman terhadap polis berhubung penahanan lima peguam dari Biro Bantuan Guaman pada 7 Mei lalu.

Kelima-lima peguam berkenaan berhimpun tanpa permit di balai polis untuk memberikan sokongan kepada mereka yang ditahan kerana membantah penahanan seorang aktivis, Wong Chin Huat.

Para peguam itu ternyata telah ingkar arahan polis supaya bersurai. Persoalannya, bukankah mereka telah melakukan kesalahan? Apa istimewanya peguam berbanding rakyat biasa yang lain? Apakah perlu ada pengecualian kepada golongan tersebut?

Majlis Peguam sepatutnya rasional dan tidak memanipulasi keadaan mengikut kepentingan mereka semata-mata.

Badan itu juga tidak wajar menyekutukan diri dengan ahli yang melanggar undang-undang apatah lagi untuk menekan polis.

Maka ada yang menafsir tindakan tersebut sebagai bermotif politik. Jika benarlah andaian itu, elok Majlis Peguam menjadi badan bukan kerajaan (NGO) atau terus sahaja menjadi parti politik.

Awang - Boleh hidu motif.

Komen aku:Awang Selamat ni betulah cakap tak serupa bikin,,, inilah perumpamaan melayu... tungau seberang laut nampak, gajah depan mata buta....Cuma yang nak tanya apa yang UMNO DOK LAKUKAN SEKARANG NI ADAKAH IKUT UNDANG-UNDANG...KHAK PTHUIIH.

Sunday, May 17, 2009

Komen Untuk Awang Selamat - Utusan Malaysia...

Salam...
Awang Selamat dalam kolumnya di Utusan Malaysia mula menghentam Uthayakumar (Hindraf), Awang Selamat cuba nak mengapi-apikan semangat kaum Melayu.. itu yang aku nampak.. hangpa baca kat Kat Sini.

Cuma aku nak tergelak besak mengenai persoalan yang Awang Selamat timbul kan....

"Berdasarkan kajian UNDP, yang paling miskin dan bilangan miskin teramai, adalah daripada kalangan orang Melayu. Sepatutnya orang Melayu yang banyak beralah dan kompromi kepada kaum lain, lebih berhak untuk merusuh.

Bayangkan sampai hari ini setelah lebih 50 tahun merdeka, Melayu adalah kaum majoriti tetapi ada kaum minoriti yang menguasai kekayaan negara.

Orang Melayu jugalah yang paling ramai ditahan ISA sejak dulu lagi tetapi tidakpun dijadikan isu perkauman."


Betullah Kajian UNDP tu..cuma yang aku dok rasa heran sampai hari ini pasal apa nasib orang Melayu boleh jadi macam ni... mana dia janji-janji manis UMNO yang dok jaja siang malam nak membela melayu...UMNO dah memerintah dan memegang kuasa selama ini, pasal apa nasib orang melayu masih di takuk lama, masih nak mengharap DEB, mana hak keistemewaan orang melayu yang selama ini di laung-laungkan... Kalau hangpa nak tau nasib orang melayu macam mana hangpa baca tulisan Prof Ungku Aziz, beliau banyak menyentuk hal orang Melayu....

Awang Selamat kononnya nak tarik balik sokongan Orang melayu,, tetapi ia lupa yang merosakkan orang melayu ialah UMNO sendiri...




Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari