boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label BUBAR DUN PERAK. Show all posts
Showing posts with label BUBAR DUN PERAK. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Monday, June 10, 2013

Perjanjian Zambry Kadiaq dengan Syaitan yang dah mula menuntut hak!

Persoalan aku terhadap Zambry kadiaq dah pun terjawab.. ha ha ha ha.. Hari jumaat penghujung bulan lepas,, 31 May 2013, aku ada tulis satu entry Siapa Tuan Speaker Dun Perak ?

Dan rasanya kini terjawablah sudah.... Umpama manusia bersahabat dgn syaitanlah rupernya,,, bila dah selesai sesuatu perjanjian,, maka secara tak langsung si syaitan lahanat menuntut habuan yang dijanjikan..


Thursday, March 28, 2013

Guarantor baru buat Najib dan umno

Sepatutnya Najib tak perlu risau lagi nak bubar Parlimen,,, soal menang atau kalah dalam PRU13 nanti, rasanya Najib dah ada jawapannya,,,  

Monday, December 3, 2012

Parlimen akan dibubarkan pada petang hari ini!.........

Woiii... betul ka ni,,, boleh percaya ka...? 

Betoilah... Perhimpunan Agung UMNO dah pun selesai dengan jayanya... Ini bukan cerita fitnah woii... sumber yang aku dapat adalah sumber sohid...


Thursday, November 8, 2012

Obama dan boleh berlapang dada!.. Najib & Rosmah ?

Obama dah selesa dan dah boleh tidur lena,,, bagaimana pula Najib !  Nak bubar Parlimen pun dup dap dup dap.....

Kenapa Obama bole menang untuk sepenggal lagi?


Friday, October 12, 2012

Najib dah mula membodek YDP Agung, PRU13 Musim Haji ?

Habuan untuk rakyat melalui BR1M, akan diberikan sekali lagi,, begitu juga dengan lain-lain bantuan,, untuk rakyat.... 
Jadi kalau untuk Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pun rasanya tak ada masaalah.... Najib mampu menyediakannya... 

Wednesday, June 6, 2012

Parlimen Bubar 14 Jun 2012, PRU13 pada 08 Julai 2012 ?

Kwang kwang kwang,,, bila aku posting pru-13-bulan-julai-sebelum. nampaknya macam ada  kebenarannya,,, mungkin juga,,, walau pun hati kecil aku sendiri tak berapa nak setuju dengan tarikh tu...


Entahlah,, kalau dah Datin Seri Rosmah dah dapat ilham.,, bila tarikh yang sesuai.... 




Mungkin suara-suara yang mengatakan Parlimen akan bubar pada 14 Jun 2012 nanti dan mengundi pada 8 Julai adalah sebagai nak menyanggah kenyataan Tuan Guru Presiden PAS, yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan Parlimen akan bubar pada musim uat Islam menunaikan fardhu haji,,klik parlimen-dibubar. 

Rasanya aku lebih berkeyakinan PRU 13 ni akan diadakan pada musim haji, beretpatan dengan kenyataan Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS, it yang aku dok nampak, dan rasanya pernah sekali berlaku dizaman Mahathir PRU dibuat dalam musim haji, aku tak ingat tahun bila, tapi yang aku ingat Pas tinggal dua kerusi Parlimen waktu lepas PRU tu, Nik Aziz pun kalah setelah berapa kali bilang undi semula, sehingga waktu subuh, tak habis lagi kira, Nik Aziz ajak semua ahli PAS pi sembahyang Subuh, tinggal SPR dan ahli UMNO kira, terus umum calon UMNO menang,, 

Walaupun selepas itu UMNO dok kata PAS bakal berkubur kerana tinggal 2 kerusi Parlimen, salah seorang yang menang Allahyarham Pak Nik Abdullah bapa kepada Exco Nik Amar, Parlimen Pengkalan Chepa, namun Allhamdulillah, selepas itu PAS mampu bangkit semula sehinggalah ke sekarang ini...  

Yang sebenarnya... aku ulang.... sebenarnya... UMNO dah kepanasan,,, sakratul maut dah mula terbayang di hadapan UMNO, cuma sekadar menunggu detik dan ketika,,, perasan atau tidak,, 
ada parti komponen BN selain UMNO sama sibuk dok berkempen,, tak ada, MCA sekarang pun dah kantoi isu plet WWW 15,, wakaka... seronok la Datuk Kong Cho Ha bila musuhnya Lew Tiong Lai  dah tak boleh nak jawab..... 

Pimpinan UMNO yang lain berapa orang yang dok berkempen, yang aku dok nampak Najib dengan Muhyiddin aja yang kesana kemari,, Kesian kat Muhyiddin,, sehingga sanggup keluar kenyataan mati atau hidup uMNO tergantung pada PRU13...Tak merasalah nak jadi PM ke 7...

Nak kempen apa lagi, rakyat se Malaysia dah tersedar berapa mereka dah kena tipu dengan UMNO mengenai isu harga miyak RON 95 lebih mahal dari RON 97,,

Apa pun, sama-sama kita tunggu bila PRU13,, kita sama-sama buat perubahan,, maklumat terkini yang baru dapat sebentar tadi,, PRU akan diadakan tahun depan,, bulan dua,,, sekarang memang UMNO tak mampu nak diadakan,, sebabnya pergolakan besar di Sabah..tentu hangpa dok dengar berita yang ahli parlimen Lajim Ukim nak melompat,, itu sorang yang kita dengar, yang kita tak dengar,, ahli Parlimen Kalabakan yang brutal dalam parlimen kita tak tau..satu sebab utama rakyat Sabah dan hangin kerana klik petronas-money-by-jeffrey-kittingan..dan ramai lagi yang dok tunggu masa parlimen bubar...., 

Berdoalah banyak-banyak tuan-tuan,,, biarlah Islam yang sebenar memerintah Malaysia.,,, biar negara kita jadi negara BERKEBAJIKAN Insyaallah...






Sunday, February 28, 2010

Tiada PRU DUN Perak - Betui ka..

Salam Sejahtera..

Dalam perjalanan balik dari Taiping petang tadi berita radio jam 7.00 petang menyiarkan kononnya tiada Pilihanraya mengejut di neegeri Perak.

Yang aku hairan kenapa, Menteri Kewangan ll Ahmad Husni yang meyampaikan berita tersebut, nampaknya dia dah ambik alih jadi tukang jurucakap, mewakili siapa ya.., Zambri atau Najib..

kalau tak betul kenapa Timbalan Presiden MCA sibuk menghantar senarai nama calon pada MB 5-0 semalam...

Apakah dalam UMNO sekarang ini ada kumpulan-kumpulan tertentu.., Mamak UMNO geng lain, Melayu UMNO geng lain,, baguih, baguih.. teruskan...,

Oii, orang Melayu UMNO..., 27 ADUN UMNO negeri Perak, 26 Melayu, kenapa Mamak yang di pilih, apakah ADUN UMNO yang Melayu tak layak kah jadi MB Perak,, malu weih.UMNO Perak...potong buang laut la....

Berita Berkaitan...bharian..

Thursday, January 28, 2010

Gula-gula Pilihanraya - DUN Perak akan Bubar..

Salam Sejahtera...

Proses hak milik tanak akan disegerakan... Kat mana... berdekatan dengan kampung asal aku, kalau kawasan tu setahu aku kaum India yang ramai, apakah ini sebagai umpan nak undi kaum India untuk PRK Negeri Perak. Berita selanjuntnya

Awas YB Tai Sing Ng... Itu UMNO sudah mau kacau, kerja baik-baik.... Nanti susah ooo, itu jam Datuk IR Nizar pun sibuk mau jaga DUN Pasir Panjang....

Wednesday, January 20, 2010

BUBAR DUN Perak - Boleh jadi ka?..

Salam Sejahtera...DUN Perak akan dibubarkan... Itulah yang aku dok terbaca selama ini, dah berapa lama... oii, sejak dari rampasan kuasa 5 Feb 2008, dah nak masuk genap setahun UMNO merampas kuasa dalam terang...

Sejak dari itu dah nak muak aku dok baca DUN Perak akan bubar, yang terbaharu kononnya SPR pun dah mengadap ke istana, keputusan kes mahkamah Nizar menang 4-1, sebelum tu 3-2, Zambri pun ikut Najib bersama dalam lawatan ke negera arab tu pun nak bincang hal tu dan macam-macam lagi

Apakah benar DUN Perak akan bubar... kalau jawapan dari aku, aku tetap kata tidak...tidak.. tak kan UMNO nak cari penyakit...apa ke jadahnya... Ok kita ambik dari beberapa faktor..

Najib akan menurut apa yang maklumat risikan sebelum mebubarkan DUN, dalam suasana negara yang kacau bilau dengan 1001 macam masaalah ini nak diadakan PRK sebuah negeri, memang nak cari nahas, sedangkan PRU DUN Sabah dan Sarawak pun masih belum berjalan..

Kes keputusan mahkamah - banyak spekulasi mengatakan Nizar menang kes, jadi DUN akan bubar...., riuh rendah..., tup-tup Ketua Hakim Negara 2-3 lepas keluar kenyataan yang semacam kononnya menyelebahi Nizar, lebih senang lagi telus, tegaslah kononnya... Phoorah...Oii tak kan tak kenal dari mana asal siapa Ketua Hakim Negara tu...dah berbuih dah mulut Karpal Singh mahukan Ketua Hakim Negara dipecat..jadi setakat kenyataan Ketua Hakim negara aku dok nampak ini semua lakonan wayang Cina atas pentas di depan penonton sahaja, dok atas pentas juga dibelakang tirai yang penonton tak nampak dah lain cerita dia...

Maka keluarlah dalam akhbar yang Ketua Hakim ini tegas dan telus..., hangpa tunggu sajala apa keputusan sebenar selepas ini, Nizar atau Zambri MB Perak...

Aku tetap beranggapan keputusan Mahkamah akan menyebelahi Zambri, sebabnya ini bukan sahaja melibatkan kerajaan UMNO, tetapi juga dengan istana sekali, pasai apa lambat sangat keputusan dia... saja depa nak bagi upset sikit..., biar selepas ni rakyat akan riuh lagi, pembangkang pun riuh sama..., yang penting rakyat jelata ikut sama riuh, biarlah mereka riuh, sama riuh macam isu kalimah Allah, sekurang-kurangnya masalah apa yang rakyat bawahan alami masyarakat Malaysia dah terlupa seketika, lupa dah harga gula, roti dan keperluan harian yang semuanya akan naik menggila.

Dari sini kita yang pro PR semua akan kata Najib PM 1Malaysia dah jatuh reputasinya..., peduli apa reputasi jatuh, yang penting kuasa!!!, Orang UMNO dan atas pagar lain cerita... akhbar dan media dah tonjolkan Najib mendapat anugerah tertinggi dunia dari kerajaan Arab Saudi.. bukan semua orang yang boleh dapat, salah seorang pemimpin dunia yang dapat adalah bekas Presiden Amerika George Bush, sebabnya Bush banyak berjasa pada rakyat Palestine, Iraq dan Afghanistan, itu pasai dia dapat anugerah tersebut.. dan Najib pula apakah jasanya... 1Malaysia dan Monggolia..betui ka.?

Sunday, October 11, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO ... PRK Bagan Pinang Sudah!!! Apa pulak selepas ini?!!!

Salam Sejahtera...

Setelah keputusan PRK Bagan PInang yang kali ini menyebelahi BN, tak perlulah kita nak ungkit apa-apa lagi, beginilah adat PRK, mereka yang berkuasa akan menggunakan segala-galanya yang mungkin, demi maruah BN dan imej UMNO yang sudah lama tercalar.

Aku pun malas nak ungkit balik apa yang sebelum ini semuanya, biarlah ia berlalu, kerana yang penting masa hadapan kita perlukan persediaan, yang lepas dah tak boleh nak buat apa lagi, melainkan sebagai pengajaran dan pedoman.

Cuma aku nak tanya apa pulak selepas ini, kut-kut ada kekawan kita yang tahun, cuma mengikut kata MB Kedah Ust Azizan lepas ni PRK Kota Seputih pulak, aikk, MB Kedah sekarang dah mewakili Speaker DUN Kedah ka atau SPR.. yang mana satu ni... Kalau ada ka atau pun tak ada bagi aku sama juga.. Kedah masih lagi PR yang tadbir, kalau boleh tak payahlah lagi PRK, kang nanti banyak pula yang terbogel dan terlondeh... Sabarlah dulu.. tunggu aja PRU13 nanti, sekarang ni maintain jaga kerajaan Kedah tu baik-baik, jangan terlepas macam negeri aku Perak kat UMNO...

Kemudian ada juga aku dok terdengar, kalau UMNO BN menang bergaya di Manik Urai, DUN negeri Perak akan di bubar, tetapi oleh kerana PAS menang dengan 65 majority, senyap sekejap, kemudian PRK Permatang Pasir, pun begitu juga, tapi PAS menang bergaya.. belum jadi lagi..., apakah selepas ini UMNO mennag dengan majoriti 5435 di Bagan Pinang maka DUN Perak akan di bubarkan, mungkin MBH Zambri mati idup balik ia tak akan cadangkan DUN Perak akan dibubarkan, tetapi Najib yang mahukan rancangannya 1Malaysia Rakyat diutamakan DUN Perak akan dibubarkan..demi kemahuan rakyat....

Yang mana satu lebih baik, kerana 29 Okt 09 keputusan kes Mahkamah Tinggi Sivakumar saman SPR mengenai 3 ADUN Katak akan diketahui sama ada PRK perlu diadakan atau tidak,
kqalau 3 PRK itu memang hak PR punya.. belum tentu UMNO akan dapat balik... kalau Bubar DUN Perak, UMNO boleh buat tumpuan kerusi mana yang mereka boleh rampas kembali dari PR, dengan ini negeri Perak mereka akan dapat perkukuhkan, disamping Najib juga boleh mencadangkan MB Perak yang baru... bukan Zambri lagi... sorrylah kau Zambry...balaci Najib yang setia lagi ramai dok menunggu.

Mampos UMNO.....Ameen

Thursday, August 13, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Umpan Pancing Siva Dah Mengena..

Salam Sejahtera...

Speaker DUN kontrovesi negeri Perak YB Sivakumar telah menjalankan tugasnya sebagai Speaker walaupun mengikut perkiraan undang-undang pengganas Yahudi versi UMNO mengatakan Ganesan yang mereka lantik sebagai Speaker pada sidang DUN 7 Mei 09 lalu yang menjadi kontroversi sehingga sekarang.

Namun semalam keluar kenyataan dari YB Sivakumar mengatakan akan mengadakan Sidang DUN yang tertangguh dari kes 7 Mei itu, pada 2 September depan, menyebabkan hari ini MB Mahkamah Rayuan dah panas jubor.. maka keluarlah kenyataan seperti DI SINI.

Apa yang aku pasti lagi sahih, SUK dan SU Dewan Abdullah Antung yang menjadi penjilat no wahid UMNO mesti menghalang akan sidang tersebut. Itu sudah pasti.....

Apakah akan terjadi sidang bawah pokok sekali lagi... Kalau ini bakal terjadi pasti lagi hebat... Dalam bulan puasa pulak tu, itu jam kita dapat lihat ujian-ujian dalam Ramadhan pula...... apakah polis dan anggota FRU masih lagi sanggup menjadi budak suruhan kepada UMNO....

Kenapakah MB mahkamah rayuan yang sekarang ini mengaku dah diterima rakyat, yang mengatakan Negeri Perak akan menjadi negeri pengeluar emas terbesar, negeri yang sudah dimasuki pelabur, takut nak mencadangkan kepada Sultan untuk pembubaran DUN Perak... Selagi DUn Perak tidak dibubar, maka selagi itulah negeri Perak akan popular dimata dunia dengan sistem pemerintahan Kerajaan KUDETA....

Friday, July 10, 2009

Kisah Yang Dah Berlalu....

Salam Sejahtera...

Rasa kecewa oleh sahabat aku MSK dari Perakexpress masih lagi tak kunjung padam, aku faham apa yang MSK rasai, banyak rancangan-rancangannya bersama DR Wahab Arbain dan kekawan yang lain untuk rakyat Perak langsung tak kesampaian.

Jadi hangpa bacalah keluhan MSK, banyak yang boleh jadi tauladan, terutama kita yang mengaku pejuang Islam, kenalah terima apa yang dikatakan.. kita tidak nampak atau pun pura-pura tidak nampak kesalahan yang kita lakukan, tetapi orang lain akan nampak selain dari Allah S.W.T..

Kisah dan Tauladan

Jul 10th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, utama

Sebelum Muktamar Pas yang lalu, Perakexpress sibuk mempromosikan Nizar sebagai bakal calon Naib Presiden Pas. Nizar mendapat pencalonan yang begitu banyak…dan kalau dia bertanding, aku rasa dia boleh menang dengan selesa.

Tapi bila aku diberitahu bahawa Nizar menarik diri dari bertanding Naib Presiden…aku terkejut. Memang frust sebab aku rasa dia mampu membawa Pas Perak lebih baik. Tapi bila diberitahu mengapa dia menarik diri..aku terima. Bagi aku, Nizar berjiwa besar. Dia tidak mahu dilihat sebagai opportunis, cuba menggunakan popularitinya untuk mendapatkan kuasa.

Tetapi satu lagi alasan yang diberikan..yang tak pernah aku terfikir. Nizar merasakan dia masih belum teruji. Dia gagal dalam mempertahankan Pakatan Rakyat Perak sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat Perak runtuh. Dia berazam untuk menebus kegagalannya dengan mengembalikan Pakatan Rakyat Perak sebagai kerajaan yang sah.

Bagaimana seorang yang begitu diminati oleh rakyat Perak…seorang yang dapat diterima oleh majoriti rakyat Perak, tanpa mengira bangsa, agama atau pun parti…boleh gagal?

Dalam setiap ceramah…kita mendengar tentang bagaimana kesalahan diletakkan kepada Jamal, Osman dan Hee. Dan dalam cakap-cakap dikedai kopi atau dalam blog, PKR sering dipersalahkan kerana mempunyai Adun-Adun yang tidak berkualiliti, Adun yang tidak bermoral..macam-macam.

Apabila Anwar ditendang dari Umno..memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang disekeliling Anwar. Bila Pak Lah dipaksa turun, memang mudah untuk menyalahkan Mahathir..tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang di Tingkat Empat. Apabila Nizar dipaksa turun dari jawatan Menteri Besar, memang mudah menyalahkan Jamal, Osman dan PKR, tetapi tidak mudah untuk menyalahkan orang-orang Pas dipejabat Menteri Besar.

Dan apabila PR Kedah hampir-hampir runtuh…memang mudah untuk menyalahkan PKR dan DAP di Kedah, tapi tidak mudah untuk menyalahkan kuasa-kuasa di “Batu 9”.

Hangpa nak kutuk Jamal sebagai pengkhianat…kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kutuk PKR kerana meletakkan calon-calon yang tidak berkualiti. Kutuk la. Aku setuju.

Hangpa nak kata katak-katak ini tidak bermoral…kata la. Aku setuju.

Hangpa nak kata depa dua ekor ini bodoh. Kata la. Aku setuju.

Tetapi…mengapa seorang Menteri Besar yang dianggap sama taraf dengan Anwar ini tidak mampu mengawal dua ekor katak yang bodoh? Di mana kualiti pemimpin Pas yang dianggap handal ini?

Pada awal pemerintahan Pakatan Rakyat di lima negeri…Selangor merupakan negeri yang paling teruk dilanda masalah. Malah pada hari pertama lagi…Pakatan Rakyat Selangor berhadapan dengan ‘pengkhianatan’ Dr. Hasan Ali. Tetapi dapat diselesaikan. Kemudian diikuti dengan isu babi. Jauh lebih besar, tetapi dapat diselesaikan. Ditambah pula dengan isu Eli Wong…tetapi dapat juga diselesaikan.

Tetapi di Perak..ia hanya masalah balak. Tetapi oleh kerana gagal diselesaikan…Pakatan Rakyat runtuh. Di Kedah…hanya isu tempat penyembelihan babi…menyebabkan DAP keluar Pakatan. Tiga ADUN PKR hampir-hampir melompat dan kerajaan PR Kedah hampir runtuh. Dan ia memerlukan campurtangan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan kemelut di Kedah.

Apakah ianya melambangkan kualiti kepimpinan yang ada pada Pas?

Aku simpati kepada Nizar dan aku akan terus menyokong Nizar kerana aku dapat merasakan kejujurannya. Tetapi simpati aku kepada kepimpinan Pas yang lain semakin berkurangan kerana mereka hanya nampak kesalahan orang lain…tetapi jarang melihat diri sendiri.

Semasa Nizar menjadi Menteri Besar… pejabat Menteri Besar macam markas Pas. Semua staf dipejabat Menteri Besar terdiri dari orang Pas kecuali Nadarajah. Tapi Nadarajah hanya ditugaskan untuk menjaga orang India.

Orang-orang bukan Pas cukup susah nak jumpa Menteri Besar. Orang Pas boleh keluar masuk ikut suka hati. Pernah sekali aku membawa seorang rakan untuk berjumpa Nizar, tetapi diberitahu oleh Mohamad Tiang,..”Orang PKR kena jumpa Ustaz Zul.”

Bila aku nak buat Konvensyen teh tarik..nak jemput Nizar kena melalui Ustaz Zul. Tapi blogger Pas boleh buat mesyuarat dalam pejabat Menteri Besar.

Ini yang berlaku pada aku…yang berlaku pada ramai lagi orang PKR macam mana?

Nizar tak tahu perkara ini….kerana dilakukan oleh orang-orang disekeliling nya. Disebabkan orang-orang disekeliling Nizar..Nizar tumbang. Apakah Pas Kedah tidak belajar hal ini?

Aku tak mahu menyalahkan Nizar.. kerana pegawai-pegawai disekelilingnya adalah lantikan parti. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak tumbang…maka parti yang memimpin perlu juga dipersalahkan. Walaupun Pas mempunyai pemimpin yang berkualiti, yang tinggi akhlak, yang cukup bermoral…tetapi gagal memimpin. Dimana silapnya?

Kalau dalam satu program keibubapaan…seorang bapa meluahkan perasaannya, “anak saya tak dengar cakap…anak saya degil, anak saya perangai macam setan.” Siapakah yang gagal?

Apa yang berlaku di Perak, juga berlaku di Kedah. Apa yang diceritakan dikedai-kedai kopi atau blog ialah tentang tingkah laku ADUN DAP dan PKR…tapi tak ada sesiapa yang bercerita tentang kuasa ‘Batu 9’.

Pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah banyak dikuasai oleh Markas Pas Batu 9. Malah ada rungutan dikalangan ADUN-ADUN bahawa banyak pandangan dan cadangan mereka di veto oleh kepimpinan PAS, sehingga ada yang berkata bahawa keputusan EXCO pun boleh diubah sekiranya ‘Batu 9’ tidak bersetuju.

Ada yang merungut dimana peruntukan DUN tidak disalurkan kepada ADUN PKR atau DAP sepenuhnya. Hanya sebahagian disalurkan kepada ADUN manakala sebahagian lagi disalurkan terus kepada YDP Pas kawasan.

Mungkin betul tuduhan ini…mungkin fitnah. Tetapi apabila terdapat rungutan-rungutan…ianya perlu diambil perhatian. Bukan dengan menolak mentah-mentah tanpa memberikan ruang untuk menyuarakan perasaan.

Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat di Kedah perlu di munafaatkan walaupun ia menimbulkan persoalan…”mengapa baru sekarang ditubuhkan?” Jangan hanya aktif bila nak pilihanraya atau hanya bila timbul masalah.

Sumber = perakexpress.

Komen : Dimana silapnya? Ahli-ahli PAS yang terlibat lupa Sirah Nabi, lupa kepada kisah Perang Uhud, masing-masing nampak harta ghanimah... moga-moga jadi pengajaran pada masa akan datang.

Wednesday, July 8, 2009

Tangkapan Terpileh....

Edar VCD: Penyokong PKR ditahan

08/07/2009 10:36am

KUALA LUMPUR 8 Julai – Seorang daripada kira-kira 50 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Perak ditahan polis di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini hari ini.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Tan Kim Huat ditahan kerana mengedarkan cakera padat bertajuk `Bubar DUN Perak’ kepada orang ramai.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui mengesahkan penahanan lelaki itu. – Utusan


Komen.. Pihak BN boleh pulak edar.. siap cetak VCD Sidang DUN Perak versi BN sampai 50,000 salinan, boleh pulak... Tapi Pakatan Rakyat VCDnya kisah yang sebenar tak boleh,.. satu kesalahan....dah berapa kes yang kena tangkap..

Saturday, July 4, 2009

Krisis Perak...Masih tak percaya..

Salam sejahtera...

Semalam balik dari kerja saja, aku langsung tak sempat nak on PC, lepas magrib pi dengar tazkirah DS IR Nizar, habis tu lepas Isyak, balik pi pulak dengar ceramah PR di kawasan Kampong Acheh Lumut...

Posting aku semalam banyak yang seolah-olah tak berapa nak percaya... OK lah hangpa baca maklumat yang copy dari blog Perakexpress..
Untuk cerita malam tadi nanti sekejap lagi aku tulis, itu pun kalau ada waktu sesuai... la ni aku nak kena pi beratur pagi, kerja Yob...... .

Perak semakin getir

Jul 4th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, utama

Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu…Nizar Boneka DAP…blah..blah..blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Jamal dan Osman keluar PKR kerana balak, duit dan kes rasuah mereka. Itu saja. Jamal marah kepada Nizar kerana enggan meluluskan beberapa konsesi balak yang mereka pohon…manakala Umno menjanjikan kes mereka akan diselesaikan.

Sekitar Jun atau July, kerajaan negeri PR meluluskan beberapa konsesi balak. Jamal dan Osman telah menggunakan nama PKR untuk memohon beberapa lot melalui Misbah. Misbah percaya kepada Jamal dan Osman bahawa permohonan itu adalah untuk PKR Perak…tanpa merujuk kepada PKR Negeri. Apabila diluluskan…semua konsesi yang di”berikan” kepada PKR Perak telah disapu oleh Jamal dan Osman. Malah ada beberapa lot konsesi tersebut diberikan kepada pemimpin Umno. Diantaranya Raja Ahmad Zainudin. Ini adalah kesilapan Nizar yang pertama…terlalu percaya kepada orang disekelilingnya.

Ramai orang-orang PKR tahu siapa pemimpin Pas yang mendapat konsesi balak…dari pemimpin utama hingga kepada Pemuda Pas…tetapi apabila orang-orang PKR merasa terpinggir dan melihat bahawa balak telah disapu oleh orang-orang Pas…baru rahsia ini terbongkar.

Tetapi ketika membincangkan untuk meluluskan konsesi berikutnya sekitar Oktober 2008, Nizar sudah berpengalaman. Hasilnya, beberapa permohonan Jamal dan Osman di’tangguhkan’. Inilah yang menyebabkan Jamal menjadi marah…malah Jamal dan Osman pernah berjumpa sendiri Timbalan Pengarah Perhutanan untuk meminta permohonan mereka diluluskan…walau dengan apa cara sekalipun.

Kalau Jamal dan Osman benar-benar mahu membela bangsa Melayu, semasa mereka menjadi EXCO, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh mereka…tetapi mereka sibuk menambah bini daripada membantu orang-orang Melayu yang susah dikampung.

Selain daripada Nizar…Jamal dan Osman marah kepada Ketua PKR Perak pada masa tersebut..Tuan Hj. Ismail. Hj. Ismail marah kerana nama beliau telah digunakan dalam permohonan balak tersebut…sedangkan PKR Perak tidak mendapat satu sen pun.

Lantaran itu, Jamal dan Osman berusaha menyingkir Hj. Ismail dari Ketua PKR Perak dan meminta Anwar membawa balik Hj. Osman ke Perak. Jamal dan Hj. Osman memang akrab dari dulu..kini dan mungkin selamanya. Malah Jamal pernah menyebut, sekiranya Hj. Osman bertanding di kawasan beliau di Behrang…beliau sedia memberi laluan.

Anwar tunduk kepada kemahuan Jamal dan menggantikan Hj. Ismail dengan Hj. Osman. Tetapi seperti biasa…Anwar sering diperangkap oleh orang-orang yang dipercayaainya. Dan didalam kes Perak..Anwar tertipu oleh permainan Jamal dan Hj. Osman.

Hj. Osman gagal membawa PKR Perak menjadi lebih baik…malah beliau sepatutnya bertanggungjawab diatas keruntuhan Pakatan Rakyat Perak. Beliau jarang berada di Perak…hanya muncul kalau Anwar datang kePerak. dan beliau gagal mengawal tingkah laku Jamal dan Osman.

Ketegasan Nizar telah menyebabkan Jamal dan Osman menyimpan dendam. Dan apabila Hamdan Taha datang berjumpa beliau untuk menawarkan pakej Umno untuk berpaling tadah…Jamal dan Osman terliur.

Umno menjanjikan kepada Jamal dan Osman satu pakej istimewa. Kes mereka akan ditarik balik, jawatan EXCO yang mereka pegang semasa didalam Pakatan Rakyat akan dikekalkan dan bonus sebanyak tiga juta ringgit seorang.

Bukan setakat Jamal dan Osman sahaja yang ditawarkan…malah Kesavan dan Yunus Jamhari juga mendapat tawaran pakej istimewa Umno ini…tetapi Kesavan dan Yunus lulus ujian moral ini dengan menolak tawaran tersebut.

Jamal dan Osman menerima tawaran untuk menyertai Umno…dan runtuhlah Pakatan Rakyat Perak.

Tetapi Jamal dan Osman tidak mengetahui bahawa Hee juga akan menyertai pembelotan tersebut kerana Hee diuruskan oleh Vincent Tan. Apabila mengetahui bahawa Hee mendapat 20 juta ringgit yang dibayar melalui Berjaya Corporation, Jamal meletakkan syarat. Bahawa dia akan kekal sebagai calon bebas…sehinggalah semua pakej tawaran dipenuhi.

Selepas melompat…Jamal dan Osman tinggal di sebuah apartmen mewah, Duta Vista, bilik no 343 dan 344. Dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Umno yang diuruskan oleh Hamidah Osman. (Dr. Khairudin membuat akuan bersumpah tentang hal ini. Kalau nak saman…saman Dr. Khairudin. Akuan bersumpah Dr. Khairudin boleh dilihat disini.)

Umno merasakan bahawa rampasan kuasa yang dilakukan itu akan dapat diselesaikan dengan cepat dan tidak menjangka tentangan yang akan dibuat oleh Nizar dan Pakatan Rakyat Perak. Akibatnya mereka terpaksa mengatur strategi.

Dengan menunaikan semua janji yang dibuat kepada Jamal dan Osman, akan menyebabkan Umno akan teruk dihina oleh rakyat Perak. Lantas mereka mempermainkan Jamal dan Osman untuk mengembalikan imej Umno di Perak.

Jamal dan Osman merupakan liabiliti kepada Umno. Kalau Jamal dan Osman boleh meruntuhkan Pakatan Rakyat…mereka juga boleh meruntuhkan Umno. Lantas Umno cuba mengekalkan Jamal dan Osman…dengan melambat-lambatkan proses menunai janji yang mereka buat.

Bayaran kepada Jamal dan Osman dibuat secara beransur…RM100,000.00 sebulan. Kes mereka pula tidak diselesaikan dengan menarik balik tuduhan yang dibuat…tetapi cuba melengahkan perbicaraan. Dengan harapan…kes tersebut akan berpanjangan sehinggalah DUN Perak dibubarkan. Dan apabila Pilihanraya DUN diadakan, Jamal dan Osman tidak akan dicalonkan oleh Umno…dan Umno akan cuci tangan. Kalau PKR mencalonkan mereka…bermakna PKR menempah maut. Maka…Jamal dan Osman akan hanyut dengan sendiri.

Jamal dan Osman sudah tersepit. Umno dilihat memungkiri janji-janji mereka. Jamal dan Osman dijanjikan akan dilantik sebagai EXCO lebih awal, tetapi Umno menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai alasan untuk menangguhkan perlantikan Jamal dan Osman. Dan Umno kecewa kerana Jamal enggan turun keBukit Gantang untuk berkempen bagi pihak mereka …manakala Osman gagal menarik penyokong-penyokong PKR untuk berubah kepada Umno. Tidak sampai 30 ahli-ahli PKR Bukit Gantang yang mengikut Osman. Kebanyakannya adalah sanak saudaranya sahaja.

Umno tidak melantik Jamal dan Osman sebagai eXCO seperti yang dijanjikan iaitu selepas PRK Bukit Gantang…sebaliknya menangguhkan sehinggalah selesai Hari Keputeraan Sultan Perak.

Tetapi sekali lagi Umno memungkiri janji terhadap Jamal dan Osman dengan alasan DUN Perak masih belum dikuasai oleh BN. Dan apabila rampasankuasa DUN berjaya dibuat oleh Umno..masih ada lagi halangan mereka..iaitu tentang siapakah Speaker yang sah. Lantas..perlantikan EXCO ditangguhkan lagi kepada 1 Julai 2009.

Sementara itu, kes rasuah mereka terus didengarkan dimahkamah dan tiada tanda bahawa Umno akan menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap Jamal dan Osman. Osman mula ketar lutut. Dan dalam perbicaraan awal, Osman sudah mula meletakkan kesalahan kepada Jamal. Osman mengatakan bahawa dia hanya menurut arahan Jamal.

Osman sudah mula menghampiri pemimpin-pemimpin PKR dan menyatakan kekesalannya. Malah diberitakan bahawa Osman telah berjumpa Nizar dan meminta maaf terhadap apa yang berlaku.

Semua orang tahu…Osman hanyalah budak suruhan Jamal. Osman bukanlah seorang yang boleh membuat kerja-kerja EXCO…malah pernah menubuhkan sebuah syarikat dengan menggunakan namanya sendiri untuk mendapatkan projek-projek dibahawa EXCO Pelancungan Perak. Apabila diberitahu bahawa sebagai penjawat awam…dia tidak boleh memegang jawatan dalam syarikat, maka dia menggunakan nama seorang perempuan..yang kemudiannya menjadi isteri keduanya. Samaada ‘perkahwinan’ mereka sudah disahkan oleh JAIP…wallahualam.

Kini…Osman sudah mempunyai (isteri ketiga). (perkataan didalam kurungan kerana tidak dapaat disahkan sama ada benar itu isteri beliau. Tetapi semasa berjumpa dengan dua pemimpin PKR Bukit Gantang pada 29/6 lalu di Taiping, beliau bersama ibunya dan seorang perempuan yang diperkenalkan sebagai isteri’nya). Kehadiran ibu dan isteri ketiganya adalah sebagai ‘camourflage’ kerana dia sentiasa diawasi.

Dalam pertemuan tersebut…beliau menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku. Dan seperti biasa, dia menyalahkan Jamal kerana memperdayanya. Beliau juga menyatakan sesal kerana beliau tidak lagi boleh kembali kekampung seperti biasa…tidak mendapat habuan yang dijanjikan oleh Umno…sedangkan beliau sekarang terpaksa menanggung tiga bini.

Umno Perak menyedari hal ini lantas mengadakan satu mesyuarat tergempar keesokan harinya (30/6) di Ipoh. Dan hari tersebut, mereka gempar kerana Jamal dan Osman tidak dapat dihubungi. Malah panggilan kepada Osman telah dijawab oleh mesin..”nombor yang anda hubungi belum diberi perkhidmatan!”

Dalam kekalutan itu…mereka cuba membuat apa yang dibuat oleh Nizar dulu..iaitu dengan cuba membubarkan DUN Perak.

Osman ‘hilang’. Jamal masih berada di Tanjung Malim pada hari Selasa 30/6 tetapi tidak mahu menjawab panggilan dari Umno. Beliau berbincang dengan orang perantaraan PKR tentang bagaimana untuk membalas dendam terhadap Najib yang gagal menunaikan janji. Malah Najib cuba mencuci tangan dengan menyerahkan semuanya kepada Zamry.

Apa yang dilakukan oleh Jamal terhadap Umno sekarang…sama dengan apa yang dilakukan olehnya terhadap Anwar dan PKR semasa tawar menawar dengan Najib dulu. Kalau Jamal boleh menjatuhkan PKR dan Pakatan rakyat Perak…Jamal juga boleh meruntuhkan Umno di Perak.

Apakah tingkah laku Jamal ini kerana mahu membela bangsa Melayu yang ditindas oleh DAP ataupun Nizar Boneka? Apakah yang telah dilakukan oleh jamal sejak menjadi boneka Umno? Sudah berapa ramai orang-orang Melayu yang dibantunya selama beliau menjadi boneka Umno?

Yang nampak…beliau hanya menambah B1N1. Dari dua selepas PRU 12, sekarang sudah empat.

Begitulah berkuasanya katak di Perak.

1.2 juta pengundi Perak ditipu oleh Jamal. Anwar yang dikatakan bijak..juga ditipu oleh Jamal. Malah Sultan Perak dan Raja Muda yang dikenali sebagai Sultan yang paling bijak…juga ditipu oleh Jamal.

Jamal menurunkan tandatangan dihadapan Sultan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan Nizar sebagai Menteri Besar. Jamal juga menurunkan tandatangan dihadapan Sultan sebagai tanda menyokong Umno Barisan Nasional. Apakah Jamal akan menurunkan tandatangan sekali lagi…kali ini untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang?

Semalam…pemimpin PKR Perak bermesyuarat. Najib sudah tidak berani keluar negeri. Rakyat Perak resah gelisah. Semuanya kerana kuasa politik Perak terletak ditangan seorang penipu… seorang yang tidak berprinsip.

I feel sorry for Perakians.

Source: Mat Saman Kati

Friday, July 3, 2009

Krisis Perak - DUN Perak Bubar akan bubar..

Salam sejahtera...

Pada petang Ahad lepas aku pi ke Pasar Malam, berjumpa dengan seorang kawan peniaga barang-barang makanan kering, bagi tau kat aku yang dia baru dapat SMS yang DUN Perak akan bubar, terkejut sekejap aku, bila dalam perjalanan balik, aku ternampak Haji Amin, orang kanan yang selalu dok mengiringi DS IR Nizar, aku tanya dia, jawapannya tak.... OK la... kemudian dalam 2-3 lepas ada blog-blog yang melaporkan DUN akan dibubarkan... dimula oleh Dr Wahab, kemudian MSK di Perakexpress, lepas itu diikuti pula balasan hujah yang agak kuat oleh blog Mamamat..

Apa pun yang agak kecewa, ada pula blog-blog yang sama sehaluan seolah-seolah menafikan cerita tersebut, apakah blog tersebut nak cari hit ke 4 juta, atau pun ada juga blog yang nak meramaikan pembaca agar ruangan iklan bertambah. Macam ni punya orang pun ada.....

Tak puas dari itu pagi tadi aku terbaca lagi keluhan seorang sahabat Di SINI. Sahabat aku ni dia banyak sumber yang boleh dipercayai, orang-orang UMNO pun kamcing dengan dia, walaupun dia sendiri tak suka pada UMNO...

Kemudian lepas tu saja aku merayau masuk kat UM online, pulak cerita kisah yang sama juga Bubar Dun Perak, cerita DI SINI. selalunya bila ada penafian di akhbar milik UMNo, maka benarlah berita itu..

Sekejap tadi aku terbaca dari sini pulak, pun sama DUN Perak akan dibubar, kali ini dari sumber yang sohih, apa tak percaya ka... DI SINI. Apakah doa-doa kaum muslimin dah diterima oleh Allah S.W.T agar DUN Perak dikembalikan kepada rakyat. Sama-samalah kita tunggu. Insyaallah, DUN Perak akan dibubarkan.....

Dasar UMNO....

Salam Sejahtera...
Inilah dasar dan mentaliti fikiran seorang daripada menteri kabinet UMNOngok...

Jumaat Julai 3, 2009
Abu Talib tak layak terajui Suhakam - Nazri

DIKRITIK..Presiden Suhakam yang baru Tan Sri Abu Talib Othman dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman dikritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik Perak baru-baru ini.

Ketika menyatakan demikian di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan pendirian bekas Peguam Negara itu apabila mengatakan bahawa rakyat Perak harus diberikan pilihan untuk menentukan kerajaan kehendak mereka.

"Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya.

"Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa menjawab soal yang dibangkitkan oleh Tian Chua (PKR-Batu), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Parlimen semalam.

Dewan Rakyat yang mengakhiri sesi sidangnya lewat malam tadi, membahas dan meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) (Pindaan) 2009.

Nazri berpendapat Abu Talib tidak perlu membuat kenyataan sedemikian memandangkan isu Dewan Undangan Negeri tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Suhakam.

"Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah.

"Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya.

Malah pelantikan peguam terkenal Datuk Muhammad Shafee Abdullah sebagai pesuruhjaya Suhakam juga dikritik oleh anggota Dewan Rakyat.

Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang hadir Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu untuk memberikan nasihat dan bertindak bagi pihak Umno di mahkamah, dilantik sebagai pesuruhjaya Suhakam.

"Antara Abu Talib dan Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abu Talib tidak layak sebagai Pengerusi Suhakam," tambah Nazri.

Tian Chua juga membangkitkan pertanyaan sama ada seorang pesuruhjaya Suhakam boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan mewakili ahli-ahli politik di mahkamah.

Menjawab soalan ini, Nazri memberitahu, seseorang pesuruhjaya seharusnya membezakan peranan sebagai peguam mewakili anak guaman dan anggota Suhakam.

Terdahulu Nazri berkata, pesuruhjaya Suhakam tidak harus berat sebelah dalam pendirian mereka.

Komen : Tan Sri Abu Talib Tak layak.... Datuk Aziz Hakim Mahkamah Tinggi yang mengesahkan DS IR Nizar sebagai MB Perak salah tafsiran, habis apa yang betui.... phoorah UMNO...kwahk phtuih.....

Monday, June 15, 2009

BUBAR DUN Perak - Perjuangan yang diteruskan...

Salam Sejahtera..
Sumber - Malaysia Insider

Dari awal mula pertama mula masuk parlimen pada pagi tadi DS IR Nizar dah terpaksa menempuhi berbagai cabaran dan dugaan yang beliau hadapi... manakan tidak...kes mahkamah masih dipermain-mainkan oleh pihak-pihak yang berkenaan...dah nak masuk Parlimen dihalau pulak... inikah negara yang dikatakan 1Malaysia...Kerajaan Perpaduan?!!!!!!!!

Apa lagi saluran yang ada untuk diketengahkan mengenai masaalah negeri aku... inilah satu lagi idea yang beliau perjuangan.. walaupun mendapat sindiran suara sumbangan oleh Ibrahim Ali dalam ucapannya yang sempat aku dengar sebentar tadi....

Apa pun perjungan diteruskan...TAHNIAH DATO SERI.... aku akan terus menyokong perjuangan Dato Seri..


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari