boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Bomoh. Show all posts
Showing posts with label Bomoh. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

MH 370 - Jawapan untuk soalan DS Anwar Ibrahim..

Dalam ucapan di sidang Parlimen baru-baru ini ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim mempersoalkan siapa yang bagi kebenaran bomoh 3 stogges kat KLIA...


Friday, March 14, 2014

Hallooo YB Menteri Khairy Jamaludin,, Apa lagi mau tunggu ?..

Malam ni aku nak jadi batu api... boleh kut... Harap-harap YB Menteri dah dapat maklumat ni kut,,, apa lagi.. panas beb... 


Thursday, March 13, 2014

Tahniah - FBI Malaysia dapat pengiktirafan Thailand ..

Kehebatan Malaysia semenjak trajedi MH370 mendapat perhatian dunia, terutama sekali dalam bidang FBI Malaysia,, moga-moga nanti boleh jadi satu sumber ekonomi negara,, negara Thailand dah mula ambik pot FBI Malaysia...

Pesawat MH 370 - Memang Patut pun bengong, mesra umno..

Dah letih agaknya buat kerja merapu, kalau dilhat gaya berpakaian, phuiih, profesional,, tapi buat kerja merapu... yang akhirnya sendiri rasa... baru ada akai..

Tuesday, April 2, 2013

PRU13 - Umno guna nasihat BOMOH untuk dapatkan tarikh PRU 13 ...

Bomoh apa yang umno gunakan,, bomoh sakai, bomoh tok batin bomoh siam atau tuhan kerajaan langit Ayah Pin yang juga seorang ahli Umno... Bab ini umno tak payahlah nak menafikan... sejarah lama umno adunnya kena kerat 18 oleh bomoh Mona Fendi di Tanjung Talam Pahang masih dalam ingatan..

Tuesday, May 5, 2009

JAMAIY mahu Zambry, SU Perak bertaubat

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - JAMAIY salah satu Gabungan NGO Islam Perak hari ini merasa kesal dengan 'insiden khurafat' yang berlaku di Dun Perak baru-baru ini seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Adun Titi Serong, Idham Lim.

Pengerusinya Dr Khairuddin Dato' Abd Malik berkata, beliau telah dimaklumkan oleh kakitangan kerajaan Perak bahawa mereka kesal dan marah apabila khidmat bomoh telah dibawa ke Kompleks SUK Perak pada pagi 30 April lalu oleh salah seorang Wakil Rakyat Adun Barisan Nasional (BN) yang juga bertaraf Exco.

Bomoh tersebut dikatakan dibawa khusus ke bilik persidangan dan fokusnya adalah tempat duduk VIP seperti kerusi DYMM Tuanku Sultan Perak, Speaker dan Menteri Besar.

"Menteri Besar Barisan Nasional Dr. Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato� Dr. Abdul Rahman Hashim perlu mengambil tanggungjawab atas insiden kurafat yang memalukan ini.

"Jika insiden ini dalam pengetahuan Dr. Zamry dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato� Dr. Abdul Rahman Hashim maknanya mereka telah merestui kerja-kerja syirik yang dikutuk oleh Allah, " katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Mereka katanya mesti bertaubat dan memohon maaf kepada Sultan sebagai Ketua Agama Negeri dan seluruh rakyat beragama Islam dan dalam masa yang sama meletakkan jawatan.

"Jika perkara tersebut berlaku tanpa pengetahuan, mereka tidak layak memegang tugas besar Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan kerana kecuaian yang melampau.

"Siasatan mesti dibuat oleh jabatan Agama Islam Perak secepat mungkin tanpa rasa takut," katanya.

Bagi DYMM Tuanku Sultan Perak adalah disarankan demi menjaga nama baik baginda supaya membatalkan keberangkatan ke Sidang DUN pada 7 Mei inii kerana insiden yang mencemarkan institusi Raja sebagai Ketua Agama dan Payung Rakyat, katanya. - azm 

Sumber (LINK)

Komen.. Apakah ada lagi report polis lepas ni........, Tok Mufti awat diam... takut jadi SEMBAH DERHAKA!!!!

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari