boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label CERAMAH PASIR PANJANG. Show all posts
Showing posts with label CERAMAH PASIR PANJANG. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Terkini - Blogger UMNO Lumut dah mula berminat dengan PR..

Alhamdulillah, sebelum ini bila PAS Lumut mengadakan ceramah, blogger ini memang berminat nak pi mendengarnya,, selalunya ia akan memakai jubah lengkap berserban, itu yang aku dapat maklumat,, 
Tetapi malam ini ia turut serta dalam program Anwar Jelajah Merdeka...  


Monday, October 18, 2010

Kerajaan BN Perak adalah HARAM...

Salam sejahtera....

Petang semalam, Ahad 17/10/10 satu majlis minum petang secara santai diadakan sebuah kedai minum berhadapan padang SK Muhamad Saman Pasir Panjang Seri Manjung. tetamunya biasalah Adun Pasir Panjang DS IR Nizar, datang bertemu pendudk kampong Pasir Panjang dan sekitarnya...
Double klik untuk gambar lebih besar
Nampaknya majoriti yang datang adalah warga pencen.....



Perhormatan Nizar buat warga emas.....


Ustaz Arifin Pasir Panjang, yang kelitan uzur pun turut datang..

Pak Long,, warga pencen yang tak pernah miss setiap kali Nizar turun di Pasir Panjang..

Ucapan Nizar pada petang semalam, banyak berkisar kepada Isu semasa, terutama hal bajet, cuma yang aku nak fokuskan ialah kisah pada sebelah pagi semalam, Nizar memaklumkan satu muzakarah antara PAS dengan UMNO yang diadakan di Hotel Excelsior Ipoh anjuran sebuah NGO.. Ada cerita di sini

Pihak yang menganjurkan program tersebut telah mengumpul maklumat serta membuat tinjauan diketiga-tiga DUN yang melompat dan membawa kes tersebut ke Darul Ulum di Pakistan dan Darul Ifta di India untuk mendapat apakah hukum rampasan tersebut.

Jemputan telah dibuat ke atas Zambri, Harunsani dan beberapa lagi orang UMNO, namun seorang pun tak datang, malah Harunsani selaku mufti telah menghantar surat rasmi darinya mengatakan hal-ehwal politik negeri Perak tak ada kaitan dengan Islam, namun Nizar tak sempat nak bawa surat tersebut.., yang syoknya dalam surat tu mengatakan fatwa tersebut turut di sokong oileh Dr Harun Din, lagi sekali Mufti menipu..

Keputusan yang dikeluarkan berdasar fatwa dari ulamak besar dari Pakistan dan India itu telah menyatakan ketiga-tiga ADUN tersebut telah kianat, manakala pengundi yang mengundi mereka setelah kajian dibuat oleh NGO memaklumkan hampir keseluruhan mengundi mengundi atas kapasiti parti, bukan atas nama calon..., jadi bila merujuk kepada Al-Quran surah Al Maarij dan surah alMukminun, yang berkisarkan hal kianat, fatwa dari mereka telah mengesahkan rampasan yang dilakukan oleh Najib laknatullah adalah haram seharam-haramya,

Manakala kalau dikaji dari segi perundangan negeri, kaedah undang-undang tubuh negeri Perak dan beberapa aspek yang pun turut menyatakan adalah haram,,

Manakala semalam juga menurut Nizar ada sekumpulan seramai 6 orang yang diketuai oleh seorang doktor telah membuat pengakuan dan mengaku bahawa mereka berenam pada malam pertama kejadian rampasan negeri Perak telah pergi ke rumah mufti harunsani dan menyatakan hal tersebut, Mufti telah mengatakan Pilihanraya semuala hendaklah diadakan semula di ketiga-tiga kerusi DUN yang melompat, namun pada keesokan harinya keputusan mufti itu telah berubah dengan mengatakan harus pula diatas keperluan politik semasa..., semuanya ini adalah tekanan dari UMNO, maka dari sini terbuktilah Mufti pun turut sekongkol dalam hal rampasan negeri Perak.

Jadi kita bayangkan... Mufti, MB, EXCO-EXCO semuanya makan duit gaji, elaun, semuanya HARAM BELAKA... dan apa yang mereka perlakukan di muka bumi negeri Perak ini sama-samalah kita tuntut di hadapan Allah S.W.T di Yaumul Mahsyar nanti... Insyaallah, aku akan tuntut...
.

Tuesday, September 7, 2010

Kisah MB Zambri di malam 27 Ramadhan...

Semalam petang, seperti biasa petang Isnin aku ke pasar malam di KDSK, tengah dok pilih bawang banyak yang tak elok daripada elok,, salah sorang penjual dari Baha Stor mai berbisik kat aku, " tau tak MB Zambri dalam kegelapan malam tadi... dia tanya kat aku.. apa yang aku tahu program Zambri pada hari minggu 5 Sep ialah bersembahyang tarawih bersama penduduk Pasir Panjang...

Si pemberi maklumat ni kata, bukan kat masjid Pasir Panjang... Rupanya Zambri kegelapan di gambar di bawah ni...

Inilah pasar Uptown Night Sale.. Gambar ni aku ambik malam tadi jam 9.15 mlm, sewaktu tazkirah terawih aku keluar sekejap..

Rupanya,,, balik dari program masjid Pasir Panjang, Zambri and the gang berkunjung ke Pasar Uptown ni, nak dijadikan cerita sampai saja Zambri ke tapak ini, baru nak mula bersalam-salaman dengan pengunjung dan penjual di tapak tersebut, dengan tak semena-mena lampu dipasar malam tersebut terpadam blackout....

Apa lagi..., dengan sinaran lampu-lampu kereta dan bangunan berdekatan sahaja yang tinggal,, maka yang nampak hanyalah lembaga iaitu baju dan seluar sahaja yang berjalan... he he... maka bertempiaran dan kelam kabutlah pengiring, penjilat-penjilatnya mencari dimana punca blackout..

Kenapa boleh jadi begini,,, kalau tanya kat orang UMNO biasalah,,, kata orang sabotajlah, dan lain-lain lagi..., tetapi sedarkah sewaktu orang ramai bermunajat dimalam-malam yang rahmat dari Allah, maka ada sekelompok manusia masih tak jemu-jemu berjual beli......

Inilah yang UMNO boleh lakukan untuk umat Melayu, bukannya nak beri galakan kepada rakyat yang berygama Islam semuanua turut beribadah, tetapi lebih digalakkan kepada kerja-kerja lara yang tak berfaedah...yang kaut untung Cina taukeh khemah....

Kemudian malam tadi sempat aku bersua dengan pendududuk Pasir Panjang, aku tanya apa program Zambri di Masjid Pasir Panjang, menurutnya Zambri menyampaikan bantuan kepada penduduk-penduduk kampong, berat sekampit, duit RM100 dan bungkusan hamper,,, tetapi tahu siapa yang dapatnya,,, hanyalah kroni-kroni pilihan dari AJK-AJK kampong tersebut.... itulah UMNO....

Tidak seperti sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, semua penduduk yang layak menerima bantuan semuanya dapat, tak kira mana-mana fahaman politik.....

Sunday, June 6, 2010

Gambar Sekitar Ceramah Konvoi Pakatan Di DUN Pasir Panjang..

Salam Sejahtera...

Pada mulanya malas dah nak pergi ke ceramah malam tadi, letih sangat.. walau semalam Public Holiday, Cuti,,, tapi jemputan kenduri kahwin woii, banyak sangat, semalam 4 jemputan, sempat pegi 2 di sekitar Manjung, kemudian pergi kerumah sahabat sebilik sewaktu di Mekah di Kampung Guar Manong... Balik sampai petang. letih deribar dan letih kenyang perut penuh..

Tetapi oleh kerana harini cuti lagi, aku gagahi juga pergi..., sampai saja ceramah baru bermula...

Ustaz Ahmad Awang bekas Naib Presiden PAS memberi ceramah permulaan, ceritanya pernah berkhidmat di zaman Huseein Onn menjadi PM dan sewaktu Mahathir menjadi PM sebagai Pengarat Pusat Islam.

Bercerita kisah sewaktu selepas kemenangan PRU12 2008, sewaktu nak menubuh kerajaan PR, didatangani oleh seorang Datuk yang juga setiusahanya dalam PUM menjadi orang tengah bersama Zahid Hamidi cuba memujukknya joint kerajaan perpaduan dengan UMNO. Ustaz Ahmad sendiri ditawarkan jawatan Speaker DUN... Fuiyo.. baru tau ,,


Penceramah Kedua, sementara menunggu YB Sivakumar dengan DS IR Nizar sampai, Saudara Antony Yap mengambil tempat berceramah, menceritakan kisah sewaktu PRU10 1999 yang lalu, UMNO dan MCA memainkan isu-isu di surat khabar Cina, jika Cina dan DAP bekerjasama dengan PAS, orang lelaki Cina kena pakai kain sarung, kena potong!!!!!!!.... menyebabkan DAP kalah teruk, di DUN Perak hanya tinggal DUN Setiawan sahaja...


YB Siva sampai,,, minta maaf sebab lewat, kerana pergi majlis makan malam kenduri kahwin anak bekas pimpinan DAP P Patto.. aku ingat melayu saja sibuk dengan kenduri kahwin, rupanya India pun sibuk kenduri juga...

YB Siva mencabar Zambri MB Mahkamah mengharamkan judi di premis-premis dalam negeri Perak, seperti mana Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng, Kerajaan Selangor dan juga keraajaan Kedah, Kerajaan Kelantan tak perlu cerita lagilah..., Ada berani ke Zambri..., lu mana mana berani.. lu lebih takut sama Vincent Tan daripada takutkan Allah...


Dah hampir 11.20 mlm baru DSIR Nizar sampai dari ceramah di kawasan Hilir Perak,,..


Walaupun letih seharian dari pagi hingga ke malam dalam program konvoi, namun masih bertenaga menyampaikan ceramah, menceritakan jikalau ada PRU sekali lagi di negeri Perak sekiranya Zambri anak jantan, semua kerusi MCA dan MIC lebuh, kerusi UMNO separuh lebuh.., itu pasal Zambri semakin hari semakin cuak sekarang ni...

Hak ini penceramah tambahan merangkap pengerusi majlis, saudara Yusri ketua Pemuda PKR Lumut dan Ketua Penerangan PKR Perak, menceritakan yang beliau juga dah lebih sepuloh kali dicuba-cuba oleh UMNO dengan tawaran yang cukup lumayan supaya melompat ke UMNO dengan sayrat membawa bersama golongan muda melayu bersama...

Nizar sampai , berehat seketika menunggu giliran selapas YB Siva.. cuba peratikan dalam gambar dihujung sekali..., nampak muka dan serban jubah putih...


Ha ha... inilah orangnya... Laksamana (B) Haji Imran, pun ada bersama...... apa yang geli hatinya tu,,, oooo Zambri pengecut yaa....

Cuba memerhatikan gaya-gaya penceramah di atas pentas..., Kalau ceramah depan anak buah dalam Navy lain... ini ceramah politik lain.., kena belajar..., nak lawan dengan Zambri bukan senang..., mamak sorang tu, banyak putar alam dan belitnya....


Sahabat baik aku, nak tau dia inilah yang menjadi musuh ketat Adukataruna...


Golongan kaum Cina pun ramai malam tadi, mereka dah tak malu-malu dan segan nak mai dengar...

Sebahagian dari pendengar, tarikh tak berapa kena,, sebab bersamaan dengan cuti sekolah, lepas tu ada lagi ceramah-ceramah perdana di kawasan berdekatan...

Pak Samad orang kuat Pasir Panjang dan Pak Long Bilal Masjid Lumut, memang tak lmiss setiap kali ceramah...



Abang Haji Piee, orang kuat bendahari Surau Madah...


Yang ini pun sama..., tak pernah miss seiap kali ceramah...

Sahabat sewaktu aku kerja dalam Navy dulu....

Saudara kita ni dudok sorang-sorang, nak dengar dengan lebih teliti....

Bakal pewaris kerajaan negara Islam malaysia... Insyaallah..

Monday, August 3, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO... Sekitar Ceramah Bubar DUN Di Zon Lumut...

Salam Sejahtera....
Malam tadi (2/08/09) ceramah gempur bubar DUN seluruh Perak anjuran Dewan pemuda telah di adakan ditempat biasa di Markas PAS Pasir Panjang Setiawan.
Waktu aku sampai saja, jam 9.45 mlm lebih, pengerusi majlis tengah bercakap dan memberitahu penceramah pertama malam tadi ialah Naib Ketua Pemuda PAS Perak yang mula berucap.. serak suaranya,, katanya mereka baru habis program Bubar DUN Perak di Bagan serai siang tadi...Penceramah kedua disambung oleh Ketua Pemuda PAS Perak yang baru, Ust Zawawi Hassan, banyak maklumat dari beliau dalam ceramahnya, terutama mengenai kes krisis negeri Perak dengan pertemuan beliau dengan pihak istana dan juga mufti...

Kemudian penceramah yang ketiga kalau tak silap aku ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, ceramah beliau banyak berkisar dengan isu-isu nasional, aku kurang memberi tumpuan.. ceramahnya agak kurang umph bagi aku laaaa.......cKemudian penceramah terakhir seperti biasa Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi mengambil, inilah kali pertama aku dengar beliau berceramah, sebelum ni hanya dok baca tulisan beliau di blognya....

Blogger Otai Manjung yang ada sebelah aku pun terkejut juga, bila dengar ucapan dari beliau, maca suara TGHH katanya....

Ceramah KPP banyak isu semasa dan yang akan datang contohnya mengenaiu PRK yang akan datang di DUN Permatang Pasir PP, dan beliau berkeyakinan UMNO akan kecundang lagi... belua juga amat berharapp DUN Perak dibubarkan, dan kalau boleh DUN negerinya di Pahang kalau bubar sama pun bagus juga katanya... aku tak dengar lama... mata dah mengantuk... letih, aku cuckup takut berjaga lama tengah malam, kalau dah terlewat malam, balik rumah memang susah nak lelap.....Cuma yang aku agak sedih, ceramah malam tadi kehadiran para pendengar agak ceroii.. tak tau apa sebabnya, adakah mereka pun penat macam aku juga, atau pun kebanyakannya ada yang balik kampong ka... kekenyang makan kenduri kahwin ka, takut penularan penyakit berjangkit HlNl ka, atau pun maklumat ceramah seperti poster agak lewat dimaklumkan aku pun tak pasti, apa sebab sebenar.. tetapi memang kurang sungguh, tak padan dengan penceramah yang datang dari jauh, atau pun juga peminat ceramah politik tengok kepada sesiapa penceramahnya pun satu hal, yang itu aku setuju, jangan kata penceramah, kuliah magrib kat surau aku dok pergi pun ada kategorinya, kalau ustaz yang agak ada umph maka penuh surau tu, kalau ustaz
tempatan, kemudian kuliahnya banyak anak murid kusyuk sendiri memang kuranglah sikit... bab tu aku sendiri tak macam mana nak atasi...
Ataupun juga apakah kerana dengan rancangan program wacana ilmiah anjuran pemuda PAS dengan Pemuda UMNO itu menjadi para penduduk warga ZOn Lumut agak kurang berminat nak mai ke tapak ceramah... wallah hu aklam...


Dalam pada itu ada pulak hamba Allah yang bawa bekas untuk kutib derma pembesaran masjid daerah manjung. Bab masjid Daerah manjung ni 3 bulan yang lepas aku ada tulis satu posting di SINI. Mentang-mentang orang yang mai dengar ceramah PAS ni suka menderma, nampaknya adajuga yang ambik kesempatan, sebelum ni bakul derma ni kelihatan di tapak pasar malam, itu lantak pi la... ni kat tapak ceramah PAS pun mai aii... bukan tak boleh, memang dialu-alukan, untuk masjid tapi bila masjid dah siap, masjid tu macam dah jadi hak Pengerusi dgn AJK-AJKnya pulak, nak buat kuliah ustas yang keras sikit tak boleh, walau pun ada tauliah dari majlis agama....

Tu yang jadi tak betul tu... sebagai contoh 3 orang penceramah jemputan luar yang mengajar di masjid Setiawan dah kena pancung, sekarang dibawa mengajar ke surau Madah... Itulah kerja UMNO dan pengikut-pengikut nya yang menjadi AJK masjid.... Duit orang orang ramai nak, tetapi hak orang ramai di kkhariah tersebut dihalang......pergi jahanam lah UMNO.....

Saturday, April 18, 2009

CERAMAH PERDANA..


Selalunya bila aku sampai ke tapak ceramah, sempat relak round merata, tapi malam tadi tak.. aku sampai ceramah dah lama bermula, Ketua Bahagian PKR Lumut Ustas Suwardi dok tengah ceramah, selesai aku cari parking tongkat motor, ceramah dag selesai, pengerusi majlis pulak yang dok berucap sebelum penceramah kedua YB Drs Idham Lim (CinaIslam.blogspot) Adun Tanjung Piandang berucap. Mungkin mengambil tempat MB DS Ir Nizar, sebab semalamn dalam waktu tazkirah selepas magrib di surau Madah, belum masuk waktu Isyak, DS Ir Nizar, dah bangun, aku dok ingat dia dah nak pegi ke tempat ceramah, rupa-rupanya pi ke Air Kuning, ada hal yang lebih penting... dah seharian dari tengahari kat Manjung, malam pi pulak ke Air Kuning.. inilah pejuang dalam gerakan Islam.. masa dan tenaga bukan untuk anak, bini dan keluarga...terpaksa banyak berkorban.. tak sanggup aku..
Beliau banyak menyentuk isu semasa, bab SPR yang dah menjadi sebahagian daripada UMNO, bagaimana tindakan SPR Pulau Pinang yang melengah-lengahkan kes letak jawatan Tim1 KM Pulau Pinang YB Fairus untuk mengadakan mesyurat PRK yang baru, yang si PM Tok Najib pulak dah mula merepek mengatakan PRK ni membazir, membuang masa...(heran ya,, bagaimana Najib boleh kata macam tu,,, macam takut nak PRK sajaa,,,,)
Kemudian bagaima sikap UMNO bila YB Nga membaca Al-quran, habis semua kena.. baca jawi, tulisan jawi pun dah tak betui.. malam tadi orang melayu semua pakat kena dengan YB Idham Lim, dia kata dia Cina, yang melayu... padan muka...YB Dato Taib Azamudin AP Baling sampai pun dah agak lewat, sebab beliau pun ada kuliah magrib dahulu kat masjid Setiawan, sampai saja duduk rehat sekejap, habis petugas kutib derma, pengerusi terus menjemput Ustaz Taib berucap, ucapan beliau pun banyak berkisar pada keadaan semasa yang berlaku, Sekitar PRK di Batang Ai.. Dayak Sarawak pun nak juga kepada keadilan yang ada dalam PR.. tetapi Melayu di Semenanjung orang UMNO masih tak boleh terima....salah satunya UMNO sekarang ni apa yang boleh masuk perutnya semua halal, manakala yang tak boleh masuk ke dia haram... Yang kalah pertandingan boleh jadi Timbalan Menteri, yang menang tak dapat apa-apa....AP Besut Pro Abdullah Md Zain, seorang tokoh agama, bekas pensyrah Universiti, sebelum ni 2004 dulu beliau menjadi menteri JPM HE Agama, kenapa dok pi lantik lagi si Mej Jen Dato Jamil Khair....!
Masaalah pemberian tanah kepada kaum Cina di Perak, sebelum ni UMNO kata mereka ni adil kepada semua kaum.. tetapi bila kerajaan PR bagi depa dok riuh rendah.. apa cerita... sedangkan dalam Islam, anjing yang nak mati kehausan, kita wajib mencarikan air untuk dia minum, tambah pulak manusia, dimanakah hannya...
Beliau sempat bergurau..sewaktu PRK di Bukit Selambau.. Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA, ......Dato Seri Azizan MB Kedah pun bebaskan 13 orang calon Bebas sehingga hilang wang pertaruhan.

Penceramah terakhir Dato Ngeh ADUN Stiawan, beliau banyak mengimbau balik kisah pentadbiran beliau bersama DS Ir Nizar selama 11 bulan, bagimana ada kampung melayu yang menubuhkan cawangan DAP kerana tak puas hati pada UMNO zaman pemerintahan Ramli Ngah Talib dahulu, kemudian sewaktu beliau berjumpa Dato TGNA, ia menceritakan hal Nizar pada Tok Guru, bagaima orang Cina dah mula percaya pada PAS, dengan bangga TGNA mengatakan besar pahala Nizar...
Kemudian Dato Ngeh mengatakan kita semua rakyat malaysia tak kira Cina Melayu dan India adalah dari satu keturunan Adam dan Hawa.. dan beliau memaklumkan sewaktu pemerintahan PR dulu Nizar bersama exco sudah meluluskan 45 ekar tanah untuk pondok Pak Teh di Pengkalan Hulu, tetapi bila Zambri mengambil alih menjadi MB kelulusan itu di tarik balik..jadi kalau benar perkara itu berlaku Dato Ngeh mengajak semua sekali yang ada pada malam tadi sama-sama menentang kezaliman yang dilakukan oleh Zambri dan UMNO....
Hangpa tengok.. Cina DAP yang dahulu memusuhi PAS dan Islam pun dah reti akan perlunya ada keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh PAS.. mereka baru sedar dan dah nampak yang benar yang mana batilll.. Tetapi yang UMNo ni aku tau nilalah nak sedar.....

Meraka inilah semua yang akan menggantikan kami yang dah nak beransur.......



Saudara ni sahabat aku.. setiap kali ceramah dia mesti ada punya, istiqamah dia ni.. sapa yang sakit-sakt badan.. dia boleh urutkan... bayarla...free kalu, minyak angin sapa nabayar...hangpa ingat petrol aja nak kena bayar..

Dalam kelompok ni ada nampak dua tiga orang Cina.....

Bihun Sup Kedah, pun tak lepas peluan, depa mai melabur kat sini, sampai dua khemah depa buka.. kiri dan kana jalan...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari