boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Cukai. Show all posts
Showing posts with label Cukai. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

RM 1/2 juta sehari ! ... Woi banyak tu...

Hampir RM500,000.00 sehari,, itu lah wang rakyat digunakan untuk menyara pendatang asing yang ditahan,, biar betul?..


Monday, December 9, 2013

Apa ke benda ni! Saya kata..sekejap saya tak kata !!..

Apa punya manusia ni,, lidah bercabang selalunya biawak.. ni orang,, berbelit-belit cakapnya,, akhirnya wartawan juga yang salah..


Yahoo... Desas Desus berita gembira...

Ikut suka hangpalah,, ko orang punya kuasa,,, kami sebagai rakyat, hanya sekadar luahkan tak puas hati,,, biarlah rakyat marhaen semakin menjerut perut perut, pemerintah pula semakin kembang perut...


Wednesday, November 27, 2013

Negara kita Malaysia bakal menuju ke negara muflis?

Patut ler, najib beriya-iya nak juga laksanakan kutipan cukai kepada rakyat melalu GST,,, sanggup disamakan pengkihianat negara jika nak elak bayar cukai... errmmm...


Tuesday, June 18, 2013

Seorang lagi muka baru pembodek Najib, Nor Zahidi Alias, bakal mencekik kocek rakyat...

Sebelum ini, dah pun keluar kenyataan,,, GST tak perlu dilaksanakan lagi,, belum masanya, belum sesuai....

Alih-alih ada pula manusia @ bangkai bernyawa yang lebih terror dalam ekonomi sambil nak membunuh rakyat..


Wednesday, October 31, 2012

Terima Kasih Dato Seri Haji Najib kerana merancang ini semua...

Terkini, semakin terserlah sikap Najib dan kuncu-kuncunya,, yang mereka akan tetap menyembelih rakyat Malaysia selepas ini... 


Saturday, February 11, 2012

Terima Kasih Majlis Perbandaran Manjung - Baki Lebihan Cukai Pintu dan diterima...

Dalam beberapa minggu lepas aku ada keluar isu cukai pintu yang secara senyap-senyap naik 1%, klik SINI...

Akibat dari berita tersebut, ramai pihak yang tak puas hati dan bercadang nak buat piket ramai-ramai di hadapan pejabat MPM dan juga semasa Najib mari majlis CNY di Setiawan...

Pihak MPM telah mengambil keputusan menurunkan balik kadar cukai pintu mengikut kadar tahun 2011.. aku yang yang dah bayar awal merasa ini satu penganiyaan,,, menyebabkan 2 minggu lepas, aku cuba telefon MPM dan bertanyakan isu tersebut, dengan baik hati pihak yang menjawab bagi tau aku boleh tuntut balik baki lebihan dengan membawa resit bayaran dan salinan IC,,
Bila aku sampai ke pejabat bahagian penilaian seperti yang dimaklumkan,, lain pulak ceritanya,, staf di sini macam tak berapa nak mau bayar balik, mereka menyarankan aku carry forward ke tahun depan, menyebab aku ungkit balik kenapa dalam jawapan telefon kata boleh,, staf tu jawab, itu seksyen lain,, pulak,,

Aku ambik jalan mudah,, aku bagi tau,, waktu MPM keluar arahan suruh bayar,, saya bayar tanpa banyak soal,, sekarang saya mau MPM bertindak secara profesional,, bila dah ambik kenalah baya balik,, diam sekejap mereka,, mereka bagi tau, resit bayaran aku akan diambil terus untuk tujuan odit, dan digantikan dengan salinan photostat, aku jawab ambiklah..

Makan berlakukan proses-proses kerja,, dan aku diberi tempoh dalam masa 7 hari bekerja,, aku jawab OKlah,, terima kasih....



Pukol 1 lebih tadi posmen macam biasa sampai kat depan rumah aku, dia bagi hos motornya,, aii berdetup hati aku, kena saman ekor lagi ka,, mamat posmen terus mambeca nama aku,, aku pun mengaku,, siap pakai pos laju dan AR Register,, dua tempat aku kena sain untuk nak dapat cek dan baucer bayaran dari MPM rupanya.... Terima kasih Majlis Perbandaran Manjung,,,

Bukanlah banyak sangat pun lebihan tu,, tak sampai RM50.00,, tetapi bila dah jawap kata boleh tuntut aku pergi lah,, bukan apa,, rasa-rasanya Pakatan rakyat akan menang nanti PRU13,, mana tahu sebagai hadiah kemengan semua cukai pintu rumah kediaman dihapuskan pada tahun depan....

Jadi sesiapa yang dah bayar mengikut kada 10.50% hangpa boleh pi tuntut balik,,, tak payah nak carry forward,, tahun depan macam-macam cerita boleh jadi... macam-macam boleh berlaku...

Terasa kesian juga kepada staf-staf MPM yang dah kena buat kerja lebih akibat dari perkara ni,, tapi aku nak buat macam mana,, jangan salahkan aku,, salahkan lah pihak atasan MPM yang pandai-pandai sangai nak mendera penduduk... Apa yang pihak atasan MPM dan ahli-ahli majlis fikirkan aku pun tau,,, bengong dan menyusahkan kakitangan bawahan...siapa ahli-ahli MPM,, majoriti pemimpin UMNO dan BN,,, termasuk YDP MPM pun sapa yang tak kenal,, memang UMNO karat Hijau..,

Tuesday, January 10, 2012

Terima Kasih Majlis Perbandaran Manjung - Cukai Pintu naik lagi...

UMNO membela atau mendera Rakyat......

Tahun 2011 cukai taksiran = Nilai taksiran x kadar 9.50%


2x Click untuk besar imej..

Tahun 2012 pula.. cukai taksiran = Nilai taksiran x kadar 10.50%, Mungkin ada pencacai lembu mengatakan aarrrhh 1% banyak mana sangat..., kalau ada yang bersuara begitu memang bahloll......




Penduduk warga Manjung,, inilah salah satu hadiah kepada rakyat bila UMNo merampas kuasa negeri Perak,,, cukai pintu naik lagi, sepatutnya dihapuskan cukai pintu,,, Majlis Perbandaran Manjung dah cukup kaya dah,,, apa yang MPM buat untuk peningkatan perumahan di taman-taman daerah manjung, perumahan taman aku, dari aku mula duduk tahun 1995 sampai sekarang, jalan laluan dalan taman perumahan masih tak berganti (turap),, tak payah cerita macam suasana jalannya sekarang,,

Yang banyak deme dok buat,, poster, banner gambar Zambri...
..



Friday, September 9, 2011

Cukai Prepaid Telefon lebih menguntungkan dari RON 95.

Salam Sejahtera....


Inilah untungnya UMNO menggunakan penasihat dari Israel iaitu APCO, mereka cerdik mencari sumber kewangan dengan mengcekik hampir keseluruhan rakyat Malaysia...

Sebelum ini yang selalu dipertikaian kenaikan harga ialah minyak petrol, tak kiralah RON 95 atau 97, dan yang kerap naik RON 97, dan kalau kita congak secara rambang kerajaan tak dapat kutipan sebanyak mana, kerana rakyat berubah pakai RON 95,,,

Namun kalau dikira RON 95 sekali pun masih lagi tak memadai buat kerajaan, tak kan tak tentu masa nak naik harganya, sedangkan harga minyak pasaran dunia tak naik,, itu satu hal, lagi satu berapa ramai rakyat Malaysia yang pakai kenderaan jika nak dibandingkan dengan rakyat yang menggunakan telefon bimbit...

Bayangkan kalau dari peringkat pelajar sekolah sehingga ke peringkat opah atau nenek, buat masa ni kebanyakan semuanya pakai handphone, sampai tergugat operasi TM telekom Malaysia, handphone dan menjadi satu perkara wajib untuk memudahkan komunikasi perhubungan antara manusia....

Dalil mudah untuk kita melihat berapa ramai rakyat Malaysia yang guna handphone ialah dengan melihat berapa banyak kedai-kedai yang menjual kad prepaid dan alat aksesori telefon, kat marata ceruk dalam bandar berpuluh kedai-kedai tersebut, kenapa begitu banyak, sebab permintaan tinggi.... bisnen tersebut menguntungkan..

Perangai Yahudi yang tertananam dalam pemikiran pemimpin UMNO mana ada sikap belas kasihan kepada rakyat, sebelum ini hanya kepada pengendali telefon mereka pungut cukai berbillion ringgit, namun peluang yang dah lama mereka tunggu cukai terhadap rakyat pula mereka nak gasak,,,,

Pemuda Pakatan Rakyat, Pemuda PAS, AMK,,, hangpa tunggu apa lagi, inilah masanya nak lawan balik UMNO, peluang dah terbuka luas.... anak-anak muda remaja aku rasa 100% menggunakan handphone,,, masa inilah nak digembelingkan mereka semua bersama Paktan Rakyat menetang UMNO... tunggu apa lagi, demo BERSIH 2 dah lama selsesai,,,

Paling cantik 16 September ni UMNO akan mengadakan perarakan hari Malaysia, masa itulah sama-sama rakyat bangun ambik peluang berdemontrasi bersama-sama menentang kenaikan GST handphone.. apa macam... cantikkan...





Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari