boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

JOM Sokong Mejar Zaidi TUDM! Dari dizalimi oleh UMNO!

Umno semakin menggelatat,, serba tak kena,, terpaksa guna saluran yang tak sepatutnya demi melepaskan dendam nafsu amarahnya..


Wednesday, May 1, 2013

PRU 13 - Dakwat kekal yang tak kekal, Kerani SPR yang bersalah ?

Dah faham sangat dah, dasar Yahudi Laknatullah, mana pernah nak mengakui kesalahan,, yang bersalah,  yang dijadikan kambing hitam petugas SPR yang hanya mendapat elaun bertugas tak seberapa banyak mana pun...



Tuesday, April 30, 2013

Thursday, January 28, 2010

TGNA dah melaksanakan kerja dakwahnya..



KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam,

Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan

paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.
Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang

tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang

mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.
Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling

Jaya, Selangor.
PAS telah mengambil sikap 'Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam'.
Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu.

Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.
Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.

Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, "Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini."

Sumber : harakahdaily..

Komen: UMNO yang sudah 53 tahun memerintah, tak ada pula MB-MBnya yang melakukan seperti TGNA lakukan, kalau Perdana Menteri lagi lah..., yang ada pun bersama-sama rakyat tengah malam tunggu jam 12 sambut tahun baru dan hari kebangsaan...

Dulu tak ada JAKIM, sekarang dah ada, pun sama juga.. apa yang UMNO buat kerja Islam... ada .. sapa kata tak ada..., satu sahaja .. jadilah pada tak ada langsung, melaksanakan kutipan Zakat & Fitrah secara bolot dia sorang, kumpulan lain tak boleh....


Sunday, June 7, 2009

Perpaduan Melayu - Ketua Pemuda UMNO dah menghulorkan tangan...

Salam Sejahtera...
Kalau semalam calon yang kalah dalam Ketua Pemuda UMNO Mukris Mahathir bersuara mengenai kerajaan perpaduan tetapi hari ini Ketua Pemuda UMNO sendiri pun ikut serta nak bersuara.. mana boleh ... jatuh standardnya sebagai Ketua Pemuda diam tak bersuara... sedangkan musuh tradisinya dah mula....

Maka bersuaralah Khairy mengajak mengajak Dewan Pemuda PAS.. BACA DI SINI. Muzakarah Yob... Muzakarah ka Muqabalah kira Ok lah tu... Pemuda PAS yang baru tak ada masaalah punya... bukan YB Salahahudin...itu sapa... ini lulusan dari Universiti Syria dan Azhar... sana syeikh...jangan risaulah... Harap-harap tu Khairy dapatlah faham apa itu Islam....

Selamat menjalankan Kerja islam....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari