boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Dinding. Show all posts
Showing posts with label Dinding. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Isu SKSES - Terima Kasih,,, Terima Kasih Dato Seri Zambry .!

Dalam tempoh seminggu yang lalu aku ada terima gambar yang diadd dalam wall Fb aku, kisah mengenai SK Simpang Empat Stiawan yang akan ditutup mengikut jadual yang dirancangkan,,, 
Kesian sahaja yang boleh aku katakan, pihak SKSES terpaksa menumpang belas ehsan di sekolah Menengah Ahmad Boestaman... itu yang mampu PPD Manjung lakukan,,, 
Dimana Zambry selaku Menteri Besar perak yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut... haprak...hampeehh...  


Namun nak dijadikan cerita, dengan kuasa Allah S.W.T, ada pulak pihak-pihak yang masih mempertahankan SKSES,, Petang tadi, baru aku nak lelap mata lepas balik makan kenduri kahwin, tup-tup hp berbunyi, Hadie call bagi tau ada demo kat SKSES, nak tak nak pakai baju, capai apa yang patut, stast motor aku pi terjah ke SKSES..

Wednesday, October 6, 2010

DAP - Multi Racial Party..!!

Apa yang kita dok faham sebelum ini parti DAP adalah parti perkauman yang didominasi oleh kaum Cina, namun selepas beberpa tahun kebelakangan ini dengan kehadiran beberapa tokoh parti seperti Mendiang P Patto, Arwah Ahmad Nor (Mantan Presiden Ceupac), dan Karpal Singh yang masih aktif membuat serba sedikit kepercayaan yang mengatakan parti DAP parti Cina semakin terhakis.

Namun bila kejadian melompatnya ADUN Jelapang Hee Jit Hai menyebabkan negeri Perak terlepas kembali kepada UMNO, kemudian ADUN malim Nawar melompat ke bebas dan semalam mengistihar joint PPP, dan ssehari dua sebelum ni MP Ipoh Barat YB Kulasegaran pula timbul kekecohan menimbul dibenak pemikiran aku, apa sebenarnya yang berlaku...

Kemudian bila lihat pula pada gambar ni, terfikir pulak, kaum-kaum ni dan yang sewaktu dengannya ini memang suka membuat kacau, imbas balik,,, MIC semua orang tau apa yang berlaku, PPP huru hara, dalam PKR yang dok buat kacau kaum ni juga, malah dalam UMNO di Pulau Pinang ni pun banyak yang sewaktu dengannya juga....

Apakah kaum ini dan yang sewaktu dengannya ini suka membuat kecoh untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan kaum mereka...., terfikir juga nanti apakan Dewan Penyokong PAS akan timbul masaalah, Ohh tidak, kami memperjuangkan Islam, moga-moga Allah S.W.T memelihara perpaduan parti yang nak memperjuangkan Islam... Insyaallah.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari