boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label H1N1. Show all posts
Showing posts with label H1N1. Show all posts

Monday, October 5, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Idea ni boleh diguna pakai..

Salam Sejahtera....

Semalam dalam dok tunggu pesanan di kedai makan selain dari aku dok tengok Berita TV kisah Mamak Orang Utan masuk hospital, aku sempat juga belek suratkhabar lama, iaitu hari UM Sabtu... dalam pada tu terserempak satu berita yang agak baguih... Aku ingat nak minta Suratkhabar tu kat tokew kedai tu, segan pulak...., cuma pagi ni aku cuba search balik kat arkib berita, jumpalah kisahnya... di DI SINI.
Tapi sayang kalau dalam surat khabar tu ada dua gambarnya... tapi dalam UM Online ni satu sahaja....

Baguih jugalah idea ni, dalam suasana wabak H1N1 yang belum selesai lagi, apakata kerajaan 1Malaysia anjur guna pakai barang recyle..pada nak beli topeng muka yang mahal.. apa salahnya bekas pakai bini punyalah... setuju...Cuba bayangkan kat gambar tu kalau Laki Najib pakaikat kat bini Rosmah macam kat gambar tu....Bestkannnnn

Tuesday, September 1, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1 - Kementerian bimbang...

Salam Sejahtera...

Berita yang agak mencemaskan, setelah pihak kementerian melaporkan HANYA 72 meninggal dunia disebabkan selsema babi, hari ini baru nak menyuarakan rasa bimbang apabila 46 orang lagi pesakit yang dimasukkan ke ICU.... DI SINI.

Inilah jadinya... kalau PM 1Malaysia sendiri masih memikirkan projek bagaimana UMNO hendak merampas kembali negeri Selangor dan Kedah dari Pakatan Rakyat, bagaimana nak memerah hasil keringat rakyat dengan menaikan harga petrol sesuka hati, bagaimana nak menebus muka malu hasil dari 6 PRK yang mengalami kekalahan, Suruhanjaya Inkues TBH yang semakin mencurigakan, dan yang paling besar masaalah rakan komponen UMNO iaitu krisis MCA yang cukup kritikal. Dan yang paling syioknya Menteri yang handle kes H1N1 sendiri adalah dari puak gerombolan MCA, Naib Presiden pulak tu... dah mula berangan-angan nak pegang jawatan Timbalan Presiden .... walaupun kenyataannya tak mau konon.... howw sioaww la lu....

Yang menjadi mangsa ialah rakyat sendiri.. dan apa yang aku dengar mangsa yang ke 72 semalam ialah seorang wanita yang bekerja sebagai doktor... betul atau tidak aku tak pasti, tetapi ada kekawan menyatkan sedemikian... kalau dah doktor yang pakar dalam ilmu kesihatan pun kena apakah kita tak terlibat sama.....

Ubatnya ialah jikalau arahan kementerian kesihatan suruh basuh tangan, jangalah kita hanya basuh tangan, tetapi ambillah wuduk sekali, lepas sembahyang, selesai sembahyang angkatlah kedua-dua belah tangan memohon, merayu, berdoa, bermunajat meminta pada Allah, harus di Ingat, penyakit tersebut itu datang adalah dengan keizinannya, selain dari kita beriktiar berdoalah memohon kepadanya... Insyaallah.

Kemudian, satu lagi arahan ialah tutup hidung dan mulut, buat wanita Islam tu... janganlah setakat nak tutup seperti yang diarahkan... ikut dan patutlah arahan agama iaitu menutup aurat, mana yang belum bertudung kepala, tutuplah kepala.... moga-moga dengan diturunnya wabak H1N1 itu ada hikmah disebalik kejadian tersebut...Wallahuaklam...


Friday, August 28, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1 - Betapa agung syariat Allah haram babi

MEMANG terkejut melihat dalam Youtube mengenai satu ujian yang sangat mudah iaitu dengan mengambil dua potongan daging babi dan diletakkan dalam bekas besi, kemudian dicurahkan air minuman berkarbonat ke atas daging babi itu.

Selepas dibiarkan dua jam, kelihatan begitu banyak sekali ulat kecil merayap keluar dari daging babi itu.

Terkejut sangat tengok itu kerana dua perkara; pertama dahsyatnya dan jijiknya daging itu. Kedua, bangga menjadi Muslim betapa agungnya syariat Allah yang mengharamkan makan daging babi dan betapa al-Quran memang kitab petunjuk dari langit dan segala terkandung di dalamnya yang berbentuk suruhan wajib ikut dan terlarang mesti dihindari.

Kalau nak tengok dengan jelas lagi cuba semak ayat al-Quran iaitu pada surah al-Maaidah, ayat 3 yang bermaksud: "Diharamkan bagimu memakan bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah..."

Semak lagi surah al-Ana'am ayat 145, yang bermaksud: "Katakanlah tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi."

Pengharaman babi dalam al-Quran sepatutnya dikaitkan dengan wabak dahsyat yang sedang melanda dunia, termasuk negara kita Malaysia iaitu H1N1 yang sudah meragut berpuluh nyawa.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengetahui keburukan apa yang dicipta-Nya.

Jika Allah kata tak boleh, rupanya sangat bahaya sama ada pada daging babi itu ataupun akibat daripada jangkitan babi itu sendiri.

Hasil kajian barat, babi membawa virus dan sejenis kuman yang tidak mati 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa 70 jenis penyakit.

Dalam menghadapi situasi ini kita bertanya mana kehebatan negara kuasa besar dunia yang tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya serta kalangan saintis?

Mereka sedang mengkaji, tetapi jangan lupa kemarahan Allah terhadap mereka yang melupai peringatan-Nya.

Amat menakutkan akibat dari babi ini, H1N1 berjangkit tanpa henti dengan begitu pantas, hanya bermediumkan udara yang boleh disedut di mana-mana - di pusat beli-belah, tempat letak kereta, kedai kopi, stadium dan perhimpunan.

Ia tidak begitu terasa, tetapi sedar tak sedar, ia bergerak begitu pantas. Anda juga tidak berasa takut dan gerun selagi tiada orang terdekat anda yang terkena, sekurang-kurangnya kena kuarantin.

Kedahsyatan penyakit H1N1 yang kita sedang hadapi ini baru sebahagian kecil serangan bahaya babi yang Allah kata.

Bahaya ini tak masuk lagi pengharaman lain yang lama dilaknat Allah, tetapi masih berleluasa dalam masyarakat kita dilakukan bukan sahaja secara sembunyi lagi, sebaliknya sudah berbangga sambil menunjuk-nunjuk seperti persundalan.

Yang paling menakutkan kita masih 'pekak' dengan kemurkaan Allah.

Biasanya apabila dah reda sedikit sesuatu wabak atau bala kita akan lupa semula Allah. Lupa apa yang Allah larang, balik asal buat ingkar.

Apabila kena bala baru semua sepakat berdoa Allah, mula rajin solat tetapi apabila sudah sihat lupa lagi Allah. Begitulah kedegilan sebahagian kita.

"Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya.

"Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Begitu cepat ia merebak. Jangan lupa gunakan kuasa doa sama ada doa biasa ataupun doa dengan qunut 'naazilah'".

Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada, semua dengan izin Allah semata-mata.

Oleh: Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.

Tuesday, August 18, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1..Baca lagi di sini...

Salam Sejahtera....

Al-Quran mengharamkan babi bukan kerana leher atau kakinya yang pendek. Atau wajahnya yang hodoh. Al-Quran mengharamkan babi kerana ia berupa haiwan yang menjadi tuan rumah paling subur bagi pelbagai jenis virus dan bakteria.

Oleh sebab babi mudah dijangkiti kuman dan virus, ahli sains dan penyelidik kerap menggunakan babi sebagai platform ujian dan tempat menyemai serta menghasilkan pelbagai serum dan antibiotik. Sekarang lebih ramai menggunakan lembu sebagai platform kerana isu haram dan halal.

Jadi, dalam konteks perancangan masa depan dan pengawalan virus, eloklah difikirkan semula kearifan (
wisdom) menggalakkan pemeliharaan babi.

Serentak itu kita memesatkan kawalan ke atas kesihatan haiwan ternakan agar virus haiwan tidak “melompat” dan menjangkiti manusia dan merebak dari manusia ke manusia seperti yang berlaku dengan selesema babi dan tidak lama dulu, selesema burung (
avian flu).

Selain babi peliharaan, kini babi hutan mula menjadi masalah besar di kampung-kampung dan ladang berhampiran hutan.

Beberapa persoalan mengenai selesema babi yang kini menjadi wabak global:- ??!!!!!

Baca sepenuhnya di kadirjasin.

Komen: Pelbagai pihak dari semua golongan dah bersuara mengenai hal Selsema Babi, sehingga Mahathir sendiri suruh tubuh badan bertindak, tetapi sayang kerajaan laki bini masih terkial-kial lagi, manakala sang timbalan mat sembab asyik dok pertikai harga topeng mulut dan hidung dari harga 30 sen dijual RM5.oo. "Mencekik darah" itu kata Mat Sembab yang kemudiannya berbangga dengan sebutan mengcekik darah tu bahasa Johor.... Oii mangkok hayun betuii laa... hangpa nak tunggu sampai genap 100 orang yang pergi ka....

Monday, August 17, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1.. Lembab dan Bengap!!!!!!!


Salam Sejahtera.....

Pepagi ni aku rasa bingung... dengan standard menteri dibawah kerajaan laki bini , DI SINI

Menteri kesihatan dah mengaku bahawa sekarang dah memasuki tahap tenat, kalau semalam, rakyat Malaysia 62 orang yang dah pergi, hari ini tak tahu berapa orang lagi......

Masih lagi takut nak isthihar dharurat... sepatutnya kerajaan laki bini dah boleh buat sidang parlimen tergempar, apa tindakan yang sepatutnya diambil, kerajaan laki bini jangalah jadi bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut...

Oii Nyawa manusia oiii... Bukan babi... boleh kumpul kambus....... macam kat Bukit pelandok dulu...


Sunday, August 16, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. 5 juta!!!!!!!!.....

Salam Sejahtera....

5 juta boleh berisiko kena selsema babi.. mungkin besok aku sendiri pun sangkut... kalau betul jangkaan WHO.... 20 % peratus dari penduduk negara....

OOooooo... itu pasal sekarang dah tak umum lagi berapa jangkitan kes selsema babi..... yang dia umum berapa orang yang mati disebabkan selsema babi.. sakit apa, berapa umur.. kanak.. wanita mengandung berapa bulan.....

Itu pun boleh percayakan jumlah kematian sehingga sekarang 59 orang... aku..... tobat lahum aku tak percaya... bagi aku mungkin lebih... kerajaan laki bini terpaksa umum cuma jangan bagi nampak sangat pembohongan mereka.. jangan ketara.. mana kita tahu berapakah yang mati disebabkan selsema babi dengan jumlah sebenar.. mereka tak akan siarkan demi kepentingan politik mereka...

Kelmarin Mat Sembap sebelah ni bagi tahu nak kaji dulu untuk umumkan kawasan panas.. Maka setelah dikaji- kaji punya kaji...jawabnya ada DISINI.

Agaknya hampir separuh muka bumi Malaysia dah jadi panas... panas kerana bala Allah... sebabnya Mat Sembap ni salah seorang calon munafik... itu yang boleh aku katakan... dulu sewaktu kempen PRK Manik Urai bila isu Royalti minyak.. Mat sembap ni kata dalam sehari dua Petronas akan membuat kenyataan mengenai Royalti minyak negeri Kelantan... sampai sekarang senyap ghuyup... jadi bagi aku Mat Sembap ni dah caka bohong.. bila berbohong salah satu ciri munafik...

Malam tadi sewaktu kuliah kat surau Madah, Ustaz yang mengajar tu sempat sentuh sikit mengenai selsema babi, baginya ini adalah bala Allah, membeliau membaca satu hadis... antara sebabnya datang penyakit (bala Allah) ini ada 15 sebab.. salah satunya ialah orang yang tak sepatutnya jadi pemimpin di pilih jadi pemimpin... dan kekayaan negara di bolot oleh pihak tertentu sahaja....
Maka bagi aku,... tepatlah hadis nabi itu.. tak payahlah aku nak hurai lagi.. hangpa fikiak ambik sendirilah... memang nanti ada yang berkata penyakit ni seluruh dunia kena... betui.. aku setuju... satu dunia.. Global...Glokal.... Tapi kita kena ingat... Itu cuma sebab.. Kalau Allah tak izin tentu tak akan berlaku...

Mungkin bila adanya lagi PRK yang akan berlansung pula besok di Permatang Pasir itu ada hikmahnya.. Sekurang-kurang Allah nak memalukan Pemimpin No 1Malaysia..

Biar rakyat 1Malaysia nampak betapa baguihnya Kerajaan laki bini yang mentadbir negara sekarang. Dari satu masaalah datang sehingga ke satu masallah yang tak akan selesai....

Bagaimanakah kalau sebegini rakyat boleh dapat menikmati kehidupan dengan aman harmoni.... memang tak akan dapat... jika jenayah di negara semakin bertambah.. PDRM asyik nak jaga hati dan menjadi alat suruhan UMNO, Rasuah semakin bertambah... Nilai korup anggota kerajaan juga semakin meningkat...ekonomi negara semakin gawat, malah masaalah kecil seperti gula pun tak dapat nak selesai... Itu pun dok perasaan lagi sanggup mengatakan HANYA UMNO DAN BN SAHAJA YANG MAMPU MEMERINTAH MALAYSIA.... KEPALA HOTAK HANG......KWAAH PTHUIIH.

Friday, August 14, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Baaaruu Nak Bersuara!!!!.


Salam sejahtera... Ha ha ha... selalu Utusan Melayau ni dok sibuk dengan agenda melayuyu..........

Dah 51 nyawa melayang disebabkan jangkitan penyakit selsema babi, barulah nak sibuk......

Apakah ini disebabkan anak-anak dan keluarga golongan elit dalam negara pun terlibat sama... maka barulah nak bersuara terhadap majikan mereka sendiri yang menerajui negara....

Wahai rakyat Malaysia.......
Inilah UMNO... Dasar UMNO... selagi puak larak mereka tak kena, tak terlibat sama, setakat rakyat bawahan yang kena... maka terdetik dalam hati mereka... mampuih pi lah hangpa... yang penting aku, keluarga aku selamat sudah,, rakyat biaq mampuih pi......!!!!



Inikah yang dilaung-laungkan Rakyat Didahulukan.... Dahulu untuk mati dulu..... Hangpa pi dulu.... bagi aku masa nak bertobat........

Nampaknya Najib selaku PM 1Malaysia gagal seratus peratus mengetuai negara disamping menteri-menterinya yang haprak.... Pentadbiran UMNO Barisan Nasional gagal menjaga keselamatan rakyat....

Apakah cukup dengan memberi nasihat supaya rakyat bersabar-sabar-sabar......

Saban hari nyawa rakyat yang pergi semakin meningkat..... Mana suara mufti.... Mengapakah Mufti Perak yang sebelum ini terlalu prihatin diam membisu.... bisu.... bisu..... Bersuaralah untuk rakyat... bersuaralah bagi nasihat pada menteri-menteri kesayangan mu itu.... bagaimana nak menyelamat rakyat......jangan hanya sibuk dengan kepentingan melayu dan Islam kononnya.... kepentingan melayu tak ada dalam islam ........tak ada sebut pun dalam Al-Quran...

Wednesday, August 12, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Kuarantin, pencegahan selesema babi tiada kesan

Salam Sejahtera....

KES pertama influenza A (H1N1) atau selesema babi yang disahkan melalui ujian makmal di negara ini ialah pada 15 Mei lalu. Sehingga semalam, angka kematian yang dicatat kerana H1N1 ialah 38 orang. Kenyataan Kementerian Kesihatan pula menyebut angka rasmi mereka yang mendapat rawatan kerana disahkan positif wabak itu ialah 2,253 orang. Kini, jumlah mangsa H1N1 terus menunjukkan peningkatan hingga Datuk Seri Najib Razak menganggapnya sebagai satu ancaman kepada negara. Beliau mahu 'pendidikan awam' dilaksanakan melalui kempen secara besar-besaran.

Itulah muqadimah awal tajuk artikel yang ditulis oleh Mohd Ayop Abd Razid Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, kalau hangpa nak baca seterusnya hang pi kat SINI.
Aku tak kelapak nak copy paste semua apa yang dia tulis dalam artikel tersebut, malas aku.. buat menyemak blog aku aja...

Aku baca pun artikel dia cuma sekali lalu aja...cuma aku rasa dia tulis tak habis atau ketua pengarang akhbar takut nak siar aku pun tak tau... Cuba kita fikir balik memang lah tak ada kesan kalau pencegahannya setakat makan ubat, buat apa segala nasihat yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan, buatlah lah apa pun, nampaknya rakyat Malaysia semuanya bersedialah menerima bala yang Allah turunkan kepada kita, sedangkan ada penyelesaian kita tak mahu ambik tindakan...nak jaga hati dan perasaan sesuatu kaum, lebih mementingkan kesinambungan politik dari nyawa manusia....

Cuba kita fikir, waktu kita semua diserang wabak denggi, tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan, selain dari beri rawatan pada pesakit, selepas itu petugas Kementerian Kesihatan pada petang hari itu juga selepas kejadian dilaporkan datang kekawasan rumah yang terlibat menyembur asap membunuh nyamok aeides yang dikatakan punca kepada demam denggi.

Tetapi bila wabak H1N1 rakyat dah 38 orang meninggal, manakala jangkitan kes sudah 2253 kes, itu yang semalam, hari ini tak tahu berapa ada tambahan lagi... tetapi kerajaan dan pihak yang berwajib asyik cakap jangan panik, semalam KP KK Tan Sri ismail Merican keluar lagi dalam TV dengan muka toya sedih kononnya menasihatkan rakyat Malaysia jangan panik kalau kena demam, jangan kelam kabut nak pi minta anti viral.. demam tersebut boleh dipulihkan, tak membahaya...... OK aku setuju cakap Tan Sri KP tu.. betui aku setuju..... TETAPI sampai bila kita rakyat Malaysia akan menghadapi wabak selsema babi ini..... sambai bila.....OIII MANGKOK ... AKU TANYA SAMPAI BILA.... RAKYAT NAK TERIMA BALA NI... Kalau punca datang penyakit tersebut tidak dimusnahkan.... ini bererti VIRUS SELSEMA AKAN SENTIADA ADA SELAGI PUNCA (KILANG) PENGELUAR VIRUS TERSEBUT Tidak dihapuskan.....

Sekarang masing-masing pakat diam bab nak hapuskan punca datangnya virus tersebut, baik kerajaan atau pun pembangkang... masing-masing nak jaga kepentingan politik masa depan... apakah cukup dengan baca YASIN dan Sembahyang Hajat sahaja kalau Iktiar yang sepatutnya tidak kita lakukan... Fikir-fikirkanlah.. Tepuk Dada Tanya IMAN.

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Penjelasan Mengenai Doa H1N1..

Salam Sejahtera...

Semalam aku ada posting mengenai doa atau wirid mengenai H1N1...aku ada ceritakan yang seorang Ustaz yang mengajar di surau Madah yang memphotostat dan mengedarkannya, memang aku akui aku yakin dengan kewibawaan Ustaz tersebut, pertama sekali ia mengajar Tauhid di surau tu....walaupun bila aku baca pada risalah doa tu ada tertulis sila edar 100 salinan.... hati kecil aku tertanya juga.. aihh macam surat berantai juga, namun bila ada tertulis pula nama Ustaz yang menyediakan risalah itu, keyakinan aku jadi bertambah sedikit, sebab ada orang yang bertanggung jawab, dan tujuan aku ialah ingin menyampaikan risalah tersebut kepada seluruh umat Islam yang sedang menghadapi wabak H1N1...

Namun pagi tadi bila aku check diruangan komen, ada seorang blogger Amri Mohd Said yang sudi memaklumkan perkara sebenar mengenai risalah doa tersebut. Terima kasih ya akhi Amri.....

Penjelasan mengenai risalah doa H!N1 itu ada di soal-jawab-agama-doa-hindar-selsema.
Jadi segala kekeliruan disebabkan posting semalam dan jika benar menyalahi pada hukum syarak aku mohon ampun pada Allah dan para pembaca-pembaca yang membacanya semalam. Insyaallah gambar risalah doa tersebut akan aku keluarkan (delete) dari posting semalam.

Tuesday, August 11, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. DOA PELINDUNG DARI H1NI1..

Salam Sejahtera...

Kalau lihat dari Akhbar Berita Harian hari, cucu dan menantu Sultan Pahang pun dah kena wabak H1N1, baca DI SINI MAHASUCI ALLAH, betapa adilnya Tuhan Semesta Alam, bala yang diturunkannya kepada manusia itu tidak mengira pamgkat dan darjat, siapa saja yang dikehendakinya maka kenalah ia "kun fa yakun"...

Cuma pihak darjat tinggi ni beruntunglah mereka di atas dunia berbanding rakyat marhaen macam kita, mereka sakit sebegitu di tatang, dijaga dengan seberapa baik yang boleh, tetapi seorang dari kawan isteri membawa anaknya yang demam ke Hospital Manjung, doktor yang bertugas dah tak buat apa-apa pun, check pun.. suruh ambik ubat balik rumah... maka terpaksalah pergi ke klinik swasta buat pemeriksaan...

Inikah yang dikatakan Rakyat Diutamakan... Rakyat yang dah pergi yang disabitkan dengan H1N1 dan 32 orang, nampaknya Rakyat diutamakan untuk mati dahulu, pihak yang darjat bangsawan jangan.... tunggu... kami akan buat pemeriksaan... Inikah rupa negara 1Malaysia.......

Ya ALLAH... Aku hanya berharap wabak selsema babi ini dijangkiti kepada tiga hambamu yang belot pada tempohari, tiga orang ini memusnahkan harapan kami rakyat negeri Perak... Ya ALLAH, Kau jangkitilah penyakit selsema babi mu ini kepada Mohd Osman bin Mohd Jailu, Jamaludin bin Mohd Radzi dan Hee Yit Foong... Ya Allah, kau sabitkan penyakit selsema babi mu ini kepada 3 hamba mu itu dengan kematian... moga-moga dengan keizinan mu kami rakyat Perak yang inginkan keadilan dapat menikmati semula.. AMIN.

Untuk pembaca sekelian, semalam aku ke surau Madah, seorang Ustaz yang mengajar di surau tersebut telah bersusah payah fotostat satu amalan doa wirid untuk diamalkan selepas solat bagi menghindari wabak H1N1... Jadi silalah amalkan.. Double klik untuk paparan lebih jelas.



Monday, August 10, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1 - Malaysia Nak Cipta Rekod Dunia...

Salam Sejahtera...

Hari Sabtu 3 orang sekali jalan, semalam Ahad mula-mula aku dengar TV kata 9 orang, tup-tup pagi ni tengok akhbar 8 orang, hari ini sehingga jam 2.30 petang Mkini melaporkan 6 orang lagi yang mana sekarang dah berjumlah 32 orang, berapa orang lagikah yang diperlukan untuk cipta rekod dunia, Gueiness Word Of Record H1N1 ....

Ini Menteri Kesihatan, Perdana Menteri patut dah letak jawatan dah oii... apa tindakan seterusnya.. tak kan setakat keluar muka kat TV tunjuk muka sedih sekupang, nasihat rakyat jangan panik, jangan itu, jangan ini... berapa punya banyak jangan.... yang rakyat koi makin bertambah bilangannya, memanglah ajal maut ditangan tuhan, dah ditentukan masanya, yang mati satu hal, ni yang kena demam dok kat rumah, sekejap hilang, sekajap sehat.. apa cerita.

Seingat aku zaman Mahathir jadi PM dulu, bila mai wabak JE, SARs, yang mana ada kaitan dengan babi, Mahathir tak cerita banyak, arah bunuh saja babi, betapa punya banyak babi di bunuh di Bukit Pelandok Negeri Sembilan, tetapi era pemerintahan laki bini nampaknya sekarang tidak, masaalah babi tak ambik kisah pun senyap seketika, ketika tempat penyembelihan babi di runtuh di Alor Star Kedah, riuh semua marah kepada MB kedah, jenuh orang tua tu dok menjawab, sampai Lim Kit Siang turun pi buat penyelesaian, agaknya apakah ini badi dari kes tersebut.

PM 1Malaysia kena perlu bertegas dalam hal ini, keputusan ditangannya,,, apakah ia fikir nyawa rakyat malaysia tak perlu disayangi, umpama nyawa wanita Mongolia, senang-senang saja dibunuh, amatlah malang sekali rakyat Malaysia mendapat PM sebegini rupa... Nyawa babi di Malaysia adalah lebih penting dari nyawa manusia.


Sunday, August 9, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1-Anak Aku dan di suruh balik..

Salam Sejahtera...

Malam tadi sebelum aku pi sembahyang isya, aku tanya kat bini aku, nak pi tengok tak anak aku kat Kampong Gajah, walaupun minggu dia ada balik kerumah weekend. Bukan apa sebab tinggal beberapa bulan saja lagi, SPM nak tiba.. jadi kalau boleh tiap-tiap minggu kalau boleh aku kena pi...
'
Bila pagi tadi aku pun pi pasar tani, cari apa yang patut, bini nak masak, tak ada yang puas hati aku, balik pi pasar Manjung, pun tak ada banyak ikan yang di jual, nak tak nak langgak pi market Stiawan, kat situ banyak pilihan ikan, siap beli ikan, sayur dan bahan lain, aku balik rumah...

Pukuol 11 pagi lebih aku keluar pi Econsave Stiawan pula, beli barang yang anak aku nak minggu lepas, tak sempat masuk Econsave bini aku call, memaklumkan anak aku aku call suruh beli Panadol Antifast, aiik suspen dan terkejut sekejap aku...siap beli barang aku balik...

Pukul 1 lebih siap bini aku masak, dia ajak pergi, aku cadang sembahyang zohor dulu baru pegi, lepas zohor aku pun pergi, sampai sekolah anak aku dah tunggu, tak sempat nak pi ke tempat makluman pelajar... mukanya dah sembab semacam, taik mata pun ada.. aku rasa badannya, woiii panass....terus pi kantin sekolah, bila nak makan tgh anak aku kata ia tak lalu makan, aku suruh minum yogurt perasa buahan marigold, aku paksa makan sikit, sempat makan dua suap, ia tak boleh pi lagi.. tak boleh nak makan..dia bagi tau cikgu/warden bertugas dah nak bawa dia ke kelinik, tetapi disebabkan aku sampai dia tak pergi.. kekawannya yang pergi..

Aku tak boleh makan dengan sempurna, perut pun jadi tak kenyang, siap makan.. aku ajak anak ku pi kelinik, walaupun anak aku tak mau pi, ia harap dengan ubat yang aku bawa.. tapi aku rasa dah lain macam....nak tak nak ia ikut pi dengan aku.. sampai kat polikelinik komuniti Kampong Gajah, kekawan sekolahnya tengah dok menghadapi pemeriksaan dengan jururawat di luar pintu masuk klinik, kesian kat kedua jururawat tu, hari minggu pun terpaksa bertugas....giliran anak aku yang akhir sekali untuk pemeriksaan kesihatan, setelah disoal jawab ada demam, batuk, kahak dan bermacam soalan, anak aku disuruh masuk jangkasuhu ke dalam mulut, kesian aku tengok kat klinik kerajaan, masih lagi ketinggalan dgn kecangihan alata kesihatan.. kalau klinik swasta tak main dah jangkasuhu macam tu, ia pakai alat letak kat dahi aja,, dah tau suhu badan...

Bila jururawat tu cabut aja jangkasuhu tu, terkejut dia tengok keputusannya, 39.5 celsius, katanya terus serta merta ia ambik ubat kat simpanan atas meja, tuang air kat cawan suruh anak aku telan, kemudian lepas tu ia buat keluar topeng tutp mulut suruh anak aku pakai, sedangkan kekawannya sebelum ini tak pulak kena... aduh suspen juga dah aku... selepas tu baru disuruh anak aku masuk kedalam klinik, disana ada sorang HA yang dok tukang check pelajar kekawan anak-anak aku...HA ni pun kena pakai penutup mulut, siap pakai spec hitam, tu dia, punya nak jaga kesihatan.... rupanya ia sakit mata, itu pun aku dapat tau bila cikgu yang bawa pelajar tu bagi tau... HA tu tanya kat aku.. dok di mana,, aku bagi tau manjung.. dia kata anak aku kena bawa balik... selepas dia buat pemeriksaan, darah pun kena ambil, buat pemeriksaan darah, aku malas nak ambik tau apa keputusan dari dari darah tersebut.. setelah sijil cuti diberi selama dua hari mulai Isnin dan Selasa, kalau tak lega, hari Rabu ia suruh pi Hospital Manjung ambik darah lagi...

Aku kagum dengan sikap jururawat dan HA bertugas di Poliklinik Komuniti Kampong Gajah.. Tahniah di atas tugas anda semua..walaupun hari ini hari cuti anda sanggup bertugas, kerana aku lihat jadual kelinik kesihatan kampong macam ni, hari cuti ia tutup.. tetapi disebabkan wabak yang diuji oleh Allah S.W.T kepada umatnya, anda semua semua telah menjalankan tugas yang diamanahkan...sewaktu pemeriksaan dilakukan jururawat-jururawat tak jemu-jemu menasihati pelajar-pelajar menjada kesihatan, suruh munim air kosong dengan banyak, mandi selalu, macam menasihati anak mereka sendiri... terima kasih puan...Aku dengar cerita dari anak aku, malam tadi pun team dari klinik komuniti sanggup datang ke sekolah anak aku untuk membuat pemeriksaan kepada pelajar yang ramai mengalami demam...moga-moga Allah S.W.T memberkati tugas kalian.

Aku lebih suka membawa anak aku balik kerumah, sekurang-kurangnya pelajar lain tak berjangkit dengan apa yang anak aku kena.... alhamdulillah.. nampaknya dah kurang sikit.. sekejap tadi makan malam pun dah lalu sikit... ubat pun aku suruh makan...harapan aku hari selasa ni, aku kena hantar ia balik..SPMnya dah hampir....

Sekejap tadi berita melaporkan hari ini 9 org lagi terkorban, semalam 3, hari ini 9... ini bererti 3 kali ganda... apa cerita.. Najib berkata ini serius.baru nak berbincang dengan menteri kesihatan. Jamil Khair baru nak sibuk suruh semua umat Islam sembahyang hajat... dah berpuluh rakyat mati bari ingat kat Allah, baru nak ada baca Yasin... mampoih UMNO....

Thursday, August 6, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1..Sampai Bila?!!!!

Salam Sejahtera...

Nama glamour Selsema Babi, Nama sebenar Inflenza A, nama timangan-timangan H1N1, apa pun semalam saja 4 orang sekali jalan, hari ini pun ada lagi, isteri kawan baik blogger ISA pun jalan,, dengar cerita tak resmi, kat HAT dalam base ni pun semalam 2 orang!!!!

Sebelum ni waktu mula-mula ambik tugas kata-kata hikmat Rakyat di Utamakan, dah berbelas orang dah... apa cerita!... Mana mungkin setakat pakai mask tutup mulut dan hidung.....

Apakah nak tunggu wanita No 1 negara pun kena, baru nak buat sesuatu!!!!!!


Thursday, July 30, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO... H1N1, Influenza A (Selsema Babi) Nak Tunggu Apa lagi..

Salam Sejahtera,,,

Hari ini berita memaklumkan 11 buah lagi PKLN di tutup, malah sebuah kolej pembantu perubatan di Alor Star Kedah pun turut diserang, IPTA seperti UITM sudah berapa kampusnya yang ditutup, UPM di juga ditutup, itu yang disiar di akhbar, yang tak disiar sepeti UPNM Universiti Pertahanan Negara (ATMA) juga di tutup, semua pelajar di suruh balik dan dikurantin dirumah..

Kenapakah bila masaalah ini timbul para pelatih dan pelajar di suruh balik kerumah...kononnya dikurantin atas jagaan tanggung jawab ibubapa masing-masing.. nampaknya seolah-olah kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab nak lepas tangan... masing-masing tanggung.... lebih baik jangan nak memerintah negara, kalau bencana seperti ini tak dapat nak diselesaikan.

Apakah dengan kaedan menghantar pelajar/pelatih balik ke rumah masing-masing, penyakit yang menyerang itu tidak akan berjangkit kepada orang lain disekitar masing-masing yang terlibat.. apakah pihak berkuasa yakin kurantin tersebut akan berjaya dan dapat dikawal...

Sebagai contoh seorang anak kawan aku sendiri pelajar dari UPM, baru melapor bulan lepas terpaksa balik, semalam aku nampak kat surau.. tak perasaan lagi.. ingat kut cuti ka apa ka.. rupanya baca berita tadi UPM pun tutup dah.. tadi aku pi surau jumpa pelajar tu,, sempat aku sakatnya... kenapa tak pakai tutup mulut.. sengih budak tu.. itu OKlah budak sehat.. kalau yang membawa penyakit, ia keluar merata dan berjangkit pada manusia yang lain bagaimana... bukan semua budak boleh dengar cakap dan arahan... mak bapa mereka ada juga yang bekerja, sapa yang nak jaga betul-betul kalau pelajar yang terlibat dengan penyakit tersebut...

Apa pun pada pendapat aku, kaedah menutup pusat pengajian dan PLKN adalah tidak berapa tepat.. adalah lebih kawalan dan kurantin dilakukan di pusat-pusat yang terlibat.. dengan itu kawalan boleh dipertingkatkan... Bagaimana pulak kalau berpuluh Pusat Serenti pula yang kena wabak selsema babi.. apakah mereka juga akan disuruh balik bercuti... fikirkanlah.. Inilah tahap pemimpin UMNO yang dikatakan bijak memerintah negara.. bari sahaja Allah turunkan bala dan kelam kelibut jadinya...Apakah dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di media dan di TV mengenai pencegahan wabak tersebut maka penyakit tersebut dapat dicegah, mungkin boleh kalau dengan izin Allah... tetapi yang seelokknya kenalah kita bermohon dan munajat pada Allah.

Lagi satu sikap pemerintah dan termasuk kita semua, bila kejadian begini kita lupa kepada siapa yang melakukannya iaitu Allah S.W.T yang menurunkan segala bala dan cubaan untuk hambanya.. Apakah hambanya itu bersedia untuk menerimanya... Dulu aku ada sekali mengingatkan mengapa tidak diadakan program sembahyang hajat untuk memohon pada Allah untuk menghindarkan dari bala tersebut, maka adalah terdengar program itu telah dilaksanakan... tetapi cukupkah dengan sekali buat sahaja, kemudian nak minta Allah makbulkan... kita semua bukannya wali Allah, sekali doa Allah dah makbulkan.. sepatutnya program ini kenalah berterusan, selagi wabak dan bala dari Allah ini tidak berkurangan, malah semakin bertambah.

Mungkinkah bila ada anak-anak pemimpin besar negara yang terlibat sama dengan wabak tersebut, baru tindakan yang sewajarnya akan dilaksanakan...!!!

Sunday, July 5, 2009

Apakah ada kesannya..

Salam Sejahtera....

Sebelum ini aku ada posting pada 2 Julai lau mengenai wabak H1NI1 DI SINI. Aku tak tau sama ada mereka-mereka yang berkenaan ada membacanya atau pun tidak, atau pun juga secara tidak langsung atau terkena pada persamaan cerita posting tersebut..

Apa pun alhamdulillah, kerana ada tindakan dari pihak-pihak yang berkenaan..baca di DISINI.

Thursday, June 25, 2009

H1N1 - Tukar Istilah Kepada Selsema Babi..

Salam sejahtera...

Sekejap tadi berita NTV7 jam 7 ptg tajuk utama Menteri Penerangan Dato Sri Utama Rais Yatim mengarahkan semua media utama negara menggunakan istillah selsema babi dari sebutan H1N1, ia berkata sebutan H1N1 masyarakat menjadi keliru, yang sebaiknya gunakanlah istilah selsema babi, tak perlu guna istilah selsema khinzir, kerana nama babi memudahkan...

Komen.. Mengenai perkara ini aku sokong seratus peratus..Salah satu penggunaan bahasa melayu rasmi..

Tuesday, May 19, 2009

Melayu Islam Pun Takut .........

Salam Semua... 
Cuba hangpa perati tengok... TPM kita pun tutup mulut dan hidung,,, kenapa.. sebab arahan kesihatan dari doktor kena tutup hidung dan mulut kerana penyakit berjangkit.....

Tetapi kenapa bila arahan dari Allah yang mahukan kita melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini tetapi kita gagal melaksanakan dengan berbagai-bagai  alasan......

Friday, May 15, 2009

Sah - Bala Allah yang yang pertama dah ada di Malaysia...

Salam...sejahtera..
Maha Suci Allah Tuhan Semesta Alam..
Mengikut dari Laporan di SINI: Selama ini kita hanya dalam persediaan dan berjaga-jaga dari terkena wabak selsema babi itu, tetapi apakan daya... sesuai dengan zaman dunia berteknoloji tanpa sempadan, maka penyakit dan bala yang Allah turunkan jua tanpa sempadan.

Ya Allah... bala huru-hara suasana keadaan politik di negeri aku ini pun belum selesai, kau tambahkan lagi bala ke dalam negara ku ini... hanya pada mu jua Ya Allah aku mohon perlindungan.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari