Salam Sejahtera.
Panglima Tentera Laut merumuskan kebakaran yang berlaku disebabkan Litar Pintas di Geladak Kereta Kebal, sebelum ini selepas sahaja kes tersebut berlaku Menteri Pertahanan awal-awal keluar kenyataan yang serupa, apakah kenyataan PTL berdasarkan kenyataan Menteri supaya tidak bercanggah!
Namun Board Of Inqueries (BOI) TLDM memberikan rumusan yang sama, ini yang menyebabkan PTL memberikan kenyataan seperti tersebut. Aku bukanlah nak pertikaikan kenyataan BOI dan PTL itu, seperti yang aku tulis sebelum ini DI SINI.
Cuma 3 minggu lepas, pagi minggu ketika berada di Pasar aku berjumpa dengan seorang anggota TLDM, bila dah bersua perkara biasa yang ditanya, kerja kat mana? base ka kapal, rupanya ia sekarang bekerja dengan Bomba TLDM, kira second Incharge juga dia, 4-5 tahun lagi pencen la..
Aku tanya dia mengenai kes kebakaran KD Inderapura, dengan rupa sedih dia ajak aku dok tepi sikit, ia mula bercerita kat aku.. aku senaraikan di bawah ini...
1. Kebakaran yang berlaku pada 8 Okt lalu itu, pihak bomba TLDM setelah menerima laporan, mereka sampai awal ke jeti tempat berlaku kebakaran, namun bila laporan keluar mereka dikatakan lewat tiba, memang aku sendiri waktu ambil gambar jam 6.50 lebih, bomba dah dok pulun pancut air kat kapal..., jadi kalau boleh pihak atasan TLDM di Lumut mahukan bomba TLDM nak dipersalahkan dalam isu tersebut..
2. Sewaktu tugas memadam kebakaran, tiada langsung dapat kerjasama dari anggota kapal KD Inderapura, bila ada anggota bomba meminta sebarang pertolongan, mereka menjawab ini bukan tugas kami, ini tugas bomba..., sedangkan anggota TLDM yang bertugas setiap hari 24 jam ada seramai 70 orang lebih dan 4 orang pegawai, ini yang aku hairan.
3. Bila kedatangan bomba awam dari Setiawan dan Seri Manjung, kedatangan mereka dipertikaikan oleh segelintir pegawai-pegawai kanan TLDM yang berada di situ, kenapa jadi begini....
4. Ada pegawai-pegawai teknikal kapal TLDM tidak tahu dimana letaknya tangki minyak kapal, yang menjadi punca kebakaran hari kedua itu, terpaksa cari diaghram kapa di unit lain, satu kelemahan...
5. PTL menolak jika puntung rokok jadi penyebab, tetapi mengikut kaji siasat anggota bomba puntong rokok kretek jenis Suria, api boleh merebak. Bila aku tanya mengenai litar pintas, ia bagi tau sambil tanya balik pengalaman aku dulu, berapa tinggi tilam diatas setiap pallet didalam geladak tersebut, berapa jarak tepi tilam dengan dinding kapal, tinggi tilam hanyalah separas dada kita sahaja, jadi ruangan atas tilam dengan lampu diatas masih jauh, manakala ruangan tepi dinding adalah luas untuk laluan forklift. Jadi sukar nak berlaku kebakaran litar pintas.
6. Kenyataan yang mengatakan " Apabila pihak bomba mengisytiharkan api tidak dapat dikawal, keputusan dibuat agar kapal ditarik keluar dari jeti dan dikandaskan di perairan selamat." . Lihat DI SINI Ini bercanggah 100% dengan apa yang aku dapat dari anggota tersebut, kerana itu ia merasa cukup kecewa, dalam anggota Bomba setengah mati bergelut nak memadamkan kebakaran pada hari kedua itu, tiba-tiba dapat arahan dari Pegawai Kanan (KAPTEN= Kolonel) Bangsa India mengarahkankan kapal ini tarik, kerana mereka dah dapat konsortium yang sanggup untuk menarik kapal tersebut keluar. Jadi kenapa ini disasarkan kepada Bomba... sedangkan pengakuan yang aku dapat dari anggota yang bercerita kat aku, mereka yakin api tersebut boleh dipadamkan dan kapal Inderapura masih dapat diselamatkan. Malah ia berkata ia sanggup jumpa PTL secara personel untuk bvercerita hal sebenar.
Kenapa boleh jadi sedemikian. Ini semua kacau daun dari pegawai-pegawai kanan yang merasakan mereka tahu segala-galanya, sedangkan tangongjawab sepenuhnya kepada Bomba telah diberikuasa oleh Panglima Pemerintah Operasi Armada (FOC - Fleet Operation Command), inilah menjadi dilema terhadap mereka nak menjalankan tugas.
7. Kebajikan untuk anggota bomba yang bertugas. Out ... Faile dan gagal...Ketika waktu dua hari di Jeti, ada anggota bomba awam yang tak dapat makan, makanan yang disediakan untuk mereka di tibai oleh anggota kapal, satu yang memalukan, aku tanya dia, air 100 plus ada ke tak, sorry, kena beli sendiri dari duit tabung anggota bomba. Susu kotak hanya dapat sekali sahaja sorang sekotak dalam tempoh beberapa hari mereka bertugas.
8. Sewaktu mereka bertugas memadamkan kapal di perairan Pulau Pangkor, selama beberapa hari pergerakan mereka langsung tiada dalam catitan dalam buku pergerakan anggota di Pejabat staf FOC. Kenapa jadi begini, sedangkan mereka bertugas 24 memadam api di sana, breakfast pagi disana sampai jam 11 pagi, makan tengahari sampai jam 4 ptg, nasi lemak boleh bilang ikan bilis berapa ekor katanya, siap diambil gambar katanya ada hampir 400 keping, bila dibising kepada pegawai bekalan, dah tak tau nak ikut peraturan mana, ini baru kapal terbakar, kalau berperang macam mana, apa akan jadi Malaysia.
Cubalah bayangkan jika kebakaran sebegini berlaku ditengah lautan China Selatan dalam perjalanan ke Sabah, tanpa bantuan sepenuhnya dari pihak berwajib.. apa akan jadi...bagi aku inilah sikap anggota-anggota baru sekarang ini, malah waktu aku nak pencen dulu aku dah rasakan apa akan terjadi 10 tahun akan datang, rupanya tak sampai 10 tahun, segala macam rupa dah berlaku, bukan sahaja dalam ketenteraan, malah apa sahaja dalam sektor kerajaan.. kenapa jadi begini... Tumbangkan UMNO dahulu, Insyaallah, Perubahan boleh berlaku.