Panglima Tentera Laut merumuskan kebakaran yang berlaku disebabkan Litar Pintas di Geladak Kereta Kebal, sebelum ini selepas sahaja kes tersebut berlaku Menteri Pertahanan awal-awal keluar kenyataan yang serupa, apakah kenyataan PTL berdasarkan kenyataan Menteri supaya tidak bercanggah!
Namun Board Of Inqueries (BOI) TLDM memberikan rumusan yang sama, ini yang menyebabkan PTL memberikan kenyataan seperti tersebut. Aku bukanlah nak pertikaikan kenyataan BOI dan PTL itu, seperti yang aku tulis sebelum ini DI SINI.
Cuma 3 minggu lepas, pagi minggu ketika berada di Pasar aku berjumpa dengan seorang anggota TLDM, bila dah bersua perkara biasa yang ditanya, kerja kat mana? base ka kapal, rupanya ia sekarang bekerja dengan Bomba TLDM, kira second Incharge juga dia, 4-5 tahun lagi pencen la..
Aku tanya dia mengenai kes kebakaran KD Inderapura, dengan rupa sedih dia ajak aku dok tepi sikit, ia mula bercerita kat aku.. aku senaraikan di bawah ini...
1. Kebakaran yang berlaku pada 8 Okt lalu itu, pihak bomba TLDM setelah menerima laporan, mereka sampai awal ke jeti tempat berlaku kebakaran, namun bila laporan keluar mereka dikatakan lewat tiba, memang aku sendiri waktu ambil gambar jam 6.50 lebih, bomba dah dok pulun pancut air kat kapal..., jadi kalau boleh pihak atasan TLDM di Lumut mahukan bomba TLDM nak dipersalahkan dalam isu tersebut..
2. Sewaktu tugas memadam kebakaran, tiada langsung dapat kerjasama dari anggota kapal KD Inderapura, bila ada anggota bomba meminta sebarang pertolongan, mereka menjawab ini bukan tugas kami, ini tugas bomba..., sedangkan anggota TLDM yang bertugas setiap hari 24 jam ada seramai 70 orang lebih dan 4 orang pegawai, ini yang aku hairan.
3. Bila kedatangan bomba awam dari Setiawan dan Seri Manjung, kedatangan mereka dipertikaikan oleh segelintir pegawai-pegawai kanan TLDM yang berada di situ, kenapa jadi begini....
4. Ada pegawai-pegawai teknikal kapal TLDM tidak tahu dimana letaknya tangki minyak kapal, yang menjadi punca kebakaran hari kedua itu, terpaksa cari diaghram kapa di unit lain, satu kelemahan...
5. PTL menolak jika puntung rokok jadi penyebab, tetapi mengikut kaji siasat anggota bomba puntong rokok kretek jenis Suria, api boleh merebak. Bila aku tanya mengenai litar pintas, ia bagi tau sambil tanya balik pengalaman aku dulu, berapa tinggi tilam diatas setiap pallet didalam geladak tersebut, berapa jarak tepi tilam dengan dinding kapal, tinggi tilam hanyalah separas dada kita sahaja, jadi ruangan atas tilam dengan lampu diatas masih jauh, manakala ruangan tepi dinding adalah luas untuk laluan forklift. Jadi sukar nak berlaku kebakaran litar pintas.
6. Kenyataan yang mengatakan " Apabila pihak bomba mengisytiharkan api tidak dapat dikawal, keputusan dibuat agar kapal ditarik keluar dari jeti dan dikandaskan di perairan selamat." . Lihat DI SINI Ini bercanggah 100% dengan apa yang aku dapat dari anggota tersebut, kerana itu ia merasa cukup kecewa, dalam anggota Bomba setengah mati bergelut nak memadamkan kebakaran pada hari kedua itu, tiba-tiba dapat arahan dari Pegawai Kanan (KAPTEN= Kolonel) Bangsa India mengarahkankan kapal ini tarik, kerana mereka dah dapat konsortium yang sanggup untuk menarik kapal tersebut keluar. Jadi kenapa ini disasarkan kepada Bomba... sedangkan pengakuan yang aku dapat dari anggota yang bercerita kat aku, mereka yakin api tersebut boleh dipadamkan dan kapal Inderapura masih dapat diselamatkan. Malah ia berkata ia sanggup jumpa PTL secara personel untuk bvercerita hal sebenar.
Kenapa boleh jadi sedemikian. Ini semua kacau daun dari pegawai-pegawai kanan yang merasakan mereka tahu segala-galanya, sedangkan tangongjawab sepenuhnya kepada Bomba telah diberikuasa oleh Panglima Pemerintah Operasi Armada (FOC - Fleet Operation Command), inilah menjadi dilema terhadap mereka nak menjalankan tugas.
7. Kebajikan untuk anggota bomba yang bertugas. Out ... Faile dan gagal...Ketika waktu dua hari di Jeti, ada anggota bomba awam yang tak dapat makan, makanan yang disediakan untuk mereka di tibai oleh anggota kapal, satu yang memalukan, aku tanya dia, air 100 plus ada ke tak, sorry, kena beli sendiri dari duit tabung anggota bomba. Susu kotak hanya dapat sekali sahaja sorang sekotak dalam tempoh beberapa hari mereka bertugas.
8. Sewaktu mereka bertugas memadamkan kapal di perairan Pulau Pangkor, selama beberapa hari pergerakan mereka langsung tiada dalam catitan dalam buku pergerakan anggota di Pejabat staf FOC. Kenapa jadi begini, sedangkan mereka bertugas 24 memadam api di sana, breakfast pagi disana sampai jam 11 pagi, makan tengahari sampai jam 4 ptg, nasi lemak boleh bilang ikan bilis berapa ekor katanya, siap diambil gambar katanya ada hampir 400 keping, bila dibising kepada pegawai bekalan, dah tak tau nak ikut peraturan mana, ini baru kapal terbakar, kalau berperang macam mana, apa akan jadi Malaysia.
Cubalah bayangkan jika kebakaran sebegini berlaku ditengah lautan China Selatan dalam perjalanan ke Sabah, tanpa bantuan sepenuhnya dari pihak berwajib.. apa akan jadi...bagi aku inilah sikap anggota-anggota baru sekarang ini, malah waktu aku nak pencen dulu aku dah rasakan apa akan terjadi 10 tahun akan datang, rupanya tak sampai 10 tahun, segala macam rupa dah berlaku, bukan sahaja dalam ketenteraan, malah apa sahaja dalam sektor kerajaan.. kenapa jadi begini... Tumbangkan UMNO dahulu, Insyaallah, Perubahan boleh berlaku.
Navy sekarang ni semuanya penyokong PKR oi!!! so yang banggang nya ialah navy navy PR la bodoh ,bahlol.badigol.... mampos manjung mari,,,ameennnnnnn
ReplyDeletetak lama lagi kena langgar lari la ye,,,,
Off Topik sikit...
ReplyDeleteMenantu Nik Aziz iaitu Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan ialah AHLI UMNO BAHAGIAN MACHANG bernombor KEAHLIAN 2666057.
Tolong sdr selidik betul ke tidak ?
Wassalam.
MM,,, kau sebut lah nama kapten yg mengarah kan kapal tu di tarik kuar dari jetty tu !!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteAku TD yg pernah keje kat KD Pelandok. Budaya NAVY aku nengok masing2 tred jaga tred masing2 je walaupun dalam satu kapal. Depa jadi macam tu pasal menyampah kat Panglima2 TLDM yg kuat sangat bodek pemimpin Umno! Kalau Pakatan memerintah mungkin budaya mementingkan diri ni akan berubah.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSetiap hari OOD kapal akan menjalankan Fire Fighting Exercise bagi anggota yang bertugas. Litar pintas boleh berlaku kerana panneling yang ada. Sumber anda dari anggota bomba itu ok tapi dari info anggota bomba tersebut saya rasa dia tak tahu apa sebenarnya berlaku. Dalam kebakaran sebegini ada 'insiden Operational Officer' mereka decide bukan bomba. Suruh anggota itu pencen cepat drp melalut tak tentu pasal buat malu blog aje buat lapuran 'half past six'
Salam
ReplyDeleteSaya rasa tertarik nak kongsi ilmu bagi pelawat blog ini dlm isu kebakaran kapal TLDM.
1. Semasa saya dipinjamkan kpd HAZAMAGUMI sebagai konsultan bagi projek Naval Dockyard dulu saya banyak berinteraksi dgn peg2 TLDM
2. Pda masa itu saya rasa BOMBA TLDM di markas TLDM bangunan nya pun baru nak siap dibina.
3. Pada masa itu juga oleh kerana skop sya termasuk MHE dan marine safety saya begitu hairan apabila pihak TLDM masih lagi menggunakan Patt 565 bagi anggotanya dlm latihan memadam api sedangkn alat tersebut dah obsolete pada masa itu. Tiada SCBA dilengkapkn.
4. Rata-rata tahap 'competency' anggota TLDM rendah. Mereka ada syllabus NBCD bagi damage control yang saya rasa terlalu gah drp apa yang mereka boleh lakukan.
5. Damage control procedure bagi latihan dilaut seperti 'shoring' 'wedging' 'matting' dan tingkatan keselamatan mereka bagi 'isolation' baik tetapi dlm kebakaran TLDM masih jauh ketinggalan.
6. Pengalaman saya dalam menyiasat kebakaran di kapal BP 'British Agrosy'di Singapura dan beberapa buah kapal dari syarikat minyak yang lain, saya berpendapat BOMBA Malaysia tidak terlatih secukupnya dalam kebakaran marin.
7. Kebakaran kedua selepas yang pertama pada KD Inderaputra ini jelas menunjukkan 'skimishing for heat' dgn menggunakan 'heat sensor' tidak dilakukan. Akibatnya kemungkinan 'entrapment of simmering heat' di panel tidak dikesan dan kebakaran berlaku semula.
8. Kebakaran dikapal jauh berbeza dari kebakaran dibangunan. Cara 'boundary cooling' yang dilakukan oleh TLDM tidak memadai. 'Direct penetration' saya rasa tidak dapat dilakukan oleh bomba kerana tidak terlatih.
Setelah menilai statement PTL saya rasa ianya boleh diterima. Dalam 'chain of command' semasa kebakaran berlaku saya tiada komen kerana TLDM sangat terlatih dalam hal ini. Dalam isu Damage control procedure masih banyak yang perlu dibaiki.
Kesimpulanya posting isu ini yang bersandarkan drp input ahli bomba yang itu tidak dapat memberi gambaran sebenar.
Wallahualam.
Nampak macam ada konspirasi saja.
ReplyDeleteMungkin dah ada perancangan nak scrap kapal tu tapi nak kena tunggu dia diisytihar kondem dulu. Kalau tak, mungkin kena tunggu dua tiga tahun baru boleh.
Kalau tak scrap kapal tu mana nak masyuuk. Kapal kena scrap pun masyuuk, kapal baru nak ganti pun lagi masyuuk..
Nak maintain bomba TLDM saja tarak masyuuk.
Sepatutnya pendapat anggota bomba TLDM ini diambil teladan kepada semua pasukan pertahanan. Bukannya sikap penafian yang umpama "sapu sampah bawah karpet" yang tak bawa kebaikan untuk memperkasakan pertahanan negara.
ReplyDeleteSyabas buat ManjungMari membuat pendedahan berani ini.
Kapten yang tarik kapal tu pak oncu gila la namanya.
ReplyDeleteSaya sokong haisara.
laporan manjung mari semuanya "tok pok" kata ore kelate..
hidup penjilat punggung zabry thamby...hooi penjilat punggung SANG PENGUASA navy,, aku walau bergelumang dengan BANTUAN PASKAL CAWANGAN PERUBATAN DARI 2002 HINGGA 2006,,APA2 KES MELIBATKAN KEBAKARAN KAPAL SEMUA PUNCA DARI PENCACAI UMNO BERPANGKAT TERKANAN DALAM PERKHIDMATAN NAVY LAHH YG MASYUKK TAK SUDAH2..PPIIRAH SISTEN BOMBA TAK CEKAP DAN SEUMPAMANYA,,KEPALA HOTAK KORANG
ReplyDeleteAssalamualaikum semua.....saya rasa tak perlu bertengkar pasal kebakaran tu. Semua yang beri pendapat di sini saya rasa bagus-bagus belaka. Satu saja cadangan saya... Semua cabang perkhidmatan ATM mesti ada Tred Bomba macamana yang dilaksanakan oleh TUDM. TUDM memberi perkhidmatan kebombaan di pangkalan-pangkalan mereka oleh Anggota-anggota terlatih dari Tred Bomba itu sendiri (bukan tred lain yang diberi kurus bomba. lepas tu akan cakap bukan tugas kami). Perkhidmatan yang diberikan adalah untuk Kebakaran Bangunan dan Pesawat Terbang. Kapal mungkin tak kot.
ReplyDeleteOleh itu adalah wajar, TLDM mewujudkan Ketukangan Bomba TLDM yang mana mereka-mereka ini adalah anggota yang akan dilatih sehingga menjadi pakar. Hantarlah mereka berkursus di mana-mana Pusat Latihan Bomba yang berkaitan. Dengan adanya Tred Bomba, saya rasa benda-benda macam ni sedikit sebanyak akan membantu kemelut yang berlaku.
Kepada mereka yang nak buat komen ni...komen lah dengan membina. Bukan komen dengan penuh emosi. Kita sendiri tidak mengetahui keburukan diri sendiri apatah lagi jika kita juga berkuasa. Mudah-mudahan Allah SWT bagi kita sifat yang baik sahaja.