Berita hangat muka hadapan Berita Harian... Apakah agenda disebalik tajuk akhbar ini...
Sebelum ini menantu Tok Guru CEO PMBK dah letak jawatan, selesai sudah satu episode, kini anak lelaki Tok Guru pula jadi sasaran...
Betulkah tak mahu nak jadi MB Kelantan, ataupun ada pihak lain yang lebih berkuasa tak bersetuju.....!!!! Sebelum berita tersebut pecah lebih baik tukar topik ..........
Mungkin kurang berminat untuk negeri Kelantan kerana nak kan 1Malaysia...Oppp persepsi...
Salam,
ReplyDeleteSdr MM, cuba sdr jelaskan maksud "Mungkin kurang berminat untuk negeri Kelantan kerana nak kan 1Malaysia...Oppp persepsi...".
Saya sering mengikuti tulisan saudara, saya dapat rasakan yang saudara tidak cukup bukti dan maklumat dalam banyak isu yang saudara cuba ulas. Jangan sampai saudara termasuk dalam golongan yang memfitnah dan mengadu domba. Jelaskan prinsip saudara.
Fazli,
ReplyDeleteW/salam..
Maklumat yang aku dapat lebih dari cukup dan aku sendiri dah tak sanggup nak dengar... itulah permainan politik orang Melayu, tak kira PAS ataupun UMNO.. cuma aku tak sanggup nak cerita balik kepada semua pembaca.. dan aku percaya berita itu benar, sebab bukan sorang yang memberi maklumat tersebut, dan pemberi maklumat itu pun semuanya aku kenal peribadi mereka..
Terpulanglah pada kamu, kalau rasa berita yang aku sampai tak cukup maklumat, tak apalah, itu hak kamu, dan aku pun tak suruh kamu percaya 100%...
Fazli,
ReplyDeleteKalau kau tak suka tak payah lah jenguk kat sini lagi. Kat sini banyak fitnah dan adu domba.
Apa kata ko pi baca Utusan Meloya dan Berita Hairan aje...kat sana takde fitnah...adu domba...tak gitu?
Hang ni tak habis habis. Pasal isu PMBK hari tu pun dah jelas hang silap walaupun "mungkin" hang tahu lebih, ikut kata hang la, tapi hakikatnya apa yg berlaku, apa yg TGNA katakan, tidak membuktikan apa yg hang tulis sebelum tu.
ReplyDeleteKalau sebelum tu hang kata sumber hang ialah dari yg "dekat" dgn TGNA, tapi bila kemudian TGNA sendiri bercakap, tidak pulak macam tu, persepsi macamana lagi hang nak kata?
Kalau hang sendiri yg nampak, hang sendiri yg dengar dan bercakap, hang sendiri yg 'scan' hati Husam atau TGNA, boleh lah hang tulis dengan konfiden macam ni. Ini hang pun bergantung dgn 'sumber dari sana', hang cukup pasti sekurang-kurangnya 99% betul apa yg hang tulis ni?
Aku rasa hang patut ambik gambar lain la bubuh kat profile hang tu, gambar yg takdak kopiah.
- kuntau
Baik Hangpa Baca
ReplyDeletehttp://www.malaysiawaves.com/2009/11/nasihat-pada-manjung-mari-dan-aduka.html
Nasihat pada Manjung Mari dan Aduka Taruna dari Tulang Besi
Bertaubatlah. Saya faham kita semua manusia dan boleh buat kesilapan. Saya tahu siapa yang jemput korang ke Kelantan. Siap disediakan transportasi dgn tempat tinggal. Siap dijanjikan itu, siap dijanjilkan ini.
Kemudian perkara pertama yang mereka bagitau ialah “Husam nak gulingkan Tok Guru, Arifahmi dan Pertahan Tok Guru dari kena guling”. Lepas tu dibawa lah jumpa orang itu, dibawa jumpa orang ini. Konon nak jadi saksi bahawa Husam ada agenda jahat nak guling Tok Guru.
SEEMUUAAAA tu fitnah. Macamana Husam nak guling Tok Guru kalau Husam takda “support” dari PAS Pusat? Hari ni Tok Guru digulingkan, Geng2 Terengganu terus akan namakan Taqiyuddin (misalnya) atau Nik Amar ke, atau Ustaz Ahmad Yaakob sebagai ganti. Watikah perlantikan ganti Tok Guru ini akan tiba-tiba sampai ke Istana Air Mata dengan bantuan Task Force 2010. Husam baru nak angkat sumpah, nanti kena halau balik.
Husam anak didik Tok Guru Nik Aziz. Beliau difitnah dan dinista teruk sebab UMNO tak boleh nak rosakkan imej Tok Guru. Jadi, UMNO rosakkan imej Husam Musa. Husam tak mungkin nak gulingkan Tok Guru sebab kalau dia buat begitu, imej dia akan jatuh merudum macam nangka busuk.
Dan kita tahu siapa yang sebar fitnah Husam nak guling Tok Guru ni. Masa akan menentukan identiti si pembuat fitnah ini. Tunggulah, tak lari gunung dikejar. Patah sayap bertongkat paruh, namun gunung yang tinggi terus didaki.
Sekarang zaman internet. Di Kota Baru, kedai kopi buruk pun ada Wi Fi. Apa benda buruk yang Husam buat, dalam sekelip mata akan sampai ke pengetahuan majoriti rakyat Kelantan. Projek Wifi tu pun projek PAS di Kelantan sehingga peniaga2 Kelantan
Ingat tak masa Nozula Mat Diah dan geng2 UMNO beliau membuat laporan BPR pada Husam Musa dengan bergantung kepada laporan2 dari blog Mohammad Sayuti Omar (editor Siasah yang sudah hendak bankrap tu). Husam disiasat atas bawah kiri kanan. Akhirnya, BPR hanya mendapat satu bil air yang berjumlah RM220 yang tertunggak 6 bulan. Dan, BPR mahu mendakwa Husam atas bil air tertunggak.
Laporan Norzula tu selonggok dan terdiri dari kesemua fitnah yang dilayangkan ke atas Husam Musa selama ini oleh musuh-musuh dalam Husam Musa selama ini. Tapi akhirnya terbukti fitnah KESELURUHANNYA ( bil air tu tidak termasuk dalam laporan BPR Norzula Mat Diah).
Menyebabkan Norzula Mat Diah kena mintak maaf secara terbuka dalam Berita Harian seperti di bawah:
Untuk laporan lanjut, sila baca di sini
Semua Manusia Tidak Maksum Kecuali Nabi Muhammad SAW (dan Nabi Isa AS bila Baginda turun nanti)
Nasihat saya pada Manjung Mari dan Aduka Taruna dan bloggers seangkatan dengannya, marilah kita menyedari kembali kepada kebenaran.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Tak perlulah memanjangkan fitnah-fitnah ini lagi. Semua orang boleh tertipu dengan fitnah hatta orang itu baik macamanapun.
Cumanya, inilah pengajaran kepada bloggers semua supaya berhati-hati dengan “Patih Karma Wijaya” yang cukup ramai dalam PAS. Anggaplah ini satu bentuk tarbiyyah dan pengajaran kepada kita betapa banyaknya “munafiqeen” dalam PAS. Kalau zaman Nabi SAW pun ramai Munafiqeen, inilkan pula zaman kita ni.
Dan Aduka Taruna. Berentilah nak serang Tok Guru Nik Aziz pulak. Kembali lah ke pangkal jalan. Memang Tok Guru tersilap, tapi Tok Guru bukan Nabi dan Rasul dan beliau sanggup membetulkan kesilapan kita.
Mari kita hidupkan kembali kempen kita menjahanamkan Fraksi UMNO/Balachi Task Force 2010 dan halau mereka dari PAS bersama-sama.
Tulang Besi
Seorang sahabat lama yang sekali ditarbiah dahulu, dah ada PhD sekarang ni, tanya 'betul ke Husam ada Isteri cina yang disorok di KL?'
ReplyDeleteAku tak tahu le apa level mentaliti sudah ditwisted macam ni kemudian mengaku menjadi pejuang Islam. Seolah-olah mendapat pahala kalau menyebarkan fitnah. Dan inilah yang berlaku. Kelompok yang sepatutnya mentarbiah ahli sudah menjadi penyebar fitnah tersebut.
Aku tak pelik kalau MM percaya dan wala' kepada sifunya. MM bukannya ada PhD berbanding dengan kawan aku tu. Asas tarbiahnya bukannya aku tahu. Aku juga tak pelik kalau Pas merudum kerana perkara yang sama.
Asasnya adalah PAS dan pekerjanya termasuk pekerja yang sepatutnya menjalankan tarbiah itulah melakukan maksiat dalam gerakan ini. Apakah kita boleh mengaharapkan bantuan Allah dalam hal ini.
salam, terlebih dahulu aku minta maap banyak2 kalau apa yg akan aku kata ini membuaatkan tuan MM akan terasa. Aku sangat setuju dengan komen fazli di atas..aku selalu jugak kunjungi blog ni. apa yang aku boleh rasakan..tulisan tuan lebih banyak membawa kemudaratan kepada perjuangan PAs. nak kritik pimpinan boleh..tapi kena ada caranya..bila kita dedahkan apa-apa masalah yang dihadapi parti sebagai tatapan umum ini memberi ruang kepada musuh mengadu domba kita...sedarlah sikit...ingat TGNA ada berpesan..kita akan terima apa yang kita tulis di akhirat
ReplyDelete