boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, November 25, 2009

Mat Sembab dah Menggelabah

Salam Sejahtera...

Sebelum ini sikap pimpinan UMNO Pusat terhadap pimpinan orang lama UMNO macam Ku Li seolah-olah bo layan apa saja tindakan dan pendapat yang Ku Li keluarkan untuk UMNO dan negara.

Jikalau waktu pemerintahan Pak Lah apatah lagi lah, Ku Li dan Mahathir seolah-seolah macam kupang tembaga yang tiada nilai, namun bila Najib menerajui negara, apa sahaja buah fikiran yang datang dari Mahathir, mereka akan terima, malah ada suara-suara yang mahu Mahathir menjadi penasihat negara atau pun Menteri Kanan.

Namun buat Ku Li langsung tiada siapa dari UMNO yang nak ambik peduli, sehinggalah Zaid Ibrahim ada mencadangkan Ku Li duduk sama dalam Pakatan Rakyat, tetapi tidak mendapat sambutan dari tuan punya diri. Bila kes royalti mula diungkit diKalantan, Ku Li pun mula terasa sama, yang Kelantan berhak mendapat Royalti, tetapi itulah, cakap Ku Li UMNO Pusat tak ambik pot pun...

Tetapi bila Ku Li dipelawa mengetuai Kaukus Petrolieum, dan Ku Li pun seolah-olah macam bersetuju, baru UMNO Pusat dah mula ketaq telok, masing-masing dah mula gelabah, apa tidak nya, maka keluarlah kenyataan dari Mat Sembab seperti DI SINI. masing-masing baru ada akai... apa pun aku ucap tahniah kepada Ku Li kerana masih ada semangat nak membantu kerajaan dan rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik songsang yang diamalkan oleh UMNOc.

Biarlah UMNO Pusat menolak Ku Li, tetapi rakyat Parlimen Gua Musang dan Kelantan masih dapat menilai apa yang Ku Li lakukan buat rakyat.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari