boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 19, 2009

Syurga Ke Neraka.


ADA ORANG MARAH AKU KERANA KELIHATANNYA AKU SEPERTI MENYEBELAHI ARIFAHMI DAN SECARA SEMBRONO MEMUSUHI KICKDEHUSAM.

PADA AKU. SECARA PERIBADINYA, BUKAN SOAL MENYEBELAHI ARIFAHMI ATAU MENYEBELAHI KICKDEHUSAM, SOALNYA ADALAH MENYEBELAHI PIHAK YANG BENAR.

ADA ORANG TANYA, YAKINKAH AKU BAHAWA ARIFAHMI ITU BENAR DAN KICKDEHUSAM ITU SALAH?

PADA AKU, SETAKAT INI ARIFAHMI BERJAYA MEMBUKTIKAN DIA DI PIHAK YANG BENAR KERANA DIA TIDAK BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.

KETIKA MANA KICKDEHUSAM MENGAMBIL LANGKAH MENYERANG PERIBADI BELIAU, TAKDE SATU PIHAK PUN YANG KATA KICKDEHUSAM MEMFITNAH ARIFDAHMI.

SEWAKTU ARIFAHMI DIHENTAM DAN DISERANG SEHINGGAKAN TOK GURU TURUT TERSERET SAMA, TAKDE SIAPA PUN YANG MEMINTA KICKDEHUSAM MEMBUKTIKAN DAKWAANNYA KECUALI KAMI BLOGGERS NYAMUK NIH.

APABILA ARIFAHMI MENGUBAH PENDEKATAN DAN MENGAMBIL PENDEKATAN MENYERANG, RAMAI YANG BANGUN DAN MENDAKWA ARIFAHMI MEMFITNAH KICKDEHUSAM DAN ARIFAHMI PERLU MENGEMUKAKAN BUKTI DAN JANGAN SEKADAR CAKAP SAHAJA.

ADILKAH BEGITU?!

RAMAI JUGA YANG MENGAMBIL PENDEKATAN MENYOKONG KICKDEHUSAM KERANA KELIHATANNYA RAMAI YANG BERSAMA BELIAU. MAKNANYA, KELOMPOK INI MENGGUNAKAN PEMAHAMAN DAN PENDEKATAN BAHAWA "YANG MAJORITI ITU BETUL DAN YANG MINORITI ITU SALAH".

TIDAK MENGAPALAH. ITU HAK MASING MASING. PADA AKU, KONSEP MAJO-BENAR DAN MINO-SALAH INI BUKANLAH KONSEP YANG DIANJURKAN OLEH ISLAM. TAPI TAKPER. MACAM YANG AKU CAKAP TADI, ITU HAK MASING MASING UNTUK MEMILIH KE SYURGA MAHUPUN KE NERAKA.

SETERUSNYA, PERHATIKAN AYAT AL-QURAN YANG BERBUNYI "QUL HATUU BURHAANAKUM, INKUNTUM SHODIQEEN".

ISLAM MENGANJURKAN "HUJAH LAWAN HUJAH JIKA KITA BENAR" DAN BUKANNYA "CREATE ISU DEMI ISU SUPAYA NAMPAK MACAM KITA DIPIHAK YANG BENAR".

TAPI TAK KISAHLAH. APA YANG NAK DIHAIRANKAN KERANA RASULULLAH SAW TELAH MENYEBUT BAHAWA PADA AKHIR ZAMAN NANTI :

i Apabila orang alim bercakap, masyarakat akan memperlekeh

ii Apabila orang jahil bercakap, masyarakat akan bersorak menyokong

iii Orang jahat makin ramai dan orang baik semakin berkurang


DAN PELBAGAI LAGI TANDA TANDA AKHIR ZAMAN YANG RASULULLAH SAW KHABARKAN KEPADA KITA.

MAKA, ATAS DIRI KITALAH SAMA ADA MAHU KE SYURGA ATAU KE NERAKA.

SEMOGA KITA TERLINDUNG DARIPADA MENJADI KUDA TUNGGANGAN DAJAL DUNIA.

p/s : Namrud hancur kerana nyamuk. Nyamuk itu akan dikenang sebagai sejarah agung sehingga hari kiamat. Itu dulu.

Hari nih, bloggers nyamuk akan menghancur kemungkaran, kezaliman, pengkhianatan dan sebagainya demi menyelamatkan Islam seperti mana nyamuk menyelamatkan agama "hanief".

1 comment:

  1. Salam tuan tanah.

    Maaf menggangu dengan ulasan peribadi dari saya.

    Sepanjang saya mengikuti perkembangan krisis PMBK - Ariffahmi, Azidi, TGNA & Husam, saya lihat dan saya dapat sahkan bahawa banyak maklumat yang disampaikan kepada tuan tanah oleh "orang tengah" adalah maklumat-maklumat yang kebanyakannya "tidak benar".

    Maksud saya,bukan semuanya tidak benar,ada yang benar tetapi ada yang tidak benar.

    Harap tuan tanah menyelidiki segala maklumat dari "orang tengah" kesahihannya.

    Saya amat kecewa bilamana dalam peperangan kita menentang UMNO,kita amat-amat sehaluan tetapi dalam perang kita dengan musuh dalam selimut,ramai antara kita yang gagal.

    Tuan Tanah,Manjung Mari,rakan2 yang sehaluan dengan Tuan Tanah termasuk "orang tengah" adalah blogger-blogger yang amat-amat hebat terutamanya "orang tengah" saya tau dia amat "dikenali" bukan sahaja kerana hits wordpressnya yang melebihi 5 juta hits walaupun rankingnya jika dirujuk dalam alexa amat rendah dari lain2 portal yang hitsnya lebih rendah - agak menghairankan.

    Saya kenal baik dengan ariff,saya baik juga dengan husam,saya juga rapat dengan azidi.saya juga kenal ramai staff PMBK & saya memperolehi maklumat dari kedua-dua pihak dan saya adili dengan sebaik-baiknya.

    Macam yang saya beritahu tadi,Tuan Tanah dan lain-lain blogger adalah orang-orang hebat dan Pakatan Rakyat perlukan orang-orang hebat seperi saudara semua.

    Cumanya,dalam hal ini,kiranya Tuan Tanah dan rakan-rakan tersilap memilih Tanah,kreadibiliti Tuan Tanah dan rakan-rakan akan jatuh.tiada lagi yang akan percaya berita-berita dari Tuan Tanah dan rakan-rakan selepas ini.

    Pakatan Rakyat akan kekurangan tenaga blogger seperti Tuan Tanah dan rakan-rakan.betapa ruginya Pakatan Rakyat.

    Tuan Tanah dan rakan-rakan ketika itu sudah hilang kreadibiliti dan akan jadi "bahan rujukan" dan "mainan' blogger-blogger UMNO.

    "Kerana Nila Setitik,Rosak Susu Sebelanga".

    Saya amat-amat berharap agar Tuan Tanah dan rakan-rakan mengesahkan dahulu segala maklumat dari "orang tengah".pada saya "orang tengah" juga tidak bersalah tetapi telah "diracun" dengan umpan yang menarik.

    Ayuh Tuan Tanah,kembalikan kepercayaan pembaca terhadap Tuan Tanah dan rakan-rakan.

    Salam Perjuangan.

    "Berkata Benarlah Walaupun Pahit"

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari