boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 19, 2009

Keputusan Mahkamah Persekutuan - Bila Nak DiUmumkan.

Salam Sejahtera,

Dah nak masuk setengah bulan dah sejak dari 5 Nov 09, keputusan kes siapakah MB Perak masih lagi tak ketahuan ujung pangkal,....

Ketika Hakim Mahkamah Tinggi memberi keputusan Nizar masih MB yang sah, tak sampai 24 jam UMNO dan Zambri merayu pada Hakim Mahkamah Rayuan dalam masa 3 jam keluar perintah tangguh, bicara lawan pi lawan mai Nizar kalah, Untuk ke akhir melalui proses undang-undang negara Nizar bawa pula ke Mahkamah Persekutuan, setelah berbulan-bulan tunggu nak dapat keputusan, pada 5 Nov masing-masing pihak bentang hujah, Hakim pun sebelum tu memberi jaminan keputusan boleh diketahui hari itu juga.

Tapi kini dah 19 Nov, besok 20.... dah 15 hari, ish, ish adil sungguh kali ini, begitu lama 5 orang hakin nak buat keputusan, bila Nizar minta 11 hakim tak layan, turun 9 pun tak layan, 7 hakim pun senyap boileh ke tidak, rupa-rupa nak pakai 5 orang hakim juga, itulah.. kalau 9 kan senang pakat-pakat fikiak macam mana nak buat keputusan.. atau pun tok-tok hakim sembahyang istikharah minta pentunjuk tak dapat agaknya....

Inilah undang-undang yang ada di Malaysia oh tanah air ku....!!!!!

1 comment:

  1. depa umnobn tengah dok pikiaq mencari hujah .. kah.kah

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari