boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, November 7, 2009

Krisis PAS - Nasi dah jadi bubuk...

Salam Sejahtera....

Pada 29 Oct yang lalu, aku ada buat posting di SINI.

[mdum061109.jpg]

Nampaknya dari apa yang berlaku pihak musuh tak lepas peluang, minyak pembakar yang 2-3 orang malaon dalam PAS keluarkan itu dipergunakan untuk membakar jemaah PAS. Lihatlah apa yang berlaku hari ini, Tajuk Besar muka hadapan Utusan Malaysia, puas sudah pimpinan yang dok buat cerita ini kepada blogger UMNO, apa nak kata lagi....

Bila perkara begini dah berlaku, baru nak sedaq, baru nak buat konvensyen kepada blogger PAS, selama ini blogger-blogger PAS dah puas dah dok berperang dengan blogger UMNO, tetapi bila kejadian sebegini berlaku, dah terbalik kot, sesama blogger PAS yang bercengkerama, titik mula daripada aku sendiri, selepas beberapa hari saja selesai muktamar, aku dah hampir nak berperang dengan albanjari, namun hasil penat lelah Dr Wahab dan ISA, kes aku dengan Albanjari settle, tup-tup semalam dah ada lagi, ini semua adalah hasil kesilapan dan kelalaian kita sendiri, masing-masing sayang dengan perjuangan Islam.

Apakah yang akan berlaku di konvensyen blogger PAS nanti itu seperti DI SINI. Wallah huaklam. Namun aku rasanya berat nak hadirkan diri, konvensyen lah hangpa..... .

Hangpa boleh lihat sendiri, kejadian kes itu dah hampir 11 hari berlaku, tetapi tindakan yang sewajar nya terlalu perlahan, sehinggakan diambil kesempatan oleh musuh-musuh yang sentiasa menunggu peluang. Lepas itu kita nak marah balik pada Dr Aziz Bari bila dia dok kritik kita, fikirlah balik betui atau tidak, janganlah sesedap mulut mengatakan orang itu tiada adab atau tak beradap, talibarut musuh(UMNO), perhatikan balik dan fikir dengan semasak-masaknya, kalau boleh biar sampai hangit.....sekarang, siapakah yang sebenarnya menjadi talibarut UMNO!!! dalam suasana keadaan yang berlaku sekarang ini!!!..DR Aziz Bari ka!!!......

Mampos UMNO.... Ameen.






6 comments:

  1. Sekarang baru aku paham sebab apa Utusan bagi publisiti cukup hebat utk Ust Nasha sebelum muktamar hari tu. Rupanya tidak cukup cerdik dan senang Utusan nak bunuh Pas nanti.

    ReplyDelete
  2. Membaca wawancara Profesor Aziz Bari di dalam Malaysiakini, agak jelas kiblat sebenar 'profesor kangkung' yang sanggup melakukan atau mengatakan apa sahaja, asalkan dapat menjilat tuan yang telah mendudukkan dia pada kedudukan yang ada sekarang.



    Menyedari pengaruh Nik Aziz di dalam PAS begitu menebal, apatah lagi dengan sikap Nik Aziz sendiri yang mudah melatah dek 'ketuaan'nya, profesor yang memuja Anwar Ibrahim ini, menjadikan Nik Aziz sebagai perisai untuk menjahanamkan PAS.


    Besar sungguh budi Anwar Ibrahim kepada Aziz Bari sehinggakan kesarjanaannya pun digadaikan dan sebuah parti yang mempunyai perjuangan mulia, sanggup dikorbankan.... semuanya semata-mata untuk dan kerana Anwar Ibrahim!


    Hadi cemburukan Anwar? Untuk apa? Presiden? Perdana Menteri?


    Haji Hadi tidak selayaknya mencemburui Anwar sebaliknya Anwar yang lebih layak mencemburui Haji Hadi. Sebabnya, Haji Hadi mempunyai jemaah yang lebih utuh akidah dan pegangannya serta tapak yang lebih besar, sedangkan Anwar hanyalah broker tanah yang tidak berpejabat, tidak ada apa-apa modal selain daripada air liur dan cerita-cerita bohongnya yang semakin hari semakin basi, selain daripada pembangkai-pembangkai lapar dalam parti 'terkejutnya', PKR. Haji Hadi tidak mudah ditipu dengan cerita-cerita 'ekonomi' atau 'kebijaksanaan Anwar mengurus kewangan' kerana dua kerugian besar Bank Negara ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan iaitu pada tahun 1992 dan 1994 bernilai lebih RM35 bilion, mendapat kritikan keras daripada Haji Hadi sendiri... dan Nik Aziz ketika itu yang juga Ahli Parlimen hanya mampu terkapai-kapai dan ternganga-nganga tanpa tahu apa-apa.


    Begitu juga dengan Husam Musa yang ketika itu hanyalah budak hingusan yang boleh disuruh membeli gula-gula selain Kamaruddin Jaafar yang ditugaskan mengumpulkan dana menerusi pelbagai syarikat korporat tajaan Anwar Ibrahim sendiri terutama menerusi ABRAR dan MRCB... projek KL Sentral misalnya...


    Maka, kesimpulan mudah yang boleh dibuat memandangkan ia terlalu jelas ialah, Aziz Bari adalah suara 'sarjana' yang dititipkan oleh Anwar untuk menghapuskan karisma Haji Hadi yang pernah digambarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia sekaligus mengundang cebikan buruk Anwar ketika itu. Malah secara jelas juga, dapat menggambarkan antara Nik Aziz yang diangkat sebagai 'cerdik' oleh Aziz Bari dengan Hadi Awang yang dituduh 'Klon Dolah Badawi', siapakah sebenarnya yang lebih bijaksana...


    Dan kalaulah 1000 orang perwakilan PAS hanya ada otak dan tidak ada akal, mereka akan terpengaruh dengan GULA-GULA GETAH Anwar Ibrahim yang dikunyah oleh Aziz Bari... tetapi seandainya mereka mempunyai iman dan akal, mereka pastinya tidak akan terjebak dalam perangkap yang cuba memusnahkan Gerakan Islam itu daripada perjuangan terasnya!

    ReplyDelete
  3. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid merupakan satu pandangan yang sempit.
    sumber: mstar online

    Apa game yang sebenarnya si dr asri ni nak main, kalau nak main game politik main la betul-betul, jangan la sat main game politik, sat main game agama. ok la aku berperangsangka baik dengan dr.asri, mungkin dia tak kenal siapa itu xavier jayakumar atau pun dr. asri mengambil berberapa dalil dan nas. ya memang betul, orang kafir boleh masuk mane-mane masjid kecuali masjidil haram di makkah.

    Tapi tahukah kamu wahai dr.asri, siapakah manusia yang masuk kedalam masjid itu? dia ialah xavier jayakumar, seorang penyokong kuat gerakan anti islam (IFC) dan antara kepala gerakan untuk memurtadkan orang islam yang sama agama dengan kamu wahai dr.asri oii... bolehkah orang ini dibenarkan memijak karpet yang digunakan oleh orang islam bersolat, sedangkan dia memiliki 2-3 ekor anjing belaannya di rumah? soalan aku, bersih ke tangan xavier tu dari segala kekotoran, ada ke xavier tu mengikut adap-adap ketika masuk masjid? dan yang terakhir, xavier tu dah mandi wajib ke?


    Di berberapa negara islam lain, memang dibenarkan si kafir masuk kedalam masjid dengan tujuan mendengar kuliah atau pun melawat supaya dibuka pintu hatinya untuk memeluk islam, tetapi hanya di tempat yang di khaskan sahaja, bukannya di saff kedua, tapi dalam kes si kafir xavier ni, dia bukan sekadar melawat atau mendengar syarahan atau kuliah agama, tapi dia masuk kedalam dewan sembahyang, memijak permaidani di saff kedua tempat orang islam bersujud, kemudian berceramah menghentam kerajaan, menceritakan keburukan orang lain, boleh ke macam tu dr.asri oii...

    Aku tak tahu dimana stand politik kamu dr.asri, tapi bagai mana pula kalau yang masuk masjid itu bukan xavier sebaliknya samy vallu, chua soi lek, ong tee kiet atau pairin kitingan, adakah kamu tetap berpegang dengan kenyataan yang kamu buat sekarang ini? selepas ini tidak salah lah pula sekiranya seorang tauke babi masuk kedalam dewan sembahyang atas alasan kononnya dia ingin memberikan bantuan, walhal pemberian bantuan itu boleh dibuat di mana-mana sahaja tempat di dalam kawasan masjid tetapi tidak di dalam dewan sembahyang.

    apa apa pun mampos manjung mari ameen

    ReplyDelete
  4. masyaAllah..terkejut bila ana baca utusan hari ni..ahli PAS pun pasti ada yg terkejut beruk atau paling tidak terkejut biawak membaca apa yg dibongkarkan oleh Utusan. Terima kasih utusan

    Ana cuba bayangkan apalah agaknya tuan guru tersohor PAS akan nistakan andai sumpah ini dilakukan oleh UMNO..

    sedarlah wahai ahli PAS..politik sekadar kuasa..kuasa menghalalkan segala cara..

    maka wajarlah ada wakil rakyat pas yg cadangkan adakan kempen kahwin dgn ibu tunggal

    mohon supaya Allah jauhkan sumpah sedemikian dikalangan pemimpin UMNO

    ReplyDelete
  5. Salam manjung mari....

    Teman tercari-cari kenapa PAS ni selalu ketinggalan.....?

    Rupanya mereka ni selalu salah BAS oh! patutleee....oleh tu

    "mampos pie lah hangpa oiii..." !!

    WOW TEMAN SOKONG 2 AZIZ JUGA....

    ReplyDelete
  6. haluuuuuuuuuu

    pada aku, ABU BAKAR BUNCIT ng KAMA BERUK ZAMAN bukan ajer x layak hidup abad 17, tapi zaman dinasour pun depa mmg x layak...

    WOIiii mangkuk...baik ko berdua balik jual kacip fatimah jer...bodoh macam kambing janapari jer ko nih!!!!

    KHAK TUIH!!!!!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari