Perak Darul Ridzuan, Penduduknya Hidup aman damai, Dinaungi Keadilan Sultan, Kuala Kangsar bandar Diraja, Iskandariah.... Oii tak larat aku nak taip semuanya, inilah lirik lagu negeri aku, kalau hangpa nak dengar Klik Sini.
OK tak.. sedap mendayu, kalau dulu selalu di siar di TV, tapi setahun 2 ni dah tak ada dah, tak tau kenapa, Radio Perak FM tak tau pulak, lama aku tak dengak dah, dulu rajin juga aku dengar sola jawab agama pagi jumaat, tetapi entahlah sekaraang ni, kalau dok dengar hak sorang tu penyampainya entahlah malas nak dengar, bukan aku dah pandai...tetapi sebabnya entahlah... payah nak cerita banyak...
Apa yang ada dalam lirik lagu ni pun aku rasa dah tak ada lagi dah dalam negeri ini untuk rakyat jelata nak merasainya...padan muka..
Kalau tahun dahulu, sewaktu PR memerintah Nizar jadi MB musibah yang menimpa buat rakyat Perak aku dok rasa tak seteruk waktu Zambri jadi MB, tahun lepas banjir kat Manjung dan Stiawan, Batu 7 banjir teruk juga, tapi sehari dua, dah selesai balik, kawasan lain di negeri Perak cuma di daerah Kerian, tempat biasa laluan Jalan Bagan Serai ke Selama dan area Kolam Bukit Merah, musibah kematian tahun lepas waktu Nizar jadi MB dulu hanya tragedi Kilang Tepung yang belaku di Segari sahaja.
Tetapi tahun ini, macam-macam musibah yang timbul, selesai sahaja PRK Bukit Gantang, ada kebakaran berlaku yang mengakibat kematian anak kecil di DUN Terong kalau tak silap, tempat tu Padang Gajah, kemudian yang agak popular lagi kes bangunan runtuh di Ipoh mengalibatkan anak muda pelajar Melayu mati tertimbus dalam kereta, pelajar sekolah rendah India di Kuala Dipang, kemudian pelajar Cina Kolej UNITAR di Kampar mati lemas, tak sempat sebulan tanah kawasan pagar SUK pula runtuh,... oii banyak oii musiabah atau bala yang rakyat kena hadapi.
Bab banjir, kalau hak tahun lepas tahun ini alhamdulillah nampaknya tak ada cuma di kawasan Manjung, tetapi di pi jadi kat tempat lain pulak, nuu Hulu Perak sana, Lenggung...tahun akhir banjir sekitar 1960 yang lalu, tapi tahun ni kena, cerita lanjut DI SINI. Jumlah mangsa banjir pada kali ini 1225 orang, sikit ka tu...
Daerah Kuala Kangsar tahun ni pun ada sikit-sikit, Tahun lepas tak debngar cerita pun kat Lubok Merbau, tanah runtuh bila hujan lebat dan banjir, baca DI SINI. Nasib baik hujan lebat tak runtuhkan Istana Bukit Chandan, puncak keadilan buat rakyat yang dah tak berfungsi tu..
Kawasan ini memang tak boleh buat apa lagi, Kerian tahun lepas pun kena, tetapi tahun ini lagi power dari tahun lepas, lagi teruk, pelajar sekolah pun kena pindah sebab periksa SPM, jumlah penduduk yang kena pindah semakin ramai tak seperti tahun lepas.
Jadi apa yang aku dok nampak segala musibah dan bala yang rakyat Perak kena lalui hari ini semakin ada peningkatan dari tahun lepas, cuma aku harap Pimpinan PR yang diketuai oleh DS IR Nizar kenalah sama-sama jenguk mereka-mereka yang ditimpa musibah, masa inilah mereka memerlukan ziarah dah bertanya khabar dari pimpinan, jangan kita harap pada Kerajaan yang memerintah sahaja.
Apakah musibah yang semakin meningkat ini kerana Daulat Tuanku yang ada pihak dok laung-laungkan selama ini telah dilanggari. Apa tidaknya.. Undang Tubuh Negeri Perak rakyat yang layak menjadi MB ialah Islam dan Berbangsa Melayu... tetapi sekarang MB Perak ?... jadi fikir-fikirlah sendiri, ataupun juga ini hanyalah secara kebetulan yang juga disebut bencana alam.
Kita selaku umat Islam terimalah ujian-ujian dari Allah S.W.T ini dengan hati yang redha, moga-moga ada hikmah disebalik kejadian tersebut. Wallahuaklam.
salam mm dan sesema islam,, bala dan musibah datang dari ALLAH .. pada kita yg hina dina ni perlu ambil ikhtibar
ReplyDeleteALLAH HU AKHBAR X3
Tuan, jangan cakap macam tu, dikelantan, tiap tiap tahun banjir, tahun ni je kurang yang mati lemas. Apakah ini dijadikan sandaran terhadap perbandingan PERAK NIZAR dan PERAK ZAMBRI? Banjir datang sebenarnya elok untuk bidang pertanian. Bila banjir melanda, semua penyakit,semut api,tikus dan segala makhluk perosak dihanyutkan oleh banjir. Yang menjadi tanaman musnah tu sebab, perancangan manusia yang tidak betul. Takbirr.
ReplyDeleteYA AKU TAU PERAK NEGRI HG TAPI BEKAS MB HG TUE BANGANG, MASUK PARLIMEN LAUNG SLOGAN BUBAR DUN, MCM GAMPANG. RAKYAT UNDI HG JADI WAKIL PARLIMEN BUKAN JADI PAK LAWAK BEB!
ReplyDelete