boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, November 3, 2009

Pas dan langkah ‘kebelakang’nya

Oleh: Mohd Aizat Bin Mohd Saleh

Setelah dipersetujui oleh sekelian ahli PAS di dalam Muktamar Agung PAS dahulu, bahawa PAS mestilah berusaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencapai lebih banyak kejayaan di dalam PRU ke-13 mendatang, dan menutup terus agenda Kerajaan Perpaduan. Namun isu ini kembali panas di dalam kepimpinan PAS.


Apa sebenarnya yang berlaku di dalam PAS hari ini? Rata-rata kepimpinan dan ahli bawahan PAS menyatakan soal adab, perpecahan dalaman dan macam-macam fundamental jemaah yang semakin mengelirukan fikrah asliyah (pemahaman sebenar) ahli-ahli kecil PAS.

Rakyat seluruhnya maklum, PAS adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini. Dan PAS perlu berperanan sebagai satu badan yang mengembangkan kefahaman Islam yang sebenar menggunakan 'baju' PAS kepada masyarakat bukan Islam. Ini tugas utama PAS selain terlibat di dalam politik.

PAS, Fundamental dan Dakwah

Seharusnya PAS perlu bersyukur dianugerahi pemimpin seumpama Dato Seri Nizar Jamaluddin yang berjaya memberikan contoh menyatukan golongan bukan Islam dan berjaya menarik mereka ke gelanggang kefahaman bahawa PAS adalah membawa fundamental Islam dalam aspek-aspek keadilan sosial dan kebajikan.

Lebih bernilai, DS Nizar memakai baju PAS pada dakwahnya kepada rakan-rakan Cina di dalam DAP dan PKR.

Jika di lihat sejak PRU 12 pada 8 Mac lepas, yang berjaya menterjemahkan mesej Islam kepada masyarakat berbilang kaum adalah PKR, bukan PAS. Itu pun setelah, PAS mula membuka ruangnya bertahalluf dengan rakan-rakan parti lain. Jika tidak, saya rasa PAS tidak mungkin akan membawa idea 'Kerajaan Berkebajikan'.

Jika dianalisis, sebab apa PAS gagal memperolehi majoriti sokongan pada PRU-11 dan kehilangan DAP sebagai rakan tahalluf, adalah kerana PAS waktu itu tegar dengan fundamentalnya untuk membawa 'Negara Islam'. Namun, pada PRU baru-baru ini, PAS berjaya memperolehi lebih majoriti apabila mengenengahkan konsep 'Negara kebajikan' yang lebih dekat dengan rakyat.

Bukankah 'Negara Kebajikan' itu adalah hasil interpretasi sebuah negara Islam?

Patah Kebelakang

Namun, hari ini PAS seumpama hendak berpatah ke belakang, dan kembali menjadi sebuah parti yang dianggap jumud, konservatif dan tertutup, dalam keadaan masyarakat bukan Islam dari Cina dan India juga orang Islam yang kurang faham Islam yang sudah terbuka dan berlumba-lumba mahu mengetahui apa isi sebenarnya Islam yang di bawa PAS.

Mana tidaknya, tindakan 'kurang cerdik' Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Hassan Ali yang tidak sabar-sabar ingin menegakkan hukum Allah di muka bumi Selangor, lalu meluluskan Enakmen Undang-undang Arak bagi mencari pesalah minum arak. Sebab itulah saya tidak pelik, ia ditentang oleh rakan-rakan dari DAP yang tidak bersetuju, kerana saya yakin DAP masih belum faham undang-undang Hudud yang sebenar.

Apakah yang PAS faham kini apabila melaksanakan hukum Allah itu adalah dengan tujuh kesalahan Hudud tersebut perlu bermati-matian ditegakkan? Sedangkan, banyak lagi suruhan-suruhan dan galakkan supaya menegakkan keadilan, berhukum dengan adil, menentang kezaliman dan pecah-amanah, serta memusuhi rasuah. Hukum ini dimana letaknya?

Oleh sebab itu, pandangan saya isu 'Kerajaan Perpaduan' ini tidak akan timbul walau sedikit pun seandainya pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli PAS faham dan jelas matlamat dan agenda dakwah yang saya sebutkan diatas.

Apa perlu bergabung dengan UMNO, walaupun atas nama 'menyelamatkan umat Islam', yang PAS sendiri pun tidak akan pasti dan yakin, jika mereka bergabung dan membentuk kerajaan, hukum Islam akan berjaya dilaksanakan. Untuk menyelamatkan 'orang Melayu', bolehlah!

Kejayaan Islam Hadhari Pak Lah

Bagi saya, 'Kerajaan Perpaduan' ini boleh dikatakan salah satu propaganda untuk mensekularkan PAS dengan meletakkan perjuangan kefahaman Islam jauh menyimpang dari fundamental yang diura-urakan PAS itu.

Mengikut bacaan saya juga, ia adalah salah satu kebijaksanaan Perdana Menteri dahulu, Pak Lah yang berjaya menterjemahkan idea 'Islam Hadhari'nya untuk menyatu-padukan ummah atas nama Islam.

Oleh itu, pemimpin-pemimpin PAS yang dahulunya berdegar-degar mengutuk Islam Hadhari, sedangkan pada hari ini mahukan pula 'Kerajaan Perpaduan', maka mereka ini masih belum faham perjuangan Islam sepenuhnya, atau pun menganut kefahaman Islam Hadhari.

Apa yang berlaku hari ini, boleh diselesaikan. Soal, EGM dan sebagainya, hanya metodologi penyelesaian sahaja. Apa yang penting, PAS mesti mengenal-pasti jalur-jalur kelemahan di peringkat kepimpinan melalui medan-medan tarbiyah antaranya usrah dan pertemuan fikri mereka.

Pemahaman Islam yang seharusnya menepati pada waktu dan kondisi hari ini, sambil digabungkan dengan keluasan konsep Islam perlu diperhatikan kembali. Dan penerangan ini perlu dilengkapi dengan penghayatan sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam pentadbiran politik baginda di Madinah yang memiliki kaum dan agama yang berbilang, dan bukan sekadar mencontohi peringkat dakwah di Mekah yang hanya mengutarakan dakwah fasa rahsia dan seterusnya kepada fasa terang-terangan.

Bagaimana pula dengan dakwah Nabi s.a.w di Madinah yang lebih luas dan terbuka? Bagaimana hubungan Nabi s.a.w dengan golongan bukan Islam? Apa kerjasama politik dan ekonomi yang baginda telah laksanakan?

Persoalan ini perlu ditanggapi dengan kritikal dan ilmiah. Bagi saya PAS masih lagi punyai peluang untuk berubah, sebelum mereka membuat perubahan.

2 comments:

  1. Tuan. Ni apa ni, PAS dah tutup buku. Yang dok korek dan dok perangat ni kerja sapa. habis pimpinan nak kata apa lagi.... Kalau dah tak percaya kat PAS keluar lah pi buat parti sendiri. Kalau bukan kerja iblis ... kerja sapa agaknya yang memecahbelah jamaah dan meneruskan agenda menanam prasangka yang bukan-bukan. Pi cari lagi mana-mana artikel yang seumpama itu, pastekan dalam blog tuan, buatlah sampai PAS lingkup. Puas hati kut.

    ReplyDelete
  2. teman setuju dengan pendapat penulis. diharap ahli pas berfikir dengan waras dalam hal ini. umno hampir hanyut dan mengharap pas akan membaling pelampong kepada mereka. berdoalah supaya segelintir pemimpin pas tak akan termakan jerat umno ni kerana usaha untuk menyingkirkan pimpinan pas yang nak bersongkongkol dalam hal ug ni nampaknya menghadapi kebuntuan.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari