boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, November 6, 2009

Tak Tumboh Tak Melata..

Salam Sejahtera...

Pepatah melayu zaman dahulu masih lagi relevan buat masa ini, Tak Tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata! Mungkin juga sekarang ini dipanggil pantun dua kerat, lantak pilah apa sekali pun, cuma aku nak ambik balik rangkap yang akhir sekali, tak sungguh orang tak kata!!

Apa yang berlaku dalam minggu ini hingga kekemuncak pada hari ini, sungguh menyakitkan, tak terlepas nak ditelan, tetapi nak buat macam mana, seperti yang aku katakan tadilah, dari segi realitinya terpaksalah kita ahli jamaah menerimanya dengan hati yang terbuka.

Kalau kali pertama dahulu, ketika Dr Aziz Bari mengeluarkan pendapatnya Ketua Penerangan yang melenting menjawab balik, tetapi hari ini nampaknya dah bertukar posisi, diambil alih oleh Ketua Pemuda yang sungguh taat setia. Baca DI SINI. Aduh... Dr Aziz Bari yang selama ini semua pihak dalam PR menghormatinya telah dianggap agen musuh (UMNO).. masyaallah.

Kenapa kita marah bila orang menyerang Presiden kita dikhalayak ramai, tetapi kita sendiri pun menyerang balik seperti itu juga, pi mai kut mana pun sama juga, hang kata kat aku, aku kata kat hang balik,,, apa cerita ni....

Aku tak mau nak ungkit atau nak ulas banyak-banyak, nanti kang ramai lagi yang dok marah kat aku, cuma ingatan aku masih lagi terkenang suasana muktamar PAS bulan Jun yang lalu, bagi aku ini semua adalah hasil terbaik kerja-kerja UMNO yang siang malam berusaha nak kan kepimpinan Ulamak yang memenangi jawatan-jawatan tertinggi dalam PAS.

Dan sekarang berhasil sudah kerja-kerja UMNO laknatullah itu, jamaah yang ada dalam PAS tak huru hara apa pun, tetapi segelintir pimpinan yang buat pasai, adakah kita terfikir balik perkara ini... sama-samalah kita fikirkan untuk yang terbaik buat Islam di bumi Malaysia ini..masa masih ada lagi untuk kita nak berubah. walaupun hanya beberapa detik sahaja lagi...wallahhuaklam.

Mampos UMNO..... Ameen.

3 comments:

  1. Aku pun sama kepala! http://thecybersniper.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tahniah buat para perwakilan2 PAS yg telah membuat kptsn pd pemilihan yg lps.. Sesungguhnya anda suma mmg telah membuat kptsn dgn BIJAK dgn memilih geng2 pro UMNO sbgai pemimpin.. Hahahaha..

    ReplyDelete
  3. inilah bukti bahawa budaya umno dah meresap dalam pas. bukan melalui kumpulan erdegon seperti yg diwar-warkan tetapi daripada kumpulan ulamak atau lebih tepat lagi ular-dalam-semak ini.

    pemimpin tidak boleh diusik/ditegur/dikritik. memaki hamun mereka yang menegur/mengkritik. angkoh & bodoh sombong - tak itu semua budaya UMNO

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari