boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, November 1, 2009

Hero Melayu Dalam UMNO Timbul lagi..

Salam Sejahtera...

Nampaknya kemarahan Nasionalis Melayu yang ada dalam UMNO tak kunjung padam pada kaum China semenjak selapas PRU12 8 Mac 08 yang lalu.

Mangsa utama mereka ialah Koh Tsu Koon, kesian kat Presiden Gerakan tu, mula-mula dulu UMNO Bukit Bendera yang diketuai oleh Datuk Ahmad Ismail, pakat habis naik sawan ahli UMNO Bukit Bendera marah kat Gerakan.

Hari Khamis lalu, terkejut aku bila tengok dalam sidang Parlimen bila si mamat sebelah ni berucap, menghentam Koh Tsu Koon, katanya kawan baiknya kalah di Batu Kawan, ditolak pengundi disana, tapi dilantik melalui jalan belakang.... (Senator) kemudian jadi Menteri untuk jaga KPI..., apa cerita.. dia sendiri pun tak ada kat Parlimen, bila PM ada, dia baru ada, PM tak ada si Menteri ni pun tak ada..., Kalau hak itu aku sokong, kira berani Mamat ni..

Kira minggu semalam, mamat ni dah pecah rekod dalam Parlimen Malaysia, menghentam menteri komponen BN sendiri, baguih, baguih.. buat lagi lepas ni.. aku sokong.

Kenyataan akhbar hari ini si Mamat ni kata, ia tidak akan minta maaf apa yang beliau lakukan, iaitu menggesa Koh Tsu Koon dan Ong Tee Kiat meletak jawatan.. Tahniah..jangan minta maaf, lawan sehingga titisan darah yang terakhir, tak apa.. nanti Ibrahim Ali ada.. ia tak biarkan anda keseorangan... Seorang Pejuang Melayu dah mula lahir sempena pemerintahan 1Malaysia...

Apakah Mamat ini nak tiru apa yang Exco Selangor Dr Hasan Ali lakukan, maka ia pun nak tiru atau pun ada agenda lain disebalik itu.....Wallahuaklam...

Mampos UMNO!!.... Ameen.

5 comments:

  1. JAIS tahan bekas Mufti Perlis
    02/11/2009 12:28am


    KUALA LUMPUR 1 Nov. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam ini.

    Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.

    Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.

    Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.


    balik manjung

    ReplyDelete
  2. ish aku tak suke die la.... care die bercakap macam tak bersekolah... atau lebih tepat mantelity die low,,

    ini opinion aku jgn mare heheh

    ReplyDelete
  3. Nah..kepada para penyokong PAS dan PKR..inilah ciri-ciri pemimpin UMNO yg tidak ikut telunjuk org sebangsa DAP..tak le mcm Nzar AlNgangeh korang tu

    ReplyDelete
  4. anon 6.42am, baru sorang ni je.. dia pun dulu tukang angguk jugak time pak lah jd PM.. lain2 tu ramai lagi tukang angguk2.. - Neo

    ReplyDelete
  5. anon 12.54am, ye ke 1000 org? takkan la banglo leh muat smp ramai camtu? ada yg melaporkan 300 org.. ada sape2 ble verify? - Neo

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari