boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 5, 2009

Khurafat didahulukan, Tauliah diutamakan

Salam Sejahtera...

Memang menyentuh perasaan aku sebagai anak yang dilahirkan melayu dan Islam, walau bagaimana pun kenalah terimanya, walaupun pahit.... aku Copy dari blog Dr Wahab Arbain..

Di Malaysia, orang Melayu dah berzaman menganut Islam. Pegangan dan amalan Islam sejak sebelum merdeka. Bila dah merdeka, UBN dah setup pentadbiran hal-ehwal agama dengan baik. Termasuk mengadakan sistem tauliah dan penentuan mazhab.

Ahli PAS dan orang UMNO, dalam beberapa aspek, serupa sahaja. Dalam hal-hal mazhab, mereka sama sahaja. Amalam dan pegangan umum, mereka tak berbeza.

Justeru, pada hakikatnya, Malaysia tak perlu orang berpelajaran atau bijak agama (ulama). Sebab, kalau ada pun nak buat apa?

Seorang yang berkelulusan first atau second degree, nak bercakap apa mengenai agama. Walau ada tauliah pun, kalau mengajar amalan yang berbeza dari ajaran tok lebai kampung, dia akan ditangkap dan dituduh membawa ajaran yang berbeza dari amalan orang ramai.

Begitu juga seorang yang bertaraf doktor falsafah, nak bercakap apa mengenai agama. Nak sebut "talqin" itu bid'ah? Bukankah "talqin" itu amalan orang kampung sejak sebelum merdeka lagi? Nak cakap fasal aliran pemikiran lain? Alamatlah dituduh penganut shi'ah atau wahabi. Kalau komplen pasal mazhab, lagilah ditolak. Seolah-olah Rasulullah itu pengikut mazhab.

Kesimpulannya, pegangan dan amalan Islam Melayu dah OK dan sempurna. Tak kiralah kalau penuh dengan bid'ah atau sarat dengan khurafat. Apa yang dipegang dan diamalkan oleh orang kampung jangan ditegur atau dikomplen. Kerana, semuanya syumul dan mantap, sekalipun tak sama dengan amalan Rasulullah.

Bila bab mazhab-mazhab ni aku teringat kembali seorang pendakwah yang cukup popular satu ketika dulu, dari kaum Cina, Ustaz Hussein Yee, dah lama dia tak ada, rupanya kena ban sebab kononya dia pun dituduh fahaman Wahabbi, tetapi itulah,, orang yang berilmu ni, dibuang kemana sekali pun boleh hidup, waktu aku kat Mekah tahun 2007 dulu, bila aku buka sahaja TV Channel Peace TV, selalunya keluar pendakwah dari India Dr Zakir Nair, yang selalu berdebat dengan kaum India dan Kristian di Benua India, tetapi pada suatu hari tu aku terpandang rupa-rupanya Ustaz Hussein Yee yang dok ceramah di Benua India, itulah orang yang berilmu, di Malaysia orang Melayu tolak ilmu yang ada pada beliau, tetapi di tempat lain beliau diterima, moga-moga usaha beliau diberkati Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari