boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 26, 2009

Jawatan MB Kelantan.

Salam Sejahtera..

Kalau sebelum ini semalam Exco Kanan Kerajaan Kelantan Datuk Husam menolak dan menamakan Timbalan Menteri Besar kelantan sebagai pengganti TGNA, kini cadangan tersebut turut dipersetujui oleh seorang pimpinan PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula.

Baguslah persetujuan telah dicapai, cuma yang tak sedap dengar ialah:-

" Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur."

Kalaulah betul seperti itu yang diucapkan maka amat malanglah parti PAS sekarang ini, sama standard sebiji macam UMNO....

Lagi satu, bagi aku cadangan ini nampaknya pimpinan PAS Kelantan sendiri dah menolong kerja-kerja UMNO Kelantan. Kerana sebelum ini UMNO Kelantan, Ibrahim Ali dan Dr Mahathir yang sibuk suruh TGNA bersara dari MB.

Tetapi bila cadangan menamakan pengganti MB dari seorang Exco Kanan, kemudian disokong pulak oleh Psj PAS lll, seolah-olah memberi isyarat kepada TGNA suruh bersaralah juga. Inikah sebuah parti Islam... sedangkan kita tahu waktu zaman Rasullullah dan para sahabat dulu pun, selepas baginda Rasullullah wafat, baru pemilihan khalifah dibuat, kenapa contoh yang ada tak diikuti....

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku, nampaknya TGNA menerima berbagai tekanan semenjak selepas beliau mencadangkan EGM PAS secara kita tak sedari atau pun secara kebetulan wallahhuaklam.

Walau apa pun bagi aku, aku tetap mahukan TGNA mengetuai Kerajaan PAS negeri Kelantan sehingga akhir hayatnya, TGNA bukan sahaja nak pimpin Kelantan, tetapi beliau jugalah nak meminpin Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia masih memerlukan khidmat Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat.

4 comments:

  1. Salam manjong mari,hang mybe nak nik aziz stay as mb kat kelantan,tapi team pas kelantan mungkintaknak,bg peluang pd org len pulak,nk kata tarbiyyah pas kelantan sukses tk jugak,koleksi 3gp plg byk pun d negeri serzmbi mekah ni,penyokong bola pun saiko,agus tv9 tu pun saiko,
    so letnik aziz lepaskan jwtnnya,dia pun dh tua,let him be as nanti marah plak anak dia nik abduh tuh,kelantan n pas kelantan tuh sendiri assabiyyah,tk pyh kita nk blame umno,mitos pas malaysia teguh sbab pas kelate n ganu makin terbuti,.klu mau reform,kita reform pas perak,sian nizar,n sian rkyt yg menyokongnya,

    ReplyDelete
  2. MAMPOS PAS

    akan MAMPOS bila Hussam Musa dah Jadi MB Kelantan nanti.

    ReplyDelete
  3. salam MM

    kalu Husam jadi MB kelate kito pakat2 gomo si GOMO.

    ReplyDelete
  4. wekk2...nak muntah aku wei..aku xse seh eh ajis MB kelate..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari