boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, November 17, 2009

Penjelasan Aku Mengenai Datu Husam

Salam sejahtera..

Merujuk pada posting aku yang lalu datuk husam nak tunggu apa lagi. Aku mendapat banyak komen dan email yang tak puas hati pada aku, mengenai n3 tersebut.

Aku mula mengenali Datuk Husam paad tahun 1995, mukanya keluar dalam TV3 Majalah 3, Ekspedisi Sungai Nenggiri, waktu tu beliau sebagai SETPOL TGNA. Selepas itu hanyalah mendengar dan mengenali beliau dari media sahaja.

Kemudian bila teragedi rampasan kuasa oleh UMNO di Negeri Perak pada bulan Feb lalu, aku diajak berkampong di rumah MB di Ipoh, waktu tu Datuk Husam ada datang kat bilik kami di belakang rumah MB meninjau suasana dalam tempat kami bekerja, itu pun hanya sebentar sahaja, aku pun cuma lihat begitu sahaja, tak sempat nak bersalam pun, kerana masing-masing sibuk...Kemudian datang pula ADUN Limbungan Drs Zainuddin Awang Hamat, beliau yang aku kenali di porgramnya bulan NOv yang lalu di Kelantan, datang mai kat aku sempat bertanya khabar....

Selepas itu bila bulan Jun, bahang Muktamar PAS bermula, bila Datuk Husam bertanding, aku dengan hati terbuka menyokong beliau, sebabnya aku benci sungguh dengan UMNO...... Bila TGNA sendiri pun menyokong Erdogan malaysia, semngat aku lagi kuat, aku sama-sama blogger Kelantan menyokong Datuk Husam.

Bila selesai Muktamar keputusan dah diketahui, aku tak puas hati dengan keputusan tersebut, Sifu aku jadi mangsa kemarahan aku untuk melepaskan geram, terpaksalah beliau balik pada petang Sabtu tu, takj sempat nak dengar sesi pengulongan. malam tu lepas Isyak Sifu aku menceritakakan hal sebenar Muktamar dan ada sedikit topik bab Husam, tapi hati kecil ku macam tak percaya......!

Bila hari selepas hari raya, yang lalu ada satu berita yang tak baik aku dengar heboh di blog MSO, aku cuba comform betui atau tidak, aku tanya adik aku blogger dari kelantan, ia mengesahkan berita, kalau bohong ia tertipulah aku....dan dari sini satu persatu aku dapat cerita. Jadi adalah sedikit kebenaran yang Sifu aku cerita sebelum ini.

Walau apa pun cerita itu semua tak perlulah aku paparkan di sini, sebab ini kebanyaknya hal peribadi.. lantak pi lah... Tetapi bila masalaah PAS Kelantan timbul krisis baru ini, bagi aku memang terang dan nyata Datuk Husam gatai cari penyakit, kenapa diambilnya hantu raya peliharaan UMNO itu kemudian dibelanya, diusap dan dibelai, bila hantu ni tak cukup makan, mulalah dia buat hal... Memang dengan secara kita tidak sedari masaalah ni nak menjadi barah yang cukup teruk, malah boleh menghampiri maut buat PAS Kelantan, yang menyebabkan TGNA terpaksa mengorbankan niat beliau ke Tanah Suci Mekah.

Kemudian ada komen dan email kata Arif fahmi pun teruk juga, betui,, itu pun aku ada dengar cerita juga, tapi dengar sahaja, tak boleh jadi hujah... lagi pun biarlah SPRM yang dok siasat, TGNA pun beri keizinan 24 jam surut siasat, tak payahlah aku nak sibuk bab menantu Tok Guru...sebab perkara tersebut aku tak pasti.

9 comments:

  1. Kenapa pulak tak pasti, Dah sorok cerita la tu. Macamana kau tak post kan cerita menantu umno plastik kau tu, Kalau menantu plastik, maka pak mertuanya pun plastik la ye,,, plastik dah kena muka sendiri dah......

    ReplyDelete
  2. Husam dah dengan TGNA lebih 15 tahun. TGNA sentiasa boleh menghadapi semua suasana samada sukar atau senang.
    Kemudian menantu nak jadi penasihat TG. Jadi gempita seluruh Kelantan. Siap cari sponsor untuk haji.
    Itu pun tak boleh nak beza lagi ke? Hang patut faham siapa yang dimaksudkan oleh Nik Abduh! Siapa yang cuba memecahbelahkan dua TG.

    ReplyDelete
  3. tu pasal husam senyap tak mahu beri komen, klu silap komen kena hentam, puak umno tunggu je husam silap cakap...

    ReplyDelete
  4. salam tuan...
    xadil la kalau pasal menantu TGNA yg xpasti xmo komen apa2 tp kalau yg husam pun xpasti terus komen gila2 cam mamat tu dah comfirm wat salah...


    -orgbangi-

    ReplyDelete
  5. Anony 5:13

    Cerita setakat dengar dalam blog yang aku tak pasti bagaimana aku nak cerita kat hangpa, tak larat aku nak tanggung dosa kering..

    ReplyDelete
  6. Org Bangi..

    Bab Husam memang kita tak boleh nak pertikai fakta ceritanya, tapi bab menantu TGNA, cerita dari sok-sek-sok-sek, dalam komen yang aku tak kenali, mana boleh pakai, biarlah SPRM yang siasat dan kita tunggu keputusannya...

    ReplyDelete
  7. Fikirle MM,
    SPRM bukannya nak mentu TG. Yang tu bila-bila masa boleh pergi ambil. Aku rasa staff PMBK akan baru sokongan penuh.
    Yang jadi masalahnya SPRM nakkan TG. Tu le yang diaorang cari macamana proses perlantikan menantu. ikut prosedur ke tidak. Kenapa TG bersungguh benar MEMPERTAHANKAN sponsor ke Makah yang dicari menantunya. Itu semua.
    Hang kata tentang Husam. Aku dah cerita Husam sangat particular dengan duit rakyat. Yang tahu tak dia bayar balik kek yang berharga lebih RM500 yang diberikan oleh PMBK? Kalau hang nak cari orang yang tak bias, hang pergi tanya Mursyid tarbiah Pas, Ust Yahya Osman tentang Husam.
    Kata si mangkuk: Lu pikir le sendiri.

    ReplyDelete
  8. Apa cerita Husam yang tak boleh dipertikaikan itu? Boleh tolong beritahu?

    ReplyDelete
  9. salam MM

    Rilek bro jangan cepat melatah, episod PMNK dah nak berakhir dah, jangan cepat sangat melatah pasal Husam Musa, kita kaji dan selidik dulu, Dato Husam Musa bukanlah sebegitu orangnya InsyaAllah

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari