boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, November 2, 2009

DR Asri - Apakah cerita sebenar disebalik tangkapannya..

Salam Sejahtera..

Maklumat terkini : Dr. Asri akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat AU jam 9 pagi ini (2 November 2009).

Kalau sebelum ini negeri Darul Ehsan ini hanya melarang tokoh-tokoh agama yang pro pembangkang sahaja, contoh Tuan Guru Nik Aziz sendiri pun di larang memberi ceramah, itu pun di mesjid atau surau... tetapi dibenarkan dipremis persendirian...itu di zaman UMNO dahulu sebelum PRU12 yang lalu.

Tetapi sekarang Darul Ehsan di bawah pemerintahan PR, Malah EXCO Agama dan Istiadat Melayu orang PAS sendiri..

Malam tadi Mantan Mufti Perlis yang berceramah di rumah persendirian Taman Sri Ukay, telah ditahan oleh Jais dengan dibantu Polis dan dan didakwa pada pagi ini...Kenapakah perkara sedemikian boleh berlaku...

Apakah ada kaitan dengan Jawatan Pengarah Yadim yang ditawarkan oleh Bini Rosmah... mungkinkah ada pihak-pihak yang risau akan ketegasan Dr Asri!!

Dengan secara tidak langsung imej Dr Asri akan tercalar, pelawaan untuk menyertai politik mungkin selepas ini akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Isu tangkapan beliau sedikit sebanayak akan menutup kes krisis PAS Selangor.. selamatlah sikit seseorang tu dari perbualan ramai, dah tukar topik...

Apa pun bagi aku, inilah permainan politik GILA BABI..... disebabkan kepentingan sesuatu atau pun peribadi sesetengah pihak, mengapakan seorang tokoh agama yang dijadikan mangsa!! Nampaknya isu politik orang Melayu dan agama di Malaysia semakin bertambah X-Filesnya!!! Mungkin banyak cerita disebalik kisah tangkapan ini..

Semakin hilang kepercayaan ku kepada EXCO Agama Selangor..... Mohon Sembah Derhaka..

Mampos UMNO..... Ameen.



16 comments:

  1. Salam Tuan Manjung Mari

    Tuan tak perlu mohon sembah derhaka, tak perlu wala' pada pemerintah yang sedemikian. Sesungguhnya menegakkan kebenaran itu amat susah bagi orang orang yang munafik.
    wallah hualam

    ReplyDelete
  2. salam tuan.. ada org kata, beliau ni aliran Wahabi.. wallahhua'lam sbb beliau sendiri menafikannya.. cuba tuan selidik daripada org2 yang lebih arif tentang Wahabi ni.. tapi cara tangkapan tu agak kurang sopan rasanya, macamlah Dr Asri tu bawak ajaran sesat... sekurang-kurangnya boleh guna pendekatan berhemah... - Neo

    ReplyDelete
  3. Alfa Berlian

    Terima kasih atas ingatan tersebut.. Biasalah kekadang kita masih terbawak sayangkan pimpinan, cuma pimpinan saja yang dok buat perangai....

    ReplyDelete
  4. Neo..
    W/Salam..Kebanyakan Ustaz yang berpendidikan dari Arab semuanya berfikiran sama dgn Dr Asri, cuma pendekatan dan penyampaian mereka berbeza, Mengapakah kita memandang serong kepada Ulama wahabi, sedangkan kita bila bersembahyang di Masjidil Haram atau Masjid Nabi, Tok-Tok Imam di situ semuanya Wahabi, boleh pulak ikut jadi makmum, balik mai Malaysia kata Wahabi tak betui, kita saja yang betui...
    Bagi aku Dr Asri cuba nak memperbaharui minda umat Islam, jangan terlampau ikut apa yang Nabi tak pernah buat (Bidaah), tapi kita org Melayu susah nak terima, contoh Tahlil, talkin dan baca yassin malam jumaat, Baca yassin 3 kali mlm nisfu syaaban, dll...benda macam ni dah lama dah orang tak buat, kalau kita dok mengaji kita akan jumpa..

    ReplyDelete
  5. Salam. Tuan. Jgn dok prasangka sangat, nanti tak pasai-pasai dapat dosa kering. Kalau x silap la...Bukan ka dul sultan dah sebut yang exco agama selangor tak boleh campur tangan hal urusan MAIS/JAIS.

    ReplyDelete
  6. alfaberlian,

    kalau gitu, nape sekarang baru bertindak? macam mana dia boleh dilantik mufti perlis? tu bukan pertama kali dia memberi kuliah di selangor.

    ni semua nak alih pandangan ramai dari isu sebenar. "cara" pas ganu dah jadi "cara" pas pusat. "cara" umno cover

    ReplyDelete
  7. Bhai ManjungMari,

    Mola-mola gua dapat berita nih.. gua dah saspek ini semua adalah "the art of diversion" jer.... hehehe..

    tak percaya takper.. tapi baca dulu apa komen gua kat blog gua..

    ReplyDelete
  8. DAH TENGOK KOMEN ADUKA TARUNA

    ReplyDelete
  9. tu la.. antara isu dlm memo drpd persatuan peguam syarie sebut pasal wahabi tu.. ntah la.. tgu dan lihat ke mana arah tuju kemelut ni.. - Neo

    ReplyDelete
  10. Pemimpin hamPAS yang beraliran sesat bila nak kena tahan?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum saudara-saudara...

    Saya tidak begitu setuju dengan tulisan saudara yang meletakkan kesalahan penangkapan Dr. Asri adalah atas sebab Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor. Perkara ini telah disahkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat dalam penangkapan berkenaan sebaliknya ia dijalankan oleh JAIS dan Polis yang memiliki bidang kuasa tersendiri yang tidak terikat dengan kuasa Kerajaan Negeri.

    Jadi janganlah saudara ataupun kita menyalahkan pihak yang memerintah Selangor kini.

    Dr. Asri telah pon dikenali dengan kelantangan komen-komennya tanpa menyebelahi mana-mana parti atau individu sejak dari masa beliau menyandang jawatan Mufti Perlis sehinggalah ke hari ini. Dan janganlah juga kita turut sama melebelkan beliau sebagi "Wahabi" kerana kita tidak tau kedudukan sebenarnya dan bukan tahap kita untuk menetapkannya kerana tahap pengajian kita tidaklah sedalam mana untuk turut sama melabelkan beliau sepertimana yang digembar gemburkan oleh pihak-pihak tertentu. Biarlah perkara ini diuruskan sebaik-baiknya oleh pihak yang berkaitan.

    Sama-samalah kita mendoakan kepada Allah, jika beliau dipihak yang benar dan tidak melanggar hukum Allah, peliharalah beliau sebaik-baiknya dan berikanlah petunjukkan kepada pihak yang menzaliminya dan menganiayanya.... Amiiiin..

    ReplyDelete
  12. sama juga dengan saranan saya..jangan salahkan UMNO dlm penahanan dr mohd asri..PM pun dah sebut..tak de kaitan dgn kerajaan pusat..mungkin kerajaan kedah agaknya yg perlu bertanggungjawab ataupun kerajaan kelantan yg mengarahkan penahanan ini..atau tah2 kerajaan singapote tak?

    ReplyDelete
  13. saya ada menulis tentang wacana yang telah ditulis oleh Dr. Asri pada tahun 2001. Boleh lihat didalam blog ... ruzanah.blogspot.com.. (musafirlalu).Yang hairannya kenapa exconya dipersalahkan sedangkan exco berkenaan tiada kena mengena dengan JAIS. Kerana pelantikan pengarah JAIS adalah dibawah kuasa Sultan negeri masing-masing. Sebagaimana yang berlaku kepada Pakatan Rakyat Perak yang telah membersarakan yang lama dan mengantikannya dengan yang baru tetapi telah ditolak oleh Sultan Perak.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum tuan hamba Alfa Berlian?

    tuan hamba tahukah maksud perkataan munafik itu?

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum tuan Alfa Berlian..

    tuan tahu ke apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'kebenaran' dan 'munafik' itu?

    ReplyDelete
  16. wahai tuan alfa berlian...

    bacalah al-quran kerana kitab itulah yang telah diturunkan oleh Allah untuk pertunjuk seluruh umat manusia..

    setelah meneliti kandungan al-quran barulah tuan alfaberlian faham tentang maksud munafik itu..tentang kebenaran itu..mungkin tuan alfaberlian boleh koreksi diri sendiri untuk menggolongkan diri sendiri dalam golongan mana..mungkin beriman, mungkin kufur, mungkin munafik, mungkin fasik...

    sekian...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari