Tengahari tadi dalam tengak dok syok zzzzz, h/phone berbunyi, potong stim betui... rupanya sang sahabat call aku, bagi tau press conference blogger Kickdefelle dah selesai, mengikut dari ceritanya kenyataan KF lebih kurang sama isi dalam blognya DI SINI.
Jadi terpaksalah aku tunggu dekat dua jam sebelum keluar kenyataan akhbar seperti DI SINI. Setelah aku perhatikan isi kandungan di blognya lain bunyi isi kandungan ceritanya, siap ucap terima kasih kepada TGNA dengan rasa tanpa terkilan sedikit pun.
Kemudian berjanji akan berdiri dibelakang TGNA mempertahankan walau apa pun yang terjadi..., TETAPI bila di kenyataan akhbar yang pertama sekali aku keliru, KF kata surat pemecatannya ditandatangan oleh CEO PMBK menantu TGNA, ini seolah-olah menantu TOK Guru dah menyalahkan kuasa jugalah tu, sedangkan ia dah cerita semalam dia pi jumpa TGNA dalam blognya, dan kita kena sedia maklum, pemecatannya adalah diatas persetujuan dan kehendak TGNA sendiri selaku Pengerusi PMBK.
Dan yang aku nak ketawa sikit, dalam blognya dia cerita dia minta TGNA ajar cara nak bersumpah, tetapi tak pula dia lafaz sumpah untuk membersihkan namanya, malah dia berjanji nak dedahkan lagi segala kepincangangan dalam PMBK.
Itulah, pi ambik lagi manusia yang mengaku Islam, tetapi dahinya tak pernah jejak sejadah... inilah jadinya... cakap tak serupa bikin, berbelit-belit.....aku malas nak lebel apa-apa kepada manusia sebegini, moga-moga ini jadi satu peringatan buat pimpinan PAS pada masa yang akan datang.
Cuma aku nak ingatkan Kickdefella, kalau nak suruh CEO letak jawatan, buktikan dulu yang ia bersalah, silalah buat laporan resmi pada SPRM, lepas tu lawan kat mahkamah, lepas tu mari kita lihat siapa yang kenaaaa......Dan aku dapat tahu sebentar tadi PMBK telah mengarahkan peguamnya meneliti balik kenyataan akhbar Kickdefella samada boleh diambil tindakan mahkamah.
Anonymous tak anonymous. Yang Backing si menantu cuma Pemburu Syahid seorang saja.
ReplyDeleteManjong mari patut selidik sendiri di Kelantan sana. Jangan bergantung maklumat kat pemburu syahid saja. Jadi orang yang lebih amanah dengan maklumat.
Sheikh betul ke tak wallahu a'lam. Tapi bukan Syeikh seorang saja yang berpandangan begitu. Ini tentang persepsi lagi.
Manjongmari;
ReplyDeleteAgak-agak hang, siapa yang disebutkan Nik Abduh sebagai penasihat sesat?
Deng... deng... deng....
Yang pastinya bukan Syeikh!
Anony 2:56
ReplyDeleteAku tak backing menantu TGNA, kalau dia pun bersalah silalah ambik tindakan, dua sebelum ni aku dah buat n3 bab ni, hanya bagi bayangan, aku dah dapat amaran..., jadi dari sini aku dah agak ada some thing wrong.. itu pasal aku teruskan...
Dan aku juga bukan dapat maklumat dari Saytomunafiqen, dia dok di KL, apa yang dia tau maklumat Kelantan, dan aku di Manjung, tetapi kami ada network sesama blogger, apa pun pemerintah PAS TGNA kami wajib pertahankan.. Ini bukan lagi persepsi..
Anony 5:44
ReplyDeleteDalam hal maruah seseorang ni tak boleh agak-agak... aku dah tau siapa yang disebutkan oleh NIk Abduh tu, tapi itu topik lain... aku tak kan bincang disini, tunggu masa dan ketika...Insyaallah.