boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, November 1, 2009

Komen-komen Terbaik dari Blog Aduka Teruna..

Salam Sejahtera..

Aku kalau membaca blog mesti komennya kena baca sekali, sebab dalam blog yang diceritakan tak banyak mana maklumat yang kita boleh dapat, tetapi dari para tukang komenlah maklumat akan terkeluar dari pembaca, ada pembaca dia malas nak memblog, jadi bila ada sesuatu isu yang dibacanya, pembaca mengetahui kisah sebenar dari maka komen-komen inilah akan terkeluar maklumat sebenar.. Kecualilah komen-komen bangsat dari pencacai UMNO, itu tak boleh pakai...

Semalam ada satu entry dari blog aduka teruna DI SINI. Komen-komen terbaik aku copy buat kita baca dan berfikir, apakah ini benar....

kulup said...

lu tengok team 2010 ... geng stapa dah mula serang TGNA

baca sini :

http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/10/30/suhaimi-embong-hentikanlah-kerja-kotor-mengampu-dan-hina-tok-guru/

dan sini :

http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

Member Baik Dr Kayu said...

Salam, orang yang kau bulat masa PC TGHH selepas meeting khas tu namanya ialah Dr Shamsuri. Nak tahu siapa dia tu? Dr Shamsuri adalah adalah Setiausaha Politik TGHH. Beliau adalah bekas Pensyarah di UPM. Dr Shahmsuri dilantik bagi menggantikan Dr Syed Azman sebagai SU Sulit TGHH.

Konspirasi memastikan kesemua orang di keliling dengan TGHH adalah mesra UMNO dilakukan oleh beberapa kerat geng Terengganu. Selain nama yang korang biasa sebutkan, Mustaha Ali, Ust Nasha dan Hasan Ali, seorang lagi tokoh penting di belakang tabir ialah Dr Kamaruzzaman Yusof atau nama glamernya Dr Kayu. Orang Terengganu. Pensyarah di Jabatan Sejarah, UKM.Selalu keluar di Astro Awani. Beliau mencaturkan pemecatan Dr Syed Azman dan melantik Dr Shamsuri sebagai SU Politik TGHH sebagai memastikan cita-cita politik peribadi beliau agar PAS buat kacau di dalam Pakatan Rakyat, berlaku. Dr Shamsuri adalah anak usrah beliau yang paling setia dan hanya menerima arahan daripada beliau. Dr Shamsuri bertanggungjawab membasuh pemikiran TGHH agar sentiasa mengikut halatuju golongan yang anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

Selain itu, beliau juga mencaturkan pemecatan Dr Dzulkifley Ahmad daripada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan digantikan dengan Hj Wan Abd Rahman (ada orang kata dia ni Doktor la, prof madya la, sebenarnya dia tak pernah dapat Phd, phd dia tak lulus kat Australia dan tak pernah dapat Prof Madya, membohong semua tu). Hj wan Rahman adalah rakan karib Dr Kayu. Oleh itu, beliau berjaya mencaturkan kesemua orang di keliling Hj Hadi, orang yang mesra UMNO dan anti Pakatan Rakyat.

Itulah konspirasi jahat geng-geng terengganu-ukm, untuk memecahkan Pakatan Rakyat hasil irihati mereka kerana Negeri Terengganu tidak menang dan negeri lain yang PAS lebih lemah, boleh memerintah.

Maklumat Dr Kayu boleh didapati di sini.

http://diskopi.wordpress.com/2009/03/11/pensyarah-ukm-tidak-bermutu/

Gambar dia boleh google aje kat Kamaruzzaman Yusoff.

Suhaimi Embong said...

Suhaimi Embong adalah PSU PAS Terengganu. Memang la dia cenderung nak defend bos dia Mustapa Ali. Dia dengan Dr Kayu UKM dan lain-lain memang anti TGNA dan anti Anwar dan Anti Pakatan Rakyat. Tugas diorang tidak perlu sampai bawak PAS masuk di dalam UMNO, tetapi cukup dengan PAS buat kacau di dalam Pakatan Rakyat melalui agen beliau, Hasan Ali. Sehinggakan Pakatan Rakyat menjadi haru biru dan hilang keyakinan rakyat. Sehingga PR kalah di Selangor pada PRU 13. Dan jalan ke Putrajya terbantut. Itu misi diorang. Dan sekarang ini misi diorang hampir berjaya dengan keputusan di Bagan Pinang.

Suhaimi Embong said...

Lagi satu, minta Suhaimi Embong bersumpah dengan nama ALLAH SWT, bahawa beliau tidak ada kena-mengena dengan pembikinan blog kontraversi antihusam.blogspot.com . Dan, kamu semua akan dapati bahawa beliau tidak akan berani bersumpah. jeng,jeng jeng.

Anonymous said...

Adukataruna,
Kalau lu nak pundekkan Presiden PAS tu memang tepat.Dia ada dalam Lembaga Disiplin PAS dan dia juga ada dalam Majlis Syura.Tanya dia dalam Jawatankuasa mana yang dia tak ada? Ini bukan demokrasi tapi hadikrasi,ini bukan ketelusan tapi hadisan,ini bukan akauntabiliti tapi hadiliti.Manusia yang selama ini sering mengeluarkan KalamuAllah dan Hadith SAW rupanya tak boleh pakai.
Nak tambah sikit pasal Dr.Kayu. Selain dari dua Dr.ini ada lagi 4 Dr. yang jadi think-tank Presiden dan Mustafa Ali.Gulungan inilah yang jadi "ahli fikir" dan sumber ilham kepada Hadi Awang dan Mustafa Ali.Dan jangan lupa:Hassan Ali.Tak munkin Hassan Ali boleh dikeluarkan dari jawatan PJ Selangor sebab Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Seri Khalid Ibrahim belum jatuh lagi sebagaimana keadaan diPerak.Ramai ahli PAS Selangor tak tahu dan tak meneliti hal ini kerana ramai yang dah "kenyang" terkecuali kumpulan Khalid Samad.

Makkal Sakhti said...

Saya tertarik kepada Lembaga Disiplin yang begitu amat pantas pula membuat keputusan keatas peristiwa yang sudah terlalu lama berlaku dan sudah menjadi pengetahuan umum. Saya rasa tidak ada sesiapapun yang meragui wujudnya usaha kearah Kerajaan Perpaduan walaupun cuba dinafikan oleh segelintir pimpinan PAS. Saya ingin memetik artikel dari Ustaz Ahamd Awang (mantan Pesuruhjaya PAS Perak) jika anda rasakan kenyataan beliau tidak benar. Lihat juga video klipnya yang mencerita wujudnya usaha-usaha pimpinan tertentu utk mengadakan kerajaan PAS-UMNO/BN di Perak. Siapakah pimpinan tersebut? Adakah Lembaga Disiplin tidak mengambil keterangan drpd Ustaz Ahmad Awang? Lawati laman web ini dan nilaikanlah sendiri dengan hati yang terbuka.

http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government_19.html

Pada saya Ustaz Ahmad Awang bukanlah golongan fasik yang tidak boleh diambil keterangannya, itupun jika Lembaga Disiplin mahukan keadilan dalam membuat keputusan.

Saya rasa, kita perlu mengambil pengajaran dari Sirah, dimana Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud, "jika anakku Fatimah mencuri, nescaya akan ku potong tangannya!." Beranikah Lembaga Disiplin membuat keputusan terhadap pimpinan yang tidak beramanah ini? Bagaimana pula dengan kenyataan Hasan Ali di media massa yang ternyata memporakporandakan PR? Tidakkah wajar dikenakan tindakan disiplin demi menjaga keutuhan PR? bagaimana pula dengan tindakannya menjemput blogger UMNO dalam menyampaikan RAHSIA PARTI. (saya katakan rahsia berdasarkan kenyataan blogger ALBANJARI dalam artikel dalam blognya). Tidakkah ini merupakan satu pengkhianatan yang terbesar dalam parti? So... siapa yang sebenarnya mendedahkan rahsia-rahsia parti jika bukan Nasa dan Hasan? Kenapa tidak diambil tindakan? Saya pun teringin sangat nak mengetahui siapakah Lembaga Disiplin parti? Terlalu berahsia dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya berahsia! Tetapi tidak berahsia dalam perkara-perkara yang sepatutnya berahsia. Kami sekelian rakyat pun teramatlah pening kepala dengan segala peristiwa yang berlaku. Wallahu a'lam.

Anonymous said...

Untuk makluman dILA(diatas),memang itulah strategi dan matlamat Geng UG ini - menimbulkan huru-hara dan kekeliruan dikalangan ahli-ahli PAS dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat agar UMNO/BN menang besar dalam PRU ke13 akan datang.Perak dah dikira selesai dan usha-gigih sedang berjalan diSelangor dan munkin akan berpindah keKedah - sama-sama kita lihat permainan mereka.

Untuk Anon 341pm(diatas): They (Geng UG)started this mess and rubbish so they shall answer later.The "Game" have just started,lets us play to their game.Its impossible to stop now.

saye said...

PAS = pesakit kena cancer

1: "kena buang sel cancer ni kalau tak boleh mati. paling tak pun rawat segera raditerapi ke kimoterapi ke apa-apa jer la

2: mana ada cancer! doktor tu silap, dihasut ada yang bagi informasi salah

Anon 3:41:00 : Bolih tak kita hentikan semua komen- komen ini dan rapatkan saf balik utuk teruskan perjuangan lawan BN. STOP NOW, PLEASE.

ingat kalau berhenti leh sembuh sendiri ke?

Hanz_Azdi said...

jahil apa bendanya FZY...lu habaq mai aku sat! Kalau lu banding ilmu agama lu betui 100% (aku pun 100%)...ni hal politik...semuanya pasal kredibiliti yg ada unsur moraliti atau akhlak juga...juga ketelusan, BUKAN hanya ilmu politik...lu habaq sat antara TGNA dgn Mustapha Ali, sapa lu nak pecaya lebih? TGNA tu bukan mujtahid ker? Dia tatau Quran, Hadis, Ijmak, Qiyas? Habih tu apasal lu bawak teori ni? Ni bukan total TGNA vs TGHH, tapi komplot sekeliling TGHH tu aku nak kita lawan...TGHH mungkin bagus dlm hal agama TAPI dia dah 'DIPERGUNAKAN' dlm byk hal politik...sapa kapla sindiket/komplot ni tu aku tatau..sapa de factor? entah tu everybody's guess..tapi dah makin nyata the game they play is an ABSURD to PAS faithfuls & its voters.
u said "Kalau tersalah strategi/kaedah?" Memang dah byk dah, tu pasal aku takleh tahan hati lagi dah. Cuma ramai lagi tak caya, cam pemimpin PAS seperti Hassan Ali, Mustapha Ali tu bagus sgt. sampai tak khianat kita semua?
u said "hukumlah mereka dgn hukuman yg sewajarnya" ..hukuman dlm PAS depa leh ar terlepas...hukuman Allah? belum tentu...& jangan lagi PAS syok sendiri boleh tak....kerana yg pasti PRU13 PAS akan kalah teruk kalau keadaan terus begini...jangan biarkan keadaan ni.

See the BIG picture otherwise u can't realise it.

2 comments:

  1. Salam

    Cetusan minda Aduka Taruna sangat bagus. Saya sebagai seorang tua yang mempunyai prisip sukakan cara AT konsep memikiranya walau pu nampak kasar, itu gaya menulisannya.

    ReplyDelete
  2. salam

    Editor MRK albanjari tu pro TGHH yg pro UMNO hu hu

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari