boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Kes Ragut. Show all posts
Showing posts with label Kes Ragut. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

Bangga dan Bengang!!

Salam Sejahtera,

Nampaknya dalan sehari dua lagi blog aku ni susah nak update, terlalu banyak kerja yang belum selesai, namun siang tadi tadi aku terbaca satu topik dan rasanyanya lain macam aja....

Sebelum ini kalau waktu aku mula-mula memblog, kalau ada posting aku yang agak boleh pakai, selalunya albanjanjari akan paparkan kat blog dia, dan dia bagi kredit kat aku, kemudian agak lama selepas tu laman web Malaysiakini sesekali ada juga siar aku punya artikel, punya la seronok, sebab dia punya link teruk ke blog aku, lepas tu bila Perakexpress mula beroperasi sepenuhnya sekali sekala kalau ada posting yang akedemik webmaster MSK akan siar juga aku punya blog.

Tetapi kali ini pelek sikit, sila baca kat Detikdaily, nama tajuk dan nama penulis dia ubah.... tetapi isi kandungan sebijik-sebijik sama dengan manjongmari. Kalau sama standard blogger cikai macam aku juga, aku tak kisah, ini lawan web yang agak popular dan terkenal satu Malaysia buat perangai macam...

Bukan aku tak bagi nak ambik aku punya artikel, ambiklah, biar semua orang baca...TETAPI biarlah cara yang profesional sikit... aduhai.. macam ni bila .... entahlah.. aku tau nak kata apa lagi....

Updated: Terima kasih Blogger Budak Kampong Online, sekarang aku sendiri tak pasti, sama ada Detikdaily atau harakahdaily. yang ciplak....

Friday, December 11, 2009

Kes Ragut - Hukuman Mati..

Salam Sejahtera..

Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.

Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat.

Sekejap tadi dalam berita NTV7, ia paparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00.

Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut. Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut,

Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah.

Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim.

Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam.



Wednesday, December 9, 2009

Kes Ragut: Ada Pengajaran Buat Kita...

Salam Sejahtera...

Ajal dan Maut ditangan Tuhan, Dialah yang menentukan segala-galanya... Namun kita sebagai umat Islam wajib mematuhi segala arahan dan larangannya.

Kita hanya mampu melihat kejadian sebegini dengan hanya mengeluh, menggeleng kepala diatas apa yang berlaku, tetapi mari kita sama-sama fikirkan, Inilah hikmahnya Allah menyuruh wanita muslimah bertudung labuh, perhiasan diri yang harus dilihat hanyalah sebentuk cincin sahaja.

Moga-moga kejadian yang meragut saudara kita Puan Noriha dan arwah suaminya Abd Rahman menjadi pengajaran buat kita semua.

Salam Takziah buat Puan Noriha, banyak-banyaklah bersabar dengan ujian yang Allah S.w.T berikan.



NEGARA

Bergelar ibu tunggal sekelip mata


Noriha yang cedera parah akibat diragut masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR - Noriha Abdul Rahman, 28, hanya mengharapkan mahligai perkahwinannya bahagia dan berkekalan sebaik dia disahkan sebagai isteri kepada Abdul Rahman Khadladin (gambar kecil), 33, pada 27 Mei 2006 lalu.

Pasangan yang bekerja sebagai pengemas bilik dan pelayan di Hotel Ritz Charton di Jalan Imbi di sini bernikah selepas lapan bulan mereka berkenalan. Perkongsian hidup mereka kemudian dikurniakan seorang anak perempuan, Zalifah Qistina, 15 bulan.

Namun, dalam kegembiraan melayari alam perkahwinan, kelmarin menjadi hari paling malang buat Noriha apabila dia kini bergelar ibu tunggal manakala anaknya menjadi yatim.

Suami dicintainya maut akibat terjatuh dari motosikal yang ditendang oleh dua peragut di Jalan Perkasa 2, Taman Maluri di sini.

Sejam sebelum tragedi itu, pasangan itu bersama anak mereka dan kakak Noriha, Norlida, 31, berada di Jusco di Taman Maluri untuk membeli patung Mickey Mouse kegemaran Zalifah.

Noriha dan suami kemudian menunggang motosikal pulang ke rumah di Desa Pandan kerana bekerja pada pukul 4 petang. Zalifah pula dibawa pulang oleh kakak Noriha dengan kereta.

Noriha memberitahu, sebaik keluar dari Jusco, dia perasan ada sebuah motosikal Honda EX5 warna putih dinaiki dua lelaki mengekori rapat motosikal dinaiki mereka.

Sampai di Jalan Perkasa 2, Noriha menjerit kepada suaminya: 'abang jaga ada orang mahu himpit.'

Serentak itu, seorang lelaki telah meragut rantai leher dipakai oleh Noriha. Rantai leher emas bernilai RM2,000 itu merupakan hadiah Rahman kepada Noriha pada upacara membatalkan air sembahyang selepas mereka diijabkabulkan.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari