boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Kuliah Ugama. Show all posts
Showing posts with label Kuliah Ugama. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

Jadual kuliah Magrib dan Subuh di Masjid/Surau Sekitar Manjung

Ada 2-3 orang pembaca meminta aku memasukkan jadual kulaih selepas solat magrib dan subuh yang terdapat di sekita Manjung... 
Baru terjumpa beberapa jadual untuk bulan Oktober..  Klik pada gambar untuk imej lebih besar.


Tuesday, June 12, 2012

LUNCH RUSUK KAMBING COLEK AIR KENCING UNTA.

Sekadar untuk pengetahuan kita bersama....terjumpa dalam FB Ustaz Abu Syafiq,,, pernah mari bagi penerangan isu wahabi sebelum Ostad zamihan mari ke manjung....  





Aku tak berani nak komen banyak,,, tetapi apa yang belajar, baru sangat lagi ,, bertempat di dewan kuliah Masjid Daerah Seri Manjung, dengan menggunakan kitab seperti di bawah... 




Perbahasannya amat menarik, dan agak lama,, sehingga di bawa bersambung ke sesi seterusnya minggu satu lagi..dan jawapan kepada isu ni setelah diambil dalil dan hujah-hujah sahabat dan tabie yang lebih kuat, maka adalah berlawan dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz abu syafiq...

bab-bab sebegini kena cari ustaz yang alim lagi faqih tentang ilmu hadis,,, kita nak belajar pun semangat,,, 

Jadi aku jemput sesiapa saja yang nak belajar kitab ni silalah datang ke masjid Daerah Manjung,, setiap hari rabu selepas solat isya;....




Saturday, February 18, 2012

Subhanallah - Lihat sendiri ribuan manusia di Kuliah Ust Azhar Idrus di Surau MADAH

Moga-moga mereka hadir ke program ni akan membantu Islam tertegak di muka bumi Malaysia... Insyaallah.


Sumber gambar ni dari http://www.facebook.com/photo.



















Sumber gambar-gambar ni dari https://www.facebook.com


Ada banyak lagi gambar-gambar .. Klik sini








Wednesday, February 1, 2012

Ucapan Jutaan Terima Kasih buat Ostad-ostad Seri Manjung..

Satu usaha yang cukup baik dari segelintir Ostad-ostad di Seri Manjung untuk menghalang warga muslim Manjung nak belajar ilmu hadis....




Ikut pada rancangan apa yang aku dengar pada mulanya Ostad Zamihan Al Gharu yang dijemput datang,,, namun yang datang ialah Ostad Abu Syafiq yang mari nak membongkar di Manjung terutama di Madah....

Dan apa yang Ostad Abu Syafiq dapat ialah Ustaz yang dituduh mengajar fahaman Wahabi tu pernah bersama-samanya memberi ceramah di Melaka,,, kih kih,,, padan lah selepas kuliahnya pada pagi Ahad lalu, aku tengok baguih aja sama-sama depa dok labun,,, tersalah sasaranlah Ostad Abu Syafiq nak mai bongkar....

OKlah,, buat pembaca warga manjung,, kalau ada sesiapa yang ada merasai keraguan tentang apa yang Ustaz Nasim mengajar, aku dengar segala hormatnya menjemput kalian datang mengikuti kelas hadisnya,, stiap hari Rabu malam Khamis di Dewan Majid Daerah Seri Manjung, selepas solat isyak manakala setiap pagi Sabtu jam 9 pagi di Pondok Hadis Seri Taalim...

Mari dulu dengar apa yang Ustaz Nasim ajar,, janganlah nak hukum sebelum mendengar apa yang beliau ajar... itu tak adil....


Sunday, September 11, 2011

Dajjal yang bukan dajjal..

Salam Sejahtera..



Dah 4 bulan lebih aku berehat, maka pagi tadi jam 9.30 pagi routine aku pada hari minggu kedua bermula balik,, Lama sangat dah tertinggal, terpaksa juga aku gagahi pergi buat pertama kali selepas 4 bulan.. .

2x Klik untuk besar

Topik yang Ustaz Tarmizi Abd Rahman bawa sambungan dari buku kitab Iman ialag bab Kemunculan Dajjal.... Menurut beliau Dajjal sebenar kita tidak pasti bila akan berlaku walaupun kemuncullannya pasti akan berlaku, mungkin kemunculannya kita dah dalam kubur...

Namun yang paling kita takuti ialah Dajjal yang bukan dajjal, (DYBD) ini kerana DYBD ini berada disekelilingi kita... Jadi kita kena pastikan supaya dapat menghindarinya apabila berdepan dengan dajjal sebelum dajjal, menurut Ustaz dajjal adalah manusia berketurunan Yahudi....

Apa yang dimaksudkan dajjal ialah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan (Rujuk balik dalam paparan diatas) dengan memperdayakan manusia....

Jadi sama-samalah kita kita fikir apa yang berlaku dalam suasana penghidup an seharian kita hari ini... Cuma aku dok terfikir dalam waktu-waktu akhir ini terlalu banyak dan ramai sekali dajjal yang sebelum dajjal.... Cuma dajjal yang sebelum dajjal ni bermata dua, bukan bermata satu, malah ada dajjal yang berkaca mata.. ngeeee......



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari