boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Masuk PAS. Show all posts
Showing posts with label Masuk PAS. Show all posts

Friday, April 26, 2013

PRU 13 - Seorang lagi artis kena jangkitan virus ...

Sebelum ini, aku hanya dengar kenyataan dari seorang artis dan pelawak, Bob Lokman, kenapa ia menyertai politik Pas, sebab masa anak-anaknya... masyaallah...

Kini ada lagi seorang artis, yang juga kadang-kadang berlakon sebagai pelawak mengikut jejak langkah Bob Lokman...

Friday, April 19, 2013

PRU 13 - Alhamdulillah, Fatwa ulama Adullah Samaah dimakbulkan Allah..!

Rasanya kita semua masih ingat lagi bagaimana kecoh seketika dalam politik Pakatan Rakyat, apabila keluar Fatwa Haram undi calon parti DAP...

Maka hari ini terlerai sudah! Tak ada masaalah lagi...


Thursday, April 11, 2013

Mantan MB dari Selangor yang bakal jadi Ahli Pas!

Malam tadi aku terpandang isu kononnya mantan MB Perak iaitu Tajul Rosli akan masuk Pas, kecoh seketika dibuatnya pakah ini benar,,, walaupun hati kecil tetap berkata tak mungkin, namun tak mustahil...


Tuesday, March 19, 2013

Tuesday, December 4, 2012

Fuiyo!.. Selebriti ni lebih power dari Abby Abady...

Bila artis Abby Abadi berhijrah ke jemaah PAS, ramai cai-cai UMNO terutama wanita UMNO yang kritik macam-macam terhadap beliau...

Aku nak tengok apa cai-cai lembu UMNO nak komplen bila tengok artis cun ni mengucapkan perkataan takbir...  


Thursday, October 25, 2012

Ini tak adil.... Saya bukan saja hanyut...malah juga jadi bisu..

Salah kita sendiri bila di tegur kenapa tak boleh diterima,, masih nak dipertahankan,, masih nak komen macam dalam cerita 3 Abdul arahan P Ramlee,, Ini tak adil,,,, 


Sunday, August 12, 2012

Gambar-gambar anak bekas Timbalan Perdana Menteri menyertai PAS.

Alhamdulillah, semakin hari ada saja sahaja penambahan ahli, umpama air yang turun dari puncak bukit, tak boleh nak dihalang,, 

Begitu jugalah Islam,, Kun faya Kun,,, jadilah,,, tak mungkin atau mustahil ada sesiapa nak boleh halang,,
Padanlah Najib sehari dua ni asyik dok sebut kesetiaan ahli UMNO, jangan sibuk nak jadi pemimpin, dan berbagai lagi,,, hallo Najib,, nak kata kat ahli,, lu sendiri pun ahli dah tak suka,,sendiri fikirlah..., , 

Thursday, July 19, 2012

Bekas Menteri UMNO hina artis sebagai tukang cuci..

Dimana hak rakyat dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi... .



Kalau artis juga yang komen sebegini aku tak hairan,, ini awak tu seorang bekas menteri penerangan,, kenapa jadi terlampau bingung.... atau pun dah menggelabah puyuh...suasana politik sekarang yang PAS akan ganti UMNO?.. 





Wednesday, June 27, 2012

Hairan!... Kenapa Lawatan Ziarah Pesakit ditolak...

Kalau siapa ingat dan ada lihat rancangan melodi TV3 3 minggu lepas kut, ahli-ahli seniman kebanyaknya artis veteran pi buat laporan polis,,, tak puas hati terhadap Presiden Seniman yang kononya banyak penyelewengan dari badan itu,, 


Aziz Sattar tolak lawatan Zed Zaidi?


Ingat kut dah lama berlalu, dah habis dah cerita tak puas hati tu, rupanya masih berpanjangang sampai ke hari ini... Baca kisah aziz-sattar-tolak-lawatan-zed-zaidi 


Ini kira sudah berat bro,, kalau diperhatikan Pak Aziz Sattar seorang yang pelembut dalam berbual bila ditemuramah,, tetapi dalam kelembutan yang terpacar diwajahnya mempunyai prinsip dan harga diri.... 


Kenapa dia tak mau bersemuka dengan Zed Zaidi... he he he he..... aku rasa gambar di bawah jawapannya....... 





Habis semua rakyat dah tak kira dari golongan mana pun termasuk artis, pakat benci kat UMNO habis dah.... kalau tidak masakan ada artis yang ada sedikit keberanian mohon jadi ahli PAS... 

Jangan terkejut, sehari dua lagi, Aziz Sattar pun bakal isi borang PAS.. Insya Allah... 



Tuesday, June 19, 2012

Dua orang lagi artis pelakon popular lelaki akan menyertai PAS.

Umpama air yang turun dari lembah bukit, tak usah lah disekat atau dibuat empangan atau sebagainya, arus air tersebut tetap akan mengalir menuju ke bawah,,, 


Begitu jugalah dengan Syiar Islam yang telah dilaksanakan Oleh pimpinan-pimpinan PAS, apa yang pimpinan UMNO dok buat tohmahan kepada PAS, kepada TG Nik Aziz, namun,, perasaan yang ada dalam tubuh badan manusia tak ada sesiapa yang mampu menahannya...   


Semakin hari ada saja yang mengistiharkan nak menjadi ahli PAS,, alhamdulillah... Syukur kepada mu Ya Allah,, engkaulah yang membolak balik hati dan perasaan hamba-hamba mu... 

Perbincangan tidak rasmi Hairie Othman bersama Dato' Mahfuz Omar, hadir sama Zulkifli Ismail.









Monday, June 18, 2012

Tawaran kepada Ustaz-Ustaz PAS - Ingat balik kisah penyanyi Sahara Yaakob.

Bila terbaca kisah artis wanita Abby Abadi harap-temu-jodoh-dengan-ustaz Terasa kesian pula bila dia sanggup buat pengakuan sedemikian dengan penuh keikhlasan, dan terasa bangga pun ada, kerana ustaz-ustaz di kalangan PAS yang menjadi kepercayaannya... 


Cuma buat ustaz-ustaz PAS, janganlah dok perasan dan nak pasang angan-angan kalau yang dah berkahwin tu,,,,  kalau yang bujang atau duda silakanlah,, tawaran dah terbuka luas... 


Aku bukan apa, teringat balik kisah peristiwa yang berlaku keatas jemaah Al-Arqam di sekitar tahun 84 ke 85 yang lalu,, bagaimana artis penyanyi rock waktu tu Sahara Yaakob,, ada siapa yang ingat...



Mengikut ceritanya Sahara bernikah dengan seorang Doktor AlArqam, Dr Nordin Ahmad (Homeopathy), jadi isteri no 2, sekadar dapat bertahan 8 bulan sahaja.... Aku tak tau siapa yang salah, Sahara atau Dr Nordin, 


Selepas kisah tu berlaku, tak lama selepas tu aku pernah bertanyakan kepada seorang Ustaz dari Pusat Islam, Ustaz Mohamad Abdullah sewaktu dalam perjalanan membawa Ustaz tu berceramah ke Masjid Taiping, Isterinya berceramah dalam pengkalan TLDM (Khemah Ibadat muslimat), 


Komen Ustaz Mohamad, salahnya di pihak Arqam, sebabnya Sahara sepatutnya diberi tarbiah ilmu Islam dahulu, tak sepatutnya, sehari tinggal dunia artis, terus sambar buat bini, lepas tu jadi pula bini no 2,,, kalau bukan bermadu lainlah... aku setuju dengan pendapat tersebut.... 


Namun pihak Arqam ada membuat jawapan balas,,, dalam Buku Darul Arqam Sasaran Siapa?.....kecoh dan panas cerita dalam buku ni,, sasarannya ialah Utusan Malaysia..... Buku ini telah pun diharamkan oleh KDN, Klik http://jheatweb.terengganu.gov.my/...



Apa yang dok berlaku dalam pimpinan PAS yang lepas-lepas tu cukuplah,, kecohnya yang dan mendapat bahana parti turut terlibat sekali.... Jadi berpada-padalah,,, Lainlah kalau muslimat PAS ni sama dengan muslimat Al-AlArqam, yang kita sedia maklum mereka sedia menerima payung emas di syurga,


Dan ada juga Ustaz-ustaz haraki yang berjaya dan bahagia dalam isu poligami ni, bukan dua,, tetapi tiga pun ada, ketua cawangan aku yang sekarang ni pun dua juga, OK,settle...,,,, tetapi kena ingat, itu bukan artis, tapi itu kecoh tetap kecoh sebelum nak bahagia,,,,,, 


Tetapi yang ini artis, ada nama, dikenali di seluruh negara.... lain dia punya bahana,,, jadi ambillah iktibar kisah Sahara Yaakob tu, ada lagi ke tak sekarang aku pun tak pasti..., 







sempat

Monday, June 11, 2012

Terkini - Leman Raja Lawak serah borang ahli PAS seumur hidup..

Alhamdulllah, ada lagi insan-insan yang berminat dengan PAS.. Allah Hu Akbar..
Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak muncul di pentas Pakatan Rakyat malam tadi Ahad 10 Jun, menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup kepada wakil Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub iaitu Ishak Surin untuk menerima borang berkenaan. Bergambar bersama Dato Tarmizi Mohd Jam dan Dato' Tamrin Ghafar Baba sebaik selesai ceramah di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves.




Saturday, June 2, 2012

Ini dia seorang lagi pengkhianat negara.. ditemui malam tadi..

Rasanya apa yang berlaku dalam suasana politik PAS terkini sudah cukup baik,, sebelum ini era permulaan PAS diterima selain dari golongan agama adalah terdiri dari golongan profesional, diikut dengan artis, kemudian pegawai kanan angkatan tentera, ketua penjawat awam, pegawai kanan Polis dan terkini malam tadi ditambah seorang lagi.... 

Mantan KSU Kementerian Tanah & Galian Prof. Datuk Dr. Nik Zain Nik Yusof



UMNO kononnya tak kisah semua ini, tetapi dalam tak kisah, sembang-sembang kepada mereka yang berhijrah ini dituduh pengkhianat.... pulak dah....

Insyaallah, jika impian semua pendokong Pakatan Rakyat nak menawan Putrajaya menjadi kenyataan, rasanya dah tak ada masaalah,,,, dah cukup lengkap dah, ini tak termasuk penjawat-penjawat awan dan pembuat dasar kerajaan yang inginkan ketelusan sedia menunggu...

Jadi segala tohmahan Najib dan sekutu pencacainya yang dok berkokok mengatakan jika PR memerintah negara akan huru hara,,,, masyaallah, jangkauan pemikiran mereka melebihi ketetapan Allah, 

Teringat balik apa ungkapan kata-kata mantan TPM Tun Ghafar Baba, selepas PRU 1990, Kelantan hanya bertahan 3 bulan sahaja... namun Kuasa dan keizinan Allah, Negeri Kelantan walaupun ditindas oleh BN dan UMNO, tetapi masih mampu bertahan hingga sekarang... Alhamdulillah....








Thursday, May 17, 2012

Tahniah..Buat Dato Haji Fauzi Shaari..Pukolan maut buat Zambry.

Satu lagi pukolan maut buat UMNO Perak khususnya...Apa yang yang mantan KPN Rahim Nor katakan kepada Tuan Guru Nik Aziz dah termakan diri kepada bekas polis dan kepimpinan Polis... 



Aku nak tunggu bila pula Mufti Perak nak bersara dan istihar nak masuk UMNO.....begitu juga Veteran UMNO Lumut Cikgu Jauhari...apa nak tunggu lagi...jom Cikgu...kita lawan Zambry... . 

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari