boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Nizar VS Zambry. Show all posts
Showing posts with label Nizar VS Zambry. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Pasca PRU 13 - Masih ada peluang lagi PR memerintah Perak ?

Malam minggu yang lalu,, diwaktu Nizar berceramah sewaktu majlis meraikan petugas Dun Pasir Panjang, beliau ada memaklumkan, Pas Perak telah membuat 6 petisyen PRU13 yang lalu...


Tuesday, April 23, 2013

PRU 13 - Zambry , Nizar tak bermaruah,,, Najib ?

Pemusuhan yang berlaku diantara 2 seteru musuh politik adalah perkara,,, kutuk mengutuk ada;ah perkara biasa, kalau tak mau kena kutuk,, jangan bermain politik...


Friday, March 22, 2013

DS Ir Haji Nizar Penakut !

Nak kata penakut,, nanti timpa kat batang hidung sendiri,,, jadi ubah perkataan "Tak Berani",, namun aku rasa maksudnya sama..


Wednesday, January 23, 2013

Zambry a/l Kadiaq - Penakut dan bertukar jadi bongkak?

Zambry a/l Kadiaq, semenjak menjadi Mb Haram, seingat-ingat aku belum lagi menunjukkan sebagai anak jantan nak menghadapi musuh tradisinya Nizar Jamalludin,,

Tak merasalah rakyat Perak nak menonton kepetahan Zambry nak berhujah...


Sunday, November 11, 2012

Nizar makan malam bersama Kong Cho Ha di Majlis Komuniti Cina ! Zambry ?

Satu penghormat besar yang diterima oleh DS IR Nizar dari Kumpulan Komuniti China Daerah Manjung dimajlis makan malam di Dewan Marina Bay Lumut.,,,

Walaupun Nizar ADUN Pembangkang, tetapi kaum Cina masih menerima kepimpinannya bersama Kong Cho Ha,, Muka ADUN Stiawan Ngeh Kho Ham tak ada pula, begitu juga Nga Kor Meng tak ada, Zambry Kadiaq selaku MB Perak pun tak ada.. 
Atas sebab apa Nizar sahaja yang dijemput .. 


Monday, June 25, 2012

Siapa Anggota TLDM yang marahkan Dato Seri Nizar

Malam tadi macam-macam cerita yan gaku dengar,, daripada khemah runtuh, peruntukan duit untuk tabung setiap blok-blok, dan duit untuk anak-anak anggota, ada anak yang ceredik beratur dua kali pi salam dgn Zambry untuk dapat dua kali, bukan senang nak dapat rezeki terpijak.... 

Bila berita ni boleh ke Nizar biasalah.... 




Cuma nak tau siapa anggota TLDM yang marah sangat kat Nizar,, betui ka Perak Today punya cerita ni., atau pun Laksamana Jadi-jadian yang marah sangat ni........ 

 




Thursday, May 31, 2012

Kantoi.. Blogger UMNO Lumut silap tembak plet no kereta TGNA..

Tiga minggu lepas, ptg Ahad, sewktu perhimpunan deontrasi sampah di pada Astaka Stiawan, aku telah di sapa oleh seorang anak muda, berkaca mata hitam dan bertopi,, aku ingat SB,, tak sempat aku nak bertanya, ia memperkenalkan dirinya, Abdul Rashid Mohd Zambri, seorang blogger dan facebooker dalam Rakan FB Parlimen Lumut,, 


Sempat bercerita lebih kurang, biasalah bertekak dalam alam internet, bila berjumpa kat luar keharmonian persaudaraan sesama umat masih terjalin... 

Bila dia dah add dalam facebook aku, semalam apa yang dia tulis dalam wall FBnya, terpapar dlm facebook aku,, 




Aku  nak jawab balik,, aku tak ada maklumat, hanyalah diam,, berlapang dada,, dan pagi ini, apa yang ada gambar semalam, keluar balik,,, Sendiri pakat-pakat baca...... 



Apa yang berlaku diatas cetusan rasa DS IR Nizar, aku sebagai rakyat marhaein menyokong 100%, ,nak harap Majlis Fatwa nak bersuara dalam isu ni,,, pundeklah....  malah pimpinan PAS yang lain-lain pun mengapa diam,,, sepatutnya apa IR Nizar hadapi, pakat-pakat bantulah, masing-masing diam tak tekata,, Hang tepis sendirilah Nizar....... 

Nasib baik ada lagi, hamba Allah yang sebelum ini dituduh dengan gelaran Wahabi dan sebagainya berani menyuarakan pendapatnya....   





Aku nak tengok,, apa komen gerombolan melayu,,, terutama Ibrahim Ali alkataki,, berani ka nak suruh Raja Perlis tarik balik pingat Dato Dr Asri... 




Thursday, May 24, 2012

Ini dia gambar pukolan maut buat Zambry a/l Kadiaq...

Apa lagi keberanian yang Nizar tak buktikan... kalau sebelum ini ceramah anjuran UMNO yang sama dengan tajuk di banner tu, Nizar dah hadirkan diri.... 


Sekarang... Lihat... dia pi bergambar pulak sebelah banner yang ceramahnya besok.... 



Apakah ini sebagai amaran Nizar akan hadirkan diri lagi pada esok malam diceramah ini....  Aku sendiri pun tak pasti... 



 

Saturday, April 7, 2012

VALE Teluk Rubiah - Kenyataan Media oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin





Kenyataan Media oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin

Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah.

Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE.
Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.

Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.

Hal tersebut hanya diperingkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan,dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu:
• TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah
• Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI)
• Jabatan Perikanan dan Marin
• Pejabat Tanah dan Galian
• Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut
Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri :
Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan.

Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat.

Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini.

Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka.

Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya.

Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan.

Zambry tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut:

1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE
2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut
3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE
4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE

Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal diatas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional.

Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita.


English Edition..

Media statement by Dato Seri Mohd Nizar Bin Jamaluddin, accompanied by all Pakatan Rakyat State assemblypersons.
ThePerak Pakatan Rakyat government would like to reject the heinous attacks by the Barisan Nasional Menteri Besar, that the Pakatan Rakyat EXCO was involved in the offering and approval of land for VALE in Teluk Rubiah.

It is preposterous to say that the Perak PR government offered theTeluk Rubiah resort former land in Teluk Rubiah to Vale, as it is a private land. The Perak PR Govenrment suggested Tanjung Hantu as the proposed site for the iron ore pelletising plant and distribution centre project as proposed by VALE..

Tanjung Hantu is approximately 45 km from teluk rubiah and is an area that has been deforested with presence of minimal residents. The proposed land is also owned by the state. We remain firm on that stance.

My letter was merely a statement of welcome, to agree in taking Teluk Rubiah into our considerations, along with several other sites. Just like any responsible Menteri Besar should, I was showing a potential foreign investor to the state, the courtesy and positivity it deserves before investigations are made and any judgement is passed.

The matter was at its infantile stage. Reports from the various state and otherwise relevant agencies were yet to be compiled and discussed, neither had it been discussed in any EXCO meetings. Therefore no decisions of finality could have been made on the matter. Such decisions will only be made after sufficient Environmental Impact Assessments are carried out, and the results satisfactory. Furthermore, the following agencies must also be consulted:

• TNB : Who has a power plant within the relative vicinity of Teluk Rubiah.
• Malaysia international Trade and Industries(MITI)
• Department of fisheries and marine
• Department of land and mines (PTG)
• Defence Ministry. This is to ensure it wouldn’t affect the current deployment protocols of the Naval Base. Failure in consulting the defence ministry could result in jeopardising national security.
• Ministry of investment, Development and Industry (MIDA)
When exploring the potential sites, we were shocked by some of our discoveries. Harta Makmur Sdn Bhd, who owns the Teluk Rubiah Resort land were facing financial problems. The said company owed the state in excess of RM20Mil in quit rent. It also had combined debts to, and borrowings from financial institutions of more than RM200mil. On this, we pose the following questions:

Was the decision to approve the project at Teluk Rubiah site influenced by the consideration to help Harta Makmur resolve it perceived financial woes, despite it being against the wishes of the people? The site and its surrounding area were designated to be the tourism belt of Manjung. Hundred of millions of ringgit have been spent toward beautifying the area towards the goal of making it an area of outstanding touristic beauty.
I would like also to know why Zambry is so protective of the interest of Harta Makmur, even at the apparent expense of the people’s welfare.

It is understood that any disputes arising from this project, as stipulated in the agreement between Vale and the BN Perak State Government that, shall only be settled in Singaporean courts. This is a blatant insult to our nation, our state and our people, and that both parties do not recognise the Malaysian Judicial system. I would like Zambry to provide an in depth explanation on this.

Though my EXCO and I were invited to Brazil to be further engaged by Vale, unlike our BN counterpart, we turned down the offer as we felt like we needn’t continue the ask more questions until those at hand were answered.

We reject and deny, unequivocally that the Pakatan State Government played a part in approving the project and its land conversion.

I myself, as the Menteri Besar at the time, and individual EXCO members alike, are not able to independently make a decision to approve a project of this scale. We as the government of Perak at the time, decided collectively on issues of such scale, and we will continue to do so when we return to government.

Zambry must not be selective in disclosing information to the public. The picture that has been painted by Zambry is at best, half-truths, and at worst a blatant reversal of the real truth. If Zambry indeed is sincere in serving the people and not playing ‘cheap politics’ which he accuses my Pakatan Rakyat colleagues of doing so, we demand and challenge that he declassifies, and make public the following:
1) all minutes of meetings by government agencies pertaining to VALE
2) BN’s EXCO approval of the said project
3) Letter of approval signed by Zambry to Vale
4) Investor agreement between State Government and VALE

We believe that the people of Perak, with the aforesaid declassified, would not be hoodwinked into believing the lies and deceit of Barisan Nasional.

Perakians will rise up with a wise decision to return justice to Perak and restore democracy to our nation.


Wednesday, April 4, 2012

DS IR Nizar terlibat sama dalam isu VALE Teluk Rubiah ?

Semakin panas.. semalam 3/4/2012 pihak UMNO Lumut pula membuat perhimpunan demo di hadapan pintu masuk VALE Teluk Rubiah,,, gambar-gambar kaum mana yang ramai hangpa boleh tengok DI SINI


Pagi tadi, seorang sahabat, mai jumpa aku, dia dapat satu salinan surat bertarikh 17 Dis 2008 yang kononnya Nizar pun terlibat sama sewaktu menjawat MB Perak, sama dengan surat dalam gambar di atas.,,.boleh juga hangpa tengok kat SINI. dan juga SINI

Dan syoknya mereka meminta blogger upahan iaitu aku sendiri, Otai Manjung dan Meor Razak dari Sahabat Alam Malaysia menjawab, jangan dok pusing-pusing....

Aku tak ada apa kepentingan nak pusing-pusing (spin) dalam isu ni,, sebab ini isu rakyat warga Manjung yang akan datang,, malah aku dah paparkan gambar ni beberapa hari dalam blog aku di atas sekali,

,
Namun hasilnya itulag,, hanya surat yang Nizar tandatangan seperti diatas itu sahaja,,, aku kalau boleh nak Zambry keluarkan semua sekali siapa punya kerja, sehingga tanag Teluk Rubiah boleh terjual kepada Brazil,,, Kalau setakat surat Nizar tu,, sebulan yang lalu,, sewaktu kami blogger PR bertemu di Teluk Senangin, aku sendiri tanya isu Vale Teluk Rubiah ni,, dan Nizar dah pun cerita bab ni, tetapi berapa orang yang dengar, kalau aku tulis pun berapa orang sangat yang baca,,,

Jadi tak ada kesudahan siapa yang benar dan siapa yang salah,,, jadi yang terbaiknya,, atas nama nak cari penyelesaian siapa sebenarnya yang menjadi dalang sehingga boleh terbina kilang Vale di Teluk Rubiah,, maka aku cadang kan ........

Nizar dengan Zambry wajib duduk sepentas,, tak kira di mana,, yang terbaik di Stadium MP Manjung,, biar semua warga Manjung tak kira dari politik mana pun dapat dengar dan lihat sendiri siapa sebenarnya yang jual tanah Teluk Rubiah..

Ada yang dok tanya,, kenapa Nizar tak bawa hal ini dalam DUN,, nak bawa macam mana,, kalau buat persidangan sehari, dah habis,, nak soal banyak speaker haram nak tutup microphone,,,.

Kalau setakat surat macam itu,, aku nak percaya dan tak percaya sama banyak,, zaman sekarang macam-macam boleh berlaku, kalau nama saja UMNO bohonh, tipu, fitnah tak ada hal bagi mereka, buktinya bagaimana negeri Perak sendiri mereka rampas dari Pakatan Rakyat, jadi kalau sekadar nak buat surat tandatangan Nizar,,, celah gigi ajalah...

Jadi kalau ada rasa BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH, silalah laksanakan apa yang aku cadangkan,,, segala bantuan untuk melaksanakan ini aku rasa PAS kawasan Lumut tak ada masaalah,, sentiasa bersedia,, tak tahulah UMNO Lumut,, berani atau tak ada telur....


Wednesday, February 22, 2012

Nizar Parasit dalam Pas Perak

Oleh :

Ini bukan aku yang cakap..tapi Hasan Ali yang cakap. Seboleh-bolehnya..aku tak mau cakap pasal Hasan Ali ni. Dari mula dulu aku dah kutuk dia, tapi masa tu orang kutuk aku balik. Aku pun tak mau cerita banyak-banyak sebab kalau aku cerita pun tak ada orang nak percaya. Serupa macam sekarang…kalau cerita pasai Mat Suhaimi.. mana ada orangPKR nak percaya. Malah ada orang kata.. saja nak jatuhkan PKR.


Di Selangor, Hasan Ali kata Khalid Samad sebagai parasit. Yang tu Khalid dah jawab. Hasan Ali marah kat Khalid sebab Khalid tak mau sokong dia jadi Menteri Besar.

Di Perak, masa Hasan Ali buat road-show di Bukit Gantang bulan lepas..Hasan Ali kata, Ahli Parlimen Bukit Gantang sebagai parasit di Perak. Dia tak sebut la nama Nizar..tapi bila sebut Ahli Parlimen Bukit Gantang tu..sapa lagi?


Yang pelirnya peliknya, bila orang kutuk Hasan Ali masa dia masih jadi PJ Selangor dulu…Ulama-ulama Pas sibuk mempertahankan Hasan Ali. Tapi bila sekarang Hasan Ali kutuk Pas..ulama-ulama dalam PAS membisu seribu bahasa. Masing-masing tak mau bersuara seolah-olah mengiyakan apa yang Hasan Ali kata.

Ada satu artikel dalam Malaysiakini English yang tak ada dalam versi BM yang menyebut bahawa Hasan Ali tak mau berjumpa dengan “parasit-parasit” ini.

Former Selangor state executive councillor Hasan Ali says he does not need to meet face-to-face with those in his former party PAS to debate the matter of “parasites” in the political organisation.

Pasai apa Hasan Ali tak mau jumpa? Takut ka?

Oleh kerana Hasan Ali tak mau jumpa dan tak mau berdebat dengan parasit-parasit ini..aku bagi tau pasai apa Hasan Ali sebut Nizar sebagai parasit dalam Pas Perak.

Semua orang tau Hasan Ali ni dulu Pengarah BTN. Dia juga menganjurkan Summer Camp.

Semasa Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak dulu, Hasan Ali ada memohon sebidang tanah yang agak luas dari MB Perak. Dia dapat tanah tu..tapi belum sempat mengusahakan tanah tersebut untuk dijadikan Summer Campnya, Anwar kena pecat. Dalam masa yang sama, Umno menolak permohonannya untuk menjadikan Summer Campnya sebagai kem latihan BTN.


Bila Anwar kena pecat, Hasan Ali pun masuk Pas. Hasan Ali pun masuk PAS bila dah tengok kebangkitan rakyat menentang Umno masa tu. Ramai orang ingat Umno akan tumbang masa reformasi 98 dan PRU 99.


Bila masuk Pas..poket Hasan Ali makin lama makin kering. Cerita dia minta tolong kat Harakah dan jual minyak setiap ceramah tu aku tak mau sebut la.

Yang aku nak sebut ialah..Hasan ali tak bayar duit premium dan cukai tanah yang diperolehi nya dari Ramli Ngah Talib. Akhirnya, tunggakan sudah mencecah hampir sejuta ringgit.


Tup-tup..Pakatan Rakyat menang di Selangor dan Perak dalam PRU 2008.

Perkara pertama yang dilakukan oleh Hasan Ali

ialah cuba buat deal dengan Khir toyo di Selangor supaya dia boleh jadi Menteri Besar. Khalid Samad pi pecah lubang pulak..maka terkantoi lah perancangan Hasan Ali di Selangor.


Kemudian dia cuba buat deal dengan Umno Perak melalui Harussani. Ahmad Awang pulak pecah lubang. Terkantoi pulak perancangan Hasan Ali di Perak.

Akhirnya, Perak dan Selangor berjaya ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim jadi MB Selangor dan Nizar jadi MB Perak.


Tak lama selepas Nizar jadi MB Perak..Hasan ali datang berjumpa Nizar.

Hasan Ali minta apa?


Hasan Ali meminta supaya Nizar melupuskan semua tunggakan premium dan hasil tanah yang berjumlah hampir sejuta ringgit. Fuiyo!!


Nizar kata tak boleh. Itu menyalahgunakan kuasa namanya.

Oleh kerana Nizar tak mau melupuskan hutangnya kepada kerajaan negeri, maka Hasan Ali berdendam dengan Nizar.


Wei!! Kepimpinan Pas tau perkara ni! Sepatutnya depa bagi warning kat Hasan Ali yang gelojoh dengan kuasa. Tapi kepimpinan Pas juga berdiam diri…sebaliknya masih mempertahankan Hasan Ali. Ramai yang marah kat Nizar sebab tak mau tolong member.


Aku nak tanya kat ulama-ulama Pas..”hangpa nak mempertahankan individu atau mempertahankan nilai?”

Mudah-mudahan, dengan menghentam PAS, hutang Hasan Ali kepada kerajaan negeri Perak akan terlangsai.Orang macam ni hangpa nak percaya untuk mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja?


So..hangpa tau pasai apa aku sokong Nizar walaupun aku orang PKR masa tu? Hangpa tau pasai apa orangPas sendiri ramai yang tak suka kat Nizar?

Hari Jumaat lepas aku pi ceramah ABU di Bandar Tun Razak dimana Mat Sabu juga berucap. Dalam ucapannya, Mat Sabu kata, “DAP menjadi ancaman kepada PAS.”


Mula-mula aku ingat..Mat Sabu pun dah tak betui.

Mat Sabu kata..sepatutnya Kedah dan Kelantan menjadi negeri contoh dan menjadi rujukan sebagai negeri yang berjaya sebab ianya diuruskan oleh ulama dan berlandaskan Islam. Kalau kedua-dua negeri ini berjaya menjadi rujukan kepada kejayaan pengurusan..sudah pasti Pas tak susah untuk memimpin negara. Tapi terbalik pula…DAP yang mengurus Pulau Pinang pula dikatakan sebagai negeri yang paling berjaya bukan saja dikalangan empat negeri Pakatan malah diseluruh negara.


Hasan Ali mahu menggagalkan Pas dengan menggelar mereka yang progresif dalam Pas sebagai parasit. Hasan Ali mahukan kepimpinan ulama menjadi teraju kepimpinan Pas supaya Pas sentiasa terkebelakang.


Sori la brader-brader dalam Pas. Kepimpinan ulama diperlukan untuk memastikan Pas melahirkan pemimpin yang kredibel dan berintegriti…tapi dalam mengurus hal-hal ekonomi negeri…bagi la kat pemimpin mudayang progresif dan professional. Jangan la semua nak bagi ulama yang uruskan.


Bukankah golongan profesional dan progresif ini juga ulama? Tak kan yang pandai ugama saja di panggil ulama..manakala yang yang professional dan progresif ini dipanggil sekular dan parasit?


Ini juga bukan aku yang cakap tapi Hasan Ali yang cakap.


“Parasites in PAS are now nearly 70 percent, those who are secularly educated. Previously, it was 70 percent ulama,” he lamented.



Friday, February 10, 2012

Maaf - ada lagi gambar-gambar siri Haram Jadah...


Sebelum nak pi solat jumaat tadi seorang rakan FB dok bagi tau kat aku, isu tokong cina di Pasir Panjang menjadi topik panas perbualan orang-orang tua di kedai-kedai kopi disekitar Ipoh, kononnya ini semua kerja Nizar sewaktu jadi MB selama 11 bulan....

Hangin juga aku,,, sebelum ini dua hari sudah aku dah pun tulis KLIK SINI tetapi aku tertinggal ada lagi bahan penting yang mengatakan ini Zambry a/l Kadiaq punya kerja...

Hanga tentu ingat gambar yang ni

Yang ini dari sebelah belakang,,, aku terlupa nak ambik dari sebelah depan..


Ha ha ha,,, ini dari sebelah hadapan..... bersebelah dengan pondok LKIM

bDan yang lepas aku siar plaq resmi di tiang sebelah kiri.. nama siapa tu...


Rupanya ada lagi satu plaq yang aku tertinggal nak ambik gambarnya sebelum ini...



Ha ha ,,, ada nampak tak,, kalau tak nampak sia-sia aku fokus begitu punya dekat ambik gambar ni...

Dah rasmi,,,siap bagi derma lagi RM50,000.,00 lagi... Yang penting nama mau ada,, duduk atas sekali,,, moga-moga segala kerja dia ni biarlah Allah S.W.T yang tentukan,,, yang aku dok bising pasai depa buat taik kat haji Nizar,, kalau tidak lantak pi kat hangpalah...


.





Wednesday, February 8, 2012

Haram jadah - Jahatnya Wanita UMNO Lumut...

Penat badan masih terasa, setelah dari pagi aku berlepas ke Taiping, kemudian balik semula setelah selesaia kerja, sampia di rumah, baru nak duduk jumpa satu isu yang sengaja diperbesarkan dengan membuat satu tuduhan oleh wanita UMNO Lumut.....

Sebelum ini isu bab ni aku dah jawab, sila klik dato-seri-dr-zambry-berkongsi-pahala. Namun biasalah, dah dekat PRU13, isu ini ditiup kembali oleh wanita di dalam gambar dibawah ni pula didalam FB Rakan Parliemn Lumut...


Dengan berwatakan pemakaian islam,, tetapi sanggup membuat fitnah jahat yang melampau kepada ADUN Pasir panjang IR Haji Nizar Jamaludin dalam nak mempertahankan perbuatan Zambry a/l Kadiaq..



Perkara ni sebelum ini dah mula dihebohkan oleh wanita-wanita UMNO Pasir Panjang,, dan sampai ke pengetahuan aku,,, dan entah macam mana dua minggu lepas aku tergerak hati nak ambik gambar-gambar mengenai isu ni sebagai persiapan nak menjawab tohmahan ni, namun bila aku terbaca kisah ni di FB maka terpaksalah aku jawab.......


Siapa empunya ni semua,, siap promosi besar-besaran,, di simpang trafic light nak masuk ke Pasir Panjang..


Di siini ada lagi petunjuknya

Terjumpa satu jambatan baru sebelum nak sampai ke lokasi


eAku tak faham apa yang tertulis diatas tu... tetapi ko orang boleh lihat sebagai bukti di tiang jambatan kiri dan kanan dalam gambar di bawah..

Nampakkan nama siapa yang terukir indah tu...


Di sini pun ada juga nama,, oiii nama melayu @ mamak kut ni....


Turun dari jambatan dah nampak lokasnya...

Lokasi semakin hampir....



Suasana dalam kawasan dalam yangs empat aku ambilll...


Satu pentas persmbahan dalam tokong ni,,, ada sesiapa nampak lambang DAP, PKR atau pun PAS... ada ke tak pun lambang tu aja,,, perasan kan...


Dan inilah sebagai bukti pertama dulu,, dalam kad jemputan perasmian,,, ada ke nama Nizar....


Dan yang menjadi mangsa ialah tuan rumah ni,, paling hampir dengan tokong tu,,, rasa-rasa dari pengamatan aku ini rumah orang Melayu Islam,,,

Mengikut dari sejarah dahulu, kawasan ini pada sewaktu dahulu, hanya ada 4-5 buah sahaja rumah nelayan kaum Cina, yang selebihnya adalah melayu... dan sekarang dikawasan ini telah pun dijadikan perkampungan tersusun Pasir panjang, yang majoritinya orang Melayu,,, kenapa tokong yang sebegitu besar boleh diberi kelulusan untuk mendirikannya...

Mungkin akan ada persamaan di kelantan iaitu di Tumpat,,, yang itu di kawasan penduduk Siam yang ramai berbanding dengan di Kampung Tersusun Pasir Panjang ni jauh berbeza,,, bukan nak komplain bab tokong ni,, cuma nak membuktikan ni angkara kerja siapa,,, jangan nak menuduh orang lain,,, bukti tertera menunjukkan siapa ya....







Friday, December 23, 2011

Calon Winable Candidade UMNO DUN Pasir Panjang

Dengan apa cara sekali pun DS Nizar Jamaluddin selaku ikon Pakatan rakyat buat semua kaum mesti dijatuh dari persada politik Malaysia....

Itu yang diperbincang atau dirancang oleh Najib bersama Zambri a/l Kadiaq sewaktu mereka bersama-sama menunaikan fardu haji baru-baru ini....

Maklumat siapa calon tersebut aku dah dapat,,, dan maklumat ini sahih,, aku yakin dan percaya,, memang apa yang UMNO dok rancangkan semasa waktu bulan haji aku dah dok nampak siapa calon tersebut yang akan menetang Nizar di DUN pasir Panjang...




Dua hari lepas bila Zambry a/l Kadia umum seperti dalam keratan di atas telah mengesahkan apa yang aku dapat maklumat tu nampaknya benarlah , UMNO melalui Najib dengan Zambry memang nak menjatuh Nizar dengan apa cara sekali pun,, dendam mereka kepada Nizar tidak boleh dipandang ringan,,,,,
Tentang siapa calon UMNO tu, ada dua tiga orang yang tersenarai,, salah seorangnya pilihan dari Zambry a/l Kadia sendiri... Calon ini boleh di katakan package 2 dalam 1..,,,

Sedikit sebanyak kalau calon ini terubat rasa hati pengundi-pengundi dari MIC sendiri yang telah berkorban memberikan kerusi DUN Pasir Panjang kepada UMNO......
Kemudiannya, DUN Pasir Panjang bersebelahan dengan DUN Pangkor... same .dot dot dot dot....dan amat padan dengan sikapnya umpama anjing yang tak dapat makan, asyik nak menyalak sewaktu Persidangan UMNO bau-baru ini,,, rasa-rasanya hangpa semua ingat lagi kan,,, siapa calon tu ....sila scroll ke bawah.......

V

V

V

V

V

V

V

V

V..

V

V

V

V










Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari