boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Omar Osman.. Show all posts
Showing posts with label Omar Osman.. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Monday, August 8, 2011

Bonus - Minta 2 bulan dapat setengah bulan gaji....

Salam sejahtera,








Syukurlah Datuk Omar ya,, nak buat macam mana gomen dah tak ada duit,

Duit nak pakai buat beli cincin permata, nak buat majlsi kahwin anak...

setengah bulan pun duit juga, cukup ke tidak,, memang tak cukup pun....



Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.

” Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sumber : bernama.





Thursday, August 4, 2011

Datuk Omar ! .. agak-agak tahun ni berapa boleh dapat?...

Salam sejahtera,




Tahun lepas pun 2010 minta 2 bulan gaji juga untuk kakitangan kerajaan, tetapi yang hakikinya dapat RM1000.00, itu pun dua kali bayar..... Nasib baiklah Kerajaan DAP Pulau Pinang mulakan dahulu bayaran buat kakitangan kerajaan negeri,,, Najib yang malu alah terpaksa jugalah bagi..

Tahun ni kat PRU 13,, bila lagi nak merasa sedikit duit lebihan,,, mintalah 3 bulan atau 5 bulan,, nii minta 2 bulan juga,,, mana mungkin Najib nak bagi 2 bulan,,, 1/2 bulan pun sakit........asyik Rosmah saja dok perabih,,, kakitangan dok langut tengok tepuk tangan ramai-ramai Rosmah pi shopping beli cincin permata 24 juta.......

Kesian juga bila dok dengar keluhan Datuk Omar ni.... "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini...

Lagi satu... mentang-mentang dah dapat Datuk.... nampaknya sebelum ini kakitangan bawahan sehingga gred 54 sahaja yang dapat, tetapi kali ini golongan yang lebih dari 54, jusa-jusa orang-orang elit dalam kakikatangan kerajaan pun dapat juga,,, bagi aku tak payahlah,, depa semua gaji dan 7-8 ribu sebulan, elaun keraian dan bermacam-macam elaun dapat, anak-anak semua dah besar panjang, tak ada tanggungan lagi kebanyakannya.. tunggu masa nak pencen belaka... tak payahlah,,, itu pasal bila patut pencen pun nak sambung kontrak lagi.... tutup peluang orang bawahannya...

Aku dok nampak, sekarang ni Najib lebihkan orang Felda daripada Kakitangan kerajaannya sendiri,,, apa kena ni.. sebab kakitangan keraaan sokong pembangkang ka....




.

Friday, January 22, 2010

Tahniah 1Malaysia - Harga Barang Melambung Naik, Kompaun Saman pun turut Naik.

Salam Sejahtera...

Ura-ura pemotongan elaun Cola dan Sewa rumah buat kakitangan kerajaan telah dinafikan oleh Presiden Ceupacs, sejak bila pula si Omar Osman ni menjadi jurucakap kerajaan, tu yang agaknya Najib dok kata beliau tak ada moral...

Oleh kerana malu agaknya Menteri Kewangan kita, nak laksanakan pemotongan tersebut, maka dengan tak semena-mena idea baru dah dapat..., apa dia...

Nampaknya Ong Tee Kiat cuba membodek Najib.., ialah... Isu krisis Kepimpinan MCA belum selesai, sedangkan baru-baru ini Najib dah menyesyorkan Tee Kiat berundur mengikut keputusan majlis CCC MCA..., dah doh berangandah Tiong Lai Menteri Kesihatan nak jadi Presiden MCA,,, tup-tup Tee Kiat buat tergeliat pulak..., sama stail macam Samy Vello dan M Kaveas PPP, ketegak liat ...,
Ong Tee Kiat dah pun dapat ong nampaknya, idea dia kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Feb ini.

Oii dulu denda tu cuma RM 50.00 sahaja..., ini dah berapa ratus peratus naik...oii mampus la rakyat.. lepas ni...asyik nak bayar saman...


Thursday, November 26, 2009

SPRM & Ceupacs

Salam Sejahtera..

Presiden Cuepacs yang sebelum ini disifatkan rendah moral oleh PM 1malaysia kerana masaalah bonus 2 bulan gaji, kini cuba menaikkan imej reputasinya kembali....

Belia cuba nak jadi juara dalam isu SPRM kerja lebih masa.. apakah anggota SPRM itu menjadi ahli kesatuan sekerja dibawah naungan Ceupacs.

Itu adalah keputusan mahkamah setelah semakan undang-undang khas dibuat, jadi tak payahlah nak sibuk-sibuk... apakah ini sebagai invesment sebelum nak pencen?....

Berita Berkaitan: SPRM.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari