boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PRK DUN N45 Galas. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN N45 Galas. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Ku Li masih menyendiri...

Waktu penamaan calon tempoh hari pun tak nampak rupa, tak menonjolkan diri....

Bila dah menang, siapucap terima kasih kat PAS kerana tak banayak menimbuilkan masaalah...

Dalam pimpinan UMNO BN dok seronok suka meraikan kemenangan pun masih KU Li masih tak menonjolkan diri... Kenapa ya.. adakah kerana sewaktu beliau mahu memasuki UMNO dahulu beliau hanya mahu menjadi GHURKA UMNO.......


Thursday, November 4, 2010

Tahniah PAS, Tahniah PKR...

Salam Sejahtera,,,

Keputusan secara tak rasmi aku rasa semua orang dah tau,, tak perlulah nak memperkatakan apa-apa lagi, walau apa pun perasaan yang melanda dalam kalbu setiap kita yang nak kan kemenangan atas nama Islam, namun Allah S.W.T lebih mengetahui segala-galanya...

Cukuplah buat masa ini kita Pakatan Rakyat menang semasa penamaan calon sahaja pada 26 Okt yang lalu, menang ramai penyokong...

Tak perlulah lepas ini kita nak ulas dengan menyalahkan pihak BN,, menyalahkan SPR, Polis dan yang sewaktu dengannya.. tak payah,,, rakyat dan penyokong PR semua dah tahu macama mana hati budi BN dan pencacai-pencacainya..

Selepas ini pimpinan PAS hendaklah duduk semeja buat muhasabah parti apa masaalah sebenarnya pengundi Cina lari tak mahu menyokong kita lagi, apakah kerana calon atau sebagainya...

Begitu juga PKR, walaupun aku nampak keputusan jumlah pungutan undi lebih baik dari calon SAPP, namun nak melawan BN di Sabah dalam PRK nampaknya kemampuan umpama lelaki tua umur 75 tahun nak berbini anak dara sunti 18 tahun... faham ajalah..penat mencungap-cungap climax tak sampai-sampai...

Parlimen Batu Sapi Sabah aku tak terasa sangat, tak macam Galas, dengan majoriti 1400 lebih secara tak rasmi, aku rasa mulai malam ni tv dan media utama paling kurang seminggu akan mendendangkan kemenangan tersebut.

Apa pun kita umat Islam kenalah bersyukur, diatas apa yang berlaku hari ini..., kalau kita tak kalah, mungkin kita masih merasai kita ini kuat, kita ramai penyokong, apakah kelahan PAS kali ini ada kaitan dengan Tengku Razalieh seperti apa yang diperkatakan sebelum ini... Wallahhuaklam..

Apa pun kemenangan UMNO ini membuatkan UMNO terkedu untuk menjatuhkan Tengku Razalieh,, beliau masih ada harapan untuk mencuba nasibnya lagi dalam pemilihan agung UMNO tahun depan.. jadi bila berlakunya kekalahan, terimalah dengan lapang dada,,, muhasabah diatas kekalahan tersebut..

Moga-moga dengan kekalahan tersebut menjadi satu ransangan untuk pejuang-pejuang Islam untuk mencapai kemenangan hakiki pada PRU13 nanti.. Jikalau Dr Asri menyarankan Anwar Ibrahim bersara daripada politik PKR, maka aku juga nak menyarankan Dato Mustafa Ali SUA PAS bersaralah juga dari jawatan tersebut... Cukuplah.. berilah peluang kepada pimpinan muda dalam PAS untuk membuat anjakan paradigma,....

Tahun depan PAS akan bermuktamar sekali lagi, akan adanya pemilihan pimpinan, moga-moga PAS selepas bermuktamar akan berwajah baru..

Seorang Pelakon Wanita pula di DUN Galas...





Yang Ini sewaktu di PRK DUN Bagan Pinang.......... Pelakon Lelaki Terbaik...












Yang Ini pula Pelakon Wanita di Galas Hari ini...Mungkin selepas ini ada lagi.....


Wednesday, November 3, 2010

Ustaz-ustaz, apakah hukum keatas saudara kita ini...

Salam sejahtera...

Hangpa tentu kenal siapa manusia dalam gambar ini...

Sila kenyataan ini.... walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Bolehkah satu cabang dari Rukun Islam yang kita lakukan dianggap rasuah.... Zakat yang dismapaikan oleh TGNA adalah berlandaskan kepada hukum, iaitu muallaf atau saudara baru sebagai seoarng yang layak tergolong dalam golongan asnaf yang 8 kumpulan.

Apa pun sekali hujah-hujah yang akan disampaikan, tetapi bila ada suara yang menyamakan perkara rukun Islam dengan satu perbuatan yang jelik aduhai... bertaubatlah... istifgfar dan mengucaplah dua kalimah syahadah semulalah...

Berita berkaitan DISINI.

Monday, November 1, 2010

Haram Jadah... Memang Haram Jadah...

Aku tak tau nak kata apa lagi... Sama sebiji seperti perangai Yahudi laknatullah....

PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN Galas, Ab Aziz Yusoff (kiri) meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala Malaysia bersama peminat dan rakyat Gua Musang di Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan, tengahari tadi. - BH Online
Nov 1, 2010 5:03 pm

Sunday, October 31, 2010

Berapa Habuan Yang Mereka ini dapat...

Nampaknya mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk merampas kembali kerusi DUN Galas.... Mereka tidak hirau nyamuk, agas dan suasana yang tidak menyenangkan..

Apa pun mereka bertugas kerana adanya imbuhan yang sedia menunggu....

Satu cabaran buat petugas PAS dan Pakatan rakyat..


KEMPEN...Ketua Penerangan Pergerakan Puteri Umno dari Bahagian Bachok, Zalizan Zakaria dan Setiausaha Puteri Umno bahagian, Norhasni Mat Husin (dua dari kanan) memperkenalkan calon BN, Abdul Aziz Yusoff kepada penoreh getah, Hamidah Md Nor, 32 ketika berkempen di Kampung Batu papan pada Ahad. Foto THE STAR Oleh MUHAMAD SHAHRIL ROSLI.



Anak-anak Muda Malaysia di tahan Polis...

Baru tengahari tadi aku posting mengenai kisah anak-anak Muda Malaysia di Galas berkempen... namun berita terkini mereka telah di Tahan Polis.... Tahniah 1Malasyia, Tahniah PDRM yang menjalankan tugas!!!!!...

Adik Teoh Beng Hock ditahan polis di Galas

Lee Wayloon
Okt 31, 10
3:36pm

Seorang adik kepada mendiang Teoh Beng Hock bersama tiga yang lain ditahan polis di bandar Gua Musang hari ini.

Lee Lan dan anggota "Malaysians for Beng Hock" itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.

Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen.

[Berita penuh menyusul]



Tahniah buat Ana-anak Muda Malaysia...

Berita jam 1.30 TV3 sebentar tadi aku sempat tengok tumpuan kat PRK DUN Galas..., TV3 menyiarkan ada sekumpulan anak muda NGO turut menyibuk atau membuat gangguan di dua tempat program anjuran MCA dan Kementerian Pengguna Dalam Negeri..

Tindakan anak-anak muda ini menyebabkan timbul pertelingkahan yang agak ketara.... terutamanya dalam program MCA... marah betui wakil MCA Galas terhadap mereka...


Kemudian mereka ini masuk pula ke majlis jamuan makan yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Wanita Gerakan Tan Lai Hoe..., marah juga menteri tersebut sebab anak-anak muda ini mengganggu programnya tanpa kebenarannya, kemudian mengedar pulak risalah-risalah....

Ha ha ha nampak tak... golongan tua dah tak larat dah, penakut pun sama macam aku ni... yang tinggal golongan muda..., golongan muda hanya mahukan keadilan tertegak,, itu sahaja.. mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa tanpa sekatan atau sempadan...

Mereka bijak, mereka ambik kesempatan yang ada, mereka tahu parti PAS yang dipimpin oleh ulama adalah adil jika diberi peluang memerintah seperti mana kerajaan negeri Kelantan, apa pun tindakan mereka sedikit sebanyak telah membantu jentera PAS di Galas untuk pengundi Cina... Tahniah anak muda...

Sesungguhnya setiap kejadian itu ada rahmat disebaliknya....

Sumber SINI





Saturday, October 30, 2010

Aksesori tambahan buat bendera BN....

Nasib baik pelaksanaan potongan cukai bajet 2011 masih belum lagi dilaksanakan.... kalau tidak mungkin banyak juga yang tergantung di ampaian tu....


Homes in the Kampung Manrod Orang Asli village in Galas are draped in Barisan Nasional flags. — Picture by Choo Choy May
Homes in the Kampung Manrod Orang Asli village in Galas are draped in Barisan Nasional flags. — Picture by Choo Choy May


Sedikit demi hilang perhormatan rakyat terhadap lambang perti kerajaan yang dikata tradisi membela rakyat...

Tuesday, October 26, 2010

PRK DUN Galas - Dimanakah Tengku Razaliegh..

Semasa perhimpunan agung UMNO minggu lepas pun aku tak nampak wajah Ku Li, entah kenapa ia menghilang diri....

Hari ini siang tadi pun pun aku terbaca juga, yang Ku Li hanya sekejap saja datang ke Pusat penamaan calon... kenapa jadi begitu... apakah permainan beliau ini sebagai satu tektik untuk merampas kerusi DUN Galas kembali ketangan UMNO...


Gambar kecik, mungkin orang-orang penting sahaja...


Tetapi yang ini gambar beramai-ramai pun tak ada juga nampaknya... isk, isk, isk,, rendah hati pun Ku Li ni,,, memang betuilah,,, Gurkha UMNO...



Friday, October 15, 2010

Mustahil bertukar jadi nyata...

Sebelum ini aku terbaca adalah mustahil PRK DUN Galas dan Batu Sapi dijalankan serentak...

Tup-tu berita hari ini lain pulak....

Apakah takut Batu Sapi terlepas ke tangan PR seperti di Sibu Sarawak..., Galas kut mana pun tak ada masaalah kalau kalah, memang hak kerusi PAS, tetapi Batu Sapi kerusi BN, kalau terlepas memanglah melepas.....


Bahasa

Pilihan raya kecil Batu Sapi serentak DUN Galas

October 15, 2010

PUTRAJAYA, 15 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 26 Oktober sebagai hari penamaan calon.

Dengan keputusan itu, pilihan raya kecil kerusi DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak sebagaimana diamalkan awal tahun lalu membabitkan tiga kawasan.

Pada minggu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil kerusi Galas akan diadakan 4 November.

Tarikh pilihan raya kecil yang ke-13 ini diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat khas hari ini.

Kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu.

Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Datuk Samsudin Yahya daripada BN dan DUN Karamunting oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar daripada Parti Liberal Demokratik bulan lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Chong memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon Bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708. Mendiang memperoleh 9,479 undi manakala Chung meraih 5,771 undi.

MENYUSUL LAGI

Sunday, October 10, 2010

Senyuman Mereka Hanya Seketika...

Kegembiraa mereka yang tidak terkata setelah tibanya Ghurka UMNO di KLIA pada jam 7.30 pagi semalam...

Apatah gembiranya, apabila ghurka UMNO memberi persetujuan untuk menjadi Pengarah Barisan Ahzab untuk merampas kembali dari kerajaan Islam PAS...


Namun jam 11.40 pagi pada hari yang sama, selepas beberapa jam mereka bergumbira, maha suci Allah yang memiliki alam ini telah menunjukkan kekuasaannya yang maha besar, tanpa diduga oleh sesiapa pun oleh hamba-hambanya di muka bumi Malaysia ini....

ANGGOTA polis dan orang awam mengangkat mayat Ahli Palimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang maut selepas motosikal besar yang ditunggangi berlanggar dengan sebuah kereta di Sembulan, dekat Kota Kinabalu, Sabah, 9 Okt. - Utusan/GHAZALI BASRI

Moga-moga dengan kejadian ini ada hikmah disebalik kegembiraan mereka sebelum ini, pasti mereka berduka, pasti mereka selaku barisan ahzab risau, kenapa keadaan berlaku sedemikian rupa....

Friday, October 1, 2010

PRK DUN N45 Galas - Yang mana satu berita benar..

Adoi.... adoi......

Pagi tadi aku terbaca yang Pemuda UMNO Kelantan mahu mencadangkan Ku Li sebagai calon DUN Galas, dan yang paling best nya pula UMNO Gua Musang telah mebuat pengakuan yang Ku Li bersetuju menjadi Pengarah Pilihanraya Galas...

Baca SINI.

Kemudian sekejap tadi bila dok merayau-rayau, jumpa pulak berita terbaharu yang Ku Li sendiri mengatakan saya belum buat apa apa keputusan.

He he apa yang nak aku katakan kepada UMNO Gua Musang ni yerrrr......


Wednesday, September 29, 2010

PRK DUN Galas - Berita yang kurang menyenangkan PAS..

Pagi tadi aku terbacau dari blog cenangau., Kemudian terbaca lagi dari cipantapirtenuk., Masing-masing mereka nak jadi macam Pak Habib peramal politik negara, apa pun meraka ada hujah tersendiri..sedikit sebanyak secara peribadi aku menyetujui pandangan dua sahabat tersebut...

Namun apa kah ini secara kebetulan atau tidak, aku sendiri tak pasti, tetapi berita yang terkini DI SINI keluar seolah-olah memberikan satu lagi bola tanggung untuk UMNO nak membelasah PAS dalam nak menghadapi PRK DUN Galas nanti, inilah padahnya, seorang dua yang membuat tahi, satu parti yang kena nak mempertahankannya....

Nampaknya PAS Kelantan memerlukan beberapa keajaibpan bagi nak memenangi hati pengundi DUN Galas untuk mempertahankan majoriti 600+ itu.

Walau pun jika sesuatu yang tidak kita inginkan berlaku tidak menjejaskan kerajaan negeri, namun kecemerlangan PRU12 mesti dipertahankan. Masa masih ada lagi walaupun gendang PRK masih belum diumumkan, persediaan dan tumpuan terhadap musuh parti iaitu UMNO hendaklah dimulakan dari sekarang...

Lawan tetap lawan..

Tuesday, September 28, 2010

Musuh Ketat Dr Asri Bakal Calon BN DUN Galas?!!..

Dalam dunia politik melayu bangsat macam-macam boleh berlaku, .....

image

Tentu kau orang kenal siapa mamat ni kan,,, belum selrsai lagi saman-menyaman di mahkamah antara mamat ni dengan Dr Asri, dia dok tuduh Dr Asri Wahabi dan macam-macam lagi, mungkinkah dia bakal dicalonkan menjadi calon BN, sebab mamat ni anak tempatan Gua Musang...

Kisah selanjutnya boleh baca di guanomanikurai.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari