boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label PRK Penanti. Show all posts
Showing posts with label PRK Penanti. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Ingatkah lagi pada " Kak Min" ?

Rasanya satu-satunya sejarah dalam PRK di Malaysia UMNO menjadi bacul tidak bertanding pilihanraya, tetapi menyokong calon bebas,, UMNO surrender sebelum bertanding...


Monday, June 1, 2009

PRK Penanti - Yang mana satu yang betui....

Salam sejahtera...

Keputusan PRK Penanti dah keluar... biasalah lepas tu... macam-macam suara yang keluar... kut mana pun nak cakap juga... tak mau kata no komen... dan Pengarah Pilihanraya BN yang juga Timbalan PM 1Malaysia pun nak cakap juga.. ia menafikan agar peyokong BN tidak leuar mengundi.... boleh baca DI SINI. Hangpa percaya ka cakap macam ni.....

Kemudian calon Bebas popular DUN Penanti Kak Min pula berkata '' beliau tidak kecewa dengan kekalahannya dan akan terus mencuba jika berpeluang. 

"Undian saya rendah disebabkan pengundi Umno yang sepatutnya menyokong tidak turun mengundi. Walaupun kalah tetapi puas hati kerana dapat mengurangkan undi PKR," katanya. Klik Di SINI.

Jadi cakap siapa yang betui ni.... Kak Min ka Muhyidin..!!!!

Sunday, May 31, 2009

PRK Penanti - Keputusan sebagai HADIAH BUAT PM 1MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA...

Tahinah Dr Mansor...

Walaupun pun jumlah pengundi hanya 7,100 undi, (46.15%)...namun rakyat Penanti suara ramai tetap memilih calon PKR dengan mendapat 6052.. majority 5558 lebih besar dari majority PRU12 yang lalu yang mana hanya mendapat 2219 undi..

Mungkin boikot dari UMNO berjaya...tetapi peningkatan jumlah undi untuk PR begitu ketara peratusnya...melebihi dari 100%.

Jadi ... buat PM 1 Malaysia,...UMNO dan sahabat-sahabat BN sekelian, bersedialah  keluar dari puncak pemerintahan untuk bertukar menjadi pembangkang pula pada PRU13 nanti. Rakyat dah bersedia untuk menukar kamu semua.....

Terima kasih buat Kak Min, tolong buat press confrence   
setiap hari.. tindakan tersebut membuat pengundi Penanti semakin ramai pengundi calon PR... Terima Kasih......

Kita berjumpa lagi di Manik Urai Kelantan pada bulan hadapan... Siap sedia lah kamu UMNO BN  menerima keputusan penghakiman dari rakyat...  Jumpaaaa di saaaanaaa................................

PRK Penanti - Nikmatnya bila UMNO tidak bertanding.

Salam Sejahtera....

Terbukti sudah... bila UMNO tidak bertanding pihak Polis yang menjadi pengawal utama UMNO boleh relak... sila panggung kyusuk penuh tawadduk.. 

Inilah standard polis Malaysia... Hanya bertugas untuk kepentingan UMNO menjadi tugas utama...

Cerita lanjut dimana tempat Polis ni tertidur dan sebagainya KLIK DI SINI.

Harap-harap IGP Musa Hasan siap sedialah memberi jawapan yang anggotanya boleh tertidur dalam tugas..wartawan-wartawan bolehlah pi tanya.. nanti kita dengar apa jawapannya...

PRK - Pengakuan Kak Min

Kak Min: Ahli Umno juga keluar mengundi...
Muda Mohd Noor | May 31, 09 4:06pm

Terdapat ahli dan penyokong Umno di DUN Penanti keluar mengundi hari ini, terutama di kawasan Kuala Mengkuang, dakwa calon bebas Aminah Abdullah.

Calon bebas yang menggunakan lambang kunci itu berkata, beliau sendiri yang pergi mengangkut pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Saya tahu mereka ahli dan penyokong Umno kerana saya pergi sendiri ke rumah mereka.

"Tetapi jumlahnya tidak terlalu ramai, berpuluh orang sahaja.

"Dan mereka kata hendak pangkah calon kunci (Kak Min)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aminah, ahli Umno yang keluar mengundi kerana mempunyai mempunyai kesedaran untuk mengundi.

Ketika ditanya peluangnya dalam pilihanraya kecil ini, Aminah berkata, beliau tidak tahu mengenai peluangnya.

"Tetapi ada orang PKR kata saya tidak boleh menang. Bagaimanapun, tunggu lah keputusannya nanti," katanya.

Aminah berdepan dengan calon PKR, Dr Mansor Othman dan dua lagi calon bebas, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Sumber = Malaysiakini.

MM - Apa pun dengan ini terserlah peribadi anda dengan perbuatan apa yang anda lakukan....

Wednesday, May 27, 2009

PRK Penanti - Kak Min ada harapan...

Salam Sejahtera!!!...
Nampaknya harapan BN akan mendapat kerusi DUN menanti bertambah cerah, Grandesign Najib akan menjadi kenyataan.....Tak percaya !...Baca di bawah ni....

SPR boleh batal kemenangan calon jika terbukti beri sogokan

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh membatalkan kemenangan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, jika terbukti calon terbabit bersalah melakukan sogokan supaya pihak lawan menarik diri daripada bertanding. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat kes itu secara bebas tanpa dipengaruhi sebarang pihak. 

"Kita bekerjasama dengan SPRM dalam hal ini dan jika didapati calon sendiri terbabit maka tindakan boleh sampai ke tahap membatalkan kemenangannya jika calon itu menang dalam pilihan raya nanti.

"Bagaimanapun jika kesalahan itu dilakukan oleh pihak lain, ia mungkin tidak menjejaskan calon terbabit meskipun pihak yang melakukan perbuatan itu adalah dari parti yang sama. 

"Saya serahkan perkara itu kepada Penasihat Undang-undang SPR untuk meneliti kes ini dan kita akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang selepas siasatan SPRM selesai," katanya selepas melawat kilang Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini, hari ini. 

Kilang PNMB di sini mencetak kertas undi untuk pilihan raya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Hadir sama, Pengarah Urusan PNMB, Datuk Mohd Habib Jamaldin. 

PKR semalam mengaku dua ahlinya menemui dan menawarkan ganjaran kepada calon Bebas, Aminah Abdullah supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti. 

Aminah turut membuat laporan kepada SPRM dan mengemukakan bukti mengenai wujudnya tawaran dan sogokan supaya beliau tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Tuesday, May 26, 2009

PRK DUN PENANTI - AMINAH ABDULAH (Kak Min) VS MAIMUN YUSOF(Tok Mun)

Salam Sejahtera...
Aku sebenar malas nak campor tangan hal PRK Penanti, kerana hal kat Perak ni pun tak selesai, dah tak idea nak menulis... buntu.. tetapi semalam bila aku tengok TV keluar seorang betina tua calon bebas cap kunci DUN Penanti beri kenyataan.. bla...bla...bla... aku ingat aku tak payah tulis baliklah... hangpa cari sendirilah apa yang dia dok merepek malam tadi kat TV.... 

Cuma aku nak kita sama-sama perati balik kisah Tok Mun.. beliau calun bebas P36 Kuala Terengganu pada PRU12 yang lalu. Tok Mun pun calun bebas cap kunci, tapi TOK MUN seorang wanita tulen yang berpolitik, sanggup kayuh basikal pi berkempen, berhutang untuk bayar duit deposit menjadi calon.. tak ada sesiapa pun marah kat Tok Mun sebab dia pi kacau daun sebab Parlimen tu Hj Mat Sabu pun bertanding, menyebabkan menang calun UMNO Arwah Dato Razali Ismail dgn majoriti 628 undi, Tok Mun pula mendapat 685 undi dan undi rosak 931 undi. Walaupun PAS kalah dengan majoriti kecil tetapi tak ada manusia pun yang memarahi Tok Mun, sebab itu hak TOK Mun sebagai rakyat Malaysia nak jadi calon... tak sapa yang boleh halang...malah TOK Mun selepas tu mendapat liputan TV dari seluruh dunia... Popular sekajap Tok Mun.. walaupun aku dengar ada pihak lain yang ambik kesempatan ke atas Tok Mun.

Berlainan pula dengan betina ni yang ini... aku tak tau asal usul dia.. tapi RPK ada tulis dalam M2d...Dia pun calon bebas cap kunci sama macam TOK Mun.. itu saja yang sama... yang lain memang berbeza jauh dari Tok Mun. Semalam dalam TV betina ni membahasa diri dia Kak Min...dok perasan lagi Kak... hang pun lever Tok juga aaiih... lantak pi lah... tapi yang aku naik meluat dia dok merapu macam-macam, cuma yang kira terror dia ni boleh rakam sampai 3 jam... hurgrhh... macam mesyuarat UMNO la...

Apa yang aku nampak betina ni pun sama tahap gilanya macam Ezam Mohd Nor & 6 box... tah-tah memang ada sangkut paut... tu yang dok gila talak tu... nak rujuk balik orang tak mau dah.. dah talak 3... kena cina buta dulu... sapa pun tak kelapak aaiihk... tu yang dok merapu kata orang dok pujuk dia, suruh dia masuk... kira tahap bodoh+bangang+bahlol lah sebab dia pi tolak tawaran semua tu... he heh Timbalan Ketua Menteri 1.... Ooiiii bodooooooooo sungguh........

Monday, May 4, 2009

Penanti Seksa Menanti

MEI 4 – Dalam politik berbagai perkara pelik boleh berlaku, orang-orang politik berada di hadapan sebagai pelakon utama, manakala latarbelakangnya ialah parti-parti politik dan rakyat pula bertindak sebagai pengkritik utama.

Kalau dalam filem, banyak drama boleh berlaku sehingga seluruh adreline kita menggelegak, begitu juga dalam politik, kadang-kadang suspens dan dramanya boleh menyebabkan orang yang sakit jantung pengsan atau padam terus!

DUN Penanti adalah satu kejutan yang sedang diperhatikan oleh rakyat untuk dikritik dan dinilai,lebih besar dari pengkritik pengundi ialah prinsip demokrasi itu sendiri dan asas-asas konsep perwakilan dan berkerajaan.

 

Bagi saya inilah pengkritik yang lebih besar yang sedang memerhatikan perjalanan di Penanti dan lain-lain tempat yang sewaktu dengannya.

Maksud saya, prinsip demokrasi ialah hak pengundi untuk menentukan perwakilannya dalam pilihanraya bebas dan bertanggungjawab dan hak wakil yang dipilih untuk menunaikan amanahnya. Sebagaimana rakyat memilih sepatutnya rakyatlah juga berhak untuk menolak.

Soalannya, apakah parti politik yang diwakili berhak menafikan hak ini dengan mengambil alih tugas ini, iaitu meminta wakil itu meletakkan jawatan? Ataukah bagaimana hak inidividu dari sudut moralnya dimbangkan dengan hak rakyat yang melantiknya jika keputusan meletakkan jawatan itu berlaku secara sukarela oleh individu tersebut?

Dalam dua-dua keadaan ini prinsip keperwakilan dan konsepnya mula dicabar. Bagi saya itulah yang menjadi persoalannya, tidak kira dari mana datangnya seseorang wakil rakyat itu, prinsip ini harus difahami dengan betul dan bukan sekadar menjadi wakil rakyat.

Apakah jawatan wakil rakyat boleh diserahkan begitu sahaja kepada orang lain dengan perletakan jawatan? Bagaimana pengundi yang melantiknya? Di mana hak mereka untuk berkongsi kewajaran perletakan jawatan? Apakah tahap yang mewajarkan perletakan jawatan? Bolekah parti yang diwakili menentukan bila hendak meletak dan bila tidak?

Bagi saya selagi tidak ada kewajaran kerana kematian atau kesalahan jenayah yang disabitkan sehingga dianggap tidak layak dari segi undang-undang, barulah tahap itu dianggap perlu meletakkan jawatan. Namun dalam keadaan biasa, seorang wakil rakyat tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan jawatan.

Apatah lagi jika ada masalah dalaman parti yang diwakili, pihak tertentu menjadikan pengundi sebagai ‘mangsanya’ untuk selesaikan masalah dalamnnya! Ini isunya, ia adalah soal prinsip, apatah lagi sebuah pakatan yang mahukan perubahan lanskap politik yang berdiri atas ‘sound moral ground’, konsep dan asas ini perlu senantiasa menjadi keutamaan bukan masalah dalaman parti.

Kedua ialah amalan berkerajaan. Kita perlu membezakan antara parti yang memerintah dengan parti yang bukan pemerintah. Parti yang memerintah mempunyai wakil-wakil yang menjalankan tugas-tugas kerajaan, ada yang memegang jawatan-jawatan penting kerajaan.

Jawatan-jawatan ini perlu dianggap sebagai tanggungjawab professional dan jika seseorang penjawat dianggap tidak mencapai tahap kerjanya,ia hendaklah dinilai secara professional dalam kerangka kerajaan itu samada menggantikan orang lain atau meningkatkan tahap kerjanya melalui bimbingan.

Apa yang pasti untuk menyelesaikan masalah tidak sampai tahap kerja dalam amalan berkerajaan, ia tidak boleh diselesaikan dengan perletakkan jawatan wakil rakyat! apa dosa pengundi dalam masalah ini?

Lagipun, perletakan jawatan ADUN, atas alasan tidak sampai tahap kerja yang dipegangnya dalam kerajaan hanya akan memberi tanggapan bahawa orang di luar kerajaan yang layak perlu diganti melalui perletakkan jawatan, apakah  ini akan menjadi ikutan awalan lalu kita menghantar isyarat yang salah kepada rakyat?

Sehingga semua persoalan di atas dijawab dengan penuh keyakinan kewajarannya, Penanti akan terus siksa menanti dengan berbagai pihak mengkritik pros dan konsnya. Sepertimana saya bimbang rakyat akan membuat kritikan yang pedas atau sebaliknya, saya lebih bimbang prinsip keperwakilan dalam demokrasi dan amalan berkerajaan akan dicabar untuk tujuan yang salah!

Oleh: Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.

Monday, April 27, 2009

PRK Penanti: Pondok Panas Di Larang...

Salam Sejahtera...
Berita dari Bh Online..

Pondok panas tidak lagi dibenarkan: SPR

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi membenarkan parti politik mendirikan pondok panas bagi merayu undi saat akhir pada hari pengundian. 
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa mulai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini. 
Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini, sebentar tadi


Komen:  Apa masaalah Pondok panas dengan SPR/Atau Pengundi.. sepatutnya SPR berterima kasih kerana Pondok panas membantu pelancaran pengundian... apakah pondok panas BN tak dapat sambutan dari pondok panas PR..
Masaalahnya Kaunter(Pondok) yang diuruskan SPR boleh percaya dengan sepenuhnya ka!.. Walau pun ada wakil parti politik yang bertanding...
Apakah wakil parti pembangkang bersetuju dengan pengharaman pondok panas.. ataupun SPR menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengharam pondok panas..
Apa pun pengundi di Penanti silalah tunjukkan kuasa anda pada BN... Berilah UNDI anda pada Pakatan Rakyat...Sama-sama kita Tolak BN...

Saturday, April 18, 2009

Apa Ni!!... Dah Terbalik kot!!



Kalau dulu, sebelum PRU12 yang lalu, satu PRK di Pahang, kalau tak silap DUN Batu Talam.. PAS boikot PRK tersebut, kerana  tak puas hati terhadap sikap SPR...tetapi sekarang dah berpusing 360 darjah... UMNO pulak yang tak mau mengambil bahagian PRK.. apa cerita ni!! Membazir...memanglah membazir.. Permatang Pauh... Kuala Terengganu... Bukit Gantang.. Bukit Selambau... Bukit Lanjan nasib baik.. Penanti... PR sedia menanti.. UMNo tak mau...Membazir.....cerita lanjut ada disini.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari