boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Skandal PKFZ. Show all posts
Showing posts with label Skandal PKFZ. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

Woii.. Cekap mereka berlakon - sampai boleh kata "BODOH"

Bagi aku ini semua satu lakonan wayang cina,,, memang cina pun yang berlakon watak ni dengan melayu Sabah,, setelah wang rakyat Malaysia berbillion telah mereka sapu... 


Wednesday, September 26, 2012

Jawapan Shahrizat di mahkamah digunapakai oleh Ling Liong Sik.

Sebelum kita semua tahu bagaimana jawapan yang cukup mudah diberikan oleh Shahrizat Ketua Wanita UMNO dimahkamah dalam isu lembu NFC dengan jawapan saya tak tahu, saya tak tahu,, apabila disoal oleh peguam... 


Monday, February 28, 2011

Penipu dan kena tipu... Cina tipu melayu..

Salam sejahtera,,
Inilah realiti dan hakikat sebenarnya... MCA tipu UMNO, manakala UMNO pulak tipu melayu... betui ka...
.
NONE
Apek ni suspek pertama tuduhan yang dikenakan tuduhan menipu kabinet......


BEKAS Menteri Pengangkutan,Tan Sri Dr. Chan Kong Choy (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen bagi menghadapi tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di Putrajaya, 28 Feb. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN

Yang ini tipu perdana menteri Pak Lah..,

Cuma aku nak kita sama-sama berfikir,,, kenapalah bodoh sangat Pak Lah sampai boleh kena tipu, di mana penasihat-penasihatnya, EPU (Unit Perancang Ekonomi), setpol, depa ni buat kerja apa sampai Pak lah boleh tertipu, atau pun depa ni pun sama-sama bodo juga dan kena tipu...

Atau Ghani Patail yang tipu rakyat Malaysia, dengan membuat tuduhan Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. i

Duit rakyat habis berbillion-billion mereka sesama mereka faraidkan, jadi tak hairan Ling Leong Sik dan Chan Kong Choi yang jadi mangsa hanyalah sekadar untuk menutup mata, konon pentadbiran 1malaysia telus... .

Friday, September 3, 2010

Apa Kata Umno ?!! - Dr Mahathir, tolonglah jawab ni..

Masa sama-sama berkuasa, hang satu..., aku satu,, hang dua,, aku dua... bila masing-masing dah tiada kuasa,,, hang kena padan muka,, aku dok diam diam, buka cerita lain...

Mana esai...



Baca seterusnya DI SINI







Sunday, August 1, 2010

Pendakwaan Ala Mr Bean...


Tun Ling boleh tidur selesa
Oleh Datuk Zaid Ibrahim

Bila saya baca pertuduhan terhadap Tun Dr Ling Liong Sik bahawa dia telah menipu Kabinet mengenai harga tanah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd untuk projek PKFZ, saya tidak tahu sama ada patut menangis atau ketawa.


Ini mungkin kali pertama di dunia di mana seorang bekas menteri - seorang individu yang berjawatan tinggi di dalam pentadbiran kerajaan - telah dikenakan tuduhan sedemikian. Tetapi di Malaysia, semua boleh.


Mengikut pertuduhan, tanah seluas 1,000 ekar itu bernilai RM25 satu kaki persegi. Tetapi pendakwa akan membuktikan yang Tun Ling tidak memberitahu Kabinet Malaysia bahawa harga itu termasuklah kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setiap tahun untuk tempoh pembayaran ansuran selama 15 tahun berdasarkan kaedah deferred payment (bayaran tertangguh).


Kononnya, Tun Ling telah menipu Kabinet, kerana perjanjian yang telah difahamkan adalah bahawa RM25 skp itu termasuklah faedah yang dikenakan. Namun, Ling telah meminta kelulusan Kabinet untuk membeli tanah itu pada kadar RM25 skp DAN juga membayar faedah 7.5 peratus yang dipersetujui.


Sebenarnya, Tun Ling tahu bagaimana mengatasi pertuduhan ini dengan mudah sekali. Sebab itulah dia nampak tersenyum dan relaks sahaja.

Saya berasa sedih kerana skandal melibatkan wang rakyat ribu juta ini dimain-mainkan oleh kerajaan.


Saya ingin menujukan beberapa soalan mudah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka menteri yang senior, dan malah, Najib berpangkat timbalan menteri pada masa itu.

Jadi, jawab lah.


Pertama: Projek ini diluluskan di bawah pentadbiran Tun Mahathir pada tahun 2002 atas kepercayaan yang ianya boleh untung besar tanpa duit kerajaan (self financing) dan tidak memerlukan perbelanjaan Kerajaan. Senario yang kini wujud adalah satu bebanan kepada rakyat yang dianggarkan mencecah RM12 ribu juta - bagaimanakah situasi sebegini berlaku?


Kedua: Kabinet pada awalnya meminta tanah 1,000 ekar itu diambil alih melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 pada kos RM10.16 skp. Adakah patut tanah itu dibeli dengan harga RM25 skp jauh dari harga pasaran, termasuklah caveat dan cagaran?


Ketiga: Surat Sokongan (letters of support) oleh Tun Ling dan bekas timbalan presiden MCA Chan Kong Choy untuk kontraktor KDSB yang dikeluarkan tanpa kebenaran ataupun kelulusan Kementerian Kewangan. Bahkan Peguam Negara juga tidak terlepas butiran ini. Mengapakah Kabinet telah memberi kelulusan secara retrospektif terhadap perkara ini dan meluluskan kos dan perbelanjaan projek tersebut yang kini melambung kepada RM4.6 ribu juta?


Kalaulah sudah dihalalkan segala kepincangan, legal violations, cost overruns dan memberikan kelulusan untuk projek tersebut, mengapakah harga sebenar tanah tersebut masih tidak diketahui?


Mustahil Kabinet tidak tahu yang pembayaran tanah itu adalah secara beransur (deferred payment) selama 15 tahun. Takkan menteri-menteri yang pintar tak sedar bahawa bila ada deferred payment, faedah tentu akan dikenakan?


Mustahil harga tanah sebenar tidak boleh dinilai, dan mustahil laporan Valuation Department tidak dikembarkan dalam Kertas Kabinet PKFZ!


Pada pendapat saya, Tun Ling boleh tidur selesa dan tidak perlu kecewa walaupun Chan Kong Choy tidak dituduh.


Tun Ling pun tidak sihat, jadi mesti banyak berehat; tetapi peguam peguam beliau sudah tentu bersedia.


Agaknya, ini akan jadi seperti kes Perwaja lagi wahai rakyat!


Sumber : http://www.zaiduntukrakyat.com/

Sunday, September 20, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. manusia ni cuba nak membela kes PKFZ...

Salam Sejahtera...

Hangpa kenai mamat sebelah ni... Aku pun kenai dia ni... ni baru kenai. ahli Parlimen Kota Belud Sabah...

Mamat ni cuba nak membela dan menutup kesalahan kerajaan BN /UMNO dalam kes PKFZ... beliau tidak menafikan dokumen-dokumen yang dikeluarkan di M2Day sebelum ini...

Kenapa boleh jadi demikian.... inilah budaya Orang Politik UMNO.. tambahan pula Melayu Sabah... contoh Naib Presdien UMNO salah sorangnya dari Sabah.. AP Semporna.. pun boleh tahan membodeknya... nampaknya kali ini mamat ni pun boleh tahan...

Marah betul mamat ni kepada Malaysia Today kerana menyiarkan dokumen PKZF, mahu kerajaan mengambil tindakan..., oiii sebelum ini apakah semua rahsia kerajaan MT akan bocorkan.. tidak.. ini kes pasai penyelewngan duit rakyat.....

Mamat ni cuba nak menasihati kes PKFZ jangan dipolitikkan, biarlah polis dan SPRM yang menyiasat...Oiii Phooorah.... kalau tak dipolitik kan... kes ni main senyap saja...tutup buku, duit rakyat UMNO BN dah tibai berbilion-bilion dah....nasib baik Lik Kit Siang tak jemu-jemu songkil kes ni dalam parlimen menyebabkan kes ni dapat diketahui oleh umum.....sehingga kehari ini MCA salah satu parti utama BN terlibat bersama UMNO menyebabkan najib cuba nak menutup bau busuk bangkai dengan menubuhkan pasukan khas TAS FORCE dari ahli-ahli anggota Kerajaan, itu macam serupa tak buat juga.. PAC yang ahlinya berbagai politik pun tak ada kesan... inikan pula Task Force....

Aku setuju sangat cadangan PAS supaya diadakan suruhanjaya diraja untuk menjalankan siasatan PKFZ.. kita tengok siapa yang kena....Raya tetap raya... sumpahan aku kat UMNO macam biasa.... MAMPOS UMNO.....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari