boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Sultan Perak. Show all posts
Showing posts with label Sultan Perak. Show all posts

Saturday, December 8, 2012

Friday, November 30, 2012

Dari PWTC - Penulis Kontroversi Syed Hussein Alattas di tahan polis..

Kalau sebelum ini anak lelakinya yang juga dikenali dengan nama Uncle Seekers di tahan polis, tetapi petang semalam 29 Nov 2012 bapanya Syed Hussein pula yang ditahan sewaktu persidangan UMNO di PWTC... 
Apakah UMO sedang kepanasan akibat dari doa KO UMNO, KO BN.. 


Thursday, April 21, 2011

Tahniah Majlis Perbandaran Seri Manjung - Tekaan aku betul rupanya..

Salam Sejahtera,

Hari ini merupakan hari yang agak mengembirakan aku, syukur alhamdulilah, ada dua perkara yang membuatkan aku rasa,, entahlah macam satu kepuasan dalam kehidupan, kerana apa yang buat selama ini seolah-oalah macam dihargai, walaupun bukan dengan wang ringgit...
,

Yang pertama, tengahari tadi tengah tadi, aku dapal call, no KL 03*****, aku ingat kut Datuk Tarmizi Mat Jan yang call, aku pun dah seru nama dengan panggilan datuk, rupanya orang lain,, wartawan Malaysiakini yang call, siapa orangnya tak bolehlah aku nak bagi tau, dan apa tujuannya,, cuma yang boleh aku katakan, blogger cikai macam aku ni pun ada juga orang dok peratikan....

Yang kedua,, semalam aku ada buat entry mengenai banner gambar Sultan Perak yang mana ada petugas-petugas entah dari mana pi letak keliling Sekolah wawasan Manjung, tengahari tadi juga masuk satu komen,,,

Anonymous Anonymous said...

JANGAN MAIN TUDUH AJE...SEMAK LE BEBETOI..ASYIK MPM JE...CUBE TELITI..ADE KE LOGO MPM KAT SITU, N MPM RASENYA TAK PASANG BANNER2 TU...DEPA PASANG YAG KAT BILLBOARD AJE...

April 20, 2011 12:41 PM

Lantak pilah, aku malas nak jawab,, tak lama lepas tu, ada hamba allah mana yang tolong jawab, terima kasih kepada empunya yang menolong,, aku dah tak larat dengan kesuntukan masa yang agak terbatas...

Bila balik dari kerja petang tadi, bila nak sampai saja kat Taman Melati, aku terpandang ke jejantas,,, dengan penuh terkejut aku lihat kat atas jejantas tersebut dah kosong, dah tak ada lagi 4 banner seperti semalam, entah kenapa aku tergelak berdekah-dekah sorang-sorang atas motor, lantak pilah kereta-kereta yang dok potong aku dok peratikan, depa ingat aku ni gila ke apa,,, memang aku rasa geli hati sungguh,,,

Bila melintasi jembatan aku beralih ke belakang, lihat hak sebelah lagi kat jejantas pun kosong,, kemudian hak atas pagar keliling sekolang pun dah clear,, bersih...., aku tak tau kenapa.., apakah ada kaitan dengan komen diatas,,

Sebelum itu di kawasan Teluk Muruk, sebelah kiri jalan hadapan dengan SK Dato Ishak Teluk Murok ada satu banner yang sama, kemudian nak sampai kat Kampong Padang Tembak ada lagi satu masih tegang tergantung...

Kenapa hat dekat Sekolah Wawasan habis semua clear... MPM dah merajuk ka..., kalau ya pun tinggal lah satu setiap sebelah jejantas tu, satu kat pagar sekolah,,, kenapalah pi angkut buang semua sekali,,, mungkin kerana tak logo MPM kut...,

Ish, ish, nak letak banner gambar sultan sendiri pun nak kena logo MPM juga ka.... tapi tak apalah,, itu tandanya telus MPM Manjung... Tahniah, Tahniah, .......





Sunday, April 18, 2010

Fatwa baru - Haram lagi!!, Harus dah digunakan untuk namanya..

Salam Sejahtera...

Kalau sebelum ini beliau membuat kenytaan tidak beriman seseorang itu kepada Ahli Parlimen Shah Alam, yang mana kemudiannya menukar kenyataan lain pulak,,,

Kini bila isu APCO Israel yang mana jemaah Masjid Negeri Perak mengadakan di perkarangan masjid Negeri mengutuk perbuatan tersebut, dengan senang dan mudah beliau mengeluarkan fatwa haram lagi... harus tak ada dalam kepala otaknya sebab dah digunakan sebagai namanya.

Apakah haram fatwanya itu kerana pihak yang terlibat itu parti anutannya!!!!!!!





Wednesday, April 8, 2009

Surat Terbuka Buat YAM Tuanku Sultan Perak.




Ampun Tuanku,
Sembah Patik Harap Di Ampun,

Tuanku!
Semalam Rakyat Tuanku di Kawasan Parlimen Bukit Gantang telah membuat keputusan mereka dengan memilih Dato Seri IR Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai Ahli Parlimen mereka dengan majoriti 2789 undi, berbanding PRU12 2008 1566. Ini bererti Rakyat Negeri telah menolak permintaan daripada Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak,  Perdana Menteri Malaysia dan Dato Dr Zambri bin Abd Kadeer, Menteri Besar Perak yang telah memohon restu daripada  rakyat negeri Perak.

Ampun Tuanku..
Kita di Malaysia yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen memilih yang majoriti, pada 05 Feb 2009  lalu Tuanku sendiri memilih Dato Dr Zambri bin Abd Kadir menjadi Menteri Besar setelah 3 orang ADUN dari Pakaran Rakyat menyokong Barisan Nasional. Dan semalam pula rakyat Negeri Perak telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dengan majoriti seperti di atas.

Ampun Tuanku,
Sehubungan dengan itu patik dengan rendah diri memohon jasa perkenan dari Tuanku pertimbangkanlah keputusan Persidangan DUN Perak pada 03 Mac 2009 yang lalu untuk membubarkan DUN Negeri Perak untuk memberikan kepada Rakyat memilih siapakah yang akan memikul tanggungjawab bersama ke bawah Duli Tuanku untuk mentadbir Negeri Perak.

Wassalam.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari