boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label UMNO PAS. Show all posts
Showing posts with label UMNO PAS. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Friday, March 15, 2013

Apa komen blogger Taipingmali dengan berita ini..

Pada anggapan blogger Taipingmali orang Pas semua seklai tak betui,, sesat dan bermacam-macam lagi...

Sekarang apa macam... orang kampong dia,,, silap-silap suku sakat dia juga, dan bekas seperjuangan dengan dia..


Sunday, January 27, 2013

Kerana Kalimah Allah dan Bible UMNO ambik kesempatan bunuh PAS.

Dari semalam sabtu dan hari ini, aku tak kesempatan nak merapu merepet membuka minda supaya kita menentang umno dan sekutunya...
Minta maaf banyak-banyak, kerana terpaksa nak selesaikan urusan yang tak dapat aku nak  elakkan, dah alhamdulillah, petang tadi jam 5 ptg aku baru selamat sampai balik kerumah...


Wednesday, January 2, 2013

Masih ada lagi mufti di Malaysia yang berani - Siapa ?

Polemik isu amanat TG Haji Hadi masih lagi belum reda,, Umno masih belum nak mengaku kalah walaupun pada hakikatnya mereka dah pun tersungkor...

Harapan atau talian hayat dalam isu ni umno hanya bergantung harap kepada mufti-mufti terutama sekali mufti Perak Al Umnoury...


Sunday, December 30, 2012

Nostalgia - Ini sahaja yang UMNO mampu nak jawab.....

Alhamdulillah.. Syukur pada mu Ya Allah, kerana memberikan aku ingatan kisah lampau untuk aku paparkan kepada pembaca blog ini supaya kita dapat kongsikan bersama....


Friday, June 22, 2012

Setiap orang Islam WAJIB undi PAS ?..

Laman web pencacai Zambry Perak Today cuba nak cari pasal... pasal apa setiap orang Islam wajib undi PAS... klik SINI  




Aku cuma nak komen dari segi hukum akal,, apa yang aku dapat beberapa hari yang lalu... 

Kat Malaysia ni, antara PAS dan UMNO kalau dasar segi pemerintahan,, tak payahlah nak kata islamik atau tidak,, ambik dari segi reality apa yang berlaku.. 

UMNO memerintah,,, kepada rakyat atau pengundi-pengundi mereka jadikan sebagai pelanggan,, apa kehendakkan pelanggan syarat boleh menguntungkan UMNO pasti akan ditunaikan,,, Janji ditepati kononnya... 

Manakala PAS pula memerintah, contoh Kelantan,, pengundi atau rakyat dijadikan sebagai anak,, manakala PAS umpama ketua atau Bapa,, apa yang baik sahaja yang ditunaikan, apa yang tidak baik salah dari hukum dilarang demi masa depan rakyat baik di dunia atau pun di akhirat... 

Jadi tak masuk syurgakah kalau mengundi PAS... 

Apa yang ada pada UMNO,,, ada yang suruh pemimpin UMNO kembali kepada dasar lama UMNO sewaktu mula ditubuhkan dahulu... lagi tak baguih.... cuba baca apa yang penulis Subky Latif tulis... 

Apa eloknya perjuangan asal Umno?



SAYA terbaca seruan Khalid A. Samad, anggota Parlimen PAS Shah Alam menyeru  supaya UMNO kembali kepada perjuangannya yang asal.

Saya tidak ikut secara terperinci seruan itu. Tetapi  apakah perjuangan asal UMNO itu yang elok yang UMNO patut kembali kepadanya?

UMNO itu ditubuhkan atas kejayaan Dato Onn Jaafar menggagalkan Malayan Union dan berjaya mengembalikan kedaulatan raja-raja Melayu sesuai dengan perkembangan politik di Tanah Melayu.

Perjuangan utama UMNO yang asal itu ialah Hidup Melayu. Dan yang tersirat atas pembentukan UMNO itu ialah untuk mencabar perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang dipelopori oleh Partai Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan lain-lain.

Perjuangan yang mereka pelopori itu mendapat sambutan orang awam yang bekerja  sendiri atau yang tidak makan gaji dengan penjajahan British. Jumlah orang awam yang bekerja sendiri itu jauh lebih  ramai dari rakyat yang makan gaji dengan kerajaan penjajah.

Antara pegawai tinggi Melayu yang makan gaji itu ialah Dato Onn, Dato Panglima Bukit Gantang, Nik Ahmad Kamil dan lain-lain. Mereka tidak menyengutukan diri dengan pejuangan kemerdekaan itu. Lalu mereka pun menubuhkan UMNO dengan  slogan Hidup Melayu.
Ketika itu tidak salah menyuarakan Hidup Melayu kerana rakyat terbanyak masa itu adalah Melayu. Tiada berbangkit Hidup Melayu itu sebagai satu semangat perkauman.

Hidup Melayu tidak membawa erti kemerdekaan. Melayu boleh hidup di  zaman Peringgi. Ia hidup zaman Belanda dan ia hidup juga zaman Inggeris. Hidup Melayu boleh hidup bersama penjajah dan merdeka pun boleh. Tidak merdeka tak apa, merdeka pun tak apa.

Maka penjajah tidak curiga dengan penubuhan UMNO. Bila British bertindak mengharamkan PKMM dan lain-lain parti yang menyokong tuntutan kemerdekaan, Mat Saleh membenarkan UMNO terus dan mengangkat pemimpin-pemimpin UMNO menjadi menteri-menteri dalam kerajaan persekutuan dan Menteri-Menteri Besar.

Yang elok dalam perjuangan Hidup Melayu itu satu saja iaitu menyelamatkan takhta raja-raja Melayu. Ia tidak dibantah oleh majoriti orang Melayu. Tetapi Bahasa Melayu, kebudayaan orang Melayu, agama orang Melayu iaitu Islam tidak mereka pedulikan.

Kalau disuruh UMNO balik kepada perjuangan asalnya iaitu Hidup Melayu saja adalah sesuai dengan kemajuan masyarakat majmuk sekarang? Perjuangan itu pada masa ini sudah jadi perkauman. UMNO kini sudah sinonim dengan perkauman. Jika ia kembali kepada perjuangan asalnya, Hidup Melayu, maka menyuruh ia bertambah perkauman.

Bila Dato Onn, Dato Gantang dll keluar meninggalkan UMNO, barulah UMNO memadamkan  slogan Hidup Melayunya menggantikannya dengan UMNO. Bila Tunku dan Tun Razak beralih memperjuangkan kemerdekaan,  barulah orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dulu beralih menyokong UMNO. Tetapi ia menekankan kedaulatan raja dan kemerdekaan saja. Bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan agama orang Melayu tidak diberatkan.

Selepas 54 tahun merdeka, Melayu pun tak berapa hidup, merdeka pun tak berapa merdeka, demokrasi pun tak demokrasi. Semuanya hanyut. Yang ada dalam UMNO ialah orang  cari makan dan mencari kekayaan sesama pemimpinnya dan kroni masing-masing.

Kata Tengku Razaleigh dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, UMNO sekarang sudah tidak lagi macam zaman Tunku dan Tun Razak. UMNO sekarang adalah parti politik yang rosak.

Bila Khalid suruh UMNO balik seperti dulu, nak balik ke mana? Ke zaman Dato Onn, Hidup Melayunya sekadar mendaulatkan  raja-raja. Merdeka tidak ada, dan jauh sekali dengan cabang perjuangan kebangsaan Melayu yang lain. Kedaulatan Raja-Raja sudah terjamin. Tidak ada rakyat Melayu, Cina, India dan lain-lain mahu derhaka macam Hang Jebat. UMNO tidak kembali ke  zaman dulu pun tak mengapa.

Kalau ikut kemahuan Hidup  Melayu, zaman ini ia seperti menghidupkan lagi perkauman.

Kalau ke zaman Tunku dan Tun Razak, merdekanya cacamarba. Perjuangan bahasa dan kebudayaannya seperti  tidak ada.

UMNO sekarang sudah tidak dapat diikut. Kalau ia kembali ke  zaman  dulu  termasuk zaman Tunku, tidak juga banyak yang elok yang dapat diikut. Sekarang ia  tidak dapat dibanggakan.  Dulu pun tidak banyak yang hendak dibanggakan.







Tuesday, April 3, 2012

Bestnyerrr.. UNDI PAS masuk syurga?...



OLEH

Umno kata PAS kata undi PAS masuk syurga

3 APRIL — Sejak lebih 30 tahun apabila kerajaan dan pimpinan Umno dianggap rasuah, pemimpin Umno tidak menafikannya tetapi mengalihkan anggapan itu dengan berkata, rasuah paling teruk ialah parti politik yang menjanjikan syurga kepada pengundi yang mengundinya.

Ia diulang-ulang hingga hari ini oleh penyokong-penyokong Umno.

Dengan berkata begitu, Umno tidak kata ia tidak rasuah, tetapi menyindir ada yang lebih rasuah iaitu parti yang dikatakannya menjanjikan syurga kepada penyokongnya dan sesiapa yang mengundinya.

Tentulah yang disindirnya itu PAS kerana di negara ini PAS saja yang bercakap tentang pahala dan dosa dalam politik.

Politik itu ada jenayahnya. Hosni Mubarak dan Gaddafi adalah orang yang dituduh melakukan jenayah politik, tetapi tidak ada orang mengatakan politik mereka itu berdosa. Kalau pun dikata berdosa dan derhaka, mereka berdosa kepada rakyat dan derhaka kepada negara.

Tiada yang mengatakan mereka berdosa kepada Allah dan derhaka kepada Allah. Tetapi pemimpin PAS Tok Guru Nik Aziz berkata, politik seperti itu tidak sekadar berdosa kepada rakyat dan negara tetapi berdosa juga kepada Allah.

Chua Jui Meng, ketua PKR Johor berkata dalam Wacana Sinar, “PAS kata, rasuah berdosa.” Berdosa itu adalah pada sisi Allah.

Orang yang berdosa masuk neraka kecuali taubatnya diterima.

Rasuah itu adalah kejadian yang boleh berlaku dalam politik. Politik macam itu berdosa. Banyak lagi perbuatan poliltik yang berdosa.

Politik yang boleh berdosa itu adalah politik itu tidak dijadikan ibadat. Orang Islam mesti menjadikan politiknya sebagai ibadat. Ketika memula solat dia berikrar dalam doa Iftitah bahawa solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Tuhan semesta alam.

Maksud hidupku ialah segala kegiatan selepas lahir hinggalah mati. Antara kegiatan hidup itu ialah sekolah, kerja, kahwin, berniaga dan berpolitik. Maka mestilah politiknya politik ibadat.

Oleh kerana politik PAS itu politik Islam, maka politiknya adalah ibadat. Apa jua kegiatan politiknya jika diterima Allah sebagai amal soleh secaya mendapat pahala. Dengan pahala itulah semua masuk syurga.

Pahala itu bukan PAS yang menjanjikannya dan bukan PAS yang memberinya. Allah yang menjanjikan pahala dan syurga bagi yang beramal soleh. Apabila pilihanraya, mengundi dan kempen menjadi ibadat, maka terhindarlah ia dari maksiat, menipu undi, membeli undi, undi hantu dan sebagainya.

Tapi kalau niat tidak betul mengundi calon parti Islam pun tidak dapat pahala seperti banyak orang solat masuk neraka kerana solatnya lagho. Solat itu adalah jalan ke syurga, tetapi kalau solatnya lagho, dia tidak dapat pahala.

Demikian juga politik. Politik yang menjadi jalan ke syurga ialah politik yang diredha Allah. Politik yang diredhai itu ialah yang menjadikan politik itu ibadat. Barang siapa yang berada dalam politik ibadat itu dapatlah dia pahala.

PAS tidak memandai-mandai menjanjikan syurga kepada sesiapa, tetapi PAS sampaikan apa suruh sampaikan melalui al-Quran dan Sunnah NabiNya. Neraka dan syurga itu Allah yang punya. Dia saja yang menentukan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka.

Apa yang dikatakanNya boleh masuk syurga, itu yang PAS kata. Dan apa pula yang menyebabkan masuk neraka, maka itulah PAS kata. Allah saja yang berhak berkata begitu dan menjanjikan begitu. PAS adalah sebagai pendakwah menyampaikan apa yang Allah janji.

Maka apa yang PAS sampaikan itulah dikatakan oleh Umno, PAS menjanjikan rasuah syurga kepada penyokongnya dan sekalian yang mengundinya. PAS tidak mendakwa begitu. Umno yang kata PAS kata begitu.

Sejak lebih 30 tahun dulu tak habis-habis Umno kata, PAS kata undi PAS masuk syurga.


Sumber : umno-kata-pas-kata-undi-pas-masuk-syurga/


Wednesday, November 9, 2011

UMNO Perak Terkentut Tahiyyat Akhir

Resah, gelisah nampaknya UMNO Perak bila PAS Perak telah mengadakan satu pertandingan poster dan montaj yang bertajuk ‘Selamatkan Perak di Pilihanraya Umum ke 13'



Dengan penuh resah UMNO Perak telah mempersoalkan ,

Apa yang menariknya disini, mengapakah PAS Perak beria-ia benar mahu menukarkan kerajaan negeri? Dan jika dilihat dari slogan mereka iaitu Selamatkan Perak, PAS mahu selamatkan negeri ini dari siapa? Adakah kerajaan negeri yang sedia ada terlampau zalim dan juga menindas rakyat?

Jika benarlah kerajaan pimpinan DS Zambry ini amat kejam dan patut ditukarkan, diharap PAS Perak dapat memberikan contoh-contoh kezaliman serta penindasan yang telah kerajaan Barisan Nasional Perak lakukan kepada rakyat. Kalau tak ada, ia bermakna PAS Perak telah melakukan fitnah!

Baca seterusnya di SINI

Depa boleh tanya PAS nak selamat dari siapa,, ish,ish, awatlah bodoh bin bangang bin bahlol punya soalan tu,,,, ....Aku taulah... hangpa nak main isu bangsa melayulah,,, phorahhhh

Nak contoh Zalim,,, Rakyat yang memilih PR mahukan PilihanRaya semula, setelah rampasan Negeri Perak, rakyat mahu DUN dibubarkan,, tetapi Zambry haramjadah melalui UMNO gunakan kuasa yang ada dengan mempergunakan kuasa Hakim Mahkamah Persekutuan,,,

Oii cukuplah,,, dah rasa dah perintah negeri Perak melalui kuasa hakim, sekarang melalui kuasa rakyat pula,, tunggu sajalah.. PRU13 nanti,, boleh perkemaslah barang-barang mana yang ada,, fail-fail yang agak sikeret tu buang perabih,, kang ada yang tersangkut nanti...



.

Wednesday, August 3, 2011

Gambar UMNO memfitnahkan PAS...

Salam sejahtera

Didalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni pun UMNO nampaknya masih nak ambik kesempatan menghentam PAS...

.


Sekadar dengan gambar sekeping ini dijadikan topik mengatakan yang PakCik berserban merah tu orang PAS,,, Siapakah Pak Cik tu, ada sesiapa yang boleh mengesahkan Pak Cik tu orang PAS berbanding dengan anak mamak yang dapat joint dengan UMNO tu....

Nampaknya sesiapa yang berserban merah secara automatik jadi orang PAS,, tak gitu........ oii cukupla.... kang kurang pahala posa aku....

Dik kerana sekeping gambar tu, dah berpuloh-puloh umat Islam melakukan dosa kering secara percuma... lihat di http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150256477437373&set=a.203347457372.142848.197344137372&type=1&theater ,














Thursday, July 14, 2011

Terengganu akan dirampas kembali oleh PAS pada PRU13...

Salam Sejahtera,



Nampaknya apa yang diperjuangkan oleh rakyat mengenai Demontrasi BERSIH 2 ada kesannya dan mendapat perhatian rakyat Malaysia di seluruh dunia...,,,,

Insyaallah, pentunjuk yang diberikan oleh anak-anak negeri Terengganu yang belajar di luar negara iaitu di Mesir telah menjadi perhatian dan kebimbangan UMNO dan sekutu pencacainya...Moga-moga Terengganu akan kembali ke tangan PAS.. Insyaallah...




,

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari