boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Universiti. Show all posts
Showing posts with label Universiti. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Uncleseeker - Univercity Of Lives - PAS.

Alhamdulillah,

Lebih kurang jam 10.00 malam aku dah selamat sampai kembali ke rumah, walaupun aku mendapat sumpahan doa dari seorang hamba Allah, moga-moga aku dipertemukan dengan manusia-manusia begini satu hari nanti Insyaallah.

Sebagai memenuhi janji pagi tadi, maka aku sampaikan secara ringkas dahulu, apa yang berlaku,,,,


Thursday, April 12, 2012

PTPTN - Pemuda UMNO hanya mampu hapuskan faedah 1%..

Dalam begitu banyak isu yang dimain oleh pemimpin PR aku rasa isu PTPTN yang paling hangat membuat Najib dan hulubalangnya menggelupor kepanasan, apa tidaknya isu ini menyebabkan Najib awal-awal lagi dah kantoi cuba nak berbohong kepada rakyat dengan memberi angka palsu sebanyak 43 billion sedangkan jumlah sebenar 28 bilion,, layakkan Najib jadi PM sanggup menipu rakyat......

Kita boleh lihat sendiri, dalam akhbar, media TV, hari-hari ada muka-muka melayu bangsat, kenapa aku kata bangsat, sebab waktu mereka belajar dulu dah tentu dapat biasiswa, tetapi bila ketiba zaman nyata sekarang ini, mereka sanggup menidakkan apa yang mereka dapat sebelum itu... '

Dan yang paling bangsat lagi mereka ini bukannya dari pakar-pakar ekonomi negara seperti Menteri Idris Jala... terutama sekali seorang bekas pensyarah betina plagiat yang kini ahli kehormat PERKASA,, woi bukan main lagi ....

Cantik sekali hujah-hujah apa yang mereka cuba ketengahkan, umpama langit dengan bumi, apakah mereka ingat adik-adik siswa pelajar yang meminjam PTPTN itu kurang cerdik atau berotak lembu tak boleh berfikir apa yang sebenarnya berlaku dalam negara...

Bagaimana Hutang ahli keparat anak emas Mahathir Tajudin Ramli kerajaan UMNO boleh hapuskan dengan begitu muda....

Kenapa di zaman mantan PM Tun Razak bapa kepada Najib dan Tun Husein On bapa kepada Hishamudin dahulu, waktu semua pelajar yang memasuki universiti bermacam biasiswa menunggu, pilih sahaja, dan dizaman itu belum ada lagi sumber hasil negara yang paling kaya iaiatu Petronas..

Bila tiba sahaja zaman Mahathir menjadi PMlah, menghapuskan biasiswa yang mana sedia termaktub dalam perlembagaan biasiswa terutama orang melayu memang termaktub dalam Hak Istimewa Orang Melayu,, tangan Mahathirlah yang menghilangkannya,, kemudian diikuti pula PPSMI,, satu lagi perkara yang merugikan melayu...

Isu yang dijangkakan menguntungkan PR, membuat Ketua Pemuda UMNO KJ dapat menghidunya,, maka berlakulah perkara ini....

Resolusi bantu peminjam PTPTN

KHAIRY (kanan) menerima resolusi daripada wakil mahasiswa, Wan Ahmad Hazman Wan Daud (kiri) sambil disaksikan Shahrin pada majlis penutup Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO berjaya menggariskan satu resolusi bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, resolusi yang bertujuan menambah baik sistem PTPTN itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, melalui perbincangan dengan mahasiswa, isunya bukan untuk memansuhkan hutang tetapi melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan untuk meringankan beban peminjam.

“Antara kandungan resolusi adalah peminjam hanya perlu bayar semula apa yang dipinjam tanpa mengambil kira faedah dan kos pengurusan PTPTN yang bermakna menghapuskan faedah satu peratus yang ditawarkan.

“Faedah tersebut membuatkan ada peminjam yang masih lagi belum memasuki fasa menjelaskan hutang asal walaupun sudah berbulan-bulan membuat bayaran semula,” katanya selepas menghadiri majlis penutup rundingan tersebut di sini semalam.

Sumber : kosmo.com.my/


Wahai adik-adik Siswa,,, yang mana satu pilihan hangpa?... Tawaran dari Pakatan Rakyat,,, PTPTN dihapuskan,,, UMNO hanya faedah 1%.... sendiri fikir....

Monday, August 1, 2011

Tahniah - 3 Universiti Negara mendapat tempat tercorot 500 Dunia..

Salam sejahtera,

Berita ini tidah dihebohkan, tidak diwar-warkan menjadi sebagai kebanggaan negara,, Najib dan Muhyidin tak boleh nak buat modal pi jaja kat orang-orang kampung dan felda lagi....



Mendapat tempat 419......





Mendapat tempat 428




Mendapat tempat ke 462...



Kenapa negara kita asyik tewas apa-apa sahaja dengan negara jiran Singapura, Bola kalah, Stesyen keretapi Bukit Cagar senang-senang pi serah kat anak Lee Kwan Yu, Pulau Batu Putih pun tewas nak mempertahankannya,, sehingga universiti tempat pengajian anak-anak kita pun tewas nun jauhh beratus-beratus.. tak larat nak kira.., tolong kira wei......



Tempat ke 85 dalam dunia dan tempat pertama dalam Asia Tenggara...


padanlah anak-anak orang elit semua pakat tak mau belajar di Universiti dalam negara......




Sumber : straitstimes.

,

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari