boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, May 26, 2010

Siapa Yang Tak Tahu Judi Itu Haram!!

Salam Sejahtera...

Dekat waktu nak balik kerja tadi masuk satu SMS, mengatakan malam ini ada siri kuliah magrib yang akan disampaikan oleh DS IR Nizar di Masjid Jamie (Surau Al-Ikhsan) Taman Samudera..

Lagi 5 minit nak waktu magrib aku baru sempat nak pergi, kelam kelibut juga, lampu merah pun aku redah, sampai di Masjid tok bilai dah iqamah nak sembahyang. Alhamdulillah.

Selesai sembahyang, tok imamnya pula wirid pulak ikut macam biasa, sepatutnya kalau penceramah yang jauh, tak payahlah wiridnya lama-lama, selesai bagi salam ambik yang ringkas ajalah, istighfar, baca fatihah dan doa,, dapat juga jimat masa 5-6 minit, sepatutnya tok imam tu kena tahu, yang mana lebih aulad antara wirid dengan ceramah.

Selesai saja sembahyang sunat baqdiah, pengerusi majlis mengambil tempat mula berucap, tu pun nak berucap panjang juga, maca tak biasa dapat microphone, lepas tu tahu pulak ! ada rasa kesedaran diri, pengerusi majlis mengatakan yang mamkmum dok pandang ke dia seolah-olah nak rampas microphone,, nasib baik ia faham..., aduhai.. masing-masing nak tunjuk talent, maklumlah makmum ramai...

DS IR Nizar memulakan cermahnya dengan membaca ayat Al-Quran surah AlMaidah ayat 91 dan 92, ayat mengenai arak, judi dan bertenung nasib, (aku tak sempat nak copy ayat tersebut.., dah lewat malam, hangpa nak cari sendiri), selesai membaca ayat-ayat sebut ia cuba menghurai terjemahan ayat tersebut dengan cukup baik sekali sesuai dengan keadaan masa kini.

Selepas itu beliau menyoal kepada semua jemaah yang ada dalam masjid, SIAPA YANG TAK TAHU JUDI ITU HARAM?... Angkat tangan !... Tak ada seorang pun yang tangan,, jadi semua tahu judi itu haram.

Kesimpulan yang beliau ambil ialah dengan kejadian tersebut bahawa sanaya Allah S.W.T nak menunjukkan kepada Umat Islam terutama yang mengundi calon UMNO BN, bawa mereka yang kita sokong, bara api yang mereka beri.

Kalau dulu kejadian rasuah, penyalahgunaan kuasaa, sistem kehakiman dan berbagai lagi, tetapi rakyat mengandaikan "biasalah orang politik" tetapi kali ini bila bab judi yang secara terang-terang haram di sisi Islam, rakyat Islam hendaklah buka mata dan sedar dengan isu tersebut.

Masaalah judi bola ni tidak diperbesarkan dalam media uatama tempatan, dan ia pin tidak disamakan macam judi, ia diapanggil sport game (pertaruhan siapa yang akan menang), ini memang disukai oleh golongan muda dan mat rempit bila team bola pilihan mereka yang bermain, bial perkara ini berlaku, kelalaian pasti berlaku, ini yang kita bimbang.

Menurut Nizar, 3 hari lepas beliau pergi berceramah di Kluang Johor, Felda Ulu Penggeli, masing-masing tak biasa dengar nama felda tu, kat felda tu, setiap rumah penghuni felda katanya, semua ada sebatang keris besar tercacak dihadap rumah. dekat hulu keris tu terukir nama tuan rumah penghuni felda tersebut, felda tu birunya memang pekat umpama nila.

Kemudia di setiap tiang elekteri di tepi jalan di kawasan felda tu, sudah ditampal iklan-iklan along yang m,enawarkan pinjaman wang untuk judi bola., itulah bahana judi bola yang di taja oleh Najib.

Bila masaalah judi ni di bawa ke mufti Perak, Tok Harus, hanya mengatakan judi itu haram, tidak pula menggesa supaya dihentikan, tanya kat Jamil Khir jawabnya syyuupp, tanya kat Masitah pun sama syyuuppp, tanya kat ahli Parlimen MCA, mereka pun terkejut, mereka mengatakan jdui TOTO, Empat No Ekor pun dah terlalu parah untuk kaum Cina, ini ditambah pula dengan judi bola.

Jadi terbukti sudah, judi di Malaysia bukan atas permintaan bukan melayu, tetapi adalah kehendak Najib yang terhutang budi dengan Vinctent Tan dalam Kes Rampasan Kuasa Negeri Perak yang lalu. ITu memang kenyataan, kalau tidak kenapa lesen judi tersebut direct award kepada Vincent Tan. kenapa tidak dibuat open tender?...

Banyak lagi isu yang dimaklumkna oleh Nizar kepad ajemaah malam tadi, bab tanah keretaapi, bab isu Limbang dan PRK Sibu, PRK Sibu rupanya ramai pengundi Melanau yang menetap di pinggir Sungai yang serba daif kehidupannya umpama kita di Semenanjung 40 tahu dahulu.., mereka ramai yang tak keluar mengundi kerana kecil hati dianak tirikan, peruntukan berbelas juta hanya dihambur kepada kaum Cina Sibu, akibatnya PR yang menang.

Selesai ceramah, lepas sembahyang isyak, kepala otak aku ingat nak chow balik aja, baru nak keluar balik, terdengar nama aku dipanggil oleh Si Azam, beralih tengok depa ajak makan, aku cakap dah kenyang, rupa-rupanya DS IR Nizar ada sekali, panggil aku, malu alah pergi jugalah, makan setalam dengan DS nizar dan Amran Pegawai Khas, sempat aku berbual-bual isu semasa dengannya, yang ini tak payahlah aku cerita kat hangpa...entah untung apa aku malam tadi, dapat makan sekali dengan pimpinan, moga-moga ia akan menjadi sebagai satu saksi aku di mahkamah mahsyar nanti. Insyaallah.




Aku ada ada ambik gambar Nizar tengah memberi kuliah, tapi sayang entah apa meragam kamera, gambarnya tak jelas.. Nasib aku teringat nak ambik satu lagi snap gambar di atas tu..
Gambar ni dah selesai makan, Penasihat Surau Pak Asmade datang menjemput DS Nizar kerumahnya kenduri kahwin pada 20 Jun nanti... Apa yang geli hati Nizar tu tak tahu aku, itulah stailnya melayani pengundi-pengundi.... Hu hu .. aku ada sebelah ia tak jemput pun.. hu hu.. tak apalah..minggu-minggu kenduri ni banyak jemputan.....



Anak Samy betui-betui anak jantan!!!

Ha ha...
UMNO baru ada akai.., jangan main sedap mulut kata orang biadap.., suluh atau cermin dulu apa yang UMNO lakukan selama ini...

Cukuplah, kami ahli PAS dah lama tahu dan alami apa yang UMNO lakukan.., kesian kat MIC baru nak alami...

Nampaknya UMNO semakin nazaklah selepas ini, kita kena ingat kekata TGNA, Jahanam UMNO, makbul sudah doa dari TGNA dan pimpinan PAS, kalau sebelum pengundi Cina dah menolak UMNO dan BN, nampaknya lepas ini pengundi India pulak...

Tahniah Vell Paari, lu hentam kasi mati itu UMNO, gua sokong sama lu kalau lu lawan UMNO.....




Bolehkah mereka ini menjaga Islam ?

Salam Sejahtera....

Silalah perhatikan wajah-wajah yang hangpa dok nampak kat gambar di bawah ini...
Sebelah kiri Najib, Dr Masitah, sebelah kanan pula Jamil Khir, Bersongkok Hitam tu KP Jakim, (KP Jakim aku tak mau sentuh sebab dia bukan politician.)
Di sebelah KP Jakim pula, Dr Abdulah Md Zin, Ahli Parlimen Besut yang juga Penasihat Agama PM.

Apakah mereka semua ini boleh menjaga hal ehwal islam di Malaysia ini... Ptuihh...

Jamil Khir memang sah tak boleh pakai dah..., Dr Abdullah Md Zin ni sebagai Penasihat PM apa kerja dia buat, makan elaun buta saja sebagai penasihat, apakah kerana gagap nak bercakap Najib maharajalela memperlingkupkan Islam dinegara kita ini... .

Tuesday, May 25, 2010

Anak Presiden VS Menantu Mantan Presiden.

Salam Sejahtera...

Aku tak pasti sama ada berita salah lapor ataupun memang berita ini benar melainkan sebenar-benarnya...

Sang Menantu perasaan umpama ia adalah anak kepasa maharaja dari istana dengan mengatakan ia ditawarkan pangkat Majer dalam askar wataniah.. Phuiithh, jangan dok perasaan.., kalau Pak Mentua lu PM mungkin kut-kut boleh,, apa hal lu nak pakai majer, suruh klik M-16 pun aku pasti tak kena sasaran...

Lu pandailah ubah topik,,, anak presiden MIC hentam UMNO pun lu diam aja.., apa punya standard Ketua Pemuda... atau pun lu memang ada MOU dengan S Valli Pari ... ieyna dey thambi...




Gambar Semalam & Hari ini...

Salam Sejahtera....






Janji...., jangan tak janji!!.watak lakonan mau idup... PRU 13 lambat lagi...

UMNO Punca Masaalah - Aku Sokong 100%

Perghh....

Cayalah... anak bapa betui tambi ni..., tapi kenapa sekarang baru nak sedar, dah lebih 50 hidup sekali, ni baru nak sedaq....

Aku nak tengok , apa pula kata penyokong-penyokong UMNO..., anda kena jawab balik...

Tapi memang betui pun kekata anak jantan samy veloo yang memang jantan.... tu...

Mana Perkasa, Pekida songkok Tinggi, mana pejuang melayu?....hangpa tunggu apa lagi.....







Monday, May 24, 2010

Hartanah Malaysia Pula Kena Jual...

Salam Sejahtera....

Hebat, Bijak..., Hebat nak pelingkup harta negara....




Rombakan Kabinet Rabu ini...

Salam Sejahtera....

Siapakan yang bakal menjawat menteri, Timbalan Menteri?.. Apakah katak-katak yang melompat tempohari akan mendapat habuan.. !!!


PostHeaderIcon Rombakan Kabinet Rabu ini?





Miss 1Malaysia - Islam Tidak diketepikan..

Salam Sejahtera...

Hebat 1Malaysia, kalau sebelum ini judi bola diberikan pengiktirafan halal untuk dilaksanakan, nampaknya ada lagi pembaharuan dalam satu lagi acara-acara yang menjurus kepada anak-anak muda bakal melahirkan Islam Liberal...

Miss 1Malaysia ni pun nampaknya berkemungkinan besar ini adalah satu lagi tunjuk ajar khidmat naihat APCO!!!!!.



Sunday, May 23, 2010

Mari Baca !! Apa Kata Joyah.?...

Joyah, Joyah..., hang ni jeles ka dengki kat Zizie.., apa standard wartawan hiburan macm ni... biasala Utusan Melayu nak pejatuh melayu....

Aku kesian juga kat Bung ni walaupun ia orang UMNO, tapi dari segi keadilan dalam Islam macam ada yang tak kena.... aku tak reti nak hurai panjang lebar.. bukan bidang aku..

Cuma aku ucapkan terima kasih banyak kat Joyah, ia kutuk Zizie secara tak langsung Bung pun kena sama..., Terima Kacih Joyaaah, hang kalau tak dfapat tokeh lombong mas tak apa Joyah nanti mana tau boleh dapat tokeh lombong .....!!?.



1 atau 3 x 1 ?...

Oii... Ni apa cerita ni.. mana satu yang betui ni....

Orang No 1 dok melaung terpekik macam histeria kena rasuk polong... S....A....T...U !!!!! maka rakyat-rakyat biol tahap sewel pun sambut Malaysia..., oii ini bukan fitnah..., ini terpampang dalam kaca TV 1 setiap malam.....

Tup-Tup Orang 2 boleh pakai 3 x 1.... Cuba hangpa celikkan mata.... tengok...nampak tak... kalau tak nampak order spec, aku siap ambik gambar tu bawah cahaya matahari panas lit-lit... nak bagi gambar terang....

Apakah satu untuk UMNO, satu Untuk BN dan satu Malaysia... Ini sudah tak betul.....,,
atau pun juga satu untuk kau, satu untuk aku dan satu lagi untuk rakyat.... yang ini aku rasa betui.... SETUJU KA!!!!!



Modal Insan Yang Tak Balik Modal..

Salam Sejahtera...

Pepagi tadi kat Pasar Tani sempat menjeling tajuk akhbar Berita Harian, Tahfiz dibuang, aku ingat cerita kes pelajar tahfiz.., rupanya cerita lain.. aku sendiri pun takut membacanya.. apa tidaknya nasib aku bila dah menjadi warga emas aku sendiri tak pasti..

Dimanakah yang disering dilaungkan oleh Pak Lah sewaktu PM dulu, ingin melahirkan modal Insan di bumi Malaysia ini.. tetapi nampaknya modal tu entah kemana, bukan sekali dua cerita sebegini yang berlaku, dah berpuluh kali kedengaran, kalau sebelum ini yang selalu dok dengar bukan melayu, tetapi sekarang melayu lebih hebat lagi dari bukan melayu.. Tahniah 1Malaysia.

Dari sini terfikir balik, Inilah baiknya kalau sistem pondok di hidupkan semula, paling kurang pun kalau dah jadi warga emas, dah pencen, RTM (rehat tunggu mati) pinjam kata-kata Pak Rampa dalam Forum Detikdaily..., adalah lebih baik sama-sama menjadi warga pondok, ada sedikit sebanyak persediaan sebelum dijemput oleh malaikat maut..


Baca seterusnya DI SINI

Saturday, May 22, 2010

Sedikit Maruah Wanita UMNO Kalabakan.

He he....

Huu hu hu hu..., ni orang ka lang suyor, tempat aku sebut langsiaq....

Warna merah kemerahan...furh... memang warna resmi UMNO tu...,

Bila aku lihat kepala tajuk berita di bawah tertulis UMNO Kalabakan, bila baca cerita selanjutnya lari sikit beritanya...

Kumpulan Wanitanya yang bantah, mungkin rasa tergugat ka, atau takut nanti bila laki depa balik tengok konsert tu, suruh bini depa golek gerudi macam Inul..parah Yub,, kena pulak badan standard macam bik mama kita tu, katil tiang besi pun mau bengkok, jangan buat pasal...

Nasib baiklah ada ketua wanitanya , Datuk Hajah Hamisa.. mungkin sedikit perasaan malu atas maruah wanita, tetapi kenapa bab ni saja Hajah Komplen, baguihlah..,

Nu bab judi bola yang Najib luluskan tu kenapa tak mahu bantah bahh....., kang nanti laki dan suami tak tengok konsert Inul, dia tengok bola, dia beating menang banyak, dia boleh pi nyeberang sebelah Tawau sana bahh.., cari Inul kat sana.., apa cerita bahhhh.






Pak Mentua Tak Setuju, Menantunya Pula Bagaimana?

Salam Sejahteraa..

Seteruk-teruk Pak Lah jadi PM dulu, yang paling popular ia suka zzzzzzzz, lagi satu yang tak dapat dilupa oleh semua rakyat ialah harga minyak naik naik sampai RM 2.70 seliter..

Tapi dalam pada tu dapat pulak duit royalti bila hidup road tax, tu yang baguihnya.. menyebabkan seorang anggota polis yang beli kereta aku terpaksa tukar nama kerana RM650.00.

Terkini nampaknya Pak Lah pun prihatin bab isu judi bola ni, jadilah... bila dah pencen dari politik banyak-banyaklah buat kerja kebajikan yang berfaedah...

Tetapi bagaimana pulak dengan menantu tersayang yang sebelum ini merupakan mr penasihat tingkat 4.

Senyapnya... kalau sewaktu Pak Mentua ada kuasa bukan main hebat buat demo kat Amerika konon, dialah leader....

Tetapi sekarang nampaknya dah berubah, bukan main defend isu APCO di Parlimen..., Jawatan Menteri dok menunggu kut..atau pun Jawatan Ketua Pemuda memang ada penyakit pengecut macam mantan ketua pemuda sebelumnya....






Kisah 2 Ustaz.

Salam Sejahtera...


Malam Jumaat lalu aku terpaksa juga pergi ku surau Taman Fasa 3 A Sebab nya?......

Nawaitu aku hanya nak kenal dengan Ustaz Yeob Saidin, dan mengambil gambarnya... sebelum ini aku hanya dok dengar suaranya sahaja di corong Radio Perak FM, terutama sekali kursus haji dan bab belajar ngaji dgn tajwid pada petang jumaat....

Penyampaiannya memang bertenaga dan mantap sekali dengan suaranya yang cukup terang dan jelas jika nak dibanding dengan tubuh badanya...






Yang ini pulak, yang macho dan handsome ni, selalu dia pakai specmata nak control macho..., yang ini tentu hangpa kenai.., Ustaz Kazim ,,,, adik kepada Kapten (B) Najmudin Alhafiz, ADUN Batu Kurau yang juga Penasihat Agama kepada MB Perak. Ustaz Kazim ni pun hebat ceramahnya, aku pun selalu juga sebelum ini dok dengar ceramahnya melalui radio Perak FM juga selalunya, dan ada dua tiga di ceramah perdana.

Walaupun banyak cerita dari sahabat-sahabat yang ikhlas mengenai kedua-dua orang ustaz ini, tetapi aku masih bersangka baik, sehinggalah bila terjadi krisis MB Perak 2009 yang lalu, maka terbuktilah kedua-dua Ustaz ni berpihak kepada bangsa Melayu dan UMNO....

Sewaktu kita umat Islam yang sayangkan PR mengadakan program sembahyang hajat, maka si Zamri pun mengadakan program sembahyang hajat di Kediaman MB Perak, Ustaz Yeop Saidin inilah yang menjadi imamnya, manakala Ustaz Kazim inilah yang memberi ceramah, dan mufti Perak yang tukang baca doa, kenapa mereka sanggup bersama dengan UMNO yang melakukan cara terkutuk merampas negeri Perak dari PR.

Aku tak kisah kalau si Firdaus Bekas Imam Masjid Negara atau Dr Wajdi, sebab mereka memang jelas ahli UMNO, lantak pi lah,, tapi yang dua orang ni atas title Ustaz, kalau ya pun jangan berpihak sebegitu, paling menyakitkan si Kazim, berapa banyak ceramah-ceramahnya sekarang ini jelas menghentam PAS,

Kedua-dua Ustaz ini, ilmu dan penyampaian mereka hebat, tapi sayang Allah tak bagi hidayah kepada mereka, itu sebab mereka tak dapat mengenali yang mana satu Islam..

Kenapa mereka tak mengambil sikap seperti Dr Asri mantan Mufti, semua dia tegur, tak kira pemipin PAS atau UMNO, tu baru betui dan dia tak berpihak kepada mana-mana parti, OKlah, aku boleh terima sikap sebegini.

Harapan aku, kepada pentadbir AJK-AJK surau, tak payahlah nak jemput lagi kedua-dua orang Ustaz ni, walaupun mereka popular, kalau mereka sendiri tak faham suasana politik dan Islam masa kini, maka tak ada faedahnya kita dok pi dengar ceramah mereka, banyak lagi penceramah lain yang lebih memberi manafaat buat para pendengar.

Apa yang aku tahu dan belajar sebelum ini, syarat utama nak menuntut ilmu itu mesti ada sifat kasih sayang antara guru dengan murid dan sebaliknya, kemudian guru itu pulak mestilah berani bercakap benar, maksudnya berani mengatakan yang benar apa situasi yang berlaku.. bukan takut-takut tak dapat sambung jawatan Naib Kadi, mufti dan sebagainya.



Ini Yang aku mampu...

Salam Sejahtera....

Pergh..., Lama betul tak hujan pepagi, tapi sejak malam tadi bawak ke pagi, hujan, alhamdulillah, cuaca panas selama beberapa bulan, tetapi malam tadi Allah telah melimahkan sedikit rahmatnya buat warga Daerah..., sejuk sikit...

Perasaan aku pun dah sejuk, sejak dua tiga malam yang lalu, sifu aku telah menerang dan menjelaskan sesuatu kepada aku, dan aku sendiri pun nampak dari berita-berita semenjak PRK Hulu Selangor kemudian PRK Sibu pula, kedua-dua pimpinan iaitu Timbalan Presiden dan PJ Selangor telah bekerja dalam PRK tersebut.

Maka aku dengan berlapang dada dan rela hati membuang gambar mereka yang diterbalikkan itu. Buat Blogger batuapi kalau rasa tak puas hati lagi kat aku, tak apa, kalau jumpa aku silalah ludah kat aku, tapi kena ingat, nak ludah aku lepas tu terus kena bagi aku mati ....!!

Aku nak pi demo anti judi bola tak mampu, judi kat Malaysia ni bukan sahaja judi bola, tetapi bermacam-macam jenis judi, aku fikir hangpa sendiri pun tahu, cuma yang sinominnya judi lebih dikenali dengan gambar-gambar yang aku ganti baru seperti di atas... Itu sahaja yang aku mampu.

Mampoos UMNO!!!!….


Friday, May 21, 2010

No Subsidi....

Salam Sejahtera...

Ha ha.. sebelum ini aku dok selalu dengar, puak-puak pemimpin UMNO dok mengatakan yang kerajaan PR tak pandai nak memerintah, tak pandai nak urus ekonomi....

Sekarang lu tengok apa sudah jadi,,, oiii apa sudah jadi..., Sime darby rugi bilion-bilion.., telaga minyak bagi kat Berunai, Lesen Judi dihalalkan, sama tak ada diskaun, lewat bayar bunga naik.., tup-tup subsidi pun nak kena potong....

Pandai sungguh kerajaan 1malaysia menjana ekonomi negara.,,, awat tak potong tengkok rakyat terus...


Kad Pengganti Diri

Salam Sejahtera....

Petang Senin 17 Mei, balik dari kerja, datang jiran yang juga kawan baik aku, tunjuk kat aku... pergh dapat kad Ucap selamat hari guru...., semua cikgu di sekolahnya dapat....kawan aku ingat, dapat kas jemputan kahwin, sebab musim mengawan dah nak muladah ... rupanya lain cerita... baguihla cikgu-cikgu dapat perhargaan..., dari sapa !!!

Muka Depan

muka dalam ke 2

muka dalam ke3..
Ho ho ho... dia ni..., sapa dia .. aku pun tak kenal.., mungkin MSK kenal ADUN belah tempat dia kut...


Besoknya pulak petang selasa, si kawan aku mai lagi rumah aku,,, bawa lagi kad kali ini lagi canggih, siap nama dan beralamat sekolah dan bersetem lagi, ia kata anak penakan aku yang bagi... terkejut aku....

Buka-buka tengok tu dia...., terkejut aku, ceiiisss., tak ada aku anak penakan rupa ini,,,, heeis,,, tengok warna kulit la oi..... phoraah...


Mengikut dari kawan aku, tak semua sekolah di kawasan Manjung yang dapat, ada cikgu-cikgu sekolah yang tak dapat,, tak taulah budget tak cukup kut...

Tapi yang bestnya SMK Pangkor kawasan tanah tumpah darah dia sendiri pun semua cikgu ia tak bagi, mengikut ceritanya, si mamak ni terlalu menyebelahi ibu-bapa pelajar yang bermasaalah di sekolah, membuatkan semua cikgu-cikgu tension dengan mamak ni,, tu yang agaknya tak dapat kad penggantu diri tu...

Baguihlah buat macam tu,,, bertuahlah orang Pulau pangkor...


Cikgu-cikgu di daerah lain ada ka dapat oii..., Mamamat Cikgu kat Sek Men Teknik Ipoh dapat ke idak ya...




Zahid Hamidi - Bodoh atau Bohong...

Salam Sejahtera....

Pagi-pagi lagi aku dah nak gelak besak..., apa tidaknya, aku tanya hangpa semua, sejak bila ceramah politik Ketua Menteri atau Menteri Besar yang bagi permit....

Ni apa punya menteri pertahanan ni, tak habis-habis nak buat ceriat bohong atau cerita bodoh... betui-betui bodo piang......




Thursday, May 20, 2010

Tahniah Buat Bang Mat Sabu!!

Aku hanya tumpang gembira bila ada lagi pimpinan PAS macam DS IR Nizar, YB Khalid Samad, Bang Mat Sabu, YB Dr Mariah dan yang lain-lain lagi yang berhempas pulas membawa mesej PAS kepada penduduk Sibu, Alhamdulillah.. ISLAM yang sebenar akan dapat difahami oleh semua rakyat Malaysia...




Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari