boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Pak Lah Mantan PM. Show all posts
Showing posts with label Pak Lah Mantan PM. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Siapa yang memperdajalkan Mantan PM Tun Abdullah Badawi?

Didalam zaman era pemerintanan Pak Lah sebagai PM, Islam Hadhari dan Mari bekerja Bersama Saya,,, itu yang dicanangkan,, walaupun dalam pada itu Pak Lah terkenal dengan zzzzzz....

Thursday, January 19, 2012

Apa perasaan anda bila lihat aksi-aksi ini....

Rasa-rasanya masih ramai lagi yang dok ingat satu ayat ucapan Dato IR Nizar dalam ceramah-ceramahnys semasa kejadian rompakan negeri Perak.... " Saya senang bekerja dengan Pakatan Rakyat"

Sampai sekarang aku dok fikir,,, dah jawapan yang boleh aku katakan Nizar telah tertipu dengan ungkapan itu....



Mereka masih mampu bergembira dalam suasana rakyat marhaein yang menjalani kehidupan semakin tertekan dalam suasana ekonomi sekarang... Apakah cukup dengan bantuan BR1M sebanyak RM500.00,,,,

Bagaimana dengan yang berpendapatan RM3000 keatas, tetapi mempunyai tanggungan yang ramai..

Apakah mereka-mereka itu betul perihatin kepada rakyat atau perihatin ke tembolok mereka dahulu.... hangpa fikirkanlah....





Wednesday, July 6, 2011

Pak Lah (Mantan PM) terima Rasuah RM100 juta..

Salam Sejahtera,





Kenapa?!!... Tak percaya... aku kadang-kadang rasa macam tak percaya... tetapi kalau dah nama UMNO,,, presiden ka, Mr clean ka, main dengan duit juta-juta,,, kelabu mata.....

Apa nak hairan... UMNO itu Rasuah... Rasuah itu UMNO.... sejak UMNO diambil alih oleh Dr Mahathir sehingga ke hari ini budaya rasuah dah jadi satu kemestian... u help me, i help you... ini budaya yang terbaharu....

Jadi tak payahlah nak nafi-nafi... janganlah risau... SPRM hanya berkuasa tangkap ikan-ikan bilis sahaja... jerung-jerung terlepas.... pukat dah reput.... nak tangkap juga jerung-jerung ni, pukat kena tukar yang baru,,, nak tukar pukat... kenalah tukar tuan punya pukat sekarang ni dulu......

Cerita DI SINI .





Thursday, February 17, 2011

Alahai menantu ....

Salam Sejahtera.

Dimanakah lagi kewibawaan angkatan tentera Malaysia...




Dah pencen, pencenlah,, kenapa ni, apa pasal panglima-panglima ATM yang bersara tidak diberi penghormatan sebegini, kenapa pulak orang politik yang main peranan,

Agaknya sebagai penghormatan nak bagi ke menantu kutt.. Ingat kut dah pencen amalan kroni dah habis,,, ada lagi.....
UMNO....UMNO.....


Thursday, October 21, 2010

Semakin Nak Tersungkor...

Yang berbaju biru tu beriya-iya nak tunjuk hemoi nak buat baik....., tapi yang baju merah macam layan tak layan aja.....

MANTAN Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kiri) bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika kedua-duanya hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-61, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 21 Okt. - Utusan/SHAIFUDIN MOHD NOR

Nak genggam salam pun tak mau...., phuiih.....

Friday, October 1, 2010

Pembohongan petang Jumaat awal bulan...

Oiii, Pagi tadi punya cerita dah temberang, petang ni pun temberang lagi....


Baca seterusnya DI SINI

Majority 214 undi, ha ha ha... itu pun makan elaun haram tu, undi pos yang menyelamatkan......

Thursday, July 8, 2010

Ibrahin Ali Versi China..

Marah sungguh menantu mantan PM Hadhari kepada AP Wangsa Maju,, he he.. BACA DI SINI.

Tau pasal apa KJ ni marah sangat..., boleh baca dah,,, Si Apek dua alam ni cuba nak berlagak bebas konon dalam sidang parlimen pada semalam dan hari ini....

Di ayik membangkitkan kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan ke atas Setpol Bekas Menteri Kewangan Nor Mohamad Yaakup iaitu Hasbi Satar, DI SINI

Semua orang orang tahu Nor Mohamad Yaakop orang kuat Pak Lah semasa jadi PM, Najib nak ambik tindakan tak sampai hati, jadi guna APek Wangsa Maju sebagai suruhannya...

Bergaduh pi lah hangpa..., lawan jangan tak lawan,,, biaq sama-sama mampuih lepas ni, senang PR nak ambil alih...

Thursday, June 3, 2010

Politik Khairy akan menurut jejak langkah Ong Tee Kiat..

Salam Sejahtera....

Hari ini sahaja 2 atau 3 bantahan dari wakil pemuda UMNO negeri, yang pertama Sabah, Selangor dan Perak... baca DI SINI. Negeri Kelantaqn tak pula kedengaran lagi..., apakah mereka ini benar-benar sayang kepada Khairy atau lakonan dan upahan ! Wallah huaklam.

Apa yang aku rasa nasib Khairy sama seperti Ong Tee Kiat yang kalah jawatan Presiden MCA.. kenapa aku kata begitu, Ong Tee Kiat bagi aku adalah seorang ahli politik yang cukup bersinar selepas beliau mengalahkan arwah Datuk Harun Idris di Ampang Jaya, di sini arena politik berliau bermula, kemudia beberapa ketika beliau dilantik menjadi Timbalan Speaker parlimen. Gaya dan stail OTK berucap memang ada kekuatan, dan sikapnya yang bijak berpolitik menyebabkan UMNO merasa tergugat lalu akan berakhirlah karier politiknya...

Begitu juga Khairy, kepetahan dan gayanya berpolitik kalau nak dibandingkan dengan lain-lain pemuda UMNO memang jauh ketinggalan, sikapnya yang berani dalam menerima cabaran berdebat dengan Husam dan Dr Aziz Bari di Kota Bharu 2 tahun yang lalu sebagai buktinya, ini kita kena akui, namun apa yang aku nampak Khairy telah menjadi Hang Nadim dalam sejarah Singapura menerima serangan ikan todak. Itulah yang ada dalam politik Melayu terutama sekali UMNO...

Mungkin ada yang berkata Khairy terlibat dengan politik wang, itu pasai dia di tolak,,, Oiii, dalam politik UMNO buat masa ini tak sesiapa pun yang benar-benar bersih, selagii nama UMNO, selagi itulah ada rasuah, cuma sedikit atau banyak.., itu sahaja.

Nasib Khairy nampaknya akan hanging begitu sahaja, tambahan pula selagi adanya Mahathir yang masih bernyawa, selagi itulah Khairy hanya dapat menelan air liur sahaja. Saman 100 juta dari Anwar mahkamah telah terima dan menolak keputusan untuk mengenepikan. Nampak tak.., serampang dua Mata lah,, nanti Mahkamah Malaysia adil, tak berpihak pun.. dan secara tak langsung Khairy akan jadi mangsa mahathir, saka peninggalan Mahatir iaitu Ghani Patail dan Musa Hassan masih lagi setia dengan tuannya, ini harus kita kena ingat, mereka berdua naik ketahap paling tinggi adalah kerana lantikan dari Mahathir.

Apa yang Khairy boleh buat, Pak Mentua dah tinggal gusi aja, taring dah habis, lagi pun Pak Mentua pun nak berhabis waktu dengan bininya, lama dah menduda, sebelum menduda bini dok sakit lama....,

Nak minta tolong pada Zahid Hamidi, dia pun nyawa-nyawa ikan sahaja, nasib baik menang Naib Presiden UMNO, Zambri Mamak yang terhutang budi pada pak menrtuanya pun tak boleh nak buat apa, politik negeri Perak pun tercungap-cungap...

Nasib Khairy hanyalah sepenggal sebagai Ahli Parlimen, tak percaya...., tunggu sajalah, apa tidaknya... selepas PRU13 Pakatan Rakyat akan memerintah.. Insyaallah.

Mampoos UMNO!!!!….


Saturday, May 22, 2010

Pak Mentua Tak Setuju, Menantunya Pula Bagaimana?

Salam Sejahteraa..

Seteruk-teruk Pak Lah jadi PM dulu, yang paling popular ia suka zzzzzzzz, lagi satu yang tak dapat dilupa oleh semua rakyat ialah harga minyak naik naik sampai RM 2.70 seliter..

Tapi dalam pada tu dapat pulak duit royalti bila hidup road tax, tu yang baguihnya.. menyebabkan seorang anggota polis yang beli kereta aku terpaksa tukar nama kerana RM650.00.

Terkini nampaknya Pak Lah pun prihatin bab isu judi bola ni, jadilah... bila dah pencen dari politik banyak-banyaklah buat kerja kebajikan yang berfaedah...

Tetapi bagaimana pulak dengan menantu tersayang yang sebelum ini merupakan mr penasihat tingkat 4.

Senyapnya... kalau sewaktu Pak Mentua ada kuasa bukan main hebat buat demo kat Amerika konon, dialah leader....

Tetapi sekarang nampaknya dah berubah, bukan main defend isu APCO di Parlimen..., Jawatan Menteri dok menunggu kut..atau pun Jawatan Ketua Pemuda memang ada penyakit pengecut macam mantan ketua pemuda sebelumnya....






Monday, May 3, 2010

Yahooo...Menang-menang!!!

Salam Sejahtera...

Bila Pulau Batu Putih terlepas ke negara Singapura bebarapa tahun yang lepas, Menteri Pakar Bakar Jambatan mengatakan Malaysia sebenarnya WIN-WIN....

Kini nampaknya serupa masaalah yang serupa, cuma sebelum ini rakyat tak tahu pun, apakah ini pun dibincang dalam gelap juga, tau-tau semalam dah kecoh..., kalau tak ada PRK Sibu, mungkin rakyat tak perasaan langsung, yang tanah milik negara dah terlepas ke tangan Berunai pulak, Itu pun menang-menang lagi,,, menang kepada poket siapalah ya....!!!




Wednesday, April 7, 2010

Berita Bergambar - Perbezaan antara Wanita Melayu dengan Bukan Melayu..

Salam Sejahtera....

Sila perhatikan gambar di bawah ini, kedua-dua wanita di barisan hadapan disebelah suami masing=masing, seorang tu dari ketuanan Melayu sekampung dengan Aduka Taruna dan yang seorang lagi tu bukan dari keturunan Melayu.

MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan buku 'Pak Lah', sejurus selepas majlis pelancarannya Angkasapuri, Kuala Lumpur, hari ini. Buku meja kopi yang mengandungi koleksi 400 foto terpilih daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), mengabadikan sebahagian besar detik-detik kerjaya Abdullah ketika menjadi Perdana Menteri kelima negara dan Presiden UMNO keenam. Turut kelihatan Datin Seri Maznah Rais (kiri) dan Tun Jeanne Abdullah (depan kanan). - Foto Bernama
Apr 7, 2010 4:07 pm



Namun apa yang aku perhatikan semenjak dua menjak ni isteri kepada Pak Lah ada juga perubahan dari segi etika berpakaian, walaupun tak sepenuhnya tetapi adalah lebih baik lagi dari yang sebelah sana tu, yang comform Melayu, sama jugalah yang selama ni dok perasan wanita no1 negara.....

Jadi buat yang Malayu tu, janganlah dok bangga Melayu itu Islam yang sempurna...

Tuesday, January 12, 2010

Benarkah Berita Ini ?..


Salam Sejahtera...

Kalau dulu sewaktu Era PM Zzzzzz, beliaulah yang mengawal keluruhan media utama pemerintahan BN, sehinggakan ramai wartawan-wartawan senior lari dari jabatan akhbar masing-masing, itulah dia manusia yang datang dari Singapura sahabat baik dengan Khairy Jamaludin iaitu Kalimullah Hassan.

Namun putaran hidup ini ibarat roda, sekarang tiada lagi era Zzzz, jadi apa yang ada atas diri Kalimullah terburai semuanya, inilah budaya UMNO... kononya Kalimullah telah bersubahat menyimpan penulis/pengendali laman web Malaysian Today Raja Petra yang kononya berada di London dirumah isteri Kalimullah Helinna Hanum Dadameah. Kisah seterusnya DI SINI

Hairan bin ajaib, kalau betul sampai berita ini, malang bagi sungguh PDRM kita yang tak dapat mengesan Raja Petra, tetapi blogger pencacai UMNO boleh mengesannya...Hebat blogger-blogger UMNO... tetapi sayang... kenapa zaman pemerintah Pak Lah dulu masing-masing diam aja, yang agak berani pun hanyalah blogger Sang Kelembai, Kuda Kepang, UMNOReform dan beberapaorang sahaja lagi... yang lain tu semuanya menikus kecut t****.....

Dan amat malanglah bagi Najib menjadi PM 1malaysia, kerana mempunyai musuh luar dan dalam, yang luar seperti pembangkang dapat dan mudah dikesan..., tetapi yang dalam, satu selimut satu bantal nampaknya dah semakin dok menggaru dah.... sepenggal ajalah Najib...

Friday, January 8, 2010

Kes Nama Kalimah Allah - Tuduh menuduh didalam UMNO Sendiri..

Salam Sejahtera...

Memang UMNO suka ambik kesempatan dalam segala hal yang berlaku dalam negara. Sebentar tadi sementara menungu masuk watu solat isya, sempat aku dok pasang telinga, dengar geng kaki borak dok bercerita, salah sorang tu mengeluarkan hujah dari Hanifa Maiden kut, katanya.. kalau sewaktu perbicaraan mahkamah rayuan mengenai status MB Perak, ada pihak-pihak yang telah mengaturkan ketiga-tiga hakim mahkamah rayuan, boleh pun...

Sepatutnya bila kes isu Nama Allah ni, kenapa tak buat seperti mana kes status MB Perak...?!!. Jadi apa pun memang UMNO sengaja create isu nak dapat penyatuan orang Melayu.. itu punca utamanya...

Yang seronoknya, bila isu ini timbul, UMNO ghairah ajak melayu bersatuy.. yang dalam PAS pulak pimpinan berbeza pendapat... masing-masing dengan hujah...dah bercelaru.. kena pulak hari-hari TV dan radio dok siar isu tersebut, rakyat umat Islam bertambah keliru.. yang mana satu.. boleh atau tidak..

Yang kaut untong UMNO, bonus awal tahun... dalam pada tu sebelum ini banyak blog-blog UMNO secara tidak langsung menyerang Khairy & The Gang..., bila mai isu macam ni pun, nampaknya Khairy kena lagi.. baca DI SINI. Bukan setakat Khairy saja depa hentam keromo, Pak Lah yang pencen pun kena sekali...

Mungkin doa-doa yang TGNA sarankan agar UMNO pecah perut, dah dimakbulkan Allah S.W.T. Insyaallah.. Mamposs UMNO...Amen..

Tuesday, June 30, 2009

Bila Dah Pencen..........

Salam Sejahtera...
Teringat aku pada lagu J.Sham...No 66, Jalan Tampin.. Seremban..opppsss....oppss soryy silap..

Bukan lagu tu... lagi satu aaa Resam Dunia... Telah menjadi resam dunia... hidup manusia memandang harta, buruk dan baik tiada nilaynya, emas suasa...... yang lain hangpa sambung sendiri... aku tak ingat...

Apa pun inilah yang berlaku kepada Mantan PM zzzzzzzzzz... kesian dia... cuba bayangkan kalau masih lagi berjawatan PM.. tentu ramai disekelilingnya.. tukang ampu, tukang iring, tukang cium tangan..

Kali ini yang tinggal Hamid Botak yang tolong temankan.. sama-sama pencen...

Gambar sumber - Mstar.


Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari