boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, November 13, 2010

Gambar Yang Tergamak Nak Lihat...

Kedudukan negara tak berapa jauh, warna kulit hampir sama, melainkan budaya dan agama yang berbeza... namun hala tuju perjuangan pun sama....




Moral of the picture.... Kalau dulu swaktu Anwar terpenjara, reformis dan pencinta keadilan boleh sama-sama bersatu, sama seperti apa yang berlaku di Myanmar sekarang...

Namun bila Anwar dah dibebaskan, mempunya sedikit kuasa kenapa begini jadinya... entahlah... hanya masing-masing berebut nak kan kuasa, aku buka orang parti keadilan,,, tetapi hati jadi sakit bila melihat keributan yang berlaku....

RM300,000.00 Membazir...

Dalam suasana ekonomi yang serba meningkat, tak ada yang menurun pun,,, satu berita yang agak mengejutkan, kenapa kerajaan PR Selangor boleh berbelanja sampai RM300,000.00 untuk majlis makan anjuran Yayasan negeri Selangor...

Untuk program tahun depan akan datang kalau nak buat majlis seumpama itu, eloklah ditukar menu nya..., carilah bahan-bahan makanan yang murah lagi berkhasiat,,,

Carilah sayur-sayur ulam kampung yang tumbuh meliar dimerata pelusuk kampung, pucuk paku, kangkung, ulam raja, daun bebuas dan berbagai lagi.... dah tentu segar (fresh) bebas dari racun dan sebagainya,,,

Ayam dan daging tak payah... tinggi bahan kandungan lemak.....bahaya... mudah kena berbagai penyakit, kulit, kolestral dan lain-lain lagi,

Jadi jalan alternativenya carilah ikan-ikan di parit-parit atau lombong terbiar... banyak ikan telapia, keli, tongsan, patin semuanya..., Air minum,,, air kelapa muda dah le... baru berapa sen sangat...,

Kalau menu sebegini aku ingat, RM3,000.00 pun tak habis....., dan inilah makanan utama rakyat-rakyat miskin menyuap kemulut mereka setiap hari.... cubalah tengok.. boleh terima ka tidak...

Berita berkaitan SINI

Siri Cerita Penglipur Lara...

Ada rasa gumbira,,, ada rasa cemas sehinggalah,,,eeeeiiiii nasib baik beliau sempat diselamatkan.... hurggg lega.. begitulah ceritanya.... macam penglipur lara... atau merapu atau berbohong tahap diraja.. wallahuaklam... hangpa bacalah sendiri DI SINI

Friday, November 12, 2010

Aku setuju...Aku sokong..tapi..

Ketua pemuda PAS dah bersuara tentang kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang bakal akan dipertandingan pada PRU13 nanti...

Baca seterusnya DI SINI.

Bagi aku, pimpinan PAS kena ambik kira serba serbi yang asas untuk calon faktor, terutama sekali kerusi DUN, pilihlah penduduk tempatan, dah ramai yang berkelayakan, ada sesetengah tu dah berapa penggal jadi YDP, dah ada ijazah, dah pun macam ustaz, malah lebih baik dari Ustaz, dah pun boleh pencen dari jawatan kerajaan,....memang sesuai sangat jadi calon...,

Seorang calon pegang satu kerusi,, jangan DUN pun pegang, Parlimen pun nak pegang juga, akan datang susah,, susah buat pengundi dan rakyat.pakat-pakat rasa sesama la...PAS dan ramai dah ahli-ahli yang berkaliber......

Kalau kat Parlimen, pilihlah calon-calon yang boleh berbahas, contoh seperti YB Khalid Samad, Dr Zulkefli, Dr Hatta, Dato Mahfus, YB Salehuddin, mereka boleh berbahas, menyanggah ucapan pimpinan UMNO, bukan setakat berucap memberi cadangan dan mengemukakan soalan sahaja..

Bab pemimpin yang lanjut usia ni kena tengok dulu, jangan nak pukul rata,,, Mursyidul Am PAS hangpa jangan dok gatai-gatai pulak, Tok Guru mesti dikekalkan... Setiausaha Agung OK... yang itu patut sekali dilucutkan.... Cukuplah... itu dah terlalu lama date duenya....

Lagi satu,,, aku paling tak berkenan dengan pimpinan PAS yang berminat dengan kerajaan perpaduang... tolonglah...faham....

Inilah yang dinamakan politik melayu...

Dua malam sudah aku sempat tengok ucapan Azmin di kaca TV, bukan main lagi, seperti mana yang diucapkan kepada mantan PM Mahathir... Tersungkor kalah" begitulah juga tehadap pencabar buat jawatan Timbalan PKR.....

Biasalah orang berpolitik..... Dah rasa nak menang,, mulalah tunjuk eksyen kepada yang tewas...

Tetapi itulah gaya politik Azmin Ali, harapan DSAI,, eksyen hanya sempat 2 hari sahaja,,, kena gempaq balik dengan Zaid dah menggelatat puyoh..betuilah kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin kena banyak belajar lagi berpolitik.....

He he, nak cakap takut malu.... ubahlah nada tu lain sikit... entahlah... tak reti aku nak ulas ... hangpa bacalah sendiri Kat sini.

Apalah..ini macam punya orang pun ada ka... tu pun nak jadi Timbalan Presiden....

Tahniah Menteri Pelajaran....

Banyak tu oii.... 48,327 pelajar dapat semua A... Terbaik sejak 2007....


Tahniahlah buat Menteri pelajaran, rakyat semua pandai-pandai belaka..., setiap tahun keputusan peperiksaan keluar tak pernah menurun peratusnya, mesti naik, naik, naik... atau pun term baru "pelarasan"....

Nanti rakyat dah semua pandai,,, akan keluarlah... Peperiksaan UPSR sesuai dihapuskan...., betulkah pandai,,, kat Sekolah Menengah pun ramai lagi pelajar yang kena pemulihan,, masih ramai yang tak boleh membaca, Al-Quran buat pelajar Melayu Islam tak payah ceritalah... Yang tak pandai sembahyang pun ada,, ada pelajar yang langsung tak pernah sembahyang...

Apa pun tahniahlah Menteri Pelajaran,,, pelajar mesti mendapat A... A... A... tak reti sembahyang mampuih pi lah hangpa...masaalah sosial... Sekolah Harapan sedia menunggu...

Thursday, November 11, 2010

Beruk VS Monyet...

Heboh panggilan beruk terhadap mereka yang akan berhimpun di jalan raya pada 10hb Nov 2007, siapa yang membuatkan panggilann tersebut...

Aku rasa tentu ramai lagi yang masih ingat betapa seorang pemuda lelaki menantu seorang ternama yang memberikan gelaran tersebut kepada para demontrasi jalanan...

Namun semalam, mereka kecewa dan merasa sedih apabila mereka dipanggil monyet pula kerana menyertai demontrasi....Baca di sini.

Inilah hukum karma di dunia .., belum pun 10 tahun berlalu,, baru 3 tahun lebih..., panggilan beruk, monyet yang dilabelkan kepada pembangkang UMNO, sekarang puak-puak UMNO pula yang dilabelkan..Adilkan hukuman kecil dari Allah itu....

Wednesday, November 10, 2010

PRU 13 - Cukup buat PAS dan DAP Sahaja!!!

Paling akhir parti serpihan UMNO yang kembali semula kepangkuan UMNO ialah Semngat 46... Hanya bertahan sepenggal sahaja iaitu bermula tahun 1990 sehinggalah Tengku Razaliegh Hamzah, Rais Yatim, Zainal Abidin Zain, Khalid Samad dan yang seangkatan dengannya kembali semula ke UMNO...

Apakah PKR akan menghadapi situasi yang serupa ataupun apakah ini satu permainan gelap Anuar Ibrahim dengan Azmin terpaksa membantu Najib untuk mempertahankan kuasanya selepas PRU13 nanti...

Apakah Anuar sanggup lagi ke penajra,,, !! Mana mungkin sebagai manusia yang waras mahu kembali lagi ke penjara, ingat lagi tak bagaimana sebelum ini Anuar sanggup meminta perlidungan di kedutaan Turki.. Ingat dalam politik tak ada yang mustahil...


Katalah PKR dapat bertahan, Anuar ke penjara, Wan Azizah bersara dari politik maka secara tidak langsung Azmin akan mengambil alih jawatan Presiden.., selesakah Parti PAS dengan DAP menghadapi Azmin... Aku minta maaf buat pembaca ahli dan pennyokong PKR,,, Kita terpaksa berdepan dengan realiti sebegini,,

Sikap Azmin kita sedia maklum, sebentar tadi aku sempat lihat bagaimana ucapan Azmin dekat Parlimen, betapa bongkaknya ia menjawap terhadap usul Zaid dengan Mustafa Kamil,,, kalau sesama pimpinan PKR pun tak belaga angin, bagaimana dengan PAS dan DAP di masa hadapan, kita jangan terkejut silap-silap hari bulan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pun keluar parti PKR, kalau macam ni punya suasana...

Jadi buat pimpinan PAS dan DAP, bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal akan berlaku terhadap PKR, PRU13 nanti adalah peluang terbaik buat UMNO untuk meraih kembali kepercayaan pengundi terhadap mereka apabila berlaku situsai parti PKR yang tidak stabil,,

Apakah PAS dengan DAP masih nak menjaga hati kawan PKR dan sanggup kehilangan kerusi DUN dan Parlimen, cukuplah dengan kehilangan negeri Perak kepada UMNO, beberapa kerusi DUN di Kedah, di Selangor dan kerusi Parlimen Bayan Baru, Kulim Bandar Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai dan Wangsa Maju, semuanya ini dari PKR,

Ambillah lah iktibar dari apa yang berlaku ke atas PKR dan segeralah lakukan tindakan sesuatu,,

Dari sini aku berseru kepada buat semua saudara-saudara ku ahli PKR, demi nak mencapai tujuan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, jalan yang terbaik ialah,, buat ahli-ahli PKR yang berugama Islam, ambik borang keahlian PAS jadilah ahli PAS, sama-sama kita berjuang dalam PAS, manakala ahli-ahli PKR bukan Islam teruata Cina dan India, anda juga boleh menjadi ahli Dewan Perhimpimpuan Penyokong PAS, atau pun mohon jadi ahli DAP, mana-mana pun boleh.., cukuplah dua parti yang ada dalam Pakatan rakyat iaitu DAP dan PAS..

Pengundi-pengundi yang benci akan kedurjanaan UMNO pun tak pening atau nak risau lagi akan buruk kelaku perangai ADUN-ADUN PKR yang asyik nak melompat parti....

Tahniah buat Parti UMNO...

UMNO...Oh UMNO... agaknya judi bola dulu dah dapat tentangan..., tak ada idea lah nampaknya...

Dah dapat ilham,, terkini,, senang aja,, minta saudara dalam komponen tolong uruskan... nanti boleh di implemenkan dalam hub hiburan tu...cantik,, yang penting masyuuuukkk,, haram tolak tepi....




Komponen BN MCA timbang beli Tanjong, terokai bisnes judi

November 10, 2010
KUALA LUMPUR, 10 Nov — MCA dikatakan menyertai usaha membida bisnes perjudian Tanjong Plc yang bernilai sekitar RM2.5 bilion, syarikat yang turut menjadi tumpuan keluarga Cheng bersama ahli perniagaan Filipina Roberto ‘Bobby’ Ongpin Jr dan beberapa firma ekuiti swasta antarabangsa.

Usaha parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menjadi perhatian susulan langkahnya menjual pegangan dalam sayap pelaburan Huaren Holdings Sdn Bhd, yang melepaskan 42.4 peratus pegangannya dalam Star Publications (M) Bhd, yang menerbitkan The Star, pada nilai RM1.28 bilion baru-baru ini.

Dengan penjualan itu syarikat tersebut dijangka akan menggunakan dana tersebut untuk membeli Tanjong dengan kombinasi pembiayaan.

The Malaysian Insider difahamkan MCA telah dinasihatkan untuk membida mendapatkan unit perjudian memandangkan operasi itu menawarkan pulangan baik, sebagaimana disumbangkan oleh perniagaan akhbar harian The Star.

“MCA sedang dalam usaha memburu Tanjong,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan, pemegang utama saham Tanjong T. Ananda Krishnan akan memutuskan seawal hari ini sama ada mahu memutuskan penjualan syarikatnya.

Malah difahamkan, jualan syarikat itu juga sebahagian daripada langkah pematuhan elemen syariah dan juga untuk menerokai peluang pasaran di Timur Tengah dan Utara Afrika di samping usaha di Asia Tenggara dan Selatan bagi memperluaskan bisnes penjanaan tenaga.

Seorang pemain utama dalam soal perundingan ialah Ongpin, menteri perdagangan ketika era Marcos, yang membangunkan hartanah yang agar besar, bisnes telekomunikasi dan perniagaan perjudian atas talian di Filipina.

Difahamkan beliau akan menjadi rakan dalam bidaan itu sama ada oleh sayap pelaburan MCA ataupun keluarga Cheng, yang terlibat dalam perniagaan mesin slot perjudian, kebanyakannya bertumpu di Lembah Klang.

Keluarga itu diterajui oleh Datuk David Cheng, yang anaknya Datuk Douglas Cheng bergandingan dengan Datuk Vincent Tan Ting Wong dan Henry Yip mengadakan rangkaian restoran Cina popular Dragon-I pada 2004.

“Ada jurang kecil dalam soal penilaian antara apa yang ditawarkan dan yang diminta,” kata sumber itu lagi.

The Malaysian Insider difahamkan perbezaan dimaksudkan itu dalam lingkungan RM100 juta.

Bisnes perjudian Tanjong termasuk operator nombor ramalan dan cabutan loteri Big Sweep dan lumba kuda.

Sayap perjudian Tanjong, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd kini menguasai 24 peratus pasaran tempatan manakala Berjaya Sports Toto Bhd yang dimiliki Tan Sri Vincent mempunyai 40 peratus manakala Magnum Corp Bhd pula 36 peratus.

Sementara perniagaan cabutan nombor ramalan dan loteri menghasilkan aliran tunai yang baik, Tanjong dikatakan berhadapan dengan kerugian dalam operasi lumba kuda.

Kerugian daripada aktiviti lumba kuda dianggarkan RM80 juta pada tahun kewangan semasa.

Difahamkan pemilik baru Tanjong akan menawarkan produk perjudian baru bagi memastikan pulangan yang lebih baik selain meminta pengurangan cukai kerajaan.

Ish, ish, senang sungguh Mufti Perak berfatwa...

Petikan dari BH Online..

selepas mendapat maklumat daripada Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak melakukan syirik dan khurafat kerana Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.
"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat. "Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan
orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," Sumber


Komen aku...Oii Tok Mufti,,, kenapa begitu mudah mempercayai kata-kata manis Zambri yang hanya ingin melepaskan diri dari kecaman umat Islam diatas muka bumi ini,

Secara logik akai, seorang MB yang berkelulusan 2 Sarjana pengkhususan mengenai Islam tak boleh memikirkannya..,

Apapun aku rasa jawapan Zambri ini sama standard dengan jawapan Saifol yang membuat pengakuan juboqnya diliwat oleh DSAI..

Inilah standard pemimpin uMNO.... Apakah Tok Mufti sanggup nak memikul segala dosa-dosa pemimpin uMNO ini semuanya...,

















Tahniah Buat Dr Zulkifli MP Kuala Selangor..

Entah kenapa hari ini, TV Selangor kurang baik sikit, live teleclast sidang Parlimen hanya dapat dengar suara sahaja, tapi ada pulak baiknya, tak putus-putus,, sentiasa dengar, macam dengar radio..

Waktu aku dok dengar, time waktu tu dah 12 lebih dah, Speaker biasalah mamat dari Sarawak tu, lembut penyabar tetapi banyak menguntungkan UMNO Bn lah..., pembahas akhir ialah Zul haram jadah Kulim Bharu..

Dalam ucapannya yang disentuhnya dalam parlimen sebentar tadi ialah isu pelajar di sarawk yang dihalang oleh gurunya membawa makana sosej babi, Zul maukan Jakim menilai balik apa yang berlaku, sebab katanya pelajar yang bawa sosej itu ialah anak kepada Abdullah Baginda, yang pernah menjadi saksi kes Anuar 1998 dahulu,, menurut Zul anak ini beragama Islam...

Kenyataan Zul dibantah oleh AP Bandar Kuching, namun Zul terus berucap..., entah bagaimana aku dengar suara Zul haram jadah ni, mengeluarkan suara tak puas hati kepada Dr Zulkifli MP Kuala Selangor,, kata Kuala Selangor,,, kalau tak puas hati bercakap, seolah-olah mencabar Kuala Selangor, Bila Dr Zul bangun nak bersuara dia tak beri pulak, Dr Zul tetap meneruskan berucap, membuatkan Spaeker memaksanya duduk, namun Dr Zul aku rasa yang sebelum ini seorang ahli Parlimen yang cukup menghormati speaker, tetapi hari ini hilang sifat sabarnya... beliau terus berucap dab akhirnya beliau diperintah keluar dewan oleh speaker berat sebelah dari Sarawak...

Yang aku dengar dari ucapan Dr Zul berkali-kali,, saya rela keluar dewan demi menjaga kesucian Islam...,

Akibat dari itu, ramai yang aku dengar bangun, kebanyaknya bukan Islam dan bukan Melayu yang bangun,, PJ Utara, Bukit Mertajam, Batu Gajah, dan tidak ketinggalan Gobala Krishnan, kebanyakannya membawa peraturan mesyuarat.... dan akhir sekali bangun Dr Mariah, memperingati kembali kepada speaker tengan kebiadapan Zul Haram jadah, setiap kali bangun berucap mestu nak buat provokasi,,, tetapi biasalah,, speaker pun haram jadah juga...Nasib baik waktu jam 100 tgh jadi penyelamat kerana Parlimen berenti rehat,, menurut speaker kes ini nanti menteri akan jawab,,, pandai speaker melepaskan diri....

Apa pun tindakan Dr Zul tu ada hikmahnya,, dari sini apa yang aku dok nampak, ahli-ahli Parlimen tak kira dari PR atau BN yang bukan Islam akan dapat menilai,, siapakan ahli parti yang memperjuangkan Islam yang sebenar,,, PAS atau UMNO.. sebab biasalah bila kes sebegini, ahli-ahli Parlimen UMNO seperti Kinabatangan, Seri Gading, Lenggung dan beberapa orang lagi UMNO dari sabah pun turut mempamerkan Islam liberal mereka......

.

Tuesday, November 9, 2010

Eih, eih..betul ke berita ni...

Setelah kali kedua dapat memasuki peringkat akhir Piala Malaysia, dan memenangi Piala tersebut, kemudian terus di bawa ke PRK DUN Galas, diarak piala tu di hadapan ribuan rakyat Kelantan di sana, tup-tup dengar nak lepaskan jawatan Presiden Kafa,, biar betul...


Kenapa ya,, begitu senang, begitu mudah nak lepaskan jawatan tersebut... hairan.......ajaib.......





Monday, November 8, 2010

Gambar yang tak ingin kita lihat...

hangpa tengok dan buat perbandingan sendiri...

Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) mententeramkan Noor Aini Ilyas yang kehilangan dua anak, dipercayai mati lemas dalam banjir di Kampung Bukit Teriak, Pokok Sena Rabu lalu. — Foto Bernama





Tugas Harussani menyerang PAS, manakala Dr Asri menyerang PKR...

Memang dah menjadi tabiat manusia, kalau dah dok gila nak glamour, dia tak kira dah, nak menjahanamkan manusia lain atau nak membunuh karektor seseorang pun tak ada masaalah, yang penting target atau sasarannya menepati sasaran.

Kalau dahulu yang kita sering dok dengar Harussani menghentam PAS khas untuk individu bernama Nik Azik bin Nik Mat, sekarang ni pula timbul kembar siam Dr Asri pulak menyerang Anwar... apa semua ni... siapa punya agenda!!!

Aku kalau Zul Kulim, Ibrahim Ali, Zahrain aku tak kisah,,, sebab mereka sesama ahli politik, tak ada hal punya,, ini Dr Asri pun dah nak joint ni apa cerita ni..., ni dah kira umpama pakar Dr Haiwan dah perasan nak jadi Doktor Pakar Sakit puan... apa sebenarnya...

Kadang-kadang terfikir juga, kalau nak difikirkan antara Asri dengan Anwar mereka adalah datang dari kampung yang berdekatan, Anwar dari ceruk Tok Kun, Asri pulak Menkuang Bukit Mertajam, satu daerah yang berdekatan,, kenapa jadi begitu, apa yang tak puas hati... tak cukupkah lagi glamuor yang dok dapat sekarang ini..

Dr Asri mula menggilap nama, apa yang aku ingat apabila ia berdebat dengat Astora Jabat, dari situ semakin hari semakin terkenal hinggalah sekarang, apakah yang beliau bahu, jawatan sekarang pun dah Profesor Madya... apakah ini sebagai buah permulaan untuk menceburi bidang baru iaitu politik silakan...kalau rasa berkemampuan untuk membetulkan UMNO yang semakin tenat silakan,,, apakah perlu menghalau Anwar dahulu dari kancah politik dan selepas itu baru nak bermula,,, itu bukan cara anak jantan... sia-sialah ilmu yang penuh di dada...

Tetapi ingat,,, bagaimana Allahyarham Tuan Guru Haji Mat Saman Kati (Bukan MSK Blogger) yang telah bersama-sama Dato Asri Haji Muda selepas keluar dari PAS dan memasuki parti Hamim dan menyertai BN, apa yang jadi pada TG Haji Mat Samankati, kuliah-kuliahnya terus lengang, kalau nak ada pun hanyalah anak-anak murid yang mengikuti Tarikat yang diamalkannya Tarikat Samaniah dan pengamal-pengamal poligami....

Dan sekarang ni pun kesan-kesan sebegitu masih ada, kalau dulu sewaktu sebelum PRU12 2008, Mufti Perak Harussani ada kuliah Magrib di Masjid Manjung, penuh masjid Manjung, jemaah mari mendengarkuliah beliau sebulan sekali, Ahad awal bulan, namun kini selepas rampasan kuasa negeri Perak, kelas tersebut dah tak ada lagi, cuma tinggal namanya di white board jadual kuliah di hadapan pintu masuk ke dalam masjid...Begitu juga Ustaz yang dulu boleh dikatakan popular juga, sekarang ni pun dah malap, Ustaz Kazim,,, kat Manjung cuma kuliahnya yang tinggal hanyalah untuk Muslimat di Masjid Setiawan, itu pun poster=posternya penuh bertempek mengajak ke kuliahnya...

Apa yang aku rasakan, ini adalah plan kedua UMNO, setelah pelan pertama isu Kerajaan Perpaduan tidak mendapat sambutan, dah berbuih Mufti Perak meramalkan nasib masa depan politik orang Melayu, namun rakyat buat dekkk,

Nampaknya sasaran plan kedua memang bertepatan dengan apa yang berlaku ke atas parti PKR yang tengah bercelaru umpama tongkang pecah... Anwar terus di saran bersara dari politik, dan secara mata kasar kalau kita melihatnya memang sesuai pun Anwar bersara sahaja dari politik.. Manakala dari pandangan pemimpin-pemimpin PKR pulak sekarang ni dah memandang serong kepada PAS dan DAP selepas PRK Galas dan Batu Sapi, saling tuduh menuduh menyebabkan kekalahan, kenapa boleh jadi begini.. tujuan utamanya ialah satu, Pakatan Rakyat mesti dipecahkan sebelum PRU13,

Parti PAS adalah parti yang dah senior, begitu juga parti DAP yang hampir sebaya dengan umur parti PAS, UMNO BN sanggup menghadapinya, tak ada masaalah,,, tetapi PKR adalah parti hingusan, sepertimana Nurul Izzah menjadi calon Lembah Pantai dikutuk oleh Ketua Wanita UMNO Shahrijat Jalil. Namun yang hingusan itulah mendapat majoriti 2895 undi, tersungkor seorang menteri kabinet wanita ditangan budak hingusan..

Kita dapat rasakan sekarang ini, anak-anak muda iaitu pengundi-pengundi baru, mereka lebih berminat dengan PKR, terutama para pelajar di universiti, melainkan pelajar yang ada basic agama, tak kiralah dari sekolah agama atau anak-anak orang PAS. Tetapi buat PKR anak-anak orang UMNO pun ramai menganggotai PKR.. jadi walau macam mana sekali pun PKR mesti di pecahkan,,,

Kes liwat kedua mungkin sukar nak diteruskan akibat banyak keraguan yang timbul di pihak pendakwa, malah SU Amerika Hillary Clinton sendiri mahukan keadilan diberi kepada Anwar... lalu terpaksalah menggunkan budi bicara Dr Asri pula, dan yang syoknya baru dua das tembakan Dr Asri, dah berterabur PKR nampaknya,,, seorang demi seorang mengucapkan bye-bye kepada PKR sehinggalah yang terkini Dato Zaid Ibrahim pun semacam nak menurut jalan yang sama....

Entahlah,, tak dapat aku nak bayangkan bagaimana nasib Pakatan Rakyat nak menghadapi UMNO BN dalam PRU13 nanti, masa yang ada dah terlalu suntuk, parti PAS dengan cara PAS pun banyak yang tak dapat nak diselesaikan, sebagai contoh. masaalah kecil sahaja iaitu pentadbiran Harakah dalam hal ehwal urusan pegiklanan pun tak boleh nak diselesaikan, itu yang di Pusat, yang dinegeri macam-macam hal lagi...

Agak-agaknya PAS ni memang suka menjadi pembangkang aja kut.....kecuali Kelantan..

Kalau dah mamak tu mamak juga...

Mengaku ajalah...jangan dok berdalih dan menuduh dengan mengatakan PAS guna cara agama serang saya.

Mengenai sesuatu hukum yang bersangkutan dengan agama mesti bersandarkan kepada dalil dan bukti, begitu juga dengan tuduhan perbutan kurafat yang Zambri lakukan di Manong tempohari.

Gambar dengan begitu jelas yang terpapar di laman Perak Today sebelum ini telah pun hilang,, dah tak ada lagi dah dalam galeri foto-foto tersebut... kenapa di hilangkan..Seluruh rakyat 1Malaysia dah melihatnya...

Kalau dah rasa tak bersalah juga adalah lebih elok duduk bersemuka dengan pemuda PAS Perak yang sebelum ini dituduh suka membuat fitnah, ajaklah Tok Mufti, Alfadil Ustaz Kazim sekali sebagai finalis... ada berani ka....,, sudahlah... debat kes Rampasan Negeri yang sah Haram tu pun tak berani nak hadir atau hantar wakil,,, ini pulak nak mai bersemuka... cirit kut lubang hidung dan mulut pun tak mai..

Atau pun kalau rasa berani juga saman melalui mahkamah syariah, mungkin boleh dikategorikan sebagai kes qazaf atau sebaginya...berani ka....

Sunday, November 7, 2010

Kerajaan dah Berterus Terang... Najib Auta....

Demi menyahut cabaran atau seruan dari Datuk Husam, maka terpaksalah Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan beberpa kuncu-kuncu atau barua-barua berterus terang kepada umum...

Bayangkan sebelum ini dikatakan mengalami sakit cacar, namun kesan parus langsung tak pun, hebat doktor perubatan Malaysia ni,,, bayangkan juboq si saifol pun pakar perubatan Malaysia boleh memberi pengesahan apa yang tidak sepatutnta, inikan setakat sakit demam cacar.. tak masaalah punya..

Kemudian dah sehat dari cacar atau Chicken fox, masuk lagi hospital disahkan pula mengalami sakit dalam perut.. pulak dah... ada yang kata kesan dari doa TGNA.., harap-harap betuilah tu... wa kaka....

OK... hangpa cuba perati apa yang ada dalam gambar...

SEMAKIN PULIH ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (duduk, tengah) ceria ketika menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (duduk, dua, kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon (duduk, tiga, kiri) di Wad Orang Kenamaan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur, Sabtu. Turut menemani Najib semasa mendapat rawatan gastritis di HKL ialah Datin Seri Rosmah Mansor (duduk, tiga, kanan) dan adiknya Datuk Mohamed Nazim Tun Razak (duduk, kanan).

Laporan dari The Star
Datuk Seri Najib Tun Razak, warded on Friday night for minor ulcer and gastritis, is in high spirits and making excellent recovery, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan petugas Wad Orang Kenamaan, Hospital Kuala Lumpur selepas dibenarkan keluar setelah menunjukkan tanda-tanda sihat hari ini. – Foto Bernama


Gambar yang sama, dalam Berita Harian Online, Mstar dan The Star.... nampak apa yang kelainan....,, Tu makanan yang ats meja tu,,, belambak makanan,, orang sakit perut boleh makan ka... Atau pelawat-pelaawat yang menziarahi PM tu jenis kurang ajaq,, depa pi berkelah makan depan PM... gitu... Hangpa fikiaklah sendiri....

Inilah standard PM 1Malaysia.... Hebat.. Kaki Pembohong, Kaki temberang, kaki kencing, kaki auta,,,. .... apa lagi.....

Pakat-pakatlah tolong doa supaya !!!!!!!!!.

Saturday, November 6, 2010

Menaruh Harapan MSK...


Salam Sejahtera...

Aku nak bagi tau kat hangpa semua,,, tu hak dalam gambar berbaju singlet putih, janggut sejemput putih itulah yang mengajar aku berblog sehingga sekarang.

Waktu tu ia popular dengan blog MatSamanKati... aku selalu masuk sebagai pengkomen dan seterusnya pada bulan Nov 2008 tarikh aku tak ingat, bertempat di Dewan SUK Ipoh, aku telah diberi penghormatan sebagai blogger di dalam satu konvesyen untuk kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.


Dalam konvensyen tersebut aku tak berapa ingat, cuma yang masih terbayang ialah penubuhan Kerajaan Maya Rakyat, ini semua adalah diilhamkan oleh Dr Wahab Arbain.., (Dalam Gambar diatas bersama MSK) dengan MSK dan beberapa raka yang lain... Namun apa yang diilhamkan itu tak sempat dilaksanakan dengan terjadi rampasan Kerajaan Negeri Perak.

Tujuan utama Kerajaan Maya Rakyat itu pun adalah untuk membantu EXCO-EXCO kerajaan negeri Perak terutama sekali Pertanian bagi memudahkan rakyat-rakyat kampung mendapat bantuan dan peningkatan taraf hidup dengan sewajarnya.

Dua tiga lepas, aku terbaca ureka-selangor , nampaknya MSK masih tak berputus asa, tak dapat melaksanakan di Perak, ia terus berkelana pergi ke Selangor dan terus bersama-sama dengan Dr Wahab untuk meneruskan agenda murninya.

Tahniah buat MSK bersama Dr wahab, yang telah pun memula langkah awal meneruskan agenda pertama mereka menaruh harapan mencari pemimpin rakyat.


Anda berdua pun dah dikira pemimpin, pemimpin untuk kerajaan maya rakyat, cuma untuk menambah baik, apa yang aku fikirkan eloklak digabung bloger-bloger seperti Tukar Tiub, Bakar Penarik Beca dan lain-lain lagi untuk bersam-sama membela kepentingan rakyat.,,

Resolusi penubuhan kerajaan Maya yang terbantut tempohari perlulah diteruskan semula.... Rakyat marhean memang memerlukan satu daripada cabang-cabang kebajikan buat rakyat bawahan amnya..

Islam Untuk Semua....

Tidak perlu 1Malaysia pun....untuk dipraktikan.

'Nenek marah lambat solat'

Kisahnya di DI SINI. Ada sifat-sifat Abu Talib bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W.

Friday, November 5, 2010

Ku Li masih menyendiri...

Waktu penamaan calon tempoh hari pun tak nampak rupa, tak menonjolkan diri....

Bila dah menang, siapucap terima kasih kat PAS kerana tak banayak menimbuilkan masaalah...

Dalam pimpinan UMNO BN dok seronok suka meraikan kemenangan pun masih KU Li masih tak menonjolkan diri... Kenapa ya.. adakah kerana sewaktu beliau mahu memasuki UMNO dahulu beliau hanya mahu menjadi GHURKA UMNO.......


Hari ini Ramai Menteri dan Menteri Besar Buat Kerja Haram...

Salam Sejahtera.....

Demi nak menjaga kepentingan politik, mereka dah lupa halal haram.... bukan aku nak memandai... kalau nak mengucapkan selamat harikebasaran pun tak boleh, apa tah lagi menghadirinya...

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain. Sumber http://drmaza.com


Hangpa tengok berapa orang melayu yang mengaku Islam,, siap bawa bini lagi...



Hak gambar bawah ni ada ke tak orang Melayu... hangpa perati betui-betuii...tak ada kan.Opss sorry, ada seorang wanita bertudung putih.....

Hak yang ini lagi mangkok hayun, baru menang malam tadi, siang hari ini hari Jumaat, dengan mudah buat kerja haram...


قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ
Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.






Thursday, November 4, 2010

Tahniah PAS, Tahniah PKR...

Salam Sejahtera,,,

Keputusan secara tak rasmi aku rasa semua orang dah tau,, tak perlulah nak memperkatakan apa-apa lagi, walau apa pun perasaan yang melanda dalam kalbu setiap kita yang nak kan kemenangan atas nama Islam, namun Allah S.W.T lebih mengetahui segala-galanya...

Cukuplah buat masa ini kita Pakatan Rakyat menang semasa penamaan calon sahaja pada 26 Okt yang lalu, menang ramai penyokong...

Tak perlulah lepas ini kita nak ulas dengan menyalahkan pihak BN,, menyalahkan SPR, Polis dan yang sewaktu dengannya.. tak payah,,, rakyat dan penyokong PR semua dah tahu macama mana hati budi BN dan pencacai-pencacainya..

Selepas ini pimpinan PAS hendaklah duduk semeja buat muhasabah parti apa masaalah sebenarnya pengundi Cina lari tak mahu menyokong kita lagi, apakah kerana calon atau sebagainya...

Begitu juga PKR, walaupun aku nampak keputusan jumlah pungutan undi lebih baik dari calon SAPP, namun nak melawan BN di Sabah dalam PRK nampaknya kemampuan umpama lelaki tua umur 75 tahun nak berbini anak dara sunti 18 tahun... faham ajalah..penat mencungap-cungap climax tak sampai-sampai...

Parlimen Batu Sapi Sabah aku tak terasa sangat, tak macam Galas, dengan majoriti 1400 lebih secara tak rasmi, aku rasa mulai malam ni tv dan media utama paling kurang seminggu akan mendendangkan kemenangan tersebut.

Apa pun kita umat Islam kenalah bersyukur, diatas apa yang berlaku hari ini..., kalau kita tak kalah, mungkin kita masih merasai kita ini kuat, kita ramai penyokong, apakah kelahan PAS kali ini ada kaitan dengan Tengku Razalieh seperti apa yang diperkatakan sebelum ini... Wallahhuaklam..

Apa pun kemenangan UMNO ini membuatkan UMNO terkedu untuk menjatuhkan Tengku Razalieh,, beliau masih ada harapan untuk mencuba nasibnya lagi dalam pemilihan agung UMNO tahun depan.. jadi bila berlakunya kekalahan, terimalah dengan lapang dada,,, muhasabah diatas kekalahan tersebut..

Moga-moga dengan kekalahan tersebut menjadi satu ransangan untuk pejuang-pejuang Islam untuk mencapai kemenangan hakiki pada PRU13 nanti.. Jikalau Dr Asri menyarankan Anwar Ibrahim bersara daripada politik PKR, maka aku juga nak menyarankan Dato Mustafa Ali SUA PAS bersaralah juga dari jawatan tersebut... Cukuplah.. berilah peluang kepada pimpinan muda dalam PAS untuk membuat anjakan paradigma,....

Tahun depan PAS akan bermuktamar sekali lagi, akan adanya pemilihan pimpinan, moga-moga PAS selepas bermuktamar akan berwajah baru..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari