boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Sultan Kelantan.. Show all posts
Showing posts with label Sultan Kelantan.. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

Mantan Pemimpin UMNO Menang Pusingan pertama melawan Sultan.

Dalam sejarah perjalanan hidupnya,, dia ini suka sangat menentang raja-raja melayu....

Kali pertama bila krisis kuasa imuniti raja-raja melayu nak ditarik balik,, secara tak langsung mamat ni telah melantik seorang lagi raja menjadi raja Kelantan, lawan Sultan negeri sendiri,, 


Thursday, November 29, 2012

Raja melayu dengan pemimpin UMNO umpama bersaudara..

Bagi kita umat Islam, yang selalu mendengar kuliah agama, sering kali ustaz-ustaz menceritakan bagaimana kita manusia yang berugama Islam akan menghadapi suatu perjalanan di hari akhirat yang mana salah satu dari rukun iman.. 


Tuesday, November 15, 2011

Ibrahim Ali menghina AlSultan Kelantan semasa Hari Keputeraan tuanku..

Pertama sekali aku ingin sampaikan ucapan terima kasih kepada seorang pembaca yang prihatin apa yang berlaku ini, sanggup bersusah payah menelefon aku, kemudian mencari dimana rumah aku untuk menghantar gambar dari keratan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lepas... Terima kasih...

Tak payahlah aku tulis lagi apa isi cerita sebenar, kerana aku dah lampirkan keratan berita tersebut....



Lihat gambar diatas, dimana letaknya kain selendang (selepang) yang dipakai oleh Zahid Hamidi dan dua orang lagi dengan Ibrahim Ali,, Ketiga-tiga mereka kain selendang tu letaknya di atas bahu kanan, dan Ibrahim Ali seorang sahaja berbeza di sebelah kiri....



Selendang disebelah kiri hanyalah Sultan-sultan dan raja-raja melayu sahaja..Inilah protokol pemakaian kebesaran diraja...

Kenapa boleh jadi begini buat Ibrahim Ali, apakah ia merasakan dirinya setanding dengan Sultan-sultan disebabkan jawatannya sebagai Presiden Perkasa yang KONONnya menjaga kepentingan Melayu dan UMNO.... atau pun beliau sengaja nak tunjuk sikap gedebenya terhadap AlSultan Kelantan walaupun kenyataannya di akhbar diatas itu berlawanan dengan perbuatan yang dilakukan...




Sunday, July 24, 2011

Ini baru Sultan berjiwa rakyat 100%


Salam Sejahtera,
Selalu yang kita dok peratikan, Sultan-sultan di Malaysia mereka sekadar mencemar duli hanyalah dalam aktiviti pergi ziarah rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, merasmikan tilawah Quran, menerima pemberian zakat, kalau ada Sultan-Sultan yanag agak educated sikit maka Sultan tersebut dijemput memberi ceramah....

Tetapi aktiviti mencemar duli seperti AlSultan Muhammad V ni aku rasa tak lagi Sultan dalam Malaysia yang sanggup lakukan....


Ini dah lama dah berlalu,,,, aku sendiri pun tak sanggup


Ini program baginda yang terkini..... Perdana Menteri mau buat macam ni....




Tuesday, November 9, 2010

Eih, eih..betul ke berita ni...

Setelah kali kedua dapat memasuki peringkat akhir Piala Malaysia, dan memenangi Piala tersebut, kemudian terus di bawa ke PRK DUN Galas, diarak piala tu di hadapan ribuan rakyat Kelantan di sana, tup-tup dengar nak lepaskan jawatan Presiden Kafa,, biar betul...


Kenapa ya,, begitu senang, begitu mudah nak lepaskan jawatan tersebut... hairan.......ajaib.......





Monday, October 18, 2010

Kesian kat surat khabar ni...

Apakah ini hukuman karma dari langit! Mungkin ini sebagai permulaan untuk berkuburnya sebuah akhbar harian ulung dan terkemuka berbahasa Melayu menerima balasan yang sewajar.. maka selepas ini aku harap akhbar ini akan terus berkubur..... dari alam melayu...

Walau pun aku selalu dok membacanya, sekadar membaca untuk mengetahui cerita mereka... malu oiii secara terang-terangan dihalang untuk ke sidang media. kalau upacara khas oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang atau Selangor aku tak hairan sangat... Ini ish,ish memang tak masuk akai kalau difikirkan....

Moga-moga jadi pengajaran buat UMNO,,, kerana suratkhabar ni UMNO yang punya... Baca DI SINI.


Wednesday, October 13, 2010

Gelaran Pingat Datuk Ibrahim Ali di tarik balik oleh Istana Kelantan.

Ha ha.... Mungkin yang tinggal Datuk Anugerah Kerajaan Melaka, kalau tak silap, kesian Ibrahim Ali,, sekarang ni tengah dok berbahas di Parlimen isu balak...,

BERITA

Published: Rabu Oktober 13, 2010 MYT 11:41:00 AM

Istana Kelantan Tarik Balik Gelaran Datuk Ibrahim Ali

KOTA BARU: Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dan bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud.

Penarikan semula gelaran itu selang beberapa hari setelah Ibrahim mengadap Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra.

Selepas kunjungan pada Jumaat lalu, Ibrahim dipetik sebagai berkata, Tuanku Ismail kononnya sangat gembira bertemu beliau dan sempat berkongsi pengalaman bersama beberapa tahun lalu.

Wan Hasim pula merupakan setiausaha sulit kepada Sultan Kelantan sebelum ini.


lepas ini kita pakat tunggu apa komen Pak Yim kat Sultan dia, sedang sebelum ini dia yang dok bela Istana Kelantan, dengan NGO MTRK, Majlis Tindakan rakyat Kelantan..,

Wednesday, May 5, 2010

Inilah Raja Bakal Sultan Berjiwa Rakyat..

Salam Sejahtera....

Kalau kita baca berita dari akhbar pengaruh APCO Yahudi ni ni memang dapat kita rasakan seolah-olah manusia yang melakukan ini tak ada hati perut......





Tetapi inilah pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat, baginda lebih takut kepada hukuman Allah, dengan kuasa yang baginda ada, baginda betul seorang pemimpin yang tegas, dan berjiwa rakyat,,, Baginda berani membuat keputusan yang melibatkan ayahnda beliau sendiri...Inilah hasil tarbiah dari Ulamak yang memimpin negeri Kelantan.


Wahai rakyat Kelantan, anda semua beruntung di dunia dan akhirat mendapat bakal Sultan sebegini, bukan Sultan yang menghalang ceramah di masjid, bukan macam sultan yang secara terang-terang menyokong UMNO....

Sunday, March 28, 2010

Pakaian Menunjukkan Budaya..

Salam Sejahtera...

Yang ini bukan lakonan, ini benar dan betul belaka..., Sebab kalau budaya Melayu Malaysia Pakaian menunjukkan Budaya, ada dua kategori, satu kategori lakonan, satu yang benar-benar...

Yang lakonan biasalah, dalam felem,..., Yang benar ialah menunjukkan realiti kehidupan,,

Kalau Di negara Arab pakaian berjubah begini memang tradisi Arab, itu tak boleh ambil kira...

Tapi kalau dalam Malaysia, pakaian berjubah, bersongkok putih, selalunya menjadi pakaian ke masjid, balik masjid singgah pi tahlil, ia biasa menjadi rutin umat Melayu Islam di malaysia...
ia tak pakai jubah pergi kelab dangdut atau karaoke,,, tak ada...




Inilah berkat dari ketua kerajaan yang sering berpakaian begini, lalu menjadi idola kepada semua,,, maka menjadi agak luar biasa sikit bagi kita terpandang anak raja yang sekarang pemangku raja berpakaian begini,

Itukah sebabnya yang menjadi igauan sesetangah pihak takutkan bakal Raja memerintah negeri yang 20 tahun Ulamak memerintah, sehingga ada yang sanggup melangkau kuasanya...

Sebelum ini pun Tengku Faris dahmengejutkan rakyat dengan mengimami sembahyang hajat di padang, tahniah...

Moga-moga Allah S.W.T merahatmati pemimpin dan rakyatnya yang bertakwa...

Alangkan baiknya kalau Raja Muda Negeri aku pun dapat berpewatakan begitu...........




Saturday, March 20, 2010

Siapa Di Belakang Wan Hashim ..

Salam Sejahtera...

Kemelut yang berlaku di istana Cik Siti Wan Kembang nampaknya semakin kusut tanpa penyelesaian yang sewajarnya.

Kenapa jadi begitu, bagi aku ini semua permainan UMNO yang berada dibelakang, UMNO Kelantan nampaknya jenis manusia baling batu sembunyi tangan... Sekurang-kurangnya bila isu topik istana diperkatakan isu royalti beloh senyap seketika.

Berbalik kepada tajuk aku, siapa Wan Hashim, serti dalam gambar ni, Wan Hashim ni setahu aku sewaktu Kelantan mula diperintah PAS tahun 90han dulu lagi dah mula tunjuk kurang ajar dengan TGNA.

Siapa yang tak ingat bila ia menjadi SUK Kelantan, TGNA selaku MB mengarahkan Wan Hashim melepaskan jawatan No1 dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan. Namun sampai kesudah, sampai ia pencen mamat ni tetap jenis gedebe...

Aku ingat dah senyap dah, sebab lama tak dengar nama dia ni, rupanya hari ini timbul balik, kali ini ia lagi hebat, umpama pelesit yang mengacau manusia-manusia lemah semangat, Siapa tuannya ,,, tak payah cakaplah....,


Kisahnya baca Di SINI. dan SINI/. Walaupun report polis telah dibuat, tetapi faham-faham ajalah,, setakat report ajalah, jangan tak report,, aku nak tengok apa tindakan Polis Kelantan.

Itu satu hal, namun ada lagi sejenis makluk spesis, tetapi yang ini lagi hebat, ibarat hantu raya, ia tak peduli sapa, semua ia belasah, kalau dulu ia kata ia cukup hormat dengan TGNA, tetapi sekarang dah berapa banyak ia hentam TGNA, dan yang terbaharu ia pun turut sama-sama menyibuk hal-ehwal istana negeri Kelantan, kenapa ya,,, ialah, ia ni pun masih ada tuannya, dah tuannya arah, jenis hantu raya ni ia setia dengan tuannya, sekali ia dapat habuan..

Apa tidaknya, tuannya dah mula risau jikalau Tengku Mahkota yang sekarang memangku tugas Sultan Kelantan dilantik menjadi Sultan,,, he he.. dulu kamcing sangat dengan Tengku Temenggong, sekarang Tengku Temenggong pun dah kena lucut, jadi Tuan empunya hantu raya ni pun gelabah puyuhlah.,, Tunggulah hukum karma yang akan tetap datang...



Sunday, March 14, 2010

Episod Antara 2 Darjat Berulang Lagi...

Salam Sejahtera...

Setengah abad berlalu, Tan Sri P Ramlee mengarah dan mengeluarkan filem Antara 2 Darjat, kisah Ghazali bercinta dengan Tengku Zaleha, namun itu hanyalah dalam filem,,,

Setelah 50 tahun kejadian yang agak-agak hampir sama pada pandangan aku berlaku di alam nyata, baca di SINI.


Aku tak mau nak komen banyak hal tersebut, cuma bagi kita sesama manusia yang darahnya semua berwarna merah, tak kira apa keturunan, tak adakah yang perihatin ke atas nasib yang dialami oleh Puan Elia Suhana.

Mana pergi Dato Seri Shahrizat Jalil Menteri Wanita dan Kebajikan, mana pergi SIS, mana pergi Dewan Muslimat, apakah kerana Puan Elia mengambil suami orang maka pihak-pihak yang berkaitan wanita berdiam diri, masing-masing balik melawa jaga badan, jaga laki jagan pasang sorang lagi... padan muka hang, gatai lagi pi ambik laki orang...,,

Oii, jodoh pertemuan di tangan Allah. salahkah Puan Ellia menikah dengan lelaki yang berkemampuan, kalau dah didalam agama dibenarkan, kenapa kita seolah-olak menolak perkara yang dizinkan didalam Islam.

Inilah satu daripada doktrin Yahudi secara halus menghalang umat Islam berpoligami bagi yang berkemampuan. Sayang sekali, perkara-perkara yang dibenarkan dalam syariat Islam, tetapi kita berasa fobia bila mendengarkannya...

Bab ini aku hanya tabik hormat kepada kumpulan Al-Arqam atau Rufaqah, mereka mendahului dari lain-lain jemaah. seorang kawan isteri aku daripada kumpulan Rufaqa mencari wanita-wanita yang belum berkahwin untuk dijadikan isteri no 2 kepada suaminya.. Beruntung laki dia dapat bini macam tu ...

Cuba kita sesekali berfikiran positif bab ini, bayangkan alangkah indah suasana kehidupan berpoligami seperti satu keluarga di Terengganu yang empat isterinya boleh duduk sekali, saling bantu membantu.

Kita sendiri tahu betapa ramai lagi wanita-wanita yang belum berkahwin diluar sana, mungkin nanti anak perempuan atau adik perempuan masuk dalam kumpulan andartu....itu satu hal, lagi satu perkara majoriti umat Islam semakin menurun berbanding majoriti umat bukan Islam. Mahukah kita menjadi umat Islam minoriti didalam negara sendiri seperti yang dilaung-laungkan oleh beberapa pihak...

Tuesday, March 9, 2010

Sultan Kelantan Pohon Sah Cerai Isteri Kedua Dengan Talak Tiga..

Salam Sejahtera...

Bertambahlah seorang lagi koleksi janda... itu selalu yang disebut oleh seorang kawanku blogger Ronn,,,

Terkejut aku bila berita TV9 menyiarkan yang peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Baka rdan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada jam 3.30 petang.

Terus sekali gus talak 3, apa salah sang isteri sehingga dijatuhkan talak 3, apakah kerana tindakan Che Puan Elia Suhana Ahmad, menyaman sehingga mahkamah Tinggi Syariah telah mengarahkan Raja Perempuan Kelantan bersama dua pengawal peribadinya hadir untuk tunjuk sebab.

Setahu aku, mengikut Undang-undang syariah di Malaysia (bukan undang-undang bab munakahat) setiap suami jikalau nak menceraikan isterinya mesti dilafazkan dihadapan hakiman mahkamah syariah.

Bagaimana dengan situasi yang berlaku ini...!!!

Malanglah nasib Che Puan Elia Suhana Ahmad, sudahlah haknya dinafikan untuk menziarahi suaminyanya yang sah, tiba-tiba terus kena cerai talak 3...macam ini memang sepatutnya orang yang menceraikannya dikenakan tindakan saman tuntutan..., oii macam-macam tuntutan boleh dilakukan..satu penganiyaan terhadap kaum wanita.

Berita berkaitan :Kat SINI


Wednesday, December 2, 2009

Tahniah Kerajaan Negeri Kelantan.

Salam sejahtera..

Aku tabik terhadap tindakan kerajaan Negeri Kelantan walaupun aku rasa agak terlambat, tetapi tindakan ini tidak keterlaluan demi menjaga wang rakyat Kelantan keseluruhannya. Moga-moga Pemangku Raja Kelantan sudi menerima cadangan tersebut. Berita lanjut DI SINI .

Pakar Perubatan dalam negara pun apa kurangnya.. ni sikit-sikit luar negara, sakit lutut pun pi Jerman.bukan sorang dua yang pergi, doktor Malaysia pun 2-3 orang kena iring pergi sama, anak, bini....oii guna duit sapa tu.. rakyat marhaen disuruh gunakan barang tempatan... ada betui ka..

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari