boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Hina Raja. Show all posts
Showing posts with label Hina Raja. Show all posts

Saturday, August 17, 2013

Raja... Islam ... Tetapi inilah manusia paling Celaka dan Bangsat.

Hati dan perasaan sudah tidak ada lagi dalam diri bila syaitan dan nafsu yang menguasainya.... 
Apakah berita ini akan menjadi Najib dan kuncu-kuncu pada masa akan datang terhadap rakyat Malaysia...


Tuesday, June 11, 2013

Tolong baca ini,, hina nabi atau tidak,,..kerana nak bodek Najib!

Aku terjumpa dalam satu wall FB,,, hanya mampu istigfar sahajalah.. Nak buat apa lagi... Melayu beb,, bukan cina atau india kapiak..


Thursday, June 6, 2013

Cadangan paling bangang dari pembodek !

Tak payahlah nak bersusaha payah bersengkang mata nak buat sesuatu untuk mempertahankan seseorang individu  tanpa kerelaan atau keikhlasan dari rakyat....


Wednesday, March 27, 2013

LIMA 2013 - Tentera Udara Diraja Malaysia di hina!..

Bagi aku pilot-pilot jet pejuang TUDM terpaksa mengutamakan nyawa mereka dari pertunjukkan aerobatik dengan menggunakan pesawat yang belum tentu 100% selamat dari sesuatu bencana...


Thursday, November 29, 2012

Raja melayu dengan pemimpin UMNO umpama bersaudara..

Bagi kita umat Islam, yang selalu mendengar kuliah agama, sering kali ustaz-ustaz menceritakan bagaimana kita manusia yang berugama Islam akan menghadapi suatu perjalanan di hari akhirat yang mana salah satu dari rukun iman.. 


Friday, May 18, 2012

Kenalkah anda jejaka tampan ini... Samseng kampong Dusun..

Minggu lepas, heboh dok cerita kisah kerabat diraja memukul seorang DJ Radio ...... aku teringin juga nak kenal mana satu kerabat raja.. akhir baru terjumpa... 

Identiti kerabat Johor yang didakwa memukul SonaOne didedahkan


Malang buat rakyat Malaysia yang inginkan keamanan, tetapi sayang seribu kali sayang,, dalam negara ini ada segelintir pihak menyalah kuasa sesuka hati memukul rakyat,,, siapa mereka,,, Menteri UMNO ada terlibat, kerabat raja dan akhirnya polis yang mendapat restu UMNO... melebihi gangster, samseng dan kongsi gelap... 

Layakkah UMNO nak tadbir negara Malaysia lagi... Tidaaak.....





Monday, February 27, 2012

Akhbar The Star hina nama Allah..

Dah berapa kali dah surat khabar kepunyaan MCA ni menghina Islam dan kini nama Allah.... KDN tegur dia mohon maaf, lepas tu buat lagi... Oii orang Islam semua pakat-pakat boikot jangan beli...


Gambar ni di Star 2, music page 17 dated 27 Feb 2012...

Cuba lu orang fikir, mereka sudah tahu bersalah kepada umat Islam,, awai-awai lagi dah minta maaf.... seolah-olah dah tahu ada pihak akan bising buat heboh... jadi minta maaf,, tetapi gambar dah tersebar satu Malaysia....

Monday February 27, 2012

Apology for Erykah Badu photo


A photograph of American singer Erykah Badu with tattoos of various symbols, including the Arabic word for Allah, was inadvertently published in Star2 today. We sincerely apologise to Muslim readers for this oversight.

Klik thestar.



Sunday, October 30, 2011

Semangat Hang Jebat muncul kembali dalam negara Malaysiac


Apapun budaya kurang ajar ini berlaku akibat dari perbuatan UMNO sebelum ini, bagaimana Mahathir memecahkan kebuntuan untuk menghalang kekebalan raja-raja Melayu, namun waktu itu sebilangan besar rakyat menyokong tindakan tersebut, yang mana menentang hanyalah atau membela raja-raja melayu hanya PAS dan Parti Semangat 46, Parti DAP pun waktu tu turut menyokong tindakan Mahathir menentang raja-raja melayu...

Namun hari ini dah berlainan rupa, bercelaru sebagaimana cerita keluar 69 lakonan P Ramlee & The gang.. Semua pimpinan politik boleh dikatakan tidak lagi menetang raja-raja melayu termasuk Lim Guan Eng dari DAP,

Rakyat hari ini yang mula bangun memberontak terhadap raja-raja melayu, berbagai cara dan teknik mereka melepaskan kebencian terhadap raja-raja melayu,, bermula dari krisis Perak, rakyat-rakyat dah mula menunjukkan kebencian kepada raja yang terlibat dengan menghantar kata-kata kesat melalu email ucapan penghargaan, kemudian satu lagi yang menggegarkan negara bila blogger Aduka Taruna menulis dalam blognya bila kemangkatan Sultan Johor dan banyak lagi yang menunjukkan rakyat dah mula berfikir dan muak dengan sikap sesetengah raja-raja melayu..

Daripada sini timbul rentetan rakyat semakin tidak peduli dan semakin berani menyuarakan pendapat, bermula dari Dr Asri diikuti oleh Dr Aziz Bari sebagai orang akedemik sendiri dah mula menyuarakannya, dan sindrom ini akan terus merebak oleh rakyat-rakyat biasa yang kita tidak kenali,,,

Alhamdulillah, rakyat dah mula kenal yang mana dikatakan pemimpin, tidak sememstinya manusia yang keturunan bangsawan atau elit sahaja layak menjadi pemimpin atau ketua agama, di zaman serba moden ini, rakyat mahu pemimpin yang amanah, berilmu dan berinterigriti untuk menjadi pemimpin, kalau sekadar dari baka atau keturunan nampaknya akan timbul dan tidak hormat atau bantahan, rungutan ketidak puas hati dari rakyat-rakyat berjiwa hang Jebat.. maka timbullah seperti yang di bawah ini....











Rakyat Melayu hanya akan hormat pada Raja yang berjiwa rakyat walaupun rakyat itu bukan rakyat dibawah naungan raja tersebut,, Insyaallah..


Thursday, October 13, 2011

Giliran Mat Sabu dah selesai, kini giliran Dr Aziz Bari pulak..

Mengikut cita-cita mantan PM Dr Mahathir mahukan negara Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020 .. Apakah akan tercapai cita-citanya itu atau sebaliknya



Apakah cita-cita murni itu akan berhasil dan terlaksana....

Aku tak pasti negara Malaysia ini akan berpatah balik ke zaman pemerintah penjajah Jepun atau kepada pemerintahan kesultanan Melayu Melaka...

Sesekali rasanya seolah-olah kita rakyat Malaysia berada didalam zaman kezaliman pemerintahan penjajah Jepun, bila terbayang kezaliman penguatkuasa terutama Polis membelasah rakyat tak usul periksa, contoh paling nyata sewaktu kejadian Himpunan Bersih2...

Tetapi sekarang ni nampaknya dah nak berbalik kearah zaman kesultanan Raja Melayu Melaka zaman Laksamana Tun Hang Tuah,, sentiasa mengikut perintah raja walaupun sahabat baik sendiri Hang Jebat di suruh bunuh, Hang Tuah sanggup bunuh...

Dimanakah nilai Hang Tuah dengan kata-katanya tak Melayu hilang di dunia, kalau Hang Tuah sendiri bersubahat membawa lari wanita untuk paduka Sultan yang nak menjadikan permaisurinya,,, aku tau tau cerita ini betul atau tidak, tetapi inilah kisah sejarah-sejarah orang melayu yang dok pertahankan

Sejarah kisah keperwiraan pejuang melayu terutama yang ada kaitan dengan UMNO tak boleh dipertikaikan,,, hukumnya berdosa besar mengikut mazhab UMNO... kalau Hadis Nabi, Kassin Ahmad secara terang-terangan pertikai, siap tak percaya hadis, Pihak Majlis Fatwa dah jatuh hukum pun, tak ada pun tindakan undang-undang mahkamah terhadap beliau, kenapa... sebab Kassim Ahmad pun ahli UMNO...

Mat Sabu sebut sikit hal sejarah, riuh 1Malaysia, beribu report polis, sampai masuk mahkamah kena dakwa, namun hari ini Nama Mat sabu disebut oleh YB Naib Presiden PAS Dato Mahfuz dalam parlimen,, nasib baik Mat Sabu ungkit hal Bukit Kepong, bersalah waris-waris Bukit Kepong mendapat nikmat dari bajet 2012, kalau tidak sekepiang pun tak merasa kalau Mat Sabu tak bising...

Selesai Mat Sabu, kini tiba giliran Dr Aziz Bari pula, berita TV tadi Senatok Ezam & 6box pun pi buat report polis,,, amboi-amboi,, hebat sungguh raja-raja melayu, lebih hebat dari Khalifah Omar Alkhatab, yang kita sedia ketahui Saidina Omar sedia mendengar kritik walaupun yang mengkritiknya seorang Arab badwi,,,

Tetapi bagi UMNO, raja-raja melayu lebih hebat dan lebih mulia dari Khalifah Umar... sampai tak boleh tegur,,, Perangai UMNO lebih sudu dari kuah,, lebih mengada-ngada dari kumpulan anak-anak pewaris Raja-raja Melayu...

baca di SINI

Nasib baik anak lagi pewaris raja-raja melayu yang sedar akan demokrasi bersuara dari UMNO yang jumud......

BILALAH NAK MAMPOS UMNO NI... Kwakhh... Phtuiih...






Sunday, August 16, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tahap Piaiwaian Wartawan RTM!!

Salam Sejahtera,,,

Tidak setuju, Tidak Tahu, Belum Pasti, Ya, Tak Pasti, Tindakan Di Luar Peruntukan Undang-undang, Tidak tahu, Setuju, Itulah jawapan dari wartawan RMT yang di soal oleh Jagdeep Singh Deo dalam kes Karpal yang menghina Sultan... malah kerana terlalu nak jawab tah tahu, Karpal Singh dari parti mana pun ia tak tau... apakah jawapannya itu adalah dalam script yang telah disediakan...!!!!????

Kisah sepenuhnya DI SINI

Wednesday, April 22, 2009

CADANGAN PALING BANGANG ABAD SELEPAS 51 TAHUN MERDEKA...

Aku pun tak tau nak kata apa...lantak pi kat hangpa nak cadang apa pun... tapi biarlah boleh diterima akal yang waras...
Janganlah bila cadangan tersebut dijalankan oleh pihak berwajib pandangan rakyat  akan bertambah jijik terhadap apa yang dicadangkan...cerita lanjut ada DI SINI.

Mengapa bila agama Islam dipermainkan, diperlekeh oleh umat Islam sendiri tak ada pulak sesiapa yang ambil kisah...

Apakah selama ini rakyat sentiasa menghina pihak disebelah sana.. tidak ada,,, ini berlaku bila terjadinya rampasan kuasa di Perak... KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNO janganlah pulak dituding jari kepada rakyat.......
UMNO BN jangan ingat rakyat umat melayu semuanya bodoh dan bangang macam ahli dan penyokong UMNO... Rakyat melayu dah tahu berfikir mana yang benar dan mana yang salah.. Rakyat boleh menilai mana parti memerintah yang telus berkebajikan dan mana parti yang masih mengamalkan rasuah.
Perhatikan sepasang suami isteri yang dikenakan tuduhan menghina di mahkamah Terengganu, isteri seorang peguam, apakah peguam ini tidak dapat berfikir yang mana satu baik atau sebaliknya....
Rakyat umat Melayu dah buka mata!! Dah tahu mana yang benar atau salah...Tak Percaya!!!!
BUBARKAN DUN PERAK!!!!... BARU PERCAYA...!!!

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari